Monday, April 30, 2012

tipu perkahwinan pula

Bakal pengantin cabut lari
NORRIZAH BAHARUDDIN
30 April 2012
Khemah sudah siap dipasang tetapi majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu
Khemah sudah siap dipasang tetapi majlis perkahwinan yang sepatutnya
berlangsung Sabtu lalu terpaksa dibatalkan. Gambar kecil: Ramli
ALOR GAJAH - Pihak polis kini giat mencari seorang lelaki yang melarikan kereta tunangnya, dua hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata, lelaki terbabit, Ramli Kamaruddin, 30, dan beralamat di Jalan Tun Perak, Bachang, melarikan diri bersama kereta milik tunangnya itu, dua hari sebelum pernikahan.
 
Menurutnya, mangsa mengenali tunangnya setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.
 
“Lelaki terbabit turut meminjam sejumlah barang kemas milik bakal isterinya itu, kononnya mahu dijadikan contoh membeli barang kemas lain sebagai hantaran perkahwinan.
 
“Selain itu, dia turut mengambil sebuah telefon bimbit dan komputer riba milik tunangnya,” katanya.
 
Umar Ali Saifuddin berkata, dalam kejadian berkenaan, kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, mangsa yang berada di rumahnya ketika itu didatangi tunangnya yang mahu meminjam kereta dan berjanji memulangkannya keesokan pagi.
 
“Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengotakan janjinya menyebabkan mangsa cuba menghubunginya tetapi gagal.
 
“Mangsa yang merasakan dirinya ditipu membuat laporan polis dan mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung kelmarin (Sabtu),” katanya.
 
Menurutnya, dalam tempoh bertunang, lelaki terbabit turut menjalin hubungan dengan wanita lain menggunakan nama ‘Shah’ dan mendakwa bekerja sebagai anggota keselamatan.
 
“Siasatan awal polis mendapati, lelaki ini dikehendaki polis berhubung laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 2004.
“Malah, dia juga memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan penipuan pada 2009,” katanya.

Friday, April 27, 2012

penjenayah makin melampau

'Bagi duit atau aku bakar'

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
REMBAU: Satu keluarga termasuk seorang wanita hamil menempuh detik mencemaskan apabila kereta milik mereka dibakar lelaki tidak dikenali di Kampung Chengkau di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa, Zulkifli Bidin, 42, dikatakan tidur bersama isterinya, Nor Hadieza Ngah Jais, 21, dan tiga anak mereka masing-masing berusia lima hingga sembilan tahun.

Menceritakan kejadian itu, Zulkifli yang juga peniaga telur ayam, berkata isterinya dikejutkan dengan bunyi deruan motosikal serta tapak kaki manusia di depan rumah mereka.

“Curiga dengan keadaan itu, isteri yang hamil lapan bulan mengejutkan saya untuk meninjau keadaan. Saya bangun dan terkejut melihat kelibat seorang lelaki memakai topi keledar di laman rumah.

“Lelaki itu yang mungkin menyedari dirinya sedang diperhatikan seterusnya menjerit meminta saya menyerahkan duit dan mengugut membakar kereta sekiranya enggan menuruti permintaannya,” katanya. Menurut beliau, bimbang lelaki itu bertindak di luar jangkaan, dia segera masuk semula ke dalam bilik sambil memanggil isteri dan anak supaya berwaspada.

“Tidak lama kemudian, saya menjenguk semula ke tingkap dan mendapati Perodua Kancil yang digunakan selama empat tahun lalu terbakar manakala lelaki terbabit menghilangkan diri.


“Saya menghubungi bomba dan polis untuk meminta bantuan,” katanya.

Zulkifli berkata, ketika kejadian, isteri serta anaknya menangis ketakutan dan dia hanya mampu berdoa supaya mereka sekeluarga selamat.

“Saya bimbang kereta itu meletup dan kami berkurung dalam rumah sehingga polis datang dan cuba memadam kebakaran menggunakan pemadam api, tetapi api semakin marak.

“Bimbang keadaan bertambah buruk, kami keluar dari rumah dan berlari sejauh 30 meter sehingga bomba memadam kebakaran,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Rembau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Thursday, April 26, 2012

awas bila air paip keluar malam hari

Buka paip air umpan mangsa
Wartawan Sinar Harian
26 April 2012
Buka paip air umpan mangsa
Buka paip air umpan mangsa
PALOH HINAI - “Saya terdengar bunyi air paip di bahagian dapur yang dibuka kuat ketika mahu ke tandas kerana sakit perut dan tidak menyangka ia hanya helah perompak yang mahu mengumpan ahli keluarga saya supaya terjaga dari tidur,” kata Norul Eliana Abdul Samat, 26.

Dia adalah mangsa rompakan empat penjenayah bersenjatakan parang dan besi kuku kambing yang memecah masuk rumahnya di Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB) Batu 8 Lepar, di sini, awal pagi semalam.

Norul berkata, ketika itu dia bersama ibu bapa dan tiga adiknya sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing.

Menurutnya, dia bangun kira-kira jam 3 pagi untuk ke tandas sebelum terdengar bunyi air paip mengalir di bahagian dapur rumah.

“Selepas membuka suis lampu di bahagian dapur, saya terus ke tandas kerana perut terlalu sakit dan berniat untuk menutup paip yang terbuka selepas selesai membuang air.

“Saya terkejut apabila membuka pintu bilik air, seorang lelaki bertopeng dan memegang besi kuku kambing tercegat di situ menyebabkan saya menutup kembali pintu bilik air,” katanya.

Norul berkata, perompak terbabit menolak semula pintu bilik air sehingga dia terlentang di atas lantai dan diarahkan diam serta keluar dari bilik air tersebut.

“Perompak berkenaan kemudiannya mengacu kuku kambing ke arah saya sambil mengarahkan saya ke bahagian tengah rumah, di mana dua adik lelaki saya, Mohd Syafiq, 17, dan Mohd Haris, 15, berada di situ.

"Mereka telah diikat dengan wayar seterika dan diawasi tiga perompak lain yang turut memakai topeng serta bersenjatakan parang.

"Perompak-perompak itu kemudiannya mengarahkan Mohd Syafiq mengetuk pintu bilik mengejutkan ibu dan ayah yang sedang tidur, sebelum mengacukan parang ke leher ayah sejurus pintu bilik dibuka.

“Ayah, Abdul Samat Lela, 49, dan ibu, Jamilah Ismail, 49, hanya terdiam. Mereka turut diikat sebelum perompak berkenaan bertindak menggeledah bilik untuk mencari wang dan barangan berharga,” katanya.

Norul berkata, seorang lagi adiknya, Norul Syafinaz, 19, turut diikat di dalam bilik ketika perompak menggeledah seluruh rumah, selain mengugut akan mencederakan mereka jika tidak mengikut arahan.

“Perompak berkenaan turut memaksa ayah memberitahu di mana wang dan barang kemas disimpan, selain menampar ayah sebanyak dua kali.

“Selepas kira-kira hampir sejam berada dalam rumah dan mengambil wang serta barangan berharga, keempat-empat perompak itu melarikan diri melalui pintu dapur,” katanya.

Norul berkata, selepas adiknya, Mohd Syafiq berjaya membuka ikatan, dia memanjat dinding untuk keluar dari dalam bilik ibu dan ayahnya lalu bertindak mengunci pintu dapur.

“Telefon bimbit milik Norul Syafinaz yang tidak diambil digunakan untuk menghubungi bapa saudara yang tinggal berdekatan dan polis.

“Saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak diapa-apakan, namun saya masih trauma dengan kejadian ini yang pertama kali berlaku,” katanya.

Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat kedua ibu bapa Norul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.


Kerugian dianggar RM10,000

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, perompak memecah masuk ke rumah mangsa melalui pintu di bahagian dapur dengan cara membuka selak kunci melalui tingkap berhampiran pintu.

Menurutnya, kesemua perompak berada dalam rumah mangsa selama kira-kira sejam sebelum me­larikan diri dengan barangan seperti tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM1,800 dan barang kemas.

“Empat suspek disyaki lelaki warganegara Indonesia berdasarkan bahasa percakapan yang didengari mangsa, selain mengesyaki mereka melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan agak jauh dari rumah mangsa.

“Polis kini giat mengumpul maklumat dan kes ini masih disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, polis masih giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau melihat orang yang mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

jangan membawa wang bersendirian

Cemas lepas keluar wang RM47,000


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEREMBAN: Perjalanan seorang ahli perniagaan selepas mengeluarkan wang RM47,000 bertukar detik menakutkan apabila menjadi mangsa langgar dan samun sekumpulan penjenayah bertopeng di Kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Plaza Tol Port Dickson, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit dipercayai baru mengeluarkan wang di sebuah bank di Rasah dalam perjalanan ke Senawang memandu kereta Nissan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dilanggar dua kereta masing-masing Toyota dan Mercedes dinaiki tiga lelaki.
“Bagaimanapun, mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sebelum suspek menghalang keretanya di hadapan dan belakang di tempat kejadian.

“Berikutan itu, mangsa yang tidak dapat melarikan diri terkejut sejurus melihat tiga suspek bertopeng meluru ke arahnya dipercayai membawa pisau dan memecahkan cermin kereta bahagian penumpang hadapan,” katanya, semalam.

Sumber berkata, suspek mengambil wang RM47,000 yang berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan menoreh tayar kereta mangsa menggunakan pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima kejadian itu.

tipu

Rakan kongsi ‘makan kawan’


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu percayakan rakan baik untuk menjadi rakan kongsi perniagaan komputer, seorang peniaga mengalami kerugian RM150,000 selepas ditipu rakannya itu dalam kejadian di Taman Cheras, di sini.
Mangsa membuat laporan laporan di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin selepas untung yang dijanjikan rakannya tidak diterima sejak lima bulan lalu, malah modalnya turut dilarikan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 30, berkata, dia memberi modal kepada rakannya pada Oktober 2010 dan dijanjikan untung RM20,000 setiap bulan.
Katanya, dia menerima untung lima kali sehingga Oktober tahun lalu dan hingga sekarang tidak menerima keuntungan tunggakan yang dijanjikan sebanyak RM100,000.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Wednesday, April 25, 2012

imam merogol

ARKIB : 24/04/2012 Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 9 Rogol remaja: Bekas imam dipenjara 15 tahun, sebat JOHOR BAHARU 24 April - “Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian. "Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur. Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, menjalani hukuman itu bermula hari ini. Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di sini pada kira-kira 3 petang, 21 Februari 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua'man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah. Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud. - BERNAMA

simpan gambar terkini anak2

ARKIB : 21/04/2012 Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 8 Simpan gambar terkini anak-anak BENTONG 20 April - Ibu bapa diingatkan supaya menyimpan gambar terbaru anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah bagi mengelak sebarang kesulitan sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini antaranya kes culik. Gambar terbaru itu perlu bagi memudahkan kanak-kanak terbabit dikesan pihak berkuasa dan orang ramai jika berlaku jenayah atau kes-kes kehilangan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zininberkata, kes melibatkan kanak-kanak banyak menimbulkan kesukaran kepada polis apabila ibu bapa mangsa sendiri tidak menyimpan gambar terbaru anak mereka. Katanya, gambar anak mereka yang diberikan kepada polis kebanyakannya tidak berkualiti tinggi atau gambar lama sehingga sukar untuk dicam oleh orang ramai. "Justeru, polis menggalakkan ibu bapa sentiasa menyimpan gambar terbaru anak mereka untuk memudahkan urusan apabila terjadinya perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita di Janda Baik ketika menyertai program Kembara Polis Diraja Malaysia 2012, di sini hari ini. Pada program itu, polis turut mempromosikan kempen NurAlert dengan kerjasama RHB Bank bagi mencetak seberapa banyak gambar kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk dijadikan simpanan ibu bapa mereka. "Gambar ini akan diletakkan dalam satu kad khas yang mengandungi pelbagai maklumat kanak-kanak itu termasuklah tanda lahir di badan. "Kita akan berusaha mengambil seberapa banyak gambar kanak-kanak khususnya di kawasan pendalaman dan menggalakkan pihak sekolah untuk turut menyimpan gambar murid masing-masing," katanya. Dalam perkembangan sama, Mohd. Bakri memberitahu, kes kehilangan remaja dan kanak-kanak dikesan meningkat saban tahun. "Jika dilihat secara menyeluruh, kes sebegini amat membimbangkan, namun kebanyakan kehilangan terjadi dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 18 tahun," katanya.

Tuesday, April 24, 2012

jam tiruan

l 'Ulat' jam tiruan dapat RM20,000 sebulan


KEBANYAKAN 'ulat' jam tiruan menjadikan pelancong Arab sebagai mangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR – Pulangan lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan menyebabkan semakin ramai ‘ulat’ jam tiruan bermaharajalela di Bukit Bintang di sini sejak kebelakangan ini.
Tinjauan mendapati kehadiran kira-kira 20 daripada mereka yang dipercayai orang Sabah dan warga Filipina itu mencemari kawasan segi tiga emas negara yang menjadi tumpuan ramai pelancong luar negara.
‘Ulat-ulat’ tersebut gemar mendekati pelancong terutama mereka dari negara Asia Barat yang dikatakan mudah terpedaya dengan taktik mereka.

Saturday, April 21, 2012

lesap 65 ribu dipukau

Warga emas dipukau tiga wanita
Wartawan Sinar Harian
19 April 2012
Warga emas terbabit sekadar melihat bekas kosong yang menjadi tempat wang tunai dan barang kemasnya
JOHOR BAHRU - Seorang warga emas dari Taman Desa Jaya, di sini, rugi RM65,000 apabila wang tunai dan barang kemas dimiliki lesap dipercayai disamun selepas dipukau tiga wanita, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Chia Wee Yee, 70, kehilangan tunai mata wang Australia Au$6,000 (RM18,000), mata wang Singapura Sg$6,000 (RM15,000) dan wang tunai RM7,000 yang kesemuanya berjumlah RM40,000, selain barang kemas berupa dua rantai leher, gelang tangan, cincin, subang serta cincin jed yang bernilai RMRM25,000.
 
Anak mangsa, Tracy Tee, 37, berkata, ibunya ditipu tiga wanita yang berusia lingkungan­ 40-an itu ketika berada di pekarangan blok bangunan­ pasar mini di Jalan Lembah 1 untuk mengikuti senaman taici sekitar jam 8.30 pagi.
 
“Ibu saya didatangi seorang wanita yang bertanya mengenai tabib Cina di sekitar taman perumahan ini. Bagaimanapun ibu saya menjawab tidak tahu. Tiba-tiba datang dua wanita lain menyampuk perbualan ibu bersama wanita pertama.
 
“Salah seorang daripada dua wanita terbabit mengaku cucu kepada seorang tabib. Wanita terbabit kemudiannya memberitahu ibu saya bahawa dia mempunyai penyakit selain mengetahui latar belakang keluarga dan memberitahu rumah kami ‘ditumpang’ roh jahat.
 
“Wanita berkenaan meminta ibu saya pulang ke rumah untuk membawa barang kemas berserta wang tunai kepadanya dan ibu hanya menurut,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah mereka di Taman Desa Jaya, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Pemuda DAP negeri, Tan Hong Ping.
 
Tracy berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perkara pelik sewaktu ibunya pulang mengambil wang tunai dan barang kemas berkenaan.
 
Bagaimanapun, timbul pelbagai persoalan apabila melihat ibunya memasukkan kesemua barang berharga berkenaan di dalam sebuah beg dan mahu keluar semula selepas pulang.
 
“Saya ada bertanya kepadanya, tetapi ibu memberitahu saya mahu membawa kesemua wang tunai dan barang kemas ini bertemu sami di tokong untuk upacara ‘menyucikan’ barangan berharga itu yang kononnya sudah tercemar kerana roh jahat.
 
“Saya mahu menghantarnya ke tokong, namun ibu menolak kerana mendakwa mahu pergi bersama dengan kenalan,” katanya.
 
Tracy berkata, dia tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah ibunya pulang bersama beg yang sama sepuluh minit kemudian, malah yakin wang tunai dan barang kemas tersebut masih ada di dalam beg berkenaan.
 
“Bagaimanapun saya diberitahu ibu dia seakan baru tersedar daripada lamunan ketika sedang menyiapkan hidangan makan tengah hari. Dia segera ke bilik untuk melihat barang berharga di dalam beg dibawanya, namun apa yang ada hanya dua botol air mineral serta lima limau,” katanya.
 
“Ibu segera memberitahu saya dan anak-anak lain. Sekitar jam 4 petang, saya membawa ibu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya.
 
Sementara itu, Hong Ping menasihatkan orang ramai tidak cepat terpedaya dengan mana-mana individu tidak dikenali yang mencurigakan, sekali gus melaporkan kepada anak atau jiran terdekat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Friday, April 20, 2012

tipu cyber

Ahli perniagaan rugi RM3.2 j
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
20 April 2012
Polis menahan suspek (duduk) dan merampas beberapa komputer riba, dokumen serta rekod panggilan
KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket tipu dalam talian yang menyamar sebagai pegawai dari Bank Negara dan Bukit Aman selepas menyerbu sebuah kondominium di Bukit Jalil, semalam.
Seorang ahli perniagaan dari Tawau, Sabah, pernah menjadi mangsa sehingga kerugian RM3.2 juta, Februari lalu.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, empat lelaki dan seorang wanita, berusia antara 23 dan 33 tahun, diberkas.
 
Katanya, sindiket yang didalangi warga tempatan dan aktif sejak tiga bulan lalu, akan menghubungi mangsa dengan mengatakan akaun bank mereka disekat untuk siasatan.
 
“Sindiket memberi ala­san untuk siasatan antaranya penggubalan wang haram dan salah guna akaun.
 
“Mangsa yang terpedaya akan memindahkan wang ke akaun yang diberikan sindiket. Selepas itu, wang tersebut akan dipindahkan ke akaun ketiga,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.
 
Syed Ismail berkata, salah seorang suspek berusia 27 tahun, pernah ditahan selama lima bulan di China atas kesalahan sama, tahun lalu.
 
“Suspek dihantar pulang ke tanah air dan dia merupakan antara individu penting dalam sindiket ini,” katanya.
 
Beliau berkata, skrip perbualan yang dikarang sindiket untuk tujuan penipuan terhadap mangsanya turut ditemui.
 
Menurutnya, polis kini sedang mengenal pasti mangsa-mangsa yang terlibat, berdasarkan penemuan senarai nombor telefon dan rekod panggilan.
 
Syed Ismail berkata, sindiket sering berpindah dan menjadikan kediaman yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi sebagai pusat operasi.
 
Menurutnya, sindiket akan merekrut pekerja melalui iklan di surat khabar dengan menjanjikan pekerjaan antaranya di restoran dan pejabat.
 
“Apabila diambil bekerja, mereka akan terjebak dalam jenayah ini. Mereka diberikan gaji pokok, RM1,000 hingga RM1,500 dan komisen tinggi jika dapat memperdayakan mangsa,” katanya.
 
Katanya, beliau percaya masih ada individu lain yang terlibat dan sindiket ini mempunyai rangkaian antarabangsa.

Thursday, April 19, 2012

batu delima

ARKIB : 18/04/2012

Warga emas rugi RM100,000 akibat percaya 'batu delima sakti'


Koh Ah Tiam menunjukkan batu delima palsu pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 17 April - Orang ramai khususnya warga emas di negeri ini dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan taktik pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan melalui kegiatan menjual batu delima 'sakti' yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Koh Ah Tiam berkata, tahun lalu sahaja sebanyak 11 kes dikesan manakala sehingga April tahun ini, terdapat lima lagi kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM200,000.
Terbaru, katanya, seorang warga emas berusia 70 tahun dari Cukai, Kemaman kerugian kira-kira RM100,000 apabila terpedaya oleh kumpulan yang didalangi tiga suspek yang mendakwa mereka mampu mengubati penyakit menggunakan batu tersebut.
"Mangsa ditunjukkan dengan sejenis batu delima yang boleh mengeluarkan cahaya seolah-olah ia merupakan batu sakti atau mempunyai kuasa ajaib," katanya di sini hari ini.
Percaya dengan kata-kata suspek, warga emas berkenaan menyerahkan wang tunai sebelum menyedari dia telah tertipu dan kemudian membuat laporan polis.
Menurut Ah Tiam, batu delima yang didakwa mengeluarkan cahaya berkenaan hanyalah batu delima palsu yang direka dapat mengeluarkan cahaya apabila bertindak balas kepada air bagi membolehkan mangsa yakin terhadap 'kuasa' batu berkenaan.
"Taktik yang digunakan kumpulan ini memang licik apabila batu itu juga diletakkan di dalam sejenis bekas antik yang menjadikan ia seolah-olah berharga walhal mudah didapati di pasar malam," katanya.
Katanya, kumpulan tersebut yang dikenal pasti terdiri daripada penduduk tempatan dan warga Indonesia menjadikan warga emas yang menghidap penyakit kronik sebagai sasaran dengan mengunjungi rumah mereka dan menyatakan hasrat ingin membantu.
Bagi menyakinkan mangsa, urusan jual beli juga dilakukan hanya melalui bungkusan dan tidak diserahkan secara terang iaitu dengan memasukkan wang dan batu itu ke dalam sampul surat atau kain dan hanya boleh dibuka selepas waktu Maghrib.
"Namun apabila dibuka, ada di antara mangsa yang memperoleh batu-bata, duit syiling serta gelang besi yang langsung tiada nilai sedangkan ada mangsa yang membayar dengan jumlah ribuan ringgit.
"Kebanyakan mangsa mudah terpedaya memandangkan mereka terdesak dan menghidap penyakit yang sukar sembuh selain taktik yang digunakan oleh kumpulan itu meyakinkan mereka," katanya.

pinjam 1 bayar 20

ARKIB : 18/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Sengsara hutang hanya RM1,000, terpaksa bayar RM20,000

JOHOR BAHRU 17 April - Seorang penjual tiket bas yang pada mulanya hanya meminjam RM1,000 daripada ah long untuk mengambil alih gerai makan rakannya, kini terpaksa menanggung hutang lebih RM20,000 dalam tempoh dua bulan.

Lebih memburukkan keadaan, Suzana Hassan, 31, meminjam daripada 16 ah long semata-mata untuk melangsaikan hutang yang bermula dengan jumlah kecil.

Keadaan ini berlaku apabila wanita itu tidak mampu membayar bunga RM200 seminggu daripada ah long pertama, menyebabkan dia meminjam daripada ah long kedua untuk menjelaskan bayaran itu.

Kitaran hutang Suzana berulang sehingga dia berhutang dengan seramai 16 ah long, kesemuanya dihubungi menerusi iklan.

Menurut Suzana, masalah itu bermula apabila dia berhasrat mengambil alih gerai makan milik rakannya di Taman Ungku Tun Aminah pada Februari lalu dan mengambil keputusan berhenti kerja.

"Saya terpaksa meminjam daripada ah long selepas bank menolak permohonan saya kerana nama saya disenaraihitamkan ketika masalah pembelian kereta.

"Saya sudah berjaya membayar kira-kira RM15,000 kepada lima ah long, namun masih berhutang RM9,000 dengan 11 ah long," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Biro Aduan Masyarakat MCA Bahagian Johor Bahru, Michael Tay.

Menurutnya, dia terpaksa membayar RM7,600 sebulan hanya untuk duit bunga sedangkan hasil yang diperoleh daripada gerai makan berkenaan kira-kira RM3,000 sebulan sekali gus menyebabkan dia bertindak meminta bantuan daripada Michael.

Suzana memberitahu, dia berharap masalahnya itu dapat diselesaikan segera dan kemudian bercadang untuk berhenti daripada meneruskan perniagaan gerai makannya dan bekerja semula sebagai penjual tiket bas.

"Setiap kali hendak lelap mata saya teringat akan duit yang sudah dipinjam dan khuatir perkara tidak diingini berlaku seperti yang terjadi Jumaat lepas apabila ada ah long ugut untuk memalukan saya jika wang tidak dibayar," ujarnya.

Dalam pada itu, Michael berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak terlibat supaya mereka boleh menimbang untuk mengurangkan jumlah bayaran bunga kerana Suzana memang berhasrat untuk menjelaskan semua hutangnya.

"Saya sudah berjumpa dengan dua daripada 11 ah long itu dan mereka telah bersetuju untuk memberi Suzana lebih masa bagi menjelaskan pinjamannya," katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi meminjam daripada ah long.

tipu 6 ratus ribu

ARKIB : 18/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 2
Pesara rugi RM660,000 ditipu lelaki menyamar polis dari Bukit Aman

MELAKA 17 April - Seorang pesara kerajaan kerugian RM660,000 selepas ditipu lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang sedang menyiasatnya berhubung tuduhan pengubahan wang haram.

Percaya dengan kata-kata 'polis' yang kononnya boleh membantu mangsa memadamkan rekod tuduhannya, lelaki berusia 66 tahun itu bersetuju memasukkan sejumlah wang sebagai balasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Supritendan Soh Hock Sing berkata, lebih meyakinkan mangsa, nombor yang digunakan oleh suspek untuk menghubunginya sama seperti nombor dari Bukit Aman.

"Mangsa yang percaya setelah melihat nombor tertera dan diselubungi perasaan takut telah memasukkan sejumlah wang diminta ke dalam akaun suspek.

"Perkara sama berulang dan sejak Januari sehingga awal bulan ini, mangsa membuat 10 kali pemindahan wang tunai berjumlah RM660,000," kata Hock Sing pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka hari ini.

Menurutnya, mangsa sedar telah ditipu apabila melakukan semakan dan mendapati dia tidak disiasat oleh polis berhubung kesalahan yang dilakukan di Hong Kong seperti didakwa suspek.

Pada masa yang sama, katanya, mangsa juga tidak dapat menghubungi semula nombor yang digunakan suspek sebelum ini untuk arahan urusan pemindahan wang.

Katanya, polis yang bertindak selepas mangsa membuat laporan pada 9 April lalu berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 22 dan 28 tahun.

Ketiga-tiga lelaki itu ditahan di Muar, Johor dan Jalan Tun Aminah, Johor Bahru pada 10 April serta Jumaat dan Sabtu lalu.

"Siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek juga terlibat dalam kes penipuan lain yang hampir sama iaitu meminta duit mangsanya kononnya untuk menutup kes.

"Dalam kes ini, salah seorang suspek lelaki berusia 26 tahun berjaya memperdaya sebanyak RM202,000 daripada mangsanya itu hanya dengan satu transaksi pemindahan wang," katanya.

Menurut Hock Sing, pihaknya masih menjalankan siasatan kemungkinan ada individu lain terlibat atau mempunyai kaitan dengan tiga suspek lelaki itu.

Monday, April 16, 2012

pandu melulu kena 4 tahun

Pemandu treler dijel empat tahun


KEADAAN treler yang merempuh empat buah kenderaan dan menyebabkan sembilan terkorban di Kilometer 41.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Plaza Tol Hutan Kampung pada 2007.


ALOR SETAR - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang meragut sembilan nyawa termasuk tujuh sekeluarga di Plaza Tol Hutan Kampung, Lebuh Raya Utara-Selatan di Kepala Batas dekat sini lima tahun lalu dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM9,000.
Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Zainol Fitri Hassan, 39, dari Taman Melor, Kulim setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah dalam kes itu.
Mahkamah turut memerintahkan supaya lesen memandu tertuduh digantung selama empat tahun mulai semalam.
Tertuduh yang merupakan pemandu lori bernombor PDR 7988 didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan sembilan nyawa melayang selepas merempuh empat buah kenderaan di Kilometer 41.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini pada pukul 3.50 petang 29 Mei 2007.
Tujuh sekeluarga yang terbunuh ialah Suraya Ilias, 32; Mohamad Azlan Ilias, 21; Sawiyah Ilias, 27; Muhammad Alif Syafiq Ilias, 6; Nurul Izzati Ilias, 4; Ilias Salleh, 54, dan Uzmadaniel Syahril, 1.
Dua lagi mangsa yang terbunuh ialah Wan Rohani Wan Ibrahim, 54, dan Mohd. Arif Irfan Mohd. Taqiyudin, 1.

perompak selamba

Perompak selamba, keluar tanpa ambil apa-apa
Wartawan Sinar Harian
15 April 2012
Perompak selamba
BUKIT MERTAJAM – Seorang perompak yang memecah masuk rumah kakitangan percetakan Sinar Harian, Hussaini Arshad, 26, di Taman Sentul Jaya, Juru dekat sini, masih boleh berjalan dengan selamba meskipun kehadirannya disedari tuan rumah.

Kejadian sekitar jam 4 pagi itu disedari isteri, Rahaya Yahya, 26, yang terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi kucing bergaduh sebelum terkejut melihat kelibat seorang lelaki merangkak di hujung katil dalam bilik tidur.

Rahaya berkata, sebaik menyedari kehadirannya diperhatikan, lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek itu kemudiannya bingkas bangun lalu berjalan keluar tanpa sempat mengambil apa-apa barang dalam bilik itu.

“Saya syak dia mahu mengambil komputer riba yang berada di sebelah saya. Tetapi, mujur sedar dan nasib baik juga dia tidak apa-apakan saya
“Selepas lelaki itu beredar, saya segera mengunci pintu. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi dari arah dapur. Saya kemudiannya menjenguk ke luar melalui tingkap bilik dan terlihat lelaki itu beredar dari rumah melalui pintu belakang,” katanya.
Dia kemudiannya keluar dari bilik dan mendapati beg tangan yang diletakkan di ruang tamu hilang.

Katanya, dia kerugian ratusan ringgit berikutan terdapat tiga bentuk cincin dalam beg yang dilarikan, selain kad mesin juruwang automatik (ATM), jam tangan, lesen memandu dan pas kerja.

Rahaya berkata, laporan dibuat di Balai Polis Bukit Tengah pada jam 6.16 pagi.

Dia dan suami yang baru berpindah ke situ tiga minggu lalu berkata, perompak dipercayai memanjat tembok dan mengumpil pintu belakang sebelum masuk ke rumah, berikutan terdapat kesan tapak kaki di tembok belakang dan juga kesan umpil.

Tambah Rahaya, jirannya ada memberitahu pernah terlihat seorang lelaki, dipercayai perompak itu yang berlegar-legar di belakang rumah pada minggu pertama mereka berpindah.

Malah, dia turut mengesyaki beberapa siri pecah rumah sebelum ini dilakukan individu sama berdasarkan gambaran jirannya yang turut pernah menjadi mangsa.

“Lelaki itu dilihat seperti tahu akan selok-belok di dalam rumah, kerana dia begitu tenang dan tidak tergesa-gesa. Mungkin dia sudah buat kajian terlebih dahulu,” katanya.

Saturday, April 14, 2012

datuk kabi

‘Datuk Kabi’ didakwa tipu peniaga dan pengurus jualan

10 April 2012

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya 'Datuk Kabi' dihadapkan di dua mahkamah berasingan hari ini terhadap empat pertuduhan menipu seorang peniaga dan pengurus jualan membabitkan lebih RM27,000 empat tahun lalu.

Tertuduh, C. Kamaleshwaran, 33, yang merupakan ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan dua majistret berlainan.

Di Mahkamah Majistret Ampang di sini, Kamaleshwaran didakwa terhadap tiga pertuduhan menipu peniaga, Napizah Mohamed Nor Piah, 35, dengan memberi tiga keping cek, masing-masing bernilai RM5,000 yang tidak boleh ditunaikan di No 60, Taman TAR, di sini pada 4 petang 18 April 2008.

Majistret Zulyana Zoolkapli membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 21 dan 22 Jun depan untuk perbicaraan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzi manakalatertuduh diwakili peguam Omar Bakhi Ahmad.

Sementara itu, Kamaleshwaran dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dekat sini terhadap pertuduhan menipu pengurus jualan, Arlene Helena Dason, 40, membabitkan cek bernilai RM12,190 dengan memberhentikan pembayaran ke atas cek itu yang kononnya dikemukakan bagi bayaran tempahan dewan untuk majlis hari jadi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu Eastin Hotel, No 13, Jalan 16/11, Pusat Dagangan Seksyen 16, Petaling Jaya dekat sini pada 5 petang, 10 Oktober 2008.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan atau didenda jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat manakala tertuduh diwakili peguam Omar Bakhi dan Datuk Suraj Singh.

Kamaleshwaran merupakan adik kepada C.Yoganandha Moorthy, 38, yang juga ahli perniagaan yang dilepas dan dibebaskan bersama rakannya, Mercy Sumathi Christie, 43, tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap 12 pertuduhan menipu membabitkan RM143,890 pada 2008. - Bernama

tumpas jua

Sorok pisau di pinggang

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
EDAR RISALAH...Abdul Razak (kanan) melawat premis di sekitar IOI Boulevard sempena Program Jiran Niaga Prihatin di Puchong, semalam.
EDAR RISALAH...Abdul Razak (kanan) melawat premis di sekitar IOI Boulevard sempena Program Jiran Niaga Prihatin di Puchong, semalam.
PUCHONG: Kebimbangan pekerja dan pemilik kedai serbaneka 24 jam di sekitar Bandar Kinrara, di sini, terhadap ancaman premis mereka disamun selepas beberapa siri kes berkenaan dilaporkan sejak Februari lalu berakhir apabila tertangkapnya enam lelaki termasuk dua masih di bawah umur, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata, sejak dua bulan lalu lima kedai serbaneka kerugian lebih RM20,000 selepas disamun enam lelaki berusia lingkungan 17 hingga 20-an itu yang melarikan pelbagai barangan jualan serta wang tunai.

Menurutnya, kumpulan terbabit melakukan jenayah itu pada awal pagi ketika premis berkenaan tiada pelanggan dan mereka yang memakai topi keledar menutup muka mengancam mangsa menggunakan pisau pemotong daging.
“Suspek yang memakai topi keledar masuk ke kedai dan berpura-pura membeli barang manakala rakan subahat lain akan menunggu di luar.

“Mereka mengeluarkan pisau yang disembunyikan di pinggang mereka dan mengacukan senjata itu ke arah juruwang di kaunter serta mengarahkan mangsa menyerahkan wang dan pelbagai barangan jualan lain,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat premis perniagaan di IOI Boulevard, di sini, bagi mengedar risalah kempen keselamatan dan cegah jenayah sempena program Jiran Niaga Prihatin yang menggalakkan kerjasama antara peniaga melaporkan polis kegiatan mencurigakan di premis masing-masing.

Abdul Razak berkata, hasil risikan polis berjaya menahan seorang anggota kumpulan samun itu berhampiran sebuah restoran makanan segera di bandar berkenaan sebelum suspek terbabit mendedahkan identiti lima lagi anggota lain.

“Seorang daripada mereka ditahan pada 6 April lalu dan ini membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki pada hari yang sama manakala dua lagi ditahan pada keesokan hari dengan bantuan polis Sungai Besi.
“Ujian air kencing kesemua suspek didapati mereka negatif dadah, malah masing-masing turut tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Katanya, kumpulan samun terbabit dipercayai cuba berjinak-jinak dalam kegiatan jenayah berkenaan sebagai mata pencarian utama dan menyamun kedai serbaneka bagi mendapatkan keuntungan mudah berikutan masing-masing menganggur.

“Semua suspek direman sehingga 14 hari dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin ini mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan menggunakan senjata berbahaya,” katanya.

pijak kepala

Muka diinjak anak VIP

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PARAH...Mikael Adam parah di muka dan kepala dibelasah awal pagi semalam.
PARAH...Mikael Adam parah di muka dan kepala dibelasah awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam.
Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta.
“Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak.

“Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah,” katanya dalam satu sidang media semalam.


Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri.

percaya emel lesap 5 ribu

ARKIB : 13/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Lesap RM5,000 gara-gara percaya e-mel palsu

MIRI 12 April - Seorang wanita kerugian RM5,000 gara-gara mempercayai satu e-mel yang mendakwa akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan jika tidak dikemas kini.

Mangsa yang bekerja sebagai koordinator jualan di sebuah syarikat di sini membuka pautan dalam e-mel tersebut dan mengemas kini maklumat peribadinya pada Isnin lalu sebagaimana yang diminta tanpa mengesyaki sesuatu.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 44 tahun hanya menyedari wang simpanannya dipindahkan ke akaun lain setelah menerima panggilan daripada pihak bank memaklumkan rekod transaksi akaunnya.

"Laman web yang digunakan untuk melakukan penipuan itu adalah sama dengan laman web rasmi bank tempat mangsa menyimpan duit sehingga dia tidak mengesyaki apa-apa.

"Tetapi setelah mengemaskini maklumat peribadi seperti yang diarahkan, mangsa menerima panggilan daripada pihak bank bahawa sejumlah wang miliknya telah dipindahkan," katanya.

Menyedari dirinya tertipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri pada hari sama untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika ditemui pemberita pada kempen derma darah di Dewan Persatuan Keluarga Polis Miri hari ini mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan pengesahan dibuat dengan pihak bank jika maklumat diterima adalah meragukan.

"Orang ramai tidak sepatutnya percaya dengan perkara seperti itu terutama yang melibatkan komunikasi menerusi telefon atau Internet.

"Ia kebiasaannya dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencari mangsa yang mudah percaya dengan mereka," katanya.

doktor menangis

ARKIB : 13/04/2012

Doktor menangis klinik diserbu


Timbalan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM,Mazlan Ismail menunjukkan pil psikotropik haram yang dirampas di sebuah klinik di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 12 April - Seorang doktor lelaki menangis teresak-esak dan menggigil apabila klinik miliknya di Taman Danau Desa di sini, diserbu pihak berkuasa kerana dipercayai menjual pil psikotropik kepada penagih dadah hari ini.
Serbuan pukul 10.45 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Doktor berusia lingkungan 40-an yang mendapat pendidikan di dua universiti luar negara itu bagaimanapun bernasib baik apabila dia hanya diambil keterangan dan tidak ditahan.
Selain di Taman Danau Desa, sebuah lagi klinik di Taman OUG di sini turut diserbu kerana melakukan kesalahan yang sama.
Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mohd. Hatta Ahmad berkata, pemeriksaan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan berhubung tindakan pemilik klinik menjual pil psikotropik yang diharamkan sejak tahun lalu.
Menurutnya, ketika serbuan terhadap klinik di Taman Danau Desa, seorang lelaki dipercayai penagih dadah sedang membeli sejenis pil psikotropik iaitu dormicum.
"Dalam serbuan itu, pihak kami menemui hampir 1,000 biji pelbagai jenis pil tersebut yang terdiri daripada dormicum, stilnox dan valium selain pil viagra.
"Klinik di Taman OUG pula dikesan menjual pil jenis xanex yang akan memberi kesan ketagihan. Pil yang dipercayai diseludup dari Pakistan ini boleh menjadikan mereka yang mengambilnya bertindak agresif termasuk terlibat dalam jenayah," katanya kepada Utusan Malaysia.
Serbuan hari ini diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Mazlan Ismail.
Mohd. Hatta berkata, pil psikotropik diharamkan di negara ini apabila ia dikesan dijual secara tidak dikawal oleh pelbagai pihak dan pengambilan yang tidak mengikut syarat.
"Sepatutnya pil psikotropik hanya untuk pesakit insomnia, tetapi ia kini menjadi pil kegilaan penagih dadah yang kemudian dilaporkan agresif melakukan jenayah," ujarnya.
Difahamkan, klinik tersebut terletak di tingkat bawah sebuah pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti dadah.

pak arab penipu

ARKIB : 13/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 3
Polis buru penyangak Arab

MELAKA 12 April - Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita dari Asia Barat yang menjadikan juruwang sekitar negeri ini sebagai mangsa untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Pasangan dari Asia Barat berusia awal 40-an itu licik apabila turut menggunakan seorang kanak-kanak dalam kegiatan jenayah mereka.

Mendedahkan taktik jenayah samun itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Supritendan Soh Hock Sing berkata, suspek akan menyamar sebagai pelancong dan membeli barangan yang murah dengan harga tertentu menggunakan wang kertas RM100 atau RM50.

"Sebagai contoh, suspek lelaki akan memilih barangan berharga RM2.20 dan menghulurkan sekeping wang kertas RM100 dan syiling 20 sen kepada juruwang, manakala suspek wanita akan menggunakan paras rupanya yang cantik untuk menarik perhatian pekerja lain berbual dengannya.

"Ketika juruwang membuka mesin kaunter untuk memulangkan wang, ketika itulah suspek berpura-pura tidak pernah melihat wang RM50 dan meminta mangsa menunjukkannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.

Tambahnya, juruwang terbabit yang tidak mengesyaki apa-apa akan menyerahkan beberapa keping wang kertas RM50 untuk dibelek dan ketika itulah, suspek dengan pantas mengambil kesempatan mencuri beberapa keping wang itu tanpa disedari.

Menurutnya, dalam dua kes berasingan yang dipercayai dilakukan suspek sama pada 28 Mac lalu dan terbaru pada Selasa lalu, kedua-dua mangsa masing-masing mendakwa kerugian RM250 dan RM1,050.

"Kes itu berlaku di dua pusat beli-belah terkenal. Mangsa tidak sedar kehilangan wang tersebut kerana kejadian berlaku begitu pantas.

"Suspek juga biasanya akan berdiri bersebelahan juruwang untuk membelek wang sebelum meletakkannya semula membuatkan juruwang tidak mengesyaki apa-apa walhal dia sebenarnya sempat mengambil beberapa keping wang," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai terutamanya juruwang supaya lebih berhati-hati apabila dihampiri lelaki dan wanita dari negara Asia Barat itu.

Menurut Hock Sing, usaha mengesan suspek sedang dilakukan termasuk meneliti rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Thursday, April 12, 2012

cicir sekolah curi motor

Padah curi motosikal
Wartawan Sinar Harian
11 April 2012
Noor Hashim menunjukkan motosikal yang dicuri dan dileraikan suspek.
GELANG PATAH – Seorang remaja keciciran sekolah adalah antara enam yang dicekup pihak polis pada 2 April lalu di sebuah premis perniagaan Taman Nusantara, di sini, kira-kira jam 11 malam, selepas didapati terbabit dalam kegiatan curi motosikal.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, bertindak melalui maklumat orang ramai dengan kecekapan pihak polis yang membuat rondaan, remaja tempatan berusia 16 hingga 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, tiga remaja ditahan pada tarikh berkenaan dan hasil soal siasat pihaknya berjaya mengesan tiga lagi suspek pada keesokan hari sekali gus membawa penemuan tujuh motosikal termasuk jenis Yamaha RXZ dan Honda EX5 yang telah dileraikan.

“Modus operandi suspek adalah mencuri motosikal seterusnya meleraikan komponen untuk dijual kepada kenalan dan kegunaan sendiri, manakala rangka motosikal ditemui di sungai Kampung Bukit Tempurung, di sini.

“Sebahagian komponen motosikal yang belum sempat dijual berjaya ditemui di rumah suspek, justeru pihak polis menasihatkan supaya ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam kegiatan jenayah,” katanya pada sidang media di Balai Polis Gelang Patah, di sini, semalam.

Beliau turut mengingatkan pemilik motosikal supaya menambah ciri-ciri keselamatan pada kenderaan masing-masing bagi mengelakkan ia dicuri.

“Dua suspek telah didakwa di mahkamah manakala yang lain masih ditahan. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Dengan tertangkapnya semua suspek pihak polis berjaya menyelesaikan 42 kes curi motosikal di daerah Nusajaya dan kawasan berdekatan,” katanya.

jual no ekor 13 ribu

Penangan nombor ekor
Wartawan Sinar Harian
12 April 2012
Penangan nombor ekor
SEGAMAT - Tindakan seorang warga emas yang mempercayai kata-kata seorang warga asing menjual tiket nombor ekor yang dikatakan memenangi wang bernilai RM130,000 akhirnya mengundang padah.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan M Anuar Ismail berkata, mangsa telah diperdayakan suspek apabila diberitahu tiket nombor ekor itu yang dibelinya dengan harga RM55 memenangi wang sejumlah RM130,000.

“Setelah memujuk rayu mangsa dan menyatakan wang jualan tiket itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan kakaknya yang dimasukkan ke Hospital Segamat kerana sakit mahu bersalin, akhirnya mangsa bersetuju membeli tiket berkenaan dengan harga RM13,000,” katanya.

Tambahnya, warga emas yang berumur 66 tahun terpaksa membayar RM13,000 untuk tiket terbabit dan apabila dia mahu menuntut hadiah yang dijanjikan, dia diberitahu pemilik kedai tiket nombor ekor yang dimilikinya adalah palsu.

Mangsa yang kecewa kerana kehilangan wang yang banyak kerana ditipu warga asing itu segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

“Kejadian yang menimpa mangsa berlaku di salah sebuah bank di kawasan Labis pada 14 Mac lalu dan suspek warga asing yang terbabit dalam kes berkenaan dipercayai berumur lingkungan 30an,” katanya.

M Anuar turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan tipu helah individu yang datang untuk menawarkan apa apa jenis keuntungan sekiranya meragukan.

“Kes penipuan sebegini boleh dijadikan iktibar supaya masyarakat lebih berhati-hati apabila menjalankan urusan dengan individu yang mereka tidak dikenali mereka,”katanya.

pukau dan rompak

Taktik pukau sebelum samun
NUR FARHANA ABDUL MANAN
12 April 2012
Taktik pukau sebelum samun
PUCHONG – Bermodalkan cerita sedih konon anaknya mengidap sakit kulit kronik, seorang wanita warga China dikesan bergiat aktif menyamun pengunjung pasar pagi di Puchong Indah di sini, dipercayai menggunakan cara pukau.

Difahamkan, beberapa mangsa mendakwa terpedaya dan kerugian lebih RM50,000 selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai kepada suspek dalam keadaan tidak sedar.

Sinar Harian turut difahamkan, wanita terbabit akan menyapa mangsa rata-ratanya wanita yang berkunjung ke pasar itu sebelum ‘membuka’ cerita sedihnya.

Suspek dikatakan bertanya kepada mangsa di mana klinik pakar kulit boleh dikunjungi untuk membawa anaknya yang sakit mendapatkan rawatan.

Selepas berjaya mempengaruhi mangsa dengan cerita simpati itu, suspek dikatakan akan membawa mangsanya ke sebuah kereta jenis Naza Ria yang diletakkan di parkir kereta berhampiran pasar sebelum bertemu dengan dua orang lelaki.

Ketua Biro Aduan Puchong, Kuan Chee Heng berkata, suspek dikatakan datang ke negara ini Sabtu lalu sebelum memulakan ‘kerjanya’ sehari selepas itu.

Menurutnya, suspek turut menggunakan helah meminta mangsa menunjukkan di mana kedudukan pokok besar yang didakwa untuk dijadikan ubat bagi merawat sakit anaknya.
“Salah seorang mangsa memberitahu, suspek mengatakan anaknya sakit dan perlu mencari kulit pokok bersaiz besar kononnya untuk direbus dan dijadikan air penawar.

“Mangsa yang bersimpati, akan percaya dengan kata-kata itu dan bersedia menunjukkan lokasi tempat pokok besar yang diketahui,” katanya.

Chee Heng berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah kereta bercermin gelap yang diletakkan berhampiran pasar, dua orang lelaki dikatakan berada di dalam kenderaan itu dipercayai menjalankan kerja-kerja memukau.

Menurutnya, mangsa diberikan tangkal azimat untuk mengelak bala dan diminta tidak memberitahu orang lain mengenai perkara itu.

Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas serta wang tunai. Selepas menyerahkan segalanya, suspek menyerahkan karung berwarna hitam kepada mangsa.

“Hanya selepas tersedar dari pukau, mangsanya akan menyedari ditipu dan mendapati suspek hanya meninggalkan beberapa biji buah limau dalam karung hitam diberi,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun penipuan licik dilakukan wanita terbabit akhirnya tumpas apabila dia berjaya diberkas peniaga yang menyedari kegiatannya.

rogol depan adik

Dirogol depan adik, sepupu
Wartawan Sinar Harian
12 April 2012

PETALING JAYA – Enggan hanya berpuas hati dengan hasil samun, seorang lelaki yang memecah masuk ke dalam sebuah apartmen dihuni lima gadis bertindak merogol salah seorang daripada mangsa.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan suspek dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin di sebuah apartmen di Damansara Damai.

Menurut sumber, suspek yang pada mulanya hanya ingin mengambil barangan berharga milik mangsa, berubah fikiran dan ingin melampiaskan nafsunya ke atas salah seorang mangsa.

Bersenjatakan pisau, suspek mengugut akan mencederakan mangsa sekiranya mereka menjerit atau cuba melarikan diri.

“Penyamun bertopeng itu memilih mangsa berusia 20-an dan merogol mangsa sambil diperhatikan oleh adik dan sepupunya yang berumur 17 dan 20 tahun di dalam bilik,” katanya.

Mangsa dirogol sambil pisau diletakkan di lehernya oleh suspek yang melarikan diri sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sumber itu berkata, mangsa sempat mengecam wajah suspek selepas lelaki itu menanggalkan topengnya yang dipakainya.

Suspek memasuki apartmen terbabit dengan memecahkan mangga rumah dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum melarikan diri.

“Ketika kejadian terdapat dua lagi rakan serumah mangsa namun mereka tidak menyedari kejadian itu kerana tidur di bilik lain,” katanya.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan suspek terlibat sudah dikenal pasti.

“Polis ketika ini sedang melancarkan gerakan memburu suspek yang ketika ini berada di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan seksyen 395 samun bersenjata.

budak sekolah mewah jual dadah

Rahsia pelajar terbongkar, hidup mewah hasil dadah
Wartawan Sinar Harian
12 April 2012



BESUT – Rahsia kehidupan mewah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun terbongkar selepas guru sekolahnya di Kampung Raja di sini mendapati dia membawa RM800 ke sekolah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar tingkatan dua itu disiasat oleh guru sekolahnya selepas melihat keadaan dia yang mencurigakan sejak belakangan ini.

Menurutnya, apabila disoal siasat gadis tersebut mengaku membawa wang dalam jumlah yang banyak hasil menjual pil kuda kepada bukan pelajar di luar sekolah.

“Pihak sekolah telah menyerahkan pelajar tersebut kepada polis dan hasil soal siasat pelajar berkenaan memberitahu dia telah menjadi pengedar dadah sejak hampir empat bulan lalu dan memperoleh bekalan daripada bekas teman lelakinya.

“Pelajar itu memberitahu mendapat upah kira-kira RM100 setiap kali dapat menjual dadah yang dibekalkan dan mendakwa dipaksa menjual dadah tersebut oleh bekas teman lelakinya,” katanya.

Kamaruddin berkata, pada jam 4.30 petang, Ahad lalu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah berjaya menahan teman lelaki pelajar itu di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun.

Menurutnya, sebelum itu, suspek berusia 19 tahun cuba melarikan diri sambil membuang satu uncang ke tanah namun dia berjaya diberkas.

“Pemeriksaan dalam uncang berkenaan menemui sebanyak 70 biji dipercayai pil kuda manakala pemeriksaan pada badan suspek menemui 30 biji lagi pil kuda menjadikan keseluruhan sebanyak 100 biji serta wang RM650,” katanya.

Kamaruddin memberitahu, kejayaan itu membawa kepada tangkapannya abang suspek berusia 34 tahun pada jam 5.15 petang hari sama di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Terjun.

Hasil pemeriksaan di rumah abang suspek menemui tujuh pil kuda di dalam rumah berkenaan.

Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan pelajar berkenaan negatif dadah tetapi abang suspek pertama positif dadah pil kuda dan kedua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama manakala abangnya di bawah Seksyen 12(1) dan Syeksen 15(1) akta yang sama.

habis

geng kangkang

ARKIB : 11/04/2012

Polis tumpaskan Geng Kangkang


Zull Aznam Haron (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan susu tepung yang dicuri pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Kangar, semalam. - UTUSAN/faizal abu hassan


KANGAR 10 April - Jika sebelum ini kumpulan penjenayah menyasarkan kenderaan atau barang kemas namun tidak bagi sekumpulan penjenayah di sini, dikenali sebagai Geng Kangkang yang menjadikan susu tepung berjenama untuk dicuri.
Kumpulan itu bagaimanapun tumpas selepas polis memberkas lima daripada 10 ahli kumpulan itu, iaitu 13 jam selepas mencuri susu tepung pelbagai jenama dari dua kedai runcit di sini antara pukul 3.30 dan 4.05 petang, 5 April lalu.
Selain negeri ini, kumpulan tersebut dipercayai turut aktif mencuri susu tepung dari pasar raya di sekitar Lembah Kelang.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron berkata, kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berasal dari Sabah yang berusia 21 hingga 53 tahun.
Kata beliau, kesemuanya ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis keesokannya pada pukul 3.30 pagi di Klang, Selangor.
Tambahnya, turut ditahan seorang peniaga kedai ubat di Kuala Lumpur yang membeli susu-susu tepung berkenaan, pada 7 April lalu.
"Suspek ditangkap berdasarkan kereta sewa yang digunakan semasa melakukan jenayah itu. Hasil soal siasat mereka mengaku mencuri susu tepung di Kangar dan menjualnya kepada peniaga ubat itu di Kuala Lumpur.
"Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes curi susu tepung di pasar raya dan premis perniagaan di Perlis dan Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini hari ini.
Zull Aznam berkata, modus operandi kumpulan itu ialah dengan memasukkan susu tepung di dalam kain suspek wanita sebelum meninggalkan premis.
Katanya, perbuatan mereka bagaimanapun terbongkar hasil penelitian yang dibuat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit.
"Kita masih memburu saki baki lima lagi dari ahli kumpulan itu yang masih bebas terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki," katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Tambahnya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali kedua boleh dihukum penjara dan denda atau sebat.
"Sesiapa yang terlibat membeli barang curi pula boleh dihukum maksimum lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan," ujarnya.

man kucai lolos

ARKIB : 11/04/2012

Polis buru ketua 'Man Kuchai'




KUALA LUMPUR 10 April - Suspek lelaki yang meloloskan diri dari lokap tahanan sementara Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak Jumaat lalu pasti tidak dapat tidur lena kerana polis kini meningkatkan usaha untuk memburunya.
Operasi besar-besaran kini dilakukan polis bagi mengesan dan menangkap Mohd. Rezuan Abd. Rahman, 32, pemegang kad pengenalan bernombor 801213-05-5591 dan beralamat terakhir di Nombor 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterpreneurs Park, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek merupakan ketua kumpulan 'Man Kuchai', amat dikehendaki kerana dia seorang yang ganas dan mampu mencederakan orang awam ketika melakukan jenayah.
Berdasarkan rekod polis, kata beliau, suspek sepatutnya dibicarakan atas empat kesalahan jenayah yang melibatkan kes rompakan.
"Kes-kes yang melibatkan suspek adalah rompakan sehingga menyebabkan kecederaan di Cheras, menyamar sebagai pegawai polis untuk merompak di Salak Selatan dan Pantai serta rompakan bersenjata di Petaling.
"Dia juga aktif melakukan jenayah curi kenderaan mangsa dengan menggunakan modus operandi langgar dari belakang selain merompak di kedai-kedai 24 jam khususnya di daerah Brickfields," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Dalam kejadian Jumaat lalu, suspek meloloskan diri dari lokap tahanan sebaik sahaja dibawa dari Penjara Sungai Buloh ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Kehilangan lelaki itu disedari salah seorang anggota polis pada pukul 8 pagi selepas kesemua 45 tahanan itu disaring sebaik sahaja menyimpan barangan masing-masing.
Menurut Mohmad, suspek pernah ditangkap berhubung kesalahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Berdasarkan soal siasat ke atas beberapa tahanan lain, suspek dipercayai melonggarkan gari di tangannya dan meloloskan diri ketika dibawa ke lokap," katanya.
Berikutan itu, kata beliau, siasatan turut dijalankan ke atas beberapa anggota polis yang bertugas semasa kejadian berlaku.
Katanya, jika wujud faktor kecuaian sehingga menyebabkan tahanan terlepas, pihaknya akan mengenakan sama ada tindakan undang-undang atau tatatertib ke atas anggota terbabit.
Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya segera memaklumkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai suspek.
"Orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali bertindak sendiri untuk menangkap lelaki ini bagi mengelak daripada menjadi mangsa.
"Ahli keluarga suspek juga diingatkan agar tidak melindungi suspek kerana perbuatan mereka ini adalah salah di sisi undang-undang," katanya.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada penjagaan yang sah.

Monday, April 9, 2012

curi seluar dalam

Jururawat dituduh curi seluar dalam
Wartawan Sinar Harian
9 April 2012
Jururawat dituduh curi seluar dalam
KOTA BHARU-Hanya kerana mencuri sekotak seluar dalam, seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.
Tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.
Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut pada jam 2.30 petang.
Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.Bagaimanapun Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes.

susu celah kangkang

Sorok tin susu celah kangkang

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.
BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.
KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.
Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.


Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.