Wednesday, August 29, 2012

samun jiran

Buruh rugi RM4,300 disamun
Wartawan Sinar Harian
29 Ogos 2012
Buruh rugi RM 4,300 disamun
Ismail (kanan) menunjukkan kecederaan dialami di bahagian lengan kanan ketika bergelut dengan penjenayah anak beranak yang berjaya menyamum wang RM4,300 miliknya
DUNGUN - “Kenapa buat saya macam ini, saya hanya ingin minta tolong, kalau awak hendak duit saya boleh beri, tapi jangan pukul saya, duit ini saya hendak kirim pada ibu saya yang sedang sakit."

Demikian rayuan rayuan Ismail Hussain, 23, ketika dia disamun sekumpulan penjenayah anak beranak di dalam semak, Jalan Santong, dekat sini, petang kelmarin.

Ketika kejadian, Ismail yang merupakan seorang buruh berketurunan Bangladesh, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Nyior ke bandar Paka, bersama lima suspek disangka jiran tetangga yang boleh membantunya untuk mengirim wang kepada ibunya yang sedang sakit di tempat kelahirannya, di Chandur, Bangladesh.

Peristiwa malang itu dikatakan bermula apabila Ismail meminta tolong seorang jiran wanita yang dikenalinya sebelum ini, di pekan Paka bagi memasukkan wang dalam akaun bank untuk dikirimkan kepada ibunya.

Ismail berkata, beberapa ahli keluarga wanita berkenaan yang secara kebetulan berada di rumah jiran wanita itu menawarkan diri untuk membawa Ismail ke bank di bandar Paka dengan menaiki sebuah kenderaan.

Bagaimanapun, sampai di bandar Paka, suspek tidak membawa Ismail ke bank, sebaliknya membawa mangsa ke tepi pantai lalu menurunkan seorang daripada lima suspek yang berada dalam kenderaan itu.

Ismail kemudiannya dibawa ke satu kawasan semak menyebabkan mangsa yang sudah menetap hampir empat tahun di negara ini tidak rasa sedap hati selepas tiba di lokasi sunyi itu.

Sampai di penghujung jalan, suspek dikatakan memberhentikan kenderaan di situ, salah seorang daripadanya mengeluarkan buku lima lalu cuba merampas beg duit mangsa sehingga berlaku pergelutan.

Ismail berkata, seorang suspek dikatakan telah memukulnya di bahagian kepala dan dia cuba melawan, namun dihalang oleh beberapa lagi suspek lain yang berada di tempat duduk belakang kereta.

“Saya merayu beberapa kali meminta tolong agar tidak mengapa-apakan saya.

“Dia cuba menarik beg tangan tetapi saya cuba menghalang namun mereka terus memukul saya sebelum berjaya merampas beg yang mengandungi duit itu,” kata Ismail yang kerugian RM4.300 selepas wang tunai dalam begnya dilarikan kumpulan suspek terbabit.

Menurut Ismail, dia ditinggalkan oleh suspek di lokasi tersebut, sebelum dia keluar mendapatkan pertolongan daripada orang ramai di jalan utama.

“Saya sedih sekarang, ibu saya perlukan duit untuk membeli ubat, duit yang saya simpan sejak tiga bulan lalu pula sudah hilang.
“Saya tidak sampai hati hendak beritahu ibu saya tentang perkara ini takut dia risau,” katanya.

Ismail yang bekerja sebagai buruh kontrak dengan pendapatan RM8 satu jam itu kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Paka.

Berikutan itu, polis berjaya menahan seorang suspek di Paka kira-kira jam 12.25 awal pagi semalam manakala tiga lagi suspek dipercayai termasuk anak menantu dan bapa mertua itu kini masih diburu polis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, mengesahkan menerima laporan dan pihaknya masih menjalankan siasatan berkaitan kes samun melibatkan mangsa warga asing itu.

tipu pakai telefon

Nyaris jadi mangsa tipu panggilan telefon
Wartawan Sinar Harian
29 Ogos 2012
Nyaris jadi mangsa tipu panggilan telefon
Kam Foon menunjukkan nombor panggilan telefon yang diterima olehnya daripada lelaki terbabit
KUANTAN-Tiga lelaki termasuk bergelar ahli perniagaan nyaris menjadi mangsa penipuan menerusi panggilan telefon berhubung hutang kad kredit dan bank yang diterima mereka, di sini, kelmarin.

Namun kesedaran dan tindakan segera menyelamatkan wang milik mereka daripada lebur sekali gus menjadi mangsa kelicikan penjenayah terbabit.

Dalam kejadian pertama, seorang ahli perniagaan, Wong Yoke Meng, 41 dari Sungai Soi Baru di sini telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, lelaki terbabit memperkenalkan dirinya daripada sebuah bank dan memaklumkan dirinya mempunyai hutang kad kredit selama tiga bulan berjumlah RM7,388.

“Memang lelaki terbabit menyatakan  identiti diri iaitu nama dan nombor kad pengenalan saya dengan tepat namun nombor kad kredit yang dinyatakan tidak sama yang dimiliki dan menawarkan
potongan duit daripada akaun miliknya.

“Saya menolak permintaan lelaki tersebut. Namun kira-kira jam 2 petang, saya menerima panggilan sekali lagi daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Mr Ng dan memberikan nombor kad pengenalan selain mendakwa dirinya daripada Bank Negara,” dakwanya.

Sementara itu, situasi sama turut dihadapi seorang jurujual, Wong Kam Foon, 41 dari Jalan Air Putih di sini apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki Cina kira-kira jam 10 pagi pada hari sama.

Kam Foon memberitahu, lelaki terbabit memberitahu nama sebagai Lim daripada bank sama dan menyatakan dirinya mempunyai hutang kad kredit selama tiga bulan sebanyak RM7,000.

“Memang nama dan nombor kad pengenalan yang disebut tepat tetapi nombor kad kredit tidak sama seperti dimiliki dan sebenarnya saya sudah menamatkan penggunaan kad kredit bank tersebut sejak lima tahun lalu," katanya.

Dia yang terkejut dengan situasi tersebut seterusnya membuat laporan polis di IPD kira-kira jam 3 petang hari sama.

makan dulu sebelum curi

Rumah Imuda dipecah masuk, pencuri sempat ratah kuih raya


IMUDA menunjukkan jeriji besi yang diumpil oleh pencuri untuk memasuki rumahnya.


KUALA LUMPUR - Rumah pelawak dan pelukis terkenal, Imuda dipecah masuk oleh sekumpulan pencuri yang sempat menjamu selera sebelum lesap dengan barangan serta wang tunai yang kesemuanya bernilai RM7,000 di Taman Datuk Ahmad Razali di sini baru-baru ini.
Kejadian itu hanya disedari oleh Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda, 52, pukul 3 petang kelmarin selepas beliau bersama tiga ahli keluarganya pulang daripada bercuti raya di Pulau Pinang sejak 10 hari lalu.
Apa yang mengejutkan Imuda, kumpulan pencuri itu sempat membancuh beberapa gelas air sirap serta menjamah kuih raya yang diletakkan di dapur sebelum mereka menghilangkan diri.
Katanya, sebelum lari, mereka telah menggeledah rumah teres dua tingkat yang dihuni oleh keluarga Imuda sejak setahun lalu.
"Seluruh rumah termasuk kelima-lima bilik berselerak. Saya percaya kejadian ini dilakukan oleh tiga hingga empat orang.
"Setelah memeriksa persekitaran rumah, saya yakin penyamun berkenaan masuk ke dalam rumah setelah mengumpil jeriji besi di ruang tamu rumah dengan pemutar skru," katanya yang mula dikenali menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1980-an.
Beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya dengan melaporkan kehilangan komputer bimbit, empat utas jam tangan, tiga buah telefon bimbit serta wang tunai RM300.

wartawan penipu

Waspada penipu menyamar wartawan


MICHAEL (duduk di kiri) dan Man Fai (duduk di tengah) pada sidang akhbar bersama beberapa pengusaha restoran yang ditipu dua lelaki menyamar sebagai petugas media di Wisma MCA di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menasihati pemilik restoran di ibu negara supaya berhati-hati jika didatangi oleh mana-mana individu yang mengaku sebagai wartawan dan jurugambar media cetak.
Ketuanya, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya mendapat laporan terdapat dua lelaki yang giat menipu pengusaha restoran di sekitar Lembah Klang sejak kebelakangan ini dengan menyamar sebagai petugas media.
“Lelaki dikenali sebagai Jonathan dan Edmund ini memaklumkan pengusaha restoran bahawa premis mereka dipilih sebagai restoran terbaik di Malaysia oleh syarikat penerbitan.
“Mangsa diyakinkan bakal menerima Anugerah Restoran Terbaik Malaysia tetapi perlu bayar wang sehingga beribu ringgit kononnya untuk tujuan pengiklanan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Michael berkata, Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menerima sebanyak 10 aduan kes seperti itu membabitkan kerugian lebih RM30,000 sejak beberapa bulan lalu.

Tuesday, August 28, 2012

indon dah pandai tipu

Ahli perniagaan rugi RM1 juta akibat ditipu

27 Ogos 2012
Ahli perniagaan rugi RM1 juta akibat ditipu
Pegawai penyiasat Insp. Zaharah Jaafar menunjukkan sekeping wang palsu matawang India (India rupee). Sebanyak 402 keping wang kertas 1000 India rupee berjaya dirampas.
IPOH - Seorang ahli perniagaan berusia 53 tahun kerugian hampir RM1 juta apabila ditipu oleh sekumpulan warga Indonesia dalam urusan jual beli 100,000 tan metrik diesel.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahlan berkata ahli perniagaan berkenaan membuat laporan polis pada 23 Ogos lepas setelah sebuah bank di sini mengesahkan bahawa draf bank bernilai RM925,000 yang diterimanya adalah palsu.

"Bertindak atas laporan mangsa dan risikan, kita membuat serbuan pada awal pagi tadi dan menahan lima lelaki warga Indonesia di sebuah hotel di sini yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 45 tahun serta memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan, katanya.

Dalam kes lain, Shukri berkata anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menahan dua lelaki warga Pakistan masing-masing berusia 22 dan 42 tahun serta seorang warga Lubnan berumur 31 tahun, antara 23 dan 25 Ogos lepas yang dipercayai terlibat dalam wang palsu matawang India (Rupee).

"Suspek datang ke Ipoh dan pergi ke sebuah premis pengurup wang berlesen untuk menukar wang palsu itu kepada Ringgit Malaysia. Apabila pengurup wang berkenaan mengesan wang yang dibawa suspek adalah wang palsu, beliau terus menghubungi polis," katanya.

Dua daripada suspek ditangkap semasa cuba menukar wang palsu di premis berkenaan dan selepas disoal siasat, tangkapan susulan dibuat terhadap seorang lagi suspek di Kuala Lumpur, katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas semua suspek, polis menemui 402 keping wang kertas 1000 Rupee, tiga buah telefon bimbit, sebuah beg berwarna hitam dan dua pasport Pakistan.

"Modus operandi yang digunakan adalah mereka akan ke premis pengurup wang berlesen dan menukar wang palsu matawang India kepada Ringgit Malaysia. Wang palsu yang digunakan suspek berkualiti tinggi dan mangsa sukar mengecam wang kertas palsu itu," katanya.

Katanya kesemua mereka ditahan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 489 C Kanun Keseksaan iaitu memiliki matawang kertas yang dibuat secara palsu atau pelancungan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Shukri menasihati orang ramai terutama pengurup wang berlesen supaya berhati-hati semasa berurusan dengan pelanggan yang ingin menukar wang asing dan segera menghubungi polis sekiranya ada sebarang maklumat. - Bernama

Friday, August 3, 2012

kaki raba kena tahan

Kaki raba payudara dalam lif ditahan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Sikap keji seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap jiran perempuannya dengan menyentuh buah dada mereka ketika berada dalam lif, membawa padah apabila dia ditahan kelmarin, selepas mangsa terbarunya membuat laporan polis.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi di sini, menaiki lif bersama beberapa penduduk lain.


Ketika dalam lif, dia ternampak seorang lelaki, juga tinggal di kawasan perumahan itu yang sering melakukan perbuatan kurang sopan terhadapnya serta mengambil kesempatan terhadap wanita ketika berada dalam lif.

Menurutnya, mangsa mendapat tahu daripada jiran lelaki itu bersikap keji bergesel dengan perempuan sebelum menyentuh buah dada mereka.


“Seperti biasa, mangsa menjauhkan diri namun lelaki berkenaan menunggu semua orang keluar dari lif sebelum menghalang mangsa menyebabkan mereka bergesel ketika remaja itu hendak keluar dari lif.


“Peluang berkenaan digunakan lelaki itu untuk meraba buah dada mangsa sebelum mentertawakannya. Mangsa yang hilang sabar dengan tindakan lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 35 tahun itu di rumahnya kelmarin.

ditipu rakan

Guna nama YB tipu rakan
NURUL ZAILA MOHDTAHIR
3 Ogos 2012
Guna nama YB tipu rakan
Gambar lelaki yang didakwa menipu.
KUANTAN - Akibat terlalu percaya dengan janji dan kata-kata manis rakan karib sejak zaman sekolah, seorang pengusaha Mini Market, Mohd Ali, 54, mengalami kerugian lebih RM20,000.
Menurut mangsa, dua tahun lalu dia meminjamkan wang sebanyak RM5,500 dan membeli 10 komputer bernilai RM12, 000 menggunakan kad kredit setelah dipujuk rakannya itu.
Mohd berkata, lelaki berkenaan memaklumkan kepadanya wang dan komputer dibeli itu akan diserahkan kepada seorang Yang Berhormat untuk satu projek dilaksanakan.
“Setelah membeli komputer, dia memberitahu segala peralatan itu akan diserahkan kepada seorang “YB” di dua Dewan Undangan Negeri (Dun) di Terengganu.
“Kerana sudah lama kenal, saya tidak menyimpan sebarang keraguan terhadapnya, malah turut membiarkan dia mengambil barangan di mini market secara hutang," katanya.
Menurutnya, lelaki yang dianggap sebagai ahli keluarga itu berjanji akan memulangkan segala wang pinjaman dalam tempoh seminggu tetapi sehingga kini tiada sebarang bayaran dibuat, bahkan dia juga gagal dikesan.
“Hutangnya di mini market sahaja mencecah RM2,000 dan setiap kali dihubungi dia berjanji akan melangsaikan hutang dengan segera.
“Sekarang sudah masuk duat ahun tetapi segala hutang berlarutan begitu sahaja, bahkan dia juga cuba melarikan diri dari saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kedainya di Bukit Sekilau, di sini, semalam.
Katanya, atas nasihat seorang rakan dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan bukan sahaja mengalami kerugian akibat ditipu tetapi dia terpaksa melangsaikan hutang kad kredit yang berganda.
“Lihat dari segi luaran dia seorang yang mewah kerana mempunyai beberapa kereta dan tinggal di rumah sewa yang mahal.
“Sejak sebulan lalu saya gagal menghubunginya melalui telefon bimbit dan apabila ke rumah sewanya yang tidak jauh dari kedai, tuan rumah memaklumkan dia serta keluarga sudah berpinda tanpa menjelaskan sewa.
“Sudah terlalu lama saya memberi tempoh kepadanya tetapi segala janjinya itu hanya tinggal janji sedangkan saya menanggung kerugian.
“Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadapnya dan kepada orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan lelaki ini,” katanya.