Saturday, January 29, 2011

Misteri Isteri Dibunuh

Motif bunuh isteri penoreh disiasat

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my
KOTA KINABALU 28 Jan. - Polis masih menyiasat motif pembunuhan seorang wanita yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dan pisau tertusuk di lehernya di kebun getah di Kampung Bunsut, Jalan Batu 8, Lawa Mandau, dekat sini Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya akan melihat pelbagai aspek termasuklah kemungkinan faktor cemburu.

Katanya, pihaknya juga telah menyoal-siasat beberapa individu yang terakhir dilihat bersama mangsa, Aisah Jannalah, 51.

"Beberapa orang terakhir itu melihat mangsa ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada suami di kebun getah, kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

"Suami mangsa ditahan kerana dia adalah individu pertama menemui mangsa dan bagi membantu siasatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan turut memberi tumpuan sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayat dibuang di dalam kebun getah terbabit atau sebaliknya.

Katanya, berdasarkan bedah siasat mangsa mati disebabkan pendarahan teruk di bahagian leher.

"Pihak hospital masih belum mengesahkan sama ada mangsa dirogol atau tidak," ujar beliau.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa ditemui oleh suaminya dalam keadaan separuh bogel dan tertiarap serta berlumuran darah di satu kawasan semak kebun getah tersebut.

Sebelum itu, suami mangsa mendakwa menghubungi isterinya pukul 1 petang sebelum meminta wanita tersebut menghantar makanan di ladang.

Bagaimanapun, selepas menunggu kira-kira sejam dan bimbang berlaku perkara buruk, lelaki itu bersama anak tiri dan dua sepupunya mengambil keputusan mencari mangsa.

Suami mangsa terkejut apabila menjumpai nasi bertaburan di tanah, sebelum menemui isterinya dalam keadaan mengerikan dengan pisau masih terpacak di lehernya.

Suami mangsa menghubungi salah seorang anak mereka, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas kejadian.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, January 28, 2011

Jeruk Ensabi




'Kimchi Iban' semakin popular

Oleh RANIA PARAN
utusansarawak@utusan.com.my

sebahagian penduduk bergotong-royong mencabut sayur ensabi di kawasan Rumah Panjang Nunong Sigat, Lambir, Miri, baru-baru ini. - utusan/RANIA PARAN

MIRI 27 Jan. - Jeruk atau pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang.

Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan nasi panas, malah hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang itu terus digemari.

Cara membuat jeruk ensabi tidak ubah seperti penyediaan jeruk kobis atau kimchi di Korea dengan rasanya yang masam selepas diperap menggunakan garam, cuma jenis sayur yang digunakan berbeza malah jeruk ensabi tidak dicampur dengan cili.

Hari ini, hidangan jeruk ensabi bukan sahaja diminati penduduk rumah panjang, bahkan kimchi Iban itu turut mendapat sambutan warga kota yang sukakan rasanya yang sedap.

Ia juga semakin digemari masyarakat lain bahkan ada yang membelinya dalam jumlah banyak untuk disimpan kerana ia tidak mudah rosak dan boleh dikatakan jeruk ensabi pelengkap hidangan di atas meja.

Menyedari potensi produk itu, seramai 16 pekebun dari Rumah Panjang Nunong Sigat, Lambir kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar mengusahakan tanaman sayur ensabi secara kecil-kecilan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, penduduk rumah panjang itu merupakan satu-satunya di bahagian Miri yang menanam dan menghasilkan jeruk ensabi untuk pasaran tempatan dan luar negara seperti Brunei.

Seorang pekebun, Rapiah Pagan, 43, berkata, penduduk di rumah panjang itu bergabung untuk mengusahakan kebun ensabi seluas kira-kira satu hektar.

"Memandangkan sayur ensabi segar atau jeruk sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan pemborong, maka penduduk kampung bekerjasama untuk mengusahakan tanaman ini.

"Ia sangat mudah diusahakan dan proses penyediaan jeruk juga tidak memerlukan kemahiran yang tinggi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rumah Panjang Nunong, Lambir dekat sini baru-baru ini.

Rapiah yang turut mengusahakan tanaman itu di kawasan lain sekitar Lambir sejak lima tahun lalu menambah, setiap minggu dia mampu meraih pendapatan antara RM300 hingga RM400 seminggu bergantung dengan keadaan cuaca.

Katanya, mengusahakan 20 batas sayur itu, penjualan ensabi boleh memberi sumber pendapatan yang lumayan jika diusahakan secara besar-besaran.

Ini kerana tambahnya, seikat sayur sawi itu dijual dengan harga RM2 manakala jeruknya dijual antara RM2 hingga RM3 untuk setiap 300 gram.


Jeruk ensabi atau kimchi Iban sedap dimakan bersama nasi panas.

"Kami tidak mempunyai masalah untuk menjualnya kerana setiap minggu ada sahaja pemborong datang ke rumah panjang untuk mengambil ensabi segar dan jeruk.

''Kebanyakan pemborong adalah di kalangan penjaja sayur-sayuran di Tamu Senadin dan Pusat Komersil E-Mart di Tudan kira-kira 30 kilometer dari rumah panjang ini," ujarnya.

Rapiah memberitahu, mereka tidak dapat menjual ensabi di tamu kerana jarak perjalanan yang terlalu jauh dari rumah panjang berkenaan, maka kehadiran pemborong yang membeli ensabi sedikit sebanyak membantu memasarkan produk berkenaan.

Katanya, ia menjimatkan masa penduduk daripada menunggu pelanggan sedangkan mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha membuat ensabi.

Sementara itu Ajik Taka, 31, yang turut mengusahakan penanaman sayur itu berkata, dia dan penduduk rumah panjang terdiri daripada lima hingga tujuh orang wanita akan bergotong-royong mencabut sayur yang sudah matang dua minggu sekali.

"Ensabi mengambil masa kira-kira 13 hari untuk matang sebelum boleh dicabut dan dalam tempoh itu ia perlu dijaga dengan baik termasuk memberi baja tahi ayam dan perlindungan daripada serangan perosak.

"Tanaman ini perlu dituai dalam tempoh dua minggu, jika tidak ia akan tumbuh tinggi, tidak mempunyai daun dan menjadi tua," katanya sambil menambah sementara menunggu sayur matang, mereka akan menyemai benih yang baru untuk memastikan tidak terputus bekalan.

Memulakan penanaman ensabi sejak tiga tahun lalu, Ajik kini mempunyai 11 batas yang terletak di kebun yang sama di hadapan rumah panjang.

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh adalah bergantung kepada keadaan cuaca kerana jika musim panas, mereka boleh mendapatkan lebih banyak sayur ensabi yang subur dan besar berbanding musim hujan yang menjejaskan pertumbuhannya.

Sementara itu Nancy Jimbai, 34, berkata, untuk menghasilkan jeruk ensabi, terdapat dua kaedah iaitu sama ada menjemur sayur tersebut sehingga layu kemudian diperap garam atau diperap terus dengan garam kasar tanpa perlu dijemur.

Katanya, sayur ensabi yang baru dicabut akan dipotong bahagian akarnya dan dibersihkan daripada tanah dan pasir.

"Daun ensabi yang sudah dibersihkan dengan air akan disimpan dalam sebuah besen besar kemudian dituang dengan garam kasar dan kemudiannya ditambah dengan sedikit gula supaya ia menghasilkan rasa masam.

"Selepas itu, jeruk tadi dicampurkan dengan air cucian beras atau air tepung beras supaya ia menambah lagi rasa masam di samping menghasilkan warna kekuningan dengan aroma yang sedap pada jeruk ensabi," katanya.

Nancy menambah, jeruk ensabi kemudian diperap selama seminggu sebelum dinikmati sama ada digoreng ataupun dimakan mentah begitu sahaja.

TAJUK-TAJUK BERITA L

Thursday, January 27, 2011

Curi Getah


Harga getah beku naik, susu dicuri

Nor Kartini Abu Hassan (kiri) bersama pekerjanya menunjukkan mangkuk susu getah kosong akibat dicuri di Ladang Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan, semalam.

KUALA KRAI 26 Jan. - Kenaikan harga getah di pasaran dunia menyaksikan komoditi itu menjadi sasaran pencuri sehingga ada yang sanggup meredah ladang getah tanpa mengira waktu siang atau malam bagi mendapatkan susu getah.

Antara ladang getah menjadi sasaran pencuri ialah di Kuala Gris dekat sini, yang diusahakan oleh penduduk kampung berkenaan.

Seorang penduduk, Bakar Junoh, 70, mendakwa, dia yang mengusahakan ladang getah seluas satu hektar sebelum ini mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan ketika harga getah di paras RM4 sekilogram.

Bagaimanapun dakwanya, apa yang mengecewakan ialah apabila harga getah mencecah RM8 sekilogram ketika ini, dia masih memperoleh pendapatan sama disebabkan banyak susu getah dan getah beku dicuri oleh pencuri.

"Sepatutnya saya boleh memperoleh pendapatan sekali ganda disebabkan peningkatan harga getah di pasaran.

''Bagaimanapun, ia tidak berlaku apabila banyak susu getah dan getah beku dicuri oleh pencuri memandangkan permintaan terhadap getah kini meningkat.

"Saya cukup kecewa di atas apa yang berlaku dan lebih mengecewakan ialah tidak ada tindakan daripada pihak berwajib bagi mengatasi masalah tersebut walaupun aduan ada dibuat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Fatimah Omar, 70, pula memberitahu, dia dan suami hanya mengharapkan hasil dari menoreh getah untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Dakwanya, apa yang menyedihkan ialah kebelakangan ini banyak susu getah dan getah beku yang dipungut hilang dilarikan oleh pencuri.

"Pencuri terbabit dikatakan akan menyorokkan susu getah dan getah beku itu di kawasan semak sebelum diangkut pada sebelah malam untuk dijual kepada peraih bagi mengelak dikesan," dakwanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Ladang Kuala Gris, Nor Katini Abu Hassan memberitahu, pihaknya telah mengambil beberapa pendekatan untuk mengatasi masalah itu , termasuk mengadakan operasi menahan pencuri terbabit.

Bagaimanapun katanya, apa yang mendukacitakan ialah, kecurian terus berlaku selepas penjenayah terbabit dibebaskan semula sementara menunggu kes mereka diselesaikan.

Justeru, beliau berharap, pihak berkuasa membuat pemantauan lebih kerap terutama di kawasan pedalaman bagi mengelak penjenayah terus menjadikan hasil usaha penduduk sebagai sasaran mereka.

"Ini untuk memastikan penoreh mendapat hasil yang lebih baik bagi membolehkan mereka meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Curi Ikan Sangkar

Polis tubuh peronda sungai atasi kegiatan curi ikan sangkar

TEMERLOH 26 Jan. - Polis menubuhkan pasukan khas untuk meronda di sepanjang Sungai Semantan dan Sungai Pahang di daerah ini bagi membanteras kegiatan mencuri ikan sangkar di kedua-dua sungai tersebut yang dilaporkan semakin menjadi-jadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Noor Mansor berkata, pasukan yang terdiri daripada enam anggota akan menggunakan dua bot dan meronda setiap masa terutama pada waktu malam.

Katanya, terdapat kira-kira 1,000 hingga 1,500 sangkar membabitkan lebih sejuta ekor ikan patin dan tilapia bernilai lebih RM1.8 juta diternak oleh 115 pengusaha di sepanjang sungai-sungai itu.

''Ikan-ikan yang diternak dalam sangkar di kedua-dua sungai tersebut sejak sekian lama mendapat pasaran baik di dalam dan luar negara.

''Minggu lalu penternak ikan di Kampung Teluk Ira dan Kuala Krau dicuri membabitkan kerugian lebih RM30,000 yang dipercayai dicuri pada waktu malam dan awal pagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kegiatan mencuri ikan dalam sangkar di daerah ini yang semakin menjadi-jadi mengakibatkan kerugian mencecah hampir RM30,000 sejak tiga bulan lalu.

Menurut Mohd. Noor, pihak jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan penduduk perlu bekerjasama dengan polis bagi membanteras kegiatan tersebut selain meminta penternak ikan memasang lampu sekitar kawasan sangkar ikan atau menyalakan unggun api.

Kata beliau, lazimnya pencuri akan berasa takut apabila ternampak unggun atau kilauan api di kawasan sasaran mereka.

Tambahnya, hanya langkah tersebut yang boleh membanteras kegiatan mencuri selain rondaan yang dijalankan polis.

Sehubungan itu, beliau meminta penternak dan penduduk menubuhkan pasukan kawalan bagi membantu polis menangani kegiatan tersebut.

Beliau turut meminta JKKK, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), penduduk dan menternak turut menjalankan rondaan bersepadu dan melaporkan kepada polis jika ternampak pihak yang mencurigai memasuki kawasan masing-masing.

Polis tambahnya, tidak boleh mengambil sebarang tindakan jika tiada laporan dibuat oleh penternak apabila ikan-ikan sangkar mereka dicuri.

Bodohnya Punya Pencuri


‘Geng Piramid tumpas’

Ahmad Johari Shahabuddin menunjukkan rangka motosikal curi yang dibuang di Tasik Bukit Kebok dekat Kampung Sentosa, Maran, Pahang, semalam.

MARAN 26 Jan. – Tindakan bodoh sekumpulan penjenayah dikenali sebagai ‘Geng Piramid’ mencuri motosikal dalam kawasan perumahan polis di Temerloh membawa padah apabila mereka ditahan pada 8 Ja nuari lalu.

Tindakan berani mati empat ahli geng itu yang masing-masing berusia 18 tahun turut membawa kepada penangkapan lima lagi ahli kumpu lan yang berumur 17 hingga 26 tahun di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supri tendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, sepasukan polis yang men dapat maklumat mengenai kejadian curi tersebut bergegas ke tempat ke jadian di Perumahan Kakitangan Po lis Temerloh Jaya dan berjaya me nahan empat suspek kira-kira pukul 11 malam.

“Hasil tangkapan itu, polis kemudian menahan lima lagi lelaki di percayai ahli kumpulan sama di se kitar daerah ini dalam operasi yang diadakan dari 8 Januari hingga 12 Januari lalu.

“Hasil soal siasat, suspek kemudian menunjukkan lokasi tempat mereka membuang rangka motosikal curi iai tu di Tasik Bukit Kebok berdekatan Kampung Sentosa di sini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini hari ini.

Ahmad Johari memberitahu, se lepas mendapat maklumat itu, ang gota polis marin daripada Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 Kemaman menyelam di tasik itu pada 18 Januari lalu.

“Hasilnya, polis menemui 18 rang ka, tiga enjin dan dua ekzos mo tosikal curi yang dibuang oleh sus pek. Antara motosikal yang dikenal pasti ialah Yamaha 125Z, Yamaha RXZ, Yamaha SS, Honda EX5 dan Honda Wave,” jelasnya.

Menurut beliau, dengan tertum pasnya geng itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes kecurian moto sikal di sekitar Pahang dan Selangor.

Kumpulan ini, katanya, dikatakan aktif sejak tahun lalu iaitu dengan menumpukan kawasan masjid dan pusat beli-belah sebagai kawasan jenayah mereka,” ujarnya.

Ahmad Johari memberitahu, suspek dipercayai mempunyai ‘master key’ yang diubahsuai untuk digu nakan bagi membuka suis motosi kal.

“Modus operandi kumpulan ini dengan meleraikan komponen motosikal untuk dijual sebelum me lupuskan rangka motosikal dan lain-lain komponen ke dalam tasik.

Wednesday, January 26, 2011

Samun

Ibu kaget anak balik tadika ‘ditawan’


KUALA LUMPUR: Pengalaman ngeri terpaksa ditempuh seorang ibu apabila anaknya yang berusia enam tahun menjadi ‘tawanan’ seorang daripada dua lelaki bersenjatakan parang ketika dia baru menjejakkan kaki di depan rumahnya di Taman Melawati, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita berusia 40-an itu baru menjemput anaknya pulang dari tadika dan sejurus tiba di depan rumah, dua lelaki menunggang motosikal terus meluru ke arah keretanya.


Menurut sumber polis, seorang daripada penjenayah terbabit menerpa ke arah mangsa selepas dia keluar daripada kereta dan memintanya mendiamkan diri manakala seorang lagi yang membawa parang pergi ke arah anaknya.

“Penjenayah terbabit mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya. Mangsa yang ketakutan hanya mengikut arahan itu.


“Tidak puas hati dengan hasil diperoleh, penjenayah turut menggeledah keretanya dan mangsa bersama anaknya hanya mampu memerhati kerana begitu takut,” katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian jirannya.


“Mendengar jeritan itu dua lelaki terbabit mula panik sebelum kelam-kabut meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.


Menurutnya, mangsa dan anaknya bernasib baik kerana tidak dicederakan. Bagaimanapun, mereka mengalami trauma kerana terlalu takut dengan kejadian itu.


“Mangsa tidak dapat mengecam penjenayah itu kerana mereka memakai kaca mata hitam dan juga topi keledar berpenutup penuh.


“Mangsa juga gagal mencatatkan nombor pendaftaran motosikal yang ditunggangi suspek kerana kejadian berlaku dengan pantas selain panik,” katanya.


Sumber berkata, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan agak sukar untuk mengecam suspek kerana kawasan berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tuesday, January 25, 2011

Ubah Pengakuan


Mangsa rogol sering ubah keterangan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

Saripah Ariff bergambar kenangan bersama sebahagian polis dari luar negara pada satu majlis di ibu negara baru-baru ini.

BUKAN mudah untuk membawa pelaku salah jenayah penderaan seksual dan rogol ke muka pengadilan. Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari itulah terpaksa dilalui pasukan polis.

Begitulah pahit-manis dilalui Sarjan Saripah Ariff, 50, dari Bahagian Hal Ehwal Awam Cawangan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Pengalaman itu ditempuh beliau semasa berkhidmat di Cawangan Risikan Jenayah IPD Pekan, Pahang selama 14 tahun.

Selain ditugaskan mengemas kini statistik kes-kes jenayah dalam cawangan, beliau turut membantu pegawai penyiasat (IO) mengiring mangsa rogol ke lokasi kejadian untuk menemubual mereka atau melakukan pemeriksaan.

Antara lokasi yang banyak berlaku kejadian rogol adalah di ladang kelapa sawit, kebun getah dan rumah keluarga.

"Kebanyakan yang disiasat awalnya melibatkan suka sama suka bagaimanapun setelah hamil dan malu, barulah mangsa membuat laporan polis.

"Malah ada kes si pelaku dan mangsa saling mengenali ataupun terdiri daripada ahli keluarga sendiri.

"Selepas laporan dibuat, siasatan akan dijalankan dengan membawa mangsa ke hospital serta ke lokasi kejadian," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun sering berlaku apabila selepas beberapa peringkat siasatan, mangsa mengubah keterangan dalam laporan sehingga pelaku salah gagal didakwa.

"Mangsa bertindak demikian atas desakan keluarga yang malu dan takut diketahui umum sedangkan mereka lupa laporan awal telah dibuat," katanya.

Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu, ada juga desakan datang dari ibu mangsa sendiri yang enggan melihat suaminya didakwa.

"Ada satu kes rogol yang terbongkar apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah melahirkan anak daripada bapa tirinya.

"Sungguh malang setelah laporan dibuat, ibu kanak-kanak itu mendesak supaya keterangan diubah kerana sayangkan suaminya," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, jelas Saripah, antara punca-punca rogol adalah kerana kurangnya pegangan agama, terlalu mengikut hawa nafsu dan tiada batas-batas pergaulan.

Sebagai ibu kepada lima anak yang berusia antara 11 dan 26 tahun, beliau menasihatkan ibu bapa lain agar sentiasa mengambil tahu pergerakan anak mereka.

Mengetahui siapa rakan mereka dan sentiasa berkomunikasi dengan berkesan.

"Jadikan anak sebagai kawan supaya mengalakan mereka meluahkan perasaan dan tekanan yang dipendam, tidak segan bercerita tentang hal-hal yang peribadi dan rahsia.

"Jadikan kita sebagai pendengar setia dan orang yang akan dicari jika sesuatu masalah yang menimpa mereka.

"Mendidik anak macam main layang-layang, biarkan mereka terbang mengikut arah angin dan tarik tali jika nampak mereka jauh dari pandangan tetapi tidak sesekali melepaskan tali itu.

"Kena bijak dan jaga hati anak tetapi jangan sampai memberi peluang mereka menipu ibu-bapa dalam erti kata lain bukan memberi kepercayaan dan kebebasan 100 peratus," jelasnya lagi.

Menceritakan pengalamannya, ada antara remaja terpengaruh dengan gaya hidup rakan sebayanya sehingga sanggup menggadai diri kepada lelaki tua yang berharta untuk hidup mewah dan memakai barang berjenama.

Dalam pada itu, Saripah yang sudah 30 tahun berkhidmat dalam bidang polis menasihatkan pentingnya masa kualiti bersama keluarga kerana ia adalah masa terbaik mengeratkan hubungan suami-isteri serta ibu-bapa dengan anak-anak.

Bagaimanapun, cabaran utama yang dihadapinya adalah untuk membahagi masa supaya keluarga dan kerjaya berjalan seiring tanpa mengabaikan salah satu daripadanya.

Katanya, dalam tempoh 20 tahun berkhidmat di Pekan, Pahang, beliau akui bergelut dengan pengurusan masa tambah pula tuntutan kerjaya suaminya, Sarjan Mejar Roslan Abu Sari yang ketika itu berkhidmat sebagai pengiring Sultan Pahang.

"Tanggungjawab menguruskan anak-anak terpaksa saya galas sendirian kerana suami kerap ke luar kawasan sama ada ke luar negara atau dalam negeri.

"Nak sambut Hari Raya Aidilfitri bersama pun sukar sehingga tiga atau empat tahun sekali.

"Bagaimanapun, berkat kesabaran dan doa semua pihak, Allah izinkan kami sekeluarga menjalani kehidupan harian bersama-sama selepas saya dan suami ditukarkan ke Bukit Aman pada 2004," katanya lagi.

Selepas tiga tahun di Bukit Aman, Saripah ditukarkan ke IPD Brickfields sehingga hari ini.

Sepanjang berkhidmat 30 tahun dalam polis, pencapaian paling tinggi yang diterimanya ialah Pingat Jasa Kebaktian dan Pingat Kelakuan Terpuji dari Sultan Pahang.

Harapannya, beliau akan berjaya dalam bidang diceburi, memperbaiki diri dan melaksanakan tugas-tugas diberi pucuk pimpinan sebaik mungkin tanpa mengabaikan tugasnya sebagai isteri dan ibu.

Ketika ditanya petua-petua yang diamalkan bagi menjaga keharmonian rumah tangga, jelas wanita cekal ini, sentiasa bersyukur rezeki Allah, saling memahami dan menghormati, bertolak ansur, percaya dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.

"Suami amat memahami minat saya selain dalam bidang polis, saya turut meminati bidang sukan seperti bola kerajang, karaoke dan menjadi juruacara tambahan untuk majlis Perkep, majlis-majlis perpisahan dan jamuan tertentu," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, January 22, 2011

Penyamun Toreh Muka

Penyamun toreh muka
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

MARAN: “Mereka begitu kejam dan seperti setan apabila tergamak menoreh muka anak saya hingga berlumuran darah,” kata wanita warga emas, Habesah Maamor, 61, ketika menceritakan detik cemas selepas rumahnya di Kampung Bukit Lada, dekat sini, diceroboh tiga penyamun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, tiga penyamun bersenjatakan parang melarikan wang tunai RM600 dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000 dari rumah mangsa.


Habesah berkata, sebelum kejadian, dia dan anaknya Roshadi Rosli, 39, sedang tidur dalam bilik masing-masing sebelum dia terjaga apabila terdengar bunyi seperti pergaduhan diikuti jeritan anaknya.

Menurutnya, dia mulanya menyangkakan Roshadi mengigau lalu memanggil nama anaknya itu, namun panggilan itu dijawab dengan nada kurang difahami kecuali jeritan sekuat hati anaknya yang meminta dia melarikan diri.


Katanya, dia tidak mengendahkan permintaan itu kerana masih kabur dengan kejadian yang berlaku, apatah lagi suasana kembali sunyi sebelum dia baring semula.


“Tidak sampai setengah jam melelapkan mata, tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat diikuti diterajang hingga tercabut sebelum saya melihat tiga penyamun dengan dua daripada mereka bertopeng tercegat di depan pintu.


“Mereka terus menghunus parang di leher dan mengugut membunuh anak jika saya bersuara. Tangan saya diikat dengan kain sebelum mereka menyelongkar bilik dan ruang tamu,” katanya.


Menurutnya, dia yang berjaya membuka ikatan tangan kemudian bergegas meminta bantuan penduduk kampung sebaik tiga penyamun terbabit melarikan diri bersama barang kemas dan wang tunai.

Katanya, selepas meminta bantuan, dia pulang semula ke rumah untuk melihat keadaan anaknya sebelum menemuinya dalam keadaan separuh sedar dan berlumuran darah di muka.


Katanya, dia mendapati anaknya tidak mampu bercakap kecuali mengerang menahan kesakitan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.


Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.


“Saya begitu sebak selepas melihat anak dalam keadaan separuh sedar dan berharap dia cepat sembuh. Saya juga membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat segera tampil bagi membantu siasatan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel | Facebook MySpace Google Twitter

Rugi Ditipu

Panggilan 'Bank Negara': 2 mangsa rugi RM20,000

GEORGE TOWN, 21 Jan. - Dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita, kehilangan wang dalam akaun bank berjumlah RM20,000 akibat terpedaya dengan panggilan dari 'Bank Negara'. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang, ACP Roslee Chik dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kedua-dua kes melibatkan taktik serupa.

Beliau berkata, dalam kes pertama, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan daripada seseorang yang memperkenalkan diri sebagai 'Allen' kononnya dari Bank Negara dan memberitahu bahawa mangsa berhutang kad kredit sebanyak RM9,380.

"Mangsa yang berkerja sebagai wireman dan tinggal di Bukit Mertajam itu percaya dengan kata-kata lelaki berkenaan dan memberikan kesemua butiran diri, kad kredit serta akaun bank bagi menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.

Roslee berkata, tidak lama kemudian mangsa memeriksa akaunnya di bank dan terkejut bila mendapati wang sebanyak RM15,000 telah dikeluarkan.

Katanya, mangsa kedua seorang guru wanita berusia 31 tahun turut dihubungi lelaki yang juga memperkenalkan diri sebagai 'Allen' yang menggunakan taktik yang sama.

"Mangsa yang tinggal di Taman Desa Murni, Sungai Dua memberikan kesemua butiran diri, kad kredit dan akaun bank bagi menyelesaikan tunggakan kad kreditnya," katanya.

Mangsa sedar dia ditipu setelah mendapati RM4,999 hilang dari akaunnya.

Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda. Beliau menasihatkan orang ramai supaya pergi terus ke bank bila menerima panggilan seumpama itu. - BERNAMA

Friday, January 21, 2011

Telefon Palsu

Awas sindiket jualan murah telefon bimbit

SUNGAI PETANI 20 Jan. - Taktik sebuah kedai telekomunikasi yang berjaya melariskan jualan telefon bimbit palsu dengan menawarkan 'harga runtuh' menerusi pameran bergerak terbongkar apabila diserbu semalam.

Serbuan kira-kira pukul 2 petang itu dilakukan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sungai Petani di sebuah pasar raya besar di Bakar Arang, di sini.

Dalam serbuan itu, lima lelaki berusia antara 20 hingga 26 tahun yang merupakan pekerja kedai dari Kuala Lumpur turut ditahan.

Ketua Penguat Kuasa PPDNKK Sungai Petani, Chin Ching Chung berkata, pihaknya merampas 111 unit telefon bimbit palsu pelbagai jenama seperti 'I-Phone', 'BlackBerry', 'Nokia' dan 'Sony Ericsson' bernilai kira-kira RM44,400.

"Serbuan dilakukan berdasarkan aduan orang ramai yang menjadi mangsa kepada anggota sindiket tersebut. Kumpulan ini sering menjalankan pameran bergerak dengan menawarkan telefon bimbit berjenama pada harga lebih rendah di pasaran," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Ching Chung, syarikat menjual telefon bimbit berkenaan dikesan aktif mengadakan promosi bergerak ke seluruh negara tanpa kebenaran sejak lebih tiga bulan lalu.

Katanya, pemilik kedai juga dikatakan mengumpan bakal pembeli telefon bimbit berkenaan dengan menawarkan harga rendah daripada pasaran sehingga 50 peratus.

"Modus operandi mereka ialah memberitahu pelanggan bahawa telefon bimbit itu tulen tetapi terpaksa dijual dengan harga rendah kerana hendak menghabiskan stok dan jualan gudang," katanya.

Beliau berkata, para pembeli yang terpedaya kemudian dikehendaki membayar sejumlah deposit sebelum datang mengambil telefon bimbit beberapa jam selepas itu.

"Pada mulanya mereka mempamerkan telefon tulen dengan aplikasi terkini. Bagaimanapun, apabila pelanggan datang mengambil, mereka akan memberikan telefon bimbit palsu,"' katanya.

Tambah Ching Chung, kebanyakan pembeli yang terpedaya terdiri daripada remaja dan orang dewasa.

Beliau memberitahu, kegiatan tersebut merupakan satu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM25,000 dan penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, Chin Chung mengingatkan para pengguna supaya tidak terpedaya dengan tawaran jualan murah telefon bimbit terutamanya semasa pameran bergerak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kegiatan tersebut diminta melaporkan kepada PPDNKK Sungai Petani di talian 04-4205108 atau mengunjungi PPDNKK terdekat.

TAJUK-TAJUK BERIT

Doktor Pun Tipu


Suami isteri rugi ditipu 'doktor'

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

SARIP Sayed dan Salihah Biran sambil diperhatikan Saharudin menunjukkan salinan laporan polis dan baucar bayaran RM14,000 di Melaka, semalam.

MELAKA 20 Jan. - Sepasang suami isteri hari ini mendakwa kerugian RM14,000 akibat ditipu seorang 'doktor' yang mengaku kononnya mampu mengubati penyakit kronik yang dihidapi mereka.

Akibatnya, pasangan itu bukan sahaja kehilangan wang simpanan Tabung Haji yang dikumpul sejak 10 tahun lalu, malah penyakit yang dihidapi juga dikatakan semakin melarat.

Sarip Sayed, 61, dan isterinya, Salihah Biran, 54, mendakwa, mereka tidak menyangka lelaki berusia 72 tahun yang mengaku dirinya sebagai doktor itu sanggup mengaut keuntungan mudah dengan menipu di sebalik perwatakan alim.

Menurut Salihah, kali pertama dia dan suami bertemu dengan 'doktor' tersebut adalah pada 14 Oktober 2009 di rumah lelaki itu di Taman Merak, Bukit Katil di sini.

Ketika itu, katanya, dia bercadang menjalani perubatan homeopati bagi merawat sakit urat dan batu karang yang dihidapinya, manakala suaminya menghidap kencing manis dan darah tinggi.

"Sampai di rumahnya, lelaki itu yang memakai stetoskop di leher memperkenalkan dirinya sebagai doktor.

"Dia kemudian mengambil gambar mata saya dan memaparkannya di skrin besar sebelum menjelaskan saya turut mempunyai penyakit buah pinggang yang perlu dirawat segera sebelum melarat," dakwanya.

Tambahnya, sepanjang sesi penerangan itu, lelaki tersebut tidak berhenti-henti menyebut nama Allah dan berjanji akan merawat penyakit mereka sehingga sembuh tetapi perlu menggunakan ubatan herba yang dibekalkan pada harga RM14,000.

Dia memberitahu, warga emas itu juga cuba menakutkan mereka dengan mengatakan sekiranya dibiar, buah pinggang akan rosak dan memerlukan perbelanjaan lebih tinggi sekitar RM100,000.

"Dia juga bijak memujuk kami supaya mengeluarkan simpanan di Tabung Haji dengan mengatakan tidak guna menunaikan haji sekiranya badan tidak sihat dan selalu sakit-sakit.

"Termakan dengan kata-katanya itu, saya dan suami pun bersetuju dan pada masa sama 'doktor' itu pula menggesa kami menyerahkan wang tersebut keesokan harinya sebelum pukul 11 pagi kerana perlu ke Kuala Lumpur segera untuk membeli ubat tersebut.

"Esoknya, pada 15 Oktober 2009, saya dan suami mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM12,000 dan serahkan kepada lelaki itu tanpa diberi sebarang ubat. Baki RM2,000 perlu dijelaskan di ibu pejabat klinik lelaki itu di Setapak, Kuala Lumpur," dakwanya lagi.

Salihah berkata, selang lima hari, dia dan suami pergi ke Kuala Lumpur dan di sana barulah mereka diberi bekalan ubat seperti dijanjikan, tetapi terkejut apabila mendapati kesemua tiga bungkusan ubat adalah sama sedangkan ia untuk rawatan penyakit yang berbeza.

Tambahnya, selepas sebulan menggunakan 'ubat' itu, penyakit yang dihadapi semakin teruk dan terkejut apabila 'doktor' terbabit mengarahkannya mendapatkan rawatan susulan di hospital sedangkan sebelum ini dia memberi jaminan mereka sekeluarga akan dirawat sehingga sembuh.

"Setelah tertipu, saya dan suami membuat laporan polis pada 8 Januari 2010 selain ke Tribunal Tuntutan Pengguna tetapi kecewa apabila ditolak dengan alasan lelaki itu doktor profesional.

"Saya cuba menghubungi 'doktor' itu tetapi gagal malah ketiga-tiga cawangan pusat perubatan homeopatinya di Melaka, Kuala Lumpur dan Temerloh, juga ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, lelaki terbabit tidak pernah diiktiraf sebagai doktor, sebaliknya dia cuma pernah menjalani kursus latihan kedoktoran.

Tambahnya, beliau juga difahamkan hasil ujian makmal daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ubat-ubatan yang dibekalkan kepada keluarga itu tidak mempunyai kelulusan KKM.

"Saya lihat, memang ada unsur penipuan memandangkan semua cawangan pusat perubatan lelaki tersebut tidak lagi beroperasi, malah lelaki itu juga tidak dapat dihubungi," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Thursday, January 20, 2011

Rogol Anak Tiri


Bapa sial rogol anak

DUNGUN – Dia sepatutnya menjadi pelindung ahli keluarga, namun disebabkan nafsu syaitan menguasai diri, seorang lelaki durjana sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks.

Perbuatan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku lebih 20 kali sejak awal hingga hujung tahun 2010 ketika mangsa bersendirian dengan suspek.

Suspek yang menjadi bapa tiri mangsa sejak beberapa tahun lalu itu mula bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun itu setelah mangsa dikatakan takut untuk membongkarkan perbuatan durjana bapa tirinya kerana bimbang dengan sikap panas baran suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Lelaki durjana itu dipercayai memperkosa pelajar Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah menengah di Dungun itu di beberapa lokasi termasuk dalam bilik, bahagian dapur rumah mangsa, tandas sekolah, dalam kereta dan kawasan semak.

Suspek juga dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan berpura-pura bertingkah laku baik di hadapan isterinya yang juga ibu kepada mangsa.

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam tandas sekolah rendah di tempat kerjanya.

Selain itu, suspek yang sering membawa mangsa bersiar-siar juga difahamkan turut mengambil kesempatan merogol anak tirinya dalam kereta di tepi pantai perangi-nan Teluk Lipat.

Selain merogol, suspek juga dikatakan pernah me-ngadakan hubungan seks songsang dengan meliwat mangsa yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu.

Setelah puas berdepan dengan tekanan emosi dan tidak tahan dengan suspek yang ‘bernafsu syaitan’, akhirnya mangsa bertindak berani untuk membongkarkan rahsia tersebut dengan bercerita perbuatan bapa tiri kepada ibunya sebelum satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun, petang kelmarin.

Berikutan itu, suspek ditahan di tempat kerjanya di pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48 kira-kira jam 10.15 malam semalam.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di Kampung Padang Jambu Dungun itu dipercayai turut gemar menonton video lucah melalui telefon bimbit selain jarang mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dengan alasan isterinya berpenyakit kencing manis, namun sebenar dia telahpun mendapat habuan anak dara sunti yang juga anak perempuan kepada isterinya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dah-lan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan suspek yang berusia 36 kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman minimum enam hingga 20 tahun maksimum dan sebatan.

Wednesday, January 19, 2011

Tipu Perbankan Internet

Lelaki dicari bantu siasatan kes tipu perbankan Internet


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Lim Kean Huat, 52, bagi membantu siasatan kes penipuan perbankan Internet.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Media Polis Diraja Malaysia (PDRM), suspek, nombor kad pengenalan 590429-10-5941 gagal dikesan di alamat terakhirnya di nombor 12-2-1, Jln 1/108C, Taman Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.


Difahamkan, suspek dipercayai mendalangi sindiket penipuan itu sejak tahun lalu membabitkan kerugian kira-kira RM5,000 dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) memperdaya mangsa menjelaskan hutang kad kredit yang tidak wujud.

Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam), pemangku Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata, sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat JSJK Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd Azuan Yasin di talian 03 - 2616 3839 atau 019 - 200 2678.

Tuesday, January 18, 2011

Pemandu Baran

Kereta hampir bergesel, lengan ditoreh kerambit


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan menerima 16 jahitan di tangan kanannya selepas ditoreh seorang pemandu teksi dengan kerambit hanya kerana mangsa hampir bergesel dengan teksinya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, mangsa berusia 27 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sejurus diserang suspek.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Junaidi, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu bersama isteri dan dua anak kecil sebelum melalui kawasan berhampiran bawah jejantas di Jalan Petaling, di sini.

Menurutnya, dia yang ketika itu sedang memandu perlahan berikutan keadaan jalan yang sibuk terpaksa memberhentikan keretanya secara mendadak selepas mendapati sebuah teksi berwarna putih dan merah hampir melanggarnya.


“Pada masa sama pemandu teksi terbabit keluar dan meluru ke arah kereta saya. Saya tidak pasti apa yang menyebabkan dia naik angin apabila dia berulang kali mengetuk dan cuba memecahkan cermin kereta saya.


Memikirkan keselamatan anak dan isteri, dia memberanikan diri keluar dari keretanya untuk mententeramkan pemandu teksi itu.


“Namun, saya tergamam apabila pemandu teksi terbabit tiba-tiba mengeluarkan kerambit dan cuba merodok perut saya, tetapi dapat dielak.


“Namun mata kerambit itu mengenai tangan kanan saya menyebabkan luka sepanjang lebih 10 sentimeter. Dalam keadaan kesakitan itu, saya sempat menendangnya bagi mengelak daripada terus diserang,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Pengubah Wang

Suami isteri mengaku tidak bersalah pegubahan wang haram

PULAU PINANG 17 Jan. - Bekas Ketua Pusat Khidmat Pelanggan, Bank Muamalat Bhd. cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan suaminya hari ini sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, kali ini membabitkan kesalahan pengubahan wang haram hampir RM200,000.

Pada 10 Disember tahun lalu, Aishah Mohamed Rose didakwa di mahkamah sama atas tuduhan pecah amanah harta milik bank tersebut bernilai RM1.57 juta.

Suaminya, Johari Ahmad pula yang merupakan seorang peguam didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan perbuatan itu.

Pada prosiding hari ini, Aishah dan Johari, kedua-duanya berusia 50 tahun, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdullah.

Raut wajah pasangan itu yang diwakili peguam Jagdeep Singh Deo dilihat bersahaja ketika jurubahasa bertanyakan pengakuan mereka.

Mengikut pertuduhan utama, Aishah sebagai ejen bank tersebut didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM183,702.63 melalui cek bertarikh 1 Disember 2009 ke dalam akaun pelanggan firma guaman, Johari Nasri & Tan.

Aishah dari Lintang Sungai Ara Dua, Bayan Lepas didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Disember tahun lalu, di cawangan bank tersebut di Bangunan D12, USM, Jalan Minden di sini.

Sementara Johari pula didakwa bersubahat dengan isterinya itu untuk melakukan aktiviti pengubahan wang haram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Pang Chuin Keat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Sitarun Nisa membenarkan setiap tertuduh diikat jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 9 Februari ini.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Samun

Geng samun barang tembaga RM1.2 juta tumpas

MELAKA 17 Jan. - Tidak sampai setengah jam melakukan jenayah, polis berjaya menumpaskan satu sindiket samun yang melarikan dua buah kontena mengandungi barang tembaga bernilai RM1.2 juta di Terminal Kenderaan Berat, Durian Tunggal di Alor Gajah di sini awal bulan ini.

Kejadian berlaku pada 3 Januari lalu apabila sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang melarikan kedua-dua kontena itu dari terminal tersebut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, bertindak daripada laporan kes samun itu yang diterima pada pukul 4.15 pagi, polis melancarkan gerakan mengesan kumpulan terbabit.

Tidak sampai setengah jam selepas kejadian itu, polis menahan kedua-dua lori kontena tersebut yang dipandu dua lelaki berusia 38 dan 42 tahun di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

"Hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek, polis berjaya menahan lima lelaki berusia antara 28 hingga 40 tahun di Johor pada Rabu lalu. Salah seorang daripada mereka dikesan memiliki rekod jenayah lampau.

"Sindiket ini dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun lori bermuatan tembaga di Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Dengan tertangkapnya kumpulan ini, kata Ghee Lye, polis percaya dapat menyelesaikan banyak kes samun lori di negeri-negeri berkenan.

Menurut beliau, kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, katanya, Polis Melaka berjaya menumpaskan sebuah lagi kumpulan samun yang melarikan tiga buah lori pembancuh simen di Sungai Udang, Alor Gajah pada 3 Januari lalu.

Ghee Lye berkata, kecurian itu dilakukan oleh 10 lelaki yang bersenjatakan parang.

Kata beliau, polis menemui semula dua buah lori itu dan menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di Slim River, Perak.

"Ketika ini, kita sedang mengesan sembilan lagi suspek," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta bantuan orang ramai untuk mengesan suspek dengan menghubungi polis termasuk Rakan Cop di talian 03-21159999 atau IPK Melaka di talian 06-2854222.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Lawan Penjenayah

Wartawan bergelut dengan penjenayah

IPOH 17 Jan. - Tindakan berani Timbalan Ketua Biro Kosmo! Perak, Ahmad Syakir Sazili bergelut dengan seorang penjenayah bersenjatakan sebatang kayu berjaya menyelamatkan kamera digitalnya daripada dilarikan dalam cubaan samun di Pejabat Kosmo! malam tadi.

Ahmad Syakir, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 8 malam, dia berada seorang diri di pejabat dan sedang menunaikan solat Maghrib.

"Sebaik sahaja memberi salam, saya ternampak seorang lelaki sedang memegang kayu dan berdiri di pintu masuk pejabat.

"Saya kemudian menjerit memarahi lelaki tersebut. Dia kemudian berlari ke ke arah kerusi dan menarik beg galas saya yang berisi sebuah kamera digital berharga lebih RM2,500," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Ahmad Syakir, berang dengan tindakan lelaki tersebut, dia terus menarik beg berkenaan sambil memarahi penjenayah itu.

"Beg tersebut kemudian terlepas daripada tangan penjenayah itu namun ia menyebabkan saya terjatuh.

"Penjenayah itu terus melarikan diri. Saya sempat membaling botol kaca ke arahnya tetapi tidak mengenai sasaran," katanya yang sudah berkhidmat empat tahun di Biro Perak.

Katanya, penjenayah itu dipercayai ketagihan arak berdasarkan kepada keadaan fizikalnya.

Berikutan kejadian tersebut, Ahmad Syakir membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru yang terletak di hadapan pejabatnya.

Kejam Tol


Pelajar hilang dibunuh kejam

Oleh SOPI SAMAILE
jenayah@utusan.com.my

MAYAT Taufik Abdul Rahim, 15, lengkap berpakaian dan berlumuran darah ditemui tertanam dalam tanah sedalam 0.5 meter. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini.

Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini.

Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, sebelum penemuan mayat remaja itu, bapanya yang berusia 42 tahun membuat laporan di Balai Polis Asajaya mengenai kehilangan anaknya pada pukul 1.30 petang semalam.

Menurutnya, dalam laporan tersebut, mangsa dikatakan tidak pulang seperti kebiasaan selepas keluar rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

“Bagaimanapun, polis telah menerima maklumat mengenai motosikal mangsa dilihat digunakan oleh seorang remaja lain di kawasan Sadong Jaya, malam tadi.

“Berdasarkan maklumat tersebut, polis telah melakukan siasatan hingga membawa kepada penangkapan seorang suspek berusia 19 tahun di kediamannya di Kampung Sadong Jaya, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam pada pukul 7 pagi ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi di mana mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini.

Katanya, pemeriksaan awal di lokasi yang dinyatakan oleh suspek mendapati tanah di belakang rumah itu mempunyai kesan seperti baru digali.

Sepasukan anggota Forensik yang tiba di tempat kejadian menggali semula tanah berkenaan sebelum menemui mangsa yang masih lengkap berpakaian dan berlumuran darah di dalamnya.

Tambah beliau, polis turut menemui sebatang kayu yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tersebut untuk memukul kepala mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati, sebelum dipukul, sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli geng sindiket curi motosikal dan pecah rumah cuba memujuk mangsa untuk menyertai kumpulan mereka, namun mangsa enggan.

“Suspek yang ditahan itu pula tinggal bersendirian di rumahnya dan dipercayai menjadi orang tengah untuk menjual barang-barang curi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman memberitahu, polis kini turut memburu suspek lain yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan berkenaan termasuk seorang daripadanya yang menjadi dalam utama dalam geng sindiket terbabit.

Mangsa merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik dan berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya.

Makin Ganas



Cebisan kulit atas jalan
Oleh Riadz Radzi dan Rashidi Karim
am@hmetro.com.my


TERBAKAR...kereta terbakar dipercayai ada kaitan kes dua remaja dibakar.
KANGAR: Seorang remaja lelaki berusia 17 dan rakannya berusia 20 tahun yang dibakar hampir keseluruhan badan hanya sempat menunggang motosikal sejauh kira-kira 500 meter, sebelum mereka rebah bersama motosikal yang turut terbakar di satu kawasan perumahan di Jalan Raja Syed Alwi di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, remaja itu parah apabila hampir 70 peratus badan terbakar dan melecur, manakala rakannya terbakar 30 peratus di belakang badan dan kaki.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, polis menemui sebuah motosikal Modenas yang hangus dipercayai digunakan mangsa, selain cebisan kulit kaki remaja terbabit serta cebisan pakaian terbakar bertaburan sepanjang satu kilometer di sekitar kawasan perumahan itu.

Turut ditemui sebuah kereta Toyota SE yang bahagian enjinnya hangus terbakar milik seorang penghuni yang diletak di hadapan rumah di kawasan perumahan berkenaan kira-kira 500 meter dari lokasi motosikal hangus itu.


Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai dibakar menggunakan cecair mudah terbakar sebelum ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di hadapan sebuah rumah di taman perumahan itu.


Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.


“Dua lelaki itu ditemui seorang penghuni rumah di Jalan Raja Syed Alwi sebelum mengejarkan mereka ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dan mereka kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.


“Mangsa yang melecur hampir 70 peratus bekerja sebagai mekanik dan kini dalam keadaan koma, manakala rakannya berusia 20 tahun bekerja sebagai penjual daging panggang melecur di kaki serta belakang badan,” katanya.

Susulan kejadian itu, katanya, pihaknya menerima dua laporan iaitu daripada bapa remaja berusia 17 tahun dan seorang pemilik rumah di taman perumahan berkenaan.


Nashir berkata, laporan pertama diterima kira-kira jam 6 pagi daripada pemilik rumah yang mendakwa kereta Toyota SE milik menantunya yang diletakkan di hadapan rumah, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.


“Kami menerima laporan kedua daripada bapa remaja yang mendakwa anaknya parah dipercayai dibakar orang.


“Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebelum menemui sebuah kereta dan sebuah motosikal pada jarak kurang 500 meter antara satu sama lain hangus,” katanya.


Beliau berkata, siasatan menemui pelbagai bahan bukti di sepanjang laluan kira-kira satu kilometer dari lokasi kereta dibakar termasuk telefon bimbit, topi keledar, dua selipar berlainan jenis, cebisan pakaian yang terbakar serta kulit tapak kaki manusia.


“Kami tidak mahu buat sebarang spekulasi dan polis dijangka mengambil keterangan daripada kedua-dua remaja terbabit,” katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana membabitkan perbuatan khianat dengan api dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


Sementara itu, ibu remaja berusia 17 tahun itu, Leong Nee Lan, 41, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan mengejutkannya kerana anak keduanya itu baru pulang ke rumah mereka di Jejawi di sini, malam kelmarin.


“Dia pulang sekali-sekala kerana tinggal di bengkel tempatnya bekerja. Malam tadi (kelmarin), dia ada pulang ke rumah, tetapi keluar semula menaiki kereta bersendirian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Rawatan Kebakaran HSB, semalam.

Monday, January 17, 2011

Xserik

Tempah ajal jual heroin

Oleh FAUZI MOHD
berita@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Seorang duda anak dua tidak pernah mengambil iktibar dan serik walaupun pernah menjalani hukuman penjara selama 34 tahun enam bulan serta 16 sebatan atas kesalahan dadah dan khalwat sejak 1982.

Khamis lalu mungkin menjadi hari terakhir buat lelaki berusia 55 tahun itu untuk menikmati erti kebebasan apabila hayatnya mungkin berakhir di tali gantung selepas ditahan bersama 19 botol heroin seberat 96.95 gram bernilai RM30,000.

Suspek yang berasal dari Kuala Besut, Besut itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Ketika serbuan pada pukul 6 petang di tempat letak kereta depan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai dekat sini, suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual dadah tersebut dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, pemeriksaan menjumpai sembilan botol heroin berada dalam poket seluar manakala bakinya ditemui di dalam kereta.

Katanya, selain itu, polis turut merampas wang berjumlah RM3,100 yang dipercayai diperoleh hasil daripada penjualan dadah.

"Suspek baru dibebaskan dari Penjara Marang pada penghujung bulan Jun tahun lalu dan terus aktif melakukan jenayah sama. Dia juga merupakan seorang penagih heroin dan mula bergiat sejak 1977," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, pada 1982 suspek telah dipenjara selama 20 tahun dan 6 sebatan atas kesalahan memiliki dadah.

"Dia terus meringkuk dalam penjara selama 10 tahun dan 10 sebatan selepas ditangkap atas kesalahan memiliki dadah 16 tahun kemudian," kata beliau.

Roslan memberitahu, pada 2007, suspek sekali lagi menjalani hukuman penjara selama empat tahun juga atas kesalahan melibatkan dadah sebelum ditambah enam bulan lagi atas kesalahan khalwat.

Kata Roslan, soal siasat mendapati suspek yang direman sehingga Khamis ini mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran sejak Julai tahun lalu dan mengedar di Kuala Besut dan di sini.

Saturday, January 15, 2011

Proek Serai Tipu


Pelabur serai terpaksa gigit jari
Oleh Md Fuzi Abd Lateh


KECEWA…(dari kiri) Mohamad Diah, Rahsidi dan Rizal menunjukkan surat perjanjian yang ditandatangani dan salinan laporan polis yang dibuat mereka, semalam.
KUALA KUBU BHARU: “Saya geram kerana pelaburan dalam projek tanaman serai berkelompok ini mengakibatkan saya kerugian puluhan ribu ringgit,” kata Mohamad Diah Hamidon, 31, mangsa sindiket pelaburan tidak berdaftar secara sah.

Menurutnya, dia seorang daripada 35 mangsa yang mengalami kerugian RM600, 000 selepas melabur antara RM5,000 dan RM30, 000 seorang mengikut saiz tanah yang dilabur untuk projek tanaman serai di kawasan Felda Sungai Tengi di sini.


Katanya, dia kerugian RM15,000 selepas menyertai projek itu awal tahun lalu dan kini hampir berputih mata kerana masih gagal mendapatkan semula wang dibelanjakan itu.

“Saya dan rakan kecewa apabila diperdaya anak tempatan yang gagal memaklumkan status pelaburan itu.


“Kami mendapat tahu pemilik syarikat terbabit melarikan diri bersama wang pelaburan kami ke Kelantan beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Diah berkata, dia bersama mangsa lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, pada 16 Oktober lalu.


Katanya, dia tertarik menyertai skim pelaburan pertanian itu apabila dijanjikan pulangan serta keuntungan melebihi RM80,000.


Seorang lagi mangsa, Rizal Kasmu, 26, berkata, dia melabur RM10,000 dengan dijanjikan pulangan mencecah RM68,000 mengikut hasil tuaian serai seluas lebih sehektar.

Namun, katanya, bagaikan indah khabar dari rupa, apabila dia bukan saja tidak menerima bayaran keuntungan, malah syarikat terbabit masih berhutang benih serai bernilai RM2,500.


“Berdasarkan perjanjian, saya sepatutnya menerima hasil keuntungan RM17,000 untuk 0.4 hektar tanah yang diusahakan. “Namun, walaupun syarikat itu sudah menuai hasil serai seluas 0.4 hektar, tetapi keuntungan dijanjikan belum diterima,” katanya.


Rakannya, Rahsidi Hussain, 36, berkata, wang RM10,000 yang dilaburkan dalam projek itu lesap begitu sahaja.


Menurutnya, kini pengurus syarikat yang turut mendaftarkan dua lagi syarikat dimiliki isteri dan adik-beradiknya menghilangkan diri bersama hasil dan wang pelaburannya.


“Saya memulakan projek itu pada Jun 2009 dan berdasarkan surat perjanjian, saya mampu menuai hasil tanaman itu selepas enam bulan.


“Tetapi, kami ditipu,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Tilik Nasib Orang Nasib Sendiri...

Tukang tilik nasib disamun RM6,000

SHAH ALAM 14 Jan. – Setiap hari kerjanya menilik nasib dan masa depan orang lain. Namun yang menghairankan, dia sendiri tidak tahu mengenai nasib dirinya.

Begitulah terjadi kepada seorang tukang tilik yang ditimpa ‘nasib buruk’ apabila disamun dua lelaki menyamar sebagai pelanggan di premisnya di Klang, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang, mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun sedang bersendirian di premisnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, ketika mangsa sedang menilik tangan seorang suspek, tiba-tiba seorang lagi lelaki mengacukan pisau ke arahnya.

“Kedua-dua suspek seterusnya mengikat tangan mangsa dengan tali sebelum melarikan dompet, wang tunai RM1,000 dan barang kemas bernilai lebih RM5,000 milik mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

TAJUK-TAJUK B

Arab Xboleh harap

Cucu terlibat rompak, bunuh datuk

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI dan SAJIDA ASARULLAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Rumah Mokhtar Yusoh yang maut ditetak sekumpulan remaja termasuk cucunya di Felda Palong Dua, Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

JEMPOL 14 Jan. - Sudah tiada lagi rasa hormat seorang remaja apabila membawa tiga rakannya termasuk seorang remaja perempuan merompak dan menikam sehingga mati datuknya di rumah mangsa di Felda Palong Dua, dekat sini, malam semalam.

Lebih tidak berperikemanusiaan, mereka yang melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM10,000 membiarkan sahaja warga emas itu yang ditikam empat kali, rebah berlumuran darah.

Neneknya pula dipukul dan diketuk dengan objek keras di tangan dan bahu menyebabkan dia terbaring kesakitan.

Mangsa, Mokhtar Yusoh, 71, meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak di salah sebuah bilik rumah satu setengah tingkat itu, di hadapan isterinya, Halimah Mad Yasin, 57, kira-kira pukul 9 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, cucu lelaki Mokhtar berusia 17 tahun bersama tiga lagi rakannya berusia 15 dan 18 tahun ditahan di sekitar kawasan berkenaan tidak lama selepas kejadian.

"Kesemua suspek dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jempol untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pihaknya percaya berlaku pergelutan semasa kejadian itu sehingga salah seorang daripada suspek menikam Mokhtar sebelum mencederakan Halimah dengan objek keras.

"Mangsa meninggal dunia akibat ditikam oleh salah seorang suspek di belakang dan depan anggota badannya.

"Kita akan menyiasat secara terperinci kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, Halimah yang ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Felda Palong Dua dekat sini memberitahu, dia bersama arwah suaminya baru sahaja pulang dari menghadiri majlis tahlil di rumah ibu mertuanya di Bukit Rokan dekat sini.

Dia yang masih trauma dengan kematian suaminya itu berkata, sebaik sahaja tiba di rumahnya pukul 9 malam, dia terkejut mendapati keadaan bilik utama berselerak.

"Kami mengesyaki ada pencuri di dalam rumah. Saya juga terkejut apabila menemui sebilah parang di dalam bilik berkenaan.

"Dalam ketakutan itu, saya dan arwah suami terdengar suara beberapa orang sedang berbual dalam bilik di bahagian atas dan alangkah terkejutnya apabila kami dapati salah seorang daripada mereka adalah cucu kami sendiri," katanya.

Halimah memberitahu, terdapat seorang remaja perempuan bersama cucunya dan dua lagi remaja lelaki.

"Arwah suami saya menjadi marah sejurus terlihat cucunya itu dalam bilik berkenaan dan ketika itulah dia meminta saya menghubungi pihak polis.

"Tanpa saya duga, seorang daripada remaja itu meluru ke arah arwah suami lalu menikamnya bertubi-tubi. Saya pula dicederakan dengan objek keras," katanya sebak.

Bagi Halimah, dia tidak mungkin dapat melupakan bagaimana suaminya yang rebah dengan darah penuh di badan sempat melihat kesemua remaja itu termasuk cucunya melarikan diri dengan membawa beg tangan berisi wang dan barang kemas bernilai RM10,000.

Jenazah Mokhtar dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong Satu, dekat sini.

Halimah pula sudah dibenarkan keluar dari Hospital Jempol selepas menerima 30 jahitan di bahu, dada dan lengan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Cucu Bunuh Atok


Cucu terlibat rompak, bunuh datuk

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI dan SAJIDA ASARULLAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

Rumah Mokhtar Yusoh yang maut ditetak sekumpulan remaja termasuk cucunya di Felda Palong Dua, Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

JEMPOL 14 Jan. - Sudah tiada lagi rasa hormat seorang remaja apabila membawa tiga rakannya termasuk seorang remaja perempuan merompak dan menikam sehingga mati datuknya di rumah mangsa di Felda Palong Dua, dekat sini, malam semalam.

Lebih tidak berperikemanusiaan, mereka yang melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM10,000 membiarkan sahaja warga emas itu yang ditikam empat kali, rebah berlumuran darah.

Neneknya pula dipukul dan diketuk dengan objek keras di tangan dan bahu menyebabkan dia terbaring kesakitan.

Mangsa, Mokhtar Yusoh, 71, meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak di salah sebuah bilik rumah satu setengah tingkat itu, di hadapan isterinya, Halimah Mad Yasin, 57, kira-kira pukul 9 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, cucu lelaki Mokhtar berusia 17 tahun bersama tiga lagi rakannya berusia 15 dan 18 tahun ditahan di sekitar kawasan berkenaan tidak lama selepas kejadian.

"Kesemua suspek dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jempol untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pihaknya percaya berlaku pergelutan semasa kejadian itu sehingga salah seorang daripada suspek menikam Mokhtar sebelum mencederakan Halimah dengan objek keras.

"Mangsa meninggal dunia akibat ditikam oleh salah seorang suspek di belakang dan depan anggota badannya.

"Kita akan menyiasat secara terperinci kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, Halimah yang ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Felda Palong Dua dekat sini memberitahu, dia bersama arwah suaminya baru sahaja pulang dari menghadiri majlis tahlil di rumah ibu mertuanya di Bukit Rokan dekat sini.

Dia yang masih trauma dengan kematian suaminya itu berkata, sebaik sahaja tiba di rumahnya pukul 9 malam, dia terkejut mendapati keadaan bilik utama berselerak.

"Kami mengesyaki ada pencuri di dalam rumah. Saya juga terkejut apabila menemui sebilah parang di dalam bilik berkenaan.

"Dalam ketakutan itu, saya dan arwah suami terdengar suara beberapa orang sedang berbual dalam bilik di bahagian atas dan alangkah terkejutnya apabila kami dapati salah seorang daripada mereka adalah cucu kami sendiri," katanya.

Halimah memberitahu, terdapat seorang remaja perempuan bersama cucunya dan dua lagi remaja lelaki.

"Arwah suami saya menjadi marah sejurus terlihat cucunya itu dalam bilik berkenaan dan ketika itulah dia meminta saya menghubungi pihak polis.

"Tanpa saya duga, seorang daripada remaja itu meluru ke arah arwah suami lalu menikamnya bertubi-tubi. Saya pula dicederakan dengan objek keras," katanya sebak.

Bagi Halimah, dia tidak mungkin dapat melupakan bagaimana suaminya yang rebah dengan darah penuh di badan sempat melihat kesemua remaja itu termasuk cucunya melarikan diri dengan membawa beg tangan berisi wang dan barang kemas bernilai RM10,000.

Jenazah Mokhtar dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong Satu, dekat sini.

Halimah pula sudah dibenarkan keluar dari Hospital Jempol selepas menerima 30 jahitan di bahu, dada dan lengan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, January 14, 2011

warga Asing


Warga asing raba anak gadis

BANDAR BARU KLANG - Kebanjiran warga asing yang menyewa rumah di Flat Cempaka di sini merunsingkan segelintir ibu bapa yang khuatir tentang keselamatan anak masing-masing terutamanya anak gadis.

Salah seorang penghuni dikenali Sobri, 47, berkata, anak rakannya pernah diraba lelaki warga asing ketika menaiki lif untuk pulang ke rumahnya.

“Dalam suasana gelap dan lampu tidak menyala, lelaki itu mengambil kesempatan melakukan perbuatan terbabit yang kebetulan tiada pengguna lain dalam lif.

“Bagaimanapun gadis itu tidak memaklumkan kepada ibu bapa dan keluarganya mungkin kerana takut. Dia hanya menceritakan kejadian itu kepada anak saya yang juga rakan baiknya,” katanya.

Menurutnya, kejadian sedemikian menakutkan ibu bapa lain yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil.

“Saya perhatikan terdapat dalam kalangan warga asing di sini yang tidak bekerja dan sering menghabiskan masa melepak di kawasan permainan kanak-kanak.

“Kadang-kala mereka pernah menegur dan meminta nombor telefon anak gadis dengan hasrat untuk berkenalan. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan lelaki warga asing semata-mata kerana gadis di sini turut melayan permintaan itu,” katanya.

Sobri berkata, ibu bapa di sini harus memantau anak gadis masing-masing agar tidak terperangkap dalam kejadian yang lebih teruk.

“Saya khuatir dengan sikap gadis yang suka melayan karenah lelaki itu telah membuatkan mereka tambah berani sehingga bertindak lebih jauh dengan melakukan perbuatan meraba dan sebagainya.

“Oleh itu, saya minta pihak berkuasa dan persatuan penduduk melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini. Ia bagi menjamin keselamatan anak serta keharmonian semua penghuni yang tinggal di sini,” katanya.

Betullah Perempuan Keras Kerak Nasi


'Cair' dek kasanova
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Apendy Isahak

KUALA LUMPUR: Berbekalkan wajah tampan dan kepetahan berkata-kata, seorang lelaki yang mempunyai dua isteri dan lima anak licik memperdaya lapan wanita untuk melabur dalam syarikatnya dengan menjanjikan keuntungan berlipat ganda dalam tempoh singkat.

Selepas mengikis wang wanita yang dipikatnya, kasanova berusia 45 tahun terbabit menghilangkan diri menyebabkan mangsa kerugian besar apabila tidak mendapat pulangan lumayan yang dijanjikan.

Bagaimanapun, kelicikannya berakhir apabila ditahan di rumahnya di Kampung Melayu Subang, dekat sini, pada 7 Januari lalu, berikutan laporan polis mangsa terbarunya, seorang doktor wanita yang menyerahkan kepadanya wang pelaburan RM300,000.

Menurut sumber, dalam serbuan ke rumah kasanova kira-kira jam 10 malam itu, polis turut menyita tiga kereta termasuk sebuah kereta mewah, tetapi tidak menemui wang tunai di rumah atau dalam akaun banknya.



Katanya, doktor wanita berusia 27 tahun, mangsa terbaru lelaki terbabit dipercayai ditipu selepas berkenalan November tahun lalu sebelum jatuh cinta.


“Doktor itu bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua tahun lalu dan mereka dipercayai berkenalan ketika kasanova terbabit mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selama dua minggu.

“Dalam perkenalan singkat itu, kasanova terbabit menawarkan skim pelaburan menarik kepada doktor berkenaan dengan jaminan pulangan wang tunai berlipat kali ganda. Atas dasar cinta dan percaya, mangsa menyerahkan RM300,000 kepada lelaki itu,” katanya.

Sumber itu berkata, tembelang kasanova terbabit terbongkar selepas dia gagal membayar wang pelaburan yang dijanjikan menyebabkan mangsa mengesyaki dirinya ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, polis menahan kasanova terbabit di rumahnya di Kampung Melayu Subang dan siasatan lanjut mendapati dia disyaki turut terbabit tujuh lagi kes penipuan serta dikehendaki polis Kuala Lumpur dan Selangor.

“Lelaki itu mempunyai dua isteri dan lima anak. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersendirian sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sumber berkata, kasanova itu dipercayai memperdaya ramai wanita lain sebelum ini, tetapi mangsa tidak membuat laporan hingga menyukarkan polis membuat siasatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL), Asisten Superintendan, Suffian Sulaiman mengesahkan penahanan kasanova terbabit hasil kerjasama polis Kuala Lumpur dengan polis Selangor.

“Suspek direman enam hari hingga bermula 8 Januari lalu bagi membantu siasatan. Dia dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit beberapa kes jenayah komersial di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ini termasuk memperdaya seorang doktor wanita yang bertugas di HKL membabitkan kerugian RM300, 000,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kemaruk Kontrak Kena Tipu

Kontraktor diminta waspada individu tawar tender sekolah

KUANTAN 13 Jan. - Para kontraktor di negeri ini diminta berwaspada terhadap seorang individu yang menyamar sebagai pegawai pelajaran daerah untuk menawarkan tender membuat laluan pejalan kaki di sekolah di negeri ini.

Individu yang dikesan menjalankan penipuan itu melalui panggilan telefon, akan meminta wang pendahuluan RM1,500 hingga RM3,000 bagi mendapatkan tender.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Zaini Jass berkata, wang itu yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun peribadi kononnya untuk sumbangan kepada sekolah terbabit.

Setakat ini kata beliau, pihaknya menerima lapan aduan berhubung kes tersebut sejak Oktober tahun lalu.

"Kes terbaru dilaporkan pada Isnin lalu melibatkan dua kontraktor kelas F, masing-masing di Kuantan dan Bera.

"Kita percaya suspek adalah orang sama berdasarkan nombor telefon dan akaun yang diberikan kepada mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini semalam.

Menurut Zaini, setakat ini, jumlah kerugian dikesan adalah sebanyak RM24,000 melibatkan lapan kontraktor yang dilaporkan sejak Oktober tahun lalu sehingga bulan ini.

Selain empat kes di daerah ini, jelasnya, pihaknya juga mendapat dua laporan di Temerloh dan masing-masing satu kes di Jerantut dan Pekan.

"Jangan mudah tertipu dan percaya kepada tawaran seperti ini. Kalau boleh siasat dahulu sebelum buat apa-apa tindakan," tegasnya.

Beliau menambah, siasatan kes-kes itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Anak Tiri

Rogol: Warga Pakistan dipenjara 17 tahun

KUALA LUMPUR 13 Jan. - "Saya takkan maafkan s*** itu dunia akhirat!"
Itu sebahagian daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh seorang pendakwa raya daripada seorang gadis yang diminta hadir di Mahkamah Sesyen di sini untuk memberitahu kesan ke atas dirinya akibat perbuatan bapa tiri yang merogolnya tujuh tahun lalu.

SMS yang diterima daripada mangsa semalam dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aishah KM Abu Bakar pada prosiding hari ini sewaktu memohon hukuman berat ke atas tertuduh yang merupakan warga Pakistan selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan merogol gadis tersebut.

Ekoran kesalahan yang dilakukannya, tertuduh berusia 28 tahun dan pernah bekerja di sebuah restoran dihukum penjara 17 tahun dan 12 kali sebatan.

Hukuman penjara diperintah berkuat kuasa mulai tarikh lelaki tersebut ditahan reman semula iaitu pada 11 September 2009.

Terdahulu, Hakim Fathiyah Idris ketika membacakan keputusannya menyatakan, pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak ada merit yang boleh dipertimbangkan.

Ujarnya, pembelaan tertuduh juga tidak disokong oleh sebarang bukti yang boleh menyangkal kes pihak pendakwaan.

"Oleh yang demikian, saya sabitkan tertuduh bersalah atas tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya," ujar hakim tersebut.

Warga asing itu disabitkan kesalahan merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang, 31 Ogos 2006 di ruang tamu kediaman mereka di Brickfields di sini.

Dia kemudian mengulangi perbuatan keji itu di tempat yang sama kira-kira pukul 6.30 petang dan 1.30 pagi, pada 17 dan 21 September tahun yang sama.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ketika diberi peluang merayu sebelum hukuman dijatuhkan, lelaki Pakistan yang kini sudah bercerai dengan ibu mangsa menyatakan, dia menanggung ibu bapa dan adik-beradiknya yang masih bersekolah.

Berikutan itu, menurutnya, hukuman penjara ke atasnya akan mengakibatkan keluarganya tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan.

Noor Aishah bagaimanapun memohon agar hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira trauma yang terpaksa ditanggung mangsa sehingga hari ini.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Thursday, January 13, 2011

Pukul Syok Kena Tahan

Kes pukul: 5 pelajar direman 4 hari

ALOR SETAR 12 Jan. - Polis hari ini menahan reman lima pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar tingkatan dua di asrama sekolah tersebut, Ahad lalu.

Perintah tahanan reman tersebut yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen, Datin Chan Lee Fong bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Kesemua pelajar terbabit yang memakai baju lokap tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini dengan menaiki kenderaan polis pada pukul 10 pagi sebelum keluar kira-kira sejam kemudian.

Sejurus selepas tiba di mahkamah, pelajar terbabit menundukkan kepada dan menutup muka dengan tangan bagi mengelak wajah mereka dirakam jurugambar.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, pelajar terbabit ditahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

"Polis akan melengkapkan kertas siasatan kes ini sebelum mengemukakannya kepada pihak pendakwaan untuk dituduh di mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kesemua pelajar terbabit ditahan pukul 2.30 petang semalam setelah menerima laporan berhubung dakwaan pukul oleh pelajar tingkatan dua tersebut.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini, Mohd. Syazwan Johari, 14, mengalami retak tulang lutut kiri akibat dibelasah lima pelajar tingkatan tiga di asrama sekolah itu pada Ahad lalu.

Mohd. Syazwan mendakwa, dalam kejadian itu, dia ditarik ke sebuah bilik sebelum dibelasah oleh para pelajar itu.

Budak Pemuas Nafsu

Sekumpulan anak-anak yatim dakwa dirogol, liwat dan cabul

Penghuni rumah anak yatim dakwa diliwat, dirogol
PULAU PINANG 12 Jan. - Sekumpulan kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim di sini hari ini mendakwa mereka menjadi mangsa pemuas nafsu penghuni, pekerja dan guru sukarelawan di rumah tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Kebanyakan mangsa merupakan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang kematian ibu bapa serta menetap di rumah yang berusia lebih 100 tahun itu bukan sahaja dirogol, malah mendakwa turut diliwat dan dicabul individu terlibat.

Kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila mangsa mengadu kepada ahli keluarganya.

Salah seorang daripada ahli keluarga mangsa, seorang wanita berusia 41 tahun kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani, di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Supritendan Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut dan berkata, polis akan menjalankan siasatan penuh berdasarkan maklumat yang diterima.

"Beri peluang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Setakat ini, kita menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol dan Seksyen 377E kanun yang sama iaitu kelucahan melampau," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di rumah anak yatim yang berusia 136 tahun itu mendapati, ia beroperasi seperti biasa dengan beberapa penghuni dan pekerja dilihat keluar masuk dari premis itu.

Difahamkan, rumah berkenaan dihuni kira-kira 35 kanak-kanak dan remaja berusia enam hingga 17 tahun.

Sementara itu, penasihat undang-undang kepada rumah berkenaan, John Hia berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan yang dibuat.

Katanya, beliau akan memberikan khidmat nasihat kepada rumah berkenaan dalam menghadapi situasi itu.

"Kita memang tidak tahu apa-apa tentang perkara ini, ia benar-benar mengejutkan.

"Setakat ini, kita sedang menunggu perkembangannya sebelum sebarang tindakan susulan dibuat," katanya ketika ditemui di rumah berkenaan hari ini.

Sementara itu, seorang pekerja rumah berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihak terlibat perlu mengemukakan masalah itu kepada pengetahuan pihak pengurusan rumah anak yatim itu terlebih dahulu supaya siasatan dalaman dapat dilakukan.

Katanya, tindakan membuat laporan polis itu hanya akan memberi gambaran negatif tentang rumah anak-anak yatim berkenaan.

"Tindakan ini tidak adil. Buat laporan terhadap kami sedangkan kami tidak dimaklumkan langsung tentang tuduhan berkenaan.

"Tidak patut mereka buat begitu. Apa-apa pun, kami akan menunggu siasatan dilakukan pihak polis," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Jatuh

Misteri mayat lelaki pakai coli jatuh kondo terungkai

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Misteri penemuan mayat seorang lelaki yang memakai coli dan seluar jean biru di sebuah kondominium di Taman Dato Senu, Sentul, di sini hari ini, terungkai apabila dia sebelum itu didapati memecah masuk rumah penduduk.

Mayat mangsa berusia 26 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 bangunan itu ditemui pengawal keselamatan pada pukul 6.30 pagi.

Menurut penduduk yang enggan dikenali, mangsa telah memecah masuk sebuah rumah di tingkat itu melalui beranda bersama seorang rakannya.

Katanya, bagaimanapun kejadian itu disedari pemilik rumah yang terjaga menyebabkan kedua-duanya bertindak melarikan diri, namun mangsa terjatuh.

Difahamkan, polis tidak menemui sebarang pengenalan diri pada badan mangsa kecuali tiga buah telefon bimbit, tasbih dan serangkai kunci pendua rumah-rumah di situ.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi hari ini memberitahu, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

"Pada awalnya si mati sukar dikenal pasti kerana tidak menjumpai sebarang pengenalan diri di badannya.

"Kami bagaimanapun menghubungi abang ipar si mati menerusi telefon bimbit dan dia datang ke kondominium itu untuk membuat pengecaman," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati si mati pernah mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

"Si mati bukan penduduk kondominium terbabit dan siasatan sedang dijalankan tujuan dia berada di situ. Kita juga masih belum pasti dia terjatuh dari tingkat berapa," katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dijalankan pemeriksaan lanjut.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, January 12, 2011

Guna Motor Bini


Guna motor isteri pecah rumah

SERI KEMBANGAN – Seorang penganggur tergamak menggunakan motosikal yang dipinjam daripada isterinya sendiri untuk melakukan kegiatan pecah rumah di PUJ 6/14, Taman Puncak Jalil di sini, Jumaat lalu.

Dia yang menunggang motosikal dari rumah yang didiami di Putrajaya ke sebuah taman perumahan di Seri Kembangan itu bagaimanapun berjaya dicekup polis bersama hasil kegiatan yang dilakukan.

Difahamkan, suspek berusia 37 tahun itu juga dikatakan tidak serik dengan tiga rekod rekod jenayah yang dipegangnya termasuk satu bersabit kes dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Abd Razak Elias berkata, suspek berjaya dicekup hanya beberapa minit selepas selesai melakukan kerjanya itu.

Katanya, kebetulan anggota peronda polis (MPV) membuat rondaan di kawasan itu sebelum mengesyaki sesuatu apabila melihat pintu pagar sebuah rumah dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota MPV kemudian memberhentikan kereta di depan rumah itu untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati suspek keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa membawa sebuah beg kertas berwarna hitam.

“Tergamam apabila melihat kereta polis, suspek kemudian cuba bertindak melarikan diri dengan merempuh anggota. Ketika itu berlaku sedikit pergelutan namun akhirnya suspek tewas di tangan anggota,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pagi semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemukan polis dengan sebuah komputer riba, tiga botol minyak wangi dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang digunakan untuk jenayah terbabit.

“Suspek kemudian membawa polis ke rumahnya dan menunjukkan beberapa barang berharga termasuk lapan telefon bimbit pelbagai jenama, satu gelang berwarna kekuningan dan 21 keping mata wang asing kesemuanya bernilai RM8,000 dipercayai diperoleh daripada kegiatan pecah rumah dijalankan sebelum ini.

“Dalam soal siasat dijalankan, suspek mengaku terbabit dengan kegiatan pecah rumah di sekitar Seri Kembangan dengan menggunakan modus operandi membuat pemerhatian awal sebelum melakukan aktiviti terbabit dengan merosakkan pagar dan pintu gril depan rumah,”katanya yang memaklumkan suspek direman sehingga hari ini.

Culik,Samun Dan Rogol


Diperkosa 3 penculik
Oleh Hadzlihady Hassan dan Suraya Roslan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor.

Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.

“Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya.


“Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.

Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.

“Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong.

“Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.

Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.

“Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat.

Tuesday, January 11, 2011

Perompak Makin Berani


Perompak cucuk perut isteri


KAMPUNG KETAPANG HILIR – “Saya hanya memikirkan keselamatan isteri dan anak sulung yang berada dalam kandungannya,” kata L Ananthan, 36, ketika menceritakan detik cemas rumahnya dipecah masuk dua perompak bersenjatakan pisau, awal pagi kelmarin.

Ananthan berkata, ketika kejadian, dia dan isteri, N Indradewi, 36, sedang nyenyak tidur di bilik utama kediaman mereka.

Menurutnya, dia terdengar isterinya menjerit mengatakan ada orang masuk ke dalam bilik mereka sebelum dua perompak meluru dan mengacukan pisau ke perut isteri serta lehernya.

“Saya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa sebelum tangan, kaki dan mulut saya diikat dengan pita pelekat hitam. Saya juga dipukul bertubi-tubi di muka dan beberapa bahagian badan kerana cuba melawan.

“Apabila melihat isteri yang mengandung lapan bulan menangis ketakutan dan kesakitan akibat perutnya dicucuk-cucuk dengan pisau oleh salah seorang perompak, saya :meng�alah dan membiarkan mereka menyelongkar bilik untuk mencari barangan berharga,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Jalan Ketapang Tengah, di sini.


Perompak bertindak agresif

Ananthan berkata, kedua-dua perompak itu juga bertindak agresif apabila mengancam untuk membunuhnya jika isterinya tidak memberikan nombor pin kad bank yang dijumpai mereka.

“Isteri saya terpaksa memberikan nombor pin terbabit, namun memberitahu tidak menyimpan barang kemas di rumah. Bagaimanapun perompak berkenaan terus menggeledah dan menemui wang tunai RM500 dan beberapa barangan kemas yang tersimpan.

“Saya berjaya meleraikan ikatan pita pelekat di tangan namun belum sempat bertindak, saya dipukul dan dibawa ke bilik sebelah sebelum isteri saya turut diletakkan bersama saya di bilik sama,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama dia terdengar ada orang berbisik di luar rumah dan percaya kumpulan perompak terbabit melebihi dua orang yang menunggu di luar rumah bagi mengawal keadaan.

“Kira-kira selepas 10 minit menggeledah rumah, mereka keluar bersama barangan yang diambil dan melarikan diri dengan sebuah kereta sebelum sempat saya melepaskan diri.

“Saya cuba mengejar mereka, namun gagal. Saya kemudiannya menghubungi polis dan meminta bantuan rakan di bengkel kereta berdekatan,” katanya.


Isteri fobia

Ananthan berkata, selain wang tunai dan barangan kemas, perompak terbabit turut melarikan beberapa barangan antik yang disimpan sebagai perhiasan di rumahnya.

“Mereka memecah masuk melalui tingkap bilik belakang yang diumpil dan berada di dalam rumah kira-kira 45 minit sebelum melarikan diri.

“Saya tidak mahu melawan selepas perompak-perompak berkenaan bertindak agresif terutamanya mencucuk perut isteri dengan pisau selain bimbang dengan keselamatan diri,” katanya.

Kerana masih fobia dengan kejadian itu, isteri Ananthan kini masih berada di rumah ibunya di Kuantan.

Ananthan berkata, selepas ini dia akan memasang gril besi bagi mengelak kejadian seperti itu berulang lagi.

“Saya percaya polis akan dapat menangkap suspek berikutan saya mengecam suara dan bentuk fizikal mereka. Saya yakin perompak ini adalah penduduk tempatan,” katanya.

Dia yang melakukan kerja kontrak mengambil barangan lusuh berharap pihak berkuasa dapat mengesan perompak berkenaan dan menjatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatan mereka.

“Saya dan isteri bersyukur kerana anak dalam kandungannya tidak terjejas, selain turut berharap kejadian seumpama ini tidak berulang lagi dan dapat menjalani hidup seperti biasa," katanya.


Kes masih disiasat

:Sementara: itu, Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Noor Asyikin Shamsuri berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, perompak berjaya melarikan sejumlah barang kemas, wang tunai dan beberapa barangan berharga milik mangsa dianggarkan berjumlah RM10,000.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun terselamat dan tidak dicederakan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.