Friday, June 25, 2010

Tertekan punya pasal..

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dikatakan merajuk dan melarikan diri dari rumahnya menerima padah atas perbuatannya apabila dia dinodai teman lelakinya.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bergaduh dengan kakak dan sering dimarahi ibunya kerana tidak pandai menjaga adik lelakinya yang baru berusia setahun. Mangsa yang tertekan kemudian meninggalkan rumahnya di Bandar Permaisuri, di sini, sebelum lari bersama teman lelakinya. Semuanya bermula Isnin lalu, kira-kira jam 5 petang, apabila mangsa dibawa teman lelakinya ke sebuah flet sebagai tempat untuk menyembunyikan pelajar itu daripada keluarganya. Menurut sumber, lelaki terbabit dikatakan menyewa sebuah bilik di kawasan perumahan itu sebelum berjanji akan menjaga keselamatan teman wanitanya. “Namun, kepercayaan mangsa lebur apabila dia dirogol teman lelakinya itu pada malam berkenaan,” katanya. Sumber berkata, esoknya suspek meninggalkan mangsa namun berpesan supaya tidak meninggalkan rumah itu.

Dirogol dan dirompak

PORT DICKSON: Perjalanan jauh seorang remaja dari Shah Alam, Selangor ke bandar percutian ini untuk bertemu kekasih hati mengundang tragedi hitam apabila dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Springhill, di sini.
Malah, lebih menyedihkan apabila remaja berusia 15 tahun itu turut dirakam gambar manakala barang kemas dan telefon bimbitnya dirampas teman lelakinya yang berusia 25 tahun.


Detik hitam remaja itu bermula apabila dia datang seorang diri ke bandar ini sebelum dijemput teman lelakinya pada 5 Jun lalu. Mereka kemudian ke sebuah rumah di Springhill.


Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata mangsa kemudian dirogol di rumah berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi keesokan harinya.


“Selepas dirogol, suspek merampas barang kemas yang dipakai dan telefon bimbit mangsa sebelum menghantar gadis berkenaan ke stesen komuter Seremban pada keesokan harinya.


“Gadis berkenaan kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian yang dialaminya pada 9 Jun lalu,” katanya.

Saturday, June 5, 2010

Anak belasah bapa kandung

Hari ini saya ingin memetik dua kes jenayah dalam rumah yang berlaku dalam negara. Tidak perlulah saya menyalin semula teks tersebut atau menyatakan dipetik dari akhbar mana. Anda mungkin telah membacanya tapi yang belum inilah ringkasannya.

Kes 1

Pergaduhan tercetus di antara seorang anak dengan bapanya gara-gara dadah jenis syabu. Bapa melarang anaknya memakan dadah tersebut di rumah. Anak tersebut tidak puas hati dengan teguran tersebut lalu terjadi pertengkaran. Akhirnya anak tersebut mengambil gunting lalu menikam leher bapanya.

Kes 2

Seorang bapa juga, menegur anaknya agar tidak makan dadah. Anak tersebut tidak puas hati lalu membelasah ayahnya ketika hendak menunaikan solat.

Moralnya cerita ini akibat dadah manusia tidak lagi memikirkan akibat perbuatan mereka. Dosa derhaka pada ibubapa pun mereka tidak takut. Dimana silapnya? Adakah sianak yang bersalah atau ibu bapa? Atau kita tuding jari kepada sekolah dan cikgu. Atau masyarakat yang bersalah? Marilah kita fikirkan!