Sunday, May 27, 2012

awas rumah jiran indon anda jadi persinggahan penyamun rumah anda

Penyamun tak sempat berjoli


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GERIK: Empat penyamun dariLombok bukan saja tidak sempat berjoli hasil rompakan, malah ditangkap polis enam jam selepas menyamun pasangan suami isteri warga emas di sini, awal pagi kelmarin.
Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditangkap sepasukan polis sejurus turun dari bas di Stesen Bas Lenggong, jam 8.30 pagi kelmarin bersama barang kemas yang dicuri selain wang tunai 60,000 rupiah (RM20) dan telefon bimbit. Dalam kejadian jam 3 pagi di Kampung Pecah Batu, Bongor itu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 69 dan 83 tahun berdepan saat mencemaskan apabila diacu parang di leher oleh tiga perompak yang memecah masuk kediaman mereka sebelum melarikan wang tunai RM300 dan barangan kemas bernilai lebih RM20,000.

Difahamkan, sejurus rompakan, tiga daripada perompak itu bersembunyi di rumah rakan mereka di sebuah ladang kelapa sawit, 500 meter dari rumah mangsa.
Sejurus mengagihkan hasil rompakan, tiga suspek berkenaan bersama seorang rakan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal ke Lawin, di sini, sebelum menaiki bas awam ke Lenggong.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum berkata, pihaknya menghantar satu pasukan untuk menjejaki suspek sebaik menerima laporan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya berjaya menjejaki semua suspek sebelum menahan mereka sebaik turun dari sebuah bas di stesen bas berkenaan.

Friday, May 25, 2012

bapa tangkap kawan yang merogol anaknya

ARKIB : 22/05/2012

Mangsa rogol diupah 50 sen tidak pecah rahsia

HULU LANGAT 21 Mei - Seorang lelaki bukan setakat merogol anak rakannya yang baru berusia tujuh tahun, malah sanggup 'mengupah' 50 sen supaya kanak-kanak itu merahsiakan kejadian tersebut yang berlaku di Semenyih di sini petang semalam.
Bagaimanapun, kelakuan keji lelaki berusia 31 tahun itu terbongkar selepas budak perempuan malang itu pulang ke rumah sambil menangis sehingga menimbulkan keraguan di kalangan ahli keluarganya.
Mangsa dikatakan keluar ke kedai bersama sepupunya yang berusia empat tahun kira-kira pukul 2.30 petang sebelum dihampiri suspek yang menaiki motosikal dengan seorang rakan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, suspek kemudian meminta mangsa membawanya ke sebuah rumah jiran di kawasan berhampiran, namun orang yang dicari itu tiada di rumah.
Katanya, budak perempuan itu kemudian diajak oleh suspek membonceng motosikal dengan alasan mahu mangsa membantunya mencari jiran berkenaan.
"Bagaimanapun, mangsa akhirnya dibawa ke sebuah rumah kosong dan dia dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh, sebelum dirogol di situ.
"Mangsa juga dikatakan diberikan 50 sen sebagai 'upah' supaya dia tidak memberitahu perbuatan keji itu kepada ahli keluarganya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ab. Rashid memberitahu, budak malang itu pulang ke rumah sambil menangis teresak-esak sebelum menceritakan kejadian tersebut kepada bapanya.
"Suspek merupakan rakan sekampung bapa mangsa yang berusia 26 tahun berang dengan perbuatan kawannya itu. Bapa mangsa bertindak mencari dan menangkap sendiri suspek sebelum membawanya ke balai polis berhampiran," katanya.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

keldai dadah

ARKIB : 22/05/2012

Kakak saya dianiaya lelaki warga Afrika - Adik

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kira-kira lapan tahun lalu, seorang wanita dikenali sebagai Punitha, sering dilihat menjalankan khidmat sukarela menjaga bayi di sebuah pusat ibadat di ibu negara.
Bagaimanapun nasib malang menimpa wanita berusia 55 tahun itu apabila dia menjadi keldai dadah selepas terpedaya dengan pujukan satu sindiket penyeludupan dadah dipercayai warga Afrika ketika berada di Peru.
Dia sebelum itu mengikut satu keluarga rakyat tempatan untuk bekerja sebagai pengasuh bayi di Ireland, namun dihalau selepas bekerja selama dua tahun.
Menurut adik mangsa, Bala Ganapathy, 50, kakaknya mengenali keluarga tersebut di sebuah pusat ibadat apabila dia sering turun ke tempat itu untuk bekerja secara sukarela sebagai penjaga bayi.
"Dalam tempoh dua tahun Punitha menjaga bayi keluarga tersebut, dia dilayan dengan baik namun, situasinya berubah apabila tercetus pergaduhan antara ahli keluarga tersebut.
"Ekoran itu, Punitha bukan sahaja dihalau keluar malah, dokumen miliknya seperti pasport juga tidak dipulangkan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tambahnya, sejak tinggal sebatang kara, pelbagai pekerjaan yang dilakukan kakaknya sehingga dia diperkenalkan kepada seorang lelaki warga Afrika yang menawarkan pekerjaan untuk membawa sebuah beg pakaian berisi baju T ke Peru.
"Di Peru, kakak saya ditahan selepas pihak berkuasa di sana menemui sejumlah dadah disembunyikan dalam beg dibawanya.
"Ekoran kejadian itu, dia dipenjarakan di Peru selama empat tahun," katanya.
Beliau memberitahu, pada masa ini, dia hanya menunggu masa untuk dibawa pulang dan berharap kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin.

Thursday, May 24, 2012

anak hadi diragut

Anak Hadi cekup peragut
MOHD AZLIM ZAINURY & RUBIAH OMAR
23 Mei 2012
Anak Hadi cekup peragut
Jari tangan Muhammad Khalil patah akibat pergelutan dengan suspek yang cuba
melarikan beg tangan isterinya.
MARANG - Tindakan berani Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang, Muhammad Khalil Abdul Hadi, 35, mengejar seorang peragut membuahkan hasil, apabila dia berjaya menangkap suspek yang cuba meragut beg tangan isterinya di Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam, berlaku di sebuah kedai makan di tepi jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan itu, Muhammad Khalil dan isteri, Dr Farhana Hasbullah, 32, sedang menikmati makan malam bersama dua anak mereka, Omar, 3, dan Ali, 9 bulan.

Muhammad Khalil yang juga anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dia singgah di kedai itu selepas isterinya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin auto teller (ATM), di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, dia melihat suspek yang membonceng sebuah motosikal masuk ke dalam kedai makan dan menuju ke arah tempat membasuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi.

“Secara tiba-tiba dia (suspek) menyambar beg tangan milik isteri di atas meja hingga menyebabkan isteri dan anak dalam ribaannya berusia 9 bulan jatuh dari kerusi selepas dia cuba menghalang suspek dari melarikan beg tangannya itu.

“Saya kemudian mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan tetapi akhirnya berjaya menangkapnya. Pergelutan juga menyebabkan sebatang jari saya patah dan betis kanan tercedera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, di sini, semalam.

Muhammad Khalil berkata, keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan seorang rakan suspek yang menunggu di luar kedai dengan motosikal panik dan melarikan diri, manakala suspek yang ditangkap itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Saya bersyukur kerana isteri dan anak selamat walaupun saya mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan dengan peragut. Saya kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 20 tahun dari Kampung Seberang Baroh Kiri berjaya ditahan manakala rakannya yang melarikan diri masih diburu.

Menurutnya, dengan penahanan suspek, pihaknya yakin dapat selesaikan beberapa kejadian ragut di sekitar bandar raya ini termasuk kes yang berlaku pada petang hari sama berdasarkan fizikal dan modus operandi yang digunakan.
 “Sebelum ini, seorang wanita Cina berusia 40 tahun kerugian hampir RM3,000 selepas beg galasnya dilarikan ketika sedang minum di sebuah kedai kopi di Jalan Ladang, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.

 “Kita tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kes itu dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan,” katanya.

Wednesday, May 23, 2012

budak perempuan jangan berani keluar seorang diri

Gagalkan cubaan culik adik
OTHMAN YAHAYA
22 Mei 2012
Gagalkan cubaan culik adik
Ahmad (kiri) ditemani seorang ahli keluarga menunjukkan tempat anak
saudaranya Nur Haifa (kanan) bermain sebelum dilarikan lelaki tak dikenali.
PENAGA - Tindakan pantas seorang kakak mengejar motosikal lelaki yang cuba melarikan adik perempuannya yang berusia tujuh tahun sambil berteriak minta adiknya dipulangkan, berjaya menyelamatkan anak ketujuh daripada lapan beradik itu daripada menjadi mangsa culik.

Dalam kejadian di Kampung Pulau Mertajam di sini petang kelmarin, Nur Hazwani Marzukhi, 15, mengejar motosikal ditunggang lelaki berkenaan sejauh 50 meter sambil melaungkan perkataan ‘pulangkan adik aku’ berulang kali, membuatkan penculik itu panik sebelum mencampakkan Nur Haifa untuk melarikan diri.
Biarpun adiknya kini trauma dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan kerana terkena besi pagar selepas dicampak penculiknya, namun Nur Hazwani bersyukur kerana dia berjaya mengelak kejadian lebih buruk yang bakal menimpa adik perempuan kesayangannya itu.

Kejadian pada jam 5 petang kelmarin itu disedari oleh Nur Hazwani apabila terdengar suara lelaki tidak dikenali memujuk adiknya menaiki motosikal untuk ke kedai membeli ais krim ketika dia berada di bahagian dapur rumah mereka.

“Ketika itu adik sedang bermain pasir bersama empat sepupu lelakinya yang berusia antara tiga hingga lapan tahun di bahagian tepi rumah bapa saudara bersebelahan rumah kami.

“Saya terus berlari keluar selepas mendengar enjin motosikal dihidupkan kerana bimbang adik saya itu akan mengikuti lelaki berkenaan kerana selain gemarkan ais krim dia juga peramah dengan sesiapa sahaja termasuk dengan orang tak dikenali,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, emaknya, Rozita Md Suhud, 46, berada di dalam rumah bersama dua kakaknya yang lain, manakala bapanya, Marzukhi Omar, 55, keluar ke pekan Penaga.

Nur Hazwani yang belajar dalam tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini berkata, sangkaannya tepat kerana sebaik menjenguk keluar melalui pintu, dia sempat melihat adiknya itu diangkat oleh lelaki berkenaan dan diletakkan di dalam raga di bahagian hadapan motosikalnya sebelum memecut laju mengikuti jalan belakang.

Nur Hazwani berkata, dia tidak dapat melihat wajah suspek kerana lelaki berkenaan memakai topi keledar bercermin gelap dan mendapati motosikal yang digunakannya jenis Honda EX5.
“Selepas menyedari adik dilarikan, saya kemudiannya bertindak berteriak ‘pulangkan semula adik aku’ berulang kali sambil mengejar lelaki berkenaan sejauh 50 meter.

“Teriakan saya didengari oleh penduduk kampung yang turut mengejar lelaki berkenaan untuk menangkapnya,” kata anak kelima kakitangan Jabatan Perikanan itu.
Mujur nasib menyebelahi mereka, semasa lelaki berkenaan cuba membelok ke kiri untuk menghala ke jalan besar, sebuah kereta milik penduduk kampung berkenaan turut memasuki jalan tar mini berkenaan menjadikan ruang laluan itu sempit dan menyukarkan motosikal lelaki berkenaan melepasinya.

“Merasakan dirinya terkepung, lelaki itu kemudiannya mengangkat adik saya dari raga motosikalnya dan mencampakkannya di tepi pagar sekolah sebelum melarikan diri.
“Usaha penduduk kampung untuk menangkapnya tidak berjaya dan selepas memaklumkan kepada bapa, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) sejurus selepas itu,” katanya.
Menurutnya, adiknya kemudian dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas selepas mengalami kecederaan akibat dicampak oleh lelaki yang cuba menculiknya.

Sementara itu saksi kejadian, bapa saudara mereka, Ahmad Shaari, 73, berkata, dia bergegas keluar dari rumah selepas mendengar Nur Haifa bersetuju mengikuti lelaki berkenaan untuk ke kedai membeli ais krim biarpun ditegah beberapa kali oleh sepupunya yang turut bermain bersamanya di bahagian tepi rumahnya petang kelmarin.

“Dalam keadaan bertongkat kerana mengalami masalah sendi, saya tidak sempat menghalang tindakan lelaki berkenaan melarikan anak saudara saya itu tapi bersyukur kerana insiden itu turut disedari oleh Nur Hazwani yang mengambil tindakan bijak mengejar lelaki berkenaan kemudiannya.
“Jika terlepas tak tahulah apa akan terjadi pada Nur Haifa,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan.
“Biarlah pihak kita memperoleh maklumat lengkap terlebih dahulu dalam usaha mengesan suspek terbabit untuk melengkapkan siasatan.
“Apa pun kita suka mengingatkan orang ramai mengawasi anak masing-masing dan membuat laporan segera berkaitan kehadiran orang tak dikenali di kawasan kejiranan mereka bagi mengekang insiden sama daripada berulang,” katanya.

kontraktor sendiri yang mencuri

'Pagar makan padi'
Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2012
Nashir (dua, kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dalam serbuan di Jalan Abi, Alor Kabong.
Nashir (dua, kiri) menunjukkan barangan yang dirampas dalam serbuan
di Jalan Abi, Alor Kabong.
KANGAR – Kegiatan kontraktor Telekom yang dipercayai terlibat dengan beberapa kes curi kabel di sekitar kawasan ini tumpas apabila diserbu sepasukan polis ketika sedang memproses kabel terbabit di belakang sebuah pondok memproses ayam di Jalan Abi, Alor Kabong, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, serbuan yang dijalankan pada 16 Mei lalu kira-kira 8.30 malam itu berjaya menahan tiga lelaki berumur lewat 20-an yang bekerja sebagai buruh.
Menurutnya, pihaknya turut merampas kabel Telekom yang dipercayai dicuri bersama peralatan yang digunakan untuk mencuri dan melupuskan barang kes semasa ketiga-tiga suspek sedang membakar kabel terbabit bagi tujuan pelupusan.
“Dalam serbuan itu kita telah merampas peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel, satu guni baja yang di dalamnya mengandungi tembaga kabel yang beratnya lebih kurang 33 kilogram berjumlah RM6,000, dua gulung kulit kabel berwarna hitam yang masing-masing sepanjang 544 sentimeter (sm) dan 1,240 sm serta sebuah jentera jengkaut.

“Kes tangkapan ini akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 414 Kanun
Keseksaan kerana menolong menyembunyikan harta curi dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika sidang media di IPK Perlis.

Nashir berkata, modus operandi kumpulan terbabit dipercayai merupakan kontraktor Telekom yang melakukan kerja pembersihan pokok-pokok yang merintangi jalan dan dipercayai telah mengambil kesempatan memotong kabel-kabel terbabit.

Sepanjang 2011, sebanyak 74 kes telah direkodkan melibatkan kes curi kabel dan peralatan milik Syarikat Utiliti Awam sehingga kerugiannya mencecah RM611,160.

Pada tahun yang sama sebanyak lima kumpulan curi kabel berjaya ditumpaskan yang melibatkan tangkapan seramai 17 suspek.
Katanya, bermula Januari hingga 20 Mei 2012, sebanyak 23 kes kecurian kabel diterima yang melibatkan kerugian berjumlah RM128,711 dan ekoran daripada itu pihaknya telah berjaya menumpaskan enam kumpulan yang melibatkan penahanan 11 suspek.

Beliau turut menasihati orang ramai agar memberikan kerjasama kepada pihak polis jika terserempak kumpulan yang melakukan kegiatan mencuri kabel dengan melaporkan kegiatan itu di balai polis berdekatan.

jangan percaya orang tak di kenali

Rantai diragut ‘kakitangan TNB’
Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2012
Mohd Hafizul Hakim Ahmad Jamil (kanan) menunjukkan kesan kecederaan di leher ibunya semasa ditemui d
Mohd Hafizul Hakim Ahmad Jamil (kanan) menunjukkan kesan kecederaan
di leher ibunya semasa ditemui di rumah mereka, semalam.
PENAGA - Seorang suri rumah cedera di leher selepas rantai emas yang dipakainya diragut oleh seorang lelaki berpura-pura membuat pemeriksaan terhadap bekalan elektrik di rumahnya di Kampung Permatang Rawa di sini pagi semalam.

Mangsa, Zakiah Shukur, 41, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi semalam itu, dia sedang menyapu sampah sarap di laman rumahnya apabila didatangi oleh seorang lelaki menunggang motosikal yang bertanyakan alamat seorang penduduk.

“Lelaki berkenaan berpakaian baju berwarna biru muda yang biasa dipakai oleh kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghampiri saya dan bertanyakan alamat seorang penduduk kampung dengan alasan ingin ke rumahnya kerana hendak membuat pemeriksaan berkaitan bekalan elektrik terganggu.

“Selepas memaklumkan saya tidak mengenali lelaki yang dimaksudkan, peragut itu kemudiannya mengambil kesempatan berpura-pura membuat pemeriksaan kotak bekalan elektrik yang terdapat di luar rumah dan dalam masa sama meminta saya mengambil bil lama untuk dikemas kini,” katanya.

Menurutnya, disebabkan mempercayai lelaki itu yang menyerupai kakitangan TNB, dia kemudian membiarkan lelaki berkenaan membuka kotak itu dan masuk ke dalam rumah bagi mendapatkan bil seperti mana yang diminta.
“Sebaik melepasi pintu utama, lelaki berkenaan yang datang dari belakang bertindak meragut rantai menyebabkan saya hampir jatuh terlentang.
“Tindakan pantasnya meragut rantai sebelum melarikan diri membuatkan saya terkejut dan saya langsung tidak menjerit untuk meminta tolong kerana terlalu bingung” katanya.

Ketika kejadian dia hanya ditemani anak bongsunya, Mohd Hafizul Hakim Ahmad Jamil,9, yang sedang tidur di dalam bilik kerana demam. Suaminya pula, Ahmad Jamil Md Zain, 43, tiada di rumah kerana sedang bekerja sebagai pemandu bas di Butterworth ketika kejadian.
“Akibat kejadian itu saya bukan sahaja mengalami kecederaan di bahagian leher tetapi juga kerugian hampir RM3,000.

“Selepas memaklumkan kepada suami dan mendapatkan rawatan akibat kecederaan di sebuah klinik berhampiran satu laporan polis kemudiannya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan dan sedang berusaha mengesan suspek tetapi enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

bakar rumah ayah

Tangisan sesalan tiada makna
RUBIAH OMAR
22 Mei 2012
Tangisan sesalan tiada makna
Wan Nor Affendi mengaku membakar kediaman keluarganya sendiri
di Kampung Gong Kijang disini 14 Mei lalu.
KUALA TERENGGANU - Hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan wang RM10 tidak dilayan, seorang anak tergamak membakar kediaman keluarganya sehingga tinggal sehelai sepinggang dalam satu kejadian 14 Mei lalu, di Kampung Gong Kijang, di sini.

Akibatnya, Wan Nor Affendi Wan Mohammad, 22, dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan selepas Wan Nor Affendi mengaku bersalah melakukan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengaku dengan sengaja membakar rumah milik ayahnya Wan Mohammad Wan Sulaiman, 46, di sebuah rumah di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal, di sini, kira-kira jam 3 petang, 14 Mei lalu.

Terdahulu, Wan Nor Affendi dalam rayuannya dengan nada sebak memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya atas alasan sudah menyesali perbuatannya itu, selain mendakwa perlu menjaga datuknya yang sudah uzur.

Bagaimanapun, tangisan sesalannya tidak bermakna lagi setelah Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dengan alasan perbuatan tertuduh merupakan satu kesalahan jenayah yang serius.

Hukuman yang dijatuhkan diharap mampu memberi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat luar.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bertindak di luar batasan apabila tergamak membakar rumah keluarganya di Kampung Gong Kijang, di sini, selepas permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dilayan bapanya.

Difahamkan, suspek membakar rumah berkenaan menggunakan minyak petrol yang baru dibeli sebaik mengambil RM10 daripada bekas wang simpanan hasil jualan minuman ringan keluarganya selepas gagal mendapatkan wang yang diminta.

Sebelum kejadian, suspek mengugut bapanya mahu membakar rumah jika tidak memberi wang kepadanya untuk membeli dadah jenis pil kuda.

sepandai2

Dadah dalam balang biskut
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2012
Dadah dalam balang biskut
Mohd Rosli menunjukkan plastik lutsinar berangkai berisi pil warna merah dan bekas kaca berwarna putih yang dirampas dalam satu serbuan di rumah seorang pemuda di Kampung Butut,
KUALA BERANG - Lakonan seorang pemuda yang berpura-pura bagaikan tidak tahu apa-apa dan melakukan sebarang kesalahan berkaitan dadah ketika rumahnya diserbu jam 2.05 petang kelmarin di Kampung Butut, di sini, gagal mengaburi mata pihak polis.
Malah, tidak cukup dengan itu, penganggur berusia 27 tahun dan masih bujang itu begitu licik apabila menjadikan bekas kaca yang kebiasaannya digunakan untuk mengisi biskut raya, sebagai tempat dia menyembunyikan barang terlarang itu.
Bagaimanapun, kelicikan suspek yang dipercayai baru berjinak dengan aktiviti pengedaran itu dapat dihidu polis apabila berjaya menemui bekas kaca tersebut di sebuah almari di bahagian dapur rumah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, ketika serbuan, suspek bersendirian di rumahnya dan hasil pemeriksaan ke atas tubuhnya tidak menjumpai apa-apa barang yang salah.
“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut, polis berjaya menemui satu bekas kaca berwarna putih bercorak bunga yang berpenutup plastik lutsinar di sebuah almari di bahagian dapur, mengandungi dua paket plastik biru yang setiap satunya mengandungi 168 biji pil merah disyaki dadah jenis pil kuda.
“Selain itu, polis turut menemui satu paket plastik lutsinar berangkai 10 dengan setiap satu paket mengandungi 10 biji pil merah, disyaki pil kuda yang turut diletakkan dalam bekas kaca itu,” katanya.
Menurutnya, jumlah keseluruhan pil merah disyaki dadah itu adalah sebanyak 268 biji, dengan anggaran nilai berjumlah RM8,040.
“Suspek ditahan dan polis turut merampas kesemua barang kes yang ditemui untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di IPD Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Mohd Rosli berkata, suspek dipercayai baru berjinak-jinak dengan aktiviti pengedaran dadah sejak tiga bulan lalu bagi mencari duit poket dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika disabitkan kesalahan, suspek bolah dihukum tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih lima tahun dan diwajibkan sebatan rotan tiga hingga sembilan kali.

penyamun

Nyawa dihujung tanduk
MOHD AZLIM ZAINURY
22 Mei 2012
Rohanita menunjukkan pintu hadapan rumahnya yang diumpil kumpulan penyamun terbabit.
Rohanita menunjukkan pintu hadapan rumahnya yang diumpil kumpulan penyamun terbabit.
MARANG – Empat penyamun bertopeng dan bersenjatakan kayu, pisau serta pemutar skru berjaya melarikan barangan kemas seperti gelang, rantai dan wang tunai serta telefon bimbit berjenama dalam kejadian samun di Binjai Bongkok, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, pasangan suami isteri, Rohanita Gani, 38, dan Mohd Sukri Sihat, 48, mengalami kerugian kira-kira RM50,000.

Rohanita berkata, sewaktu kejadian, dia dan suaminya itu sedang tidur di bilik utama rumah banglo dua tingkat berkenaan, manakala lima anak mereka berusia antara 3 hingga 15 tahun tidur di dalam bilik berasingan iaitu di tingkat atas dan bawah rumah itu.

Menurutnya, dia dan suami terkejut selepas melihat kelibat suspek yang tiba-tiba muncul di dalam bilik tidur mereka selepas kumpulan penyamun itu dipercayai merosakkan pagar dan mengumpil pintu rumah mereka untuk masuk.

“Sebaik membuka mata, saya terlihat orang memakai topeng berada dalam bilik, mengarahkan kami diam dan mengikut arahan sebelum tangan saya diikat dengan wayar pengecas telefon, manakala tangan suami diikat dengan wayar seterika.

“Kumpulan lelaki bertopeng itu kemudiannya mengarahkan kami ke bilik anak di tingkat atas dan bawah lalu mengikat tangan dua anak kami, manakala tangan tiga lagi anak kami berusia 3 hingga 5 tahun tidak diikat,” katanya.

Arah tunjuk tempat simpan barang berharga

Menurut Rohanita, ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, kumpulan penyamun terbabit kemudiannya mengarahkan mereka sekeluarga berkumpul setempat di dalam rumah itu.

Roshanita berkata, penyamun itu kemudian mengarahkan mereka untuk menunjukkan tempat simpanan barang-barang berharga jika tidak mahu dicederakan sebelum mengambil barang kemas dipakai, wang tunai termasuk empat unit telefon bimbit berjenama.

“Mereka (penyamun) turut menyelongkar keseluruhan rumah ini sebelum beredar sekitar jam 2.30 pagi selepas berada di dalam rumah lebih kurang sejam, manakala ikatan tangan kami pula berjaya dibuka tidak lama kemudiannya.

“Sebaik ikatan dibuka, suami terus menghubungi pihak berkuasa. Saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak diapa-apakan. Kejadian itu sungguh menakutkan. Nyawa kami ibarat di hujung tanduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan, Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

Tuesday, May 22, 2012

rompak pemandu lori

‘Polis’ paksa serah RM12,000

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUNGAI BULOH: Seorang pemandu lori menempuh detik mencemaskan apabila diculik tiga lelaki yang menyamar polis di Kampung Baru, di sini, sebelum dipaksa mengeluarkan wang RM12,000 dari sebuah bank di Pekan Batu 9, Taman Suntex, Cheras, dalam kejadian Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun yang bekerja dihampiri dua lelaki yang mendakwa mereka polis dan menahannya selepas mendakwa dia disyaki terbabit kes jenayah.

Menurut sumber, dua lelaki terbabit turut menggari tangan mangsa dan mengarahkannya mengikut mereka masuk dalam kereta yang dipandu seorang lagi lelaki.
“Mangsa dibawa menuju ibu negara dan dituduh melakukan kesalahan. Malah, mangsa juga diperas supaya menyerahkan wang kononnya bagi menyelesaikan kes itu.

“Namun, mangsa yang tidak berpuas hati dengan cara penahanan itu bertanya apa kesalahannya sebelum dikasari lelaki terbabit,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit merampas telefon bimbit dan dompet mangsa serta meminta mangsa menyerahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya.

“Lelaki terbabit cuba mengeluarkan wang mangsa menerusi ATM di sebuah stesen minyak di Hulu Klang. Namun, hanya memperoleh sejumlah wang dan gagal mengeluarkan semuanya kerana melebihi had pengeluaran.

“Ini menyebabkan mereka mengarahkan mangsa menghubungi isterinya dan menyerahkan buku bank bagi membuat pengeluaran baki wang RM12,000,” katanya.
Katanya, mangsa dibawa ke rumahnya di Cheras dan lelaki terbabit menjemput isteri mangsa sebelum pasangan itu dibawa ke sebuah bank di Taman Suntex.

“Seorang daripada lelaki terbabit mengikut isteri mangsa mengeluaran wang di bank itu, manakala mangsa ditahan dalam kereta.

“Sebaik memperoleh wang tunai, mangsa dilepaskan dan ketiga-tiga lelaki terbabit meninggalkan pasangan itu di bank berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan dijalankan.

perogol bersiri

Perogol bersiri didakwa
ADILA SHARINNI WAHID
22 Mei 2012
Amran diiringi anggota penjara ketika didakwa di mahkamah, semalam.
Amran diiringi anggota penjara ketika didakwa di mahkamah, semalam.
KOTA BHARU – Seorang penganggur yang pernah menggemparkan negara apabila dikaitkan dengan 26 siri jenayah rogol serta cabul dalam tempoh tiga tahun lalu, berdepan empat lagi tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Kesemua tuduhan ke atas Amran Che Jaafar, 30, dari Simpang 4, Kampung Perupok, Bachok itu dibuat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan.

Dia didakwa secara berasingan merogol empat wanita masing-masing berusia antara 19 dan 39 tahun dengan meletakkan mangsa dalam ketakutan kematian pada masa, tarikh dan empat lokasi berlainan.

Pada tuduhan pertama yang disebut ke atas Amran semalam, ialah merogol gadis 19 tahun lima bulan di Jalan Dusun Muda pada jam 10 pagi, 21 September, manakala tuduhan kedua, menodai mangsa berusia 19 tahun tiga bulan di sebuah asrama di Jalan Sultan Yahya Petra, pada jam 6.45 pagi, 17 September.

Sementara, tuduhan ketiga, Amran didakwa merogol wanita 25 tahun tiga bulan di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Kubang Kerian, pada jam 8.15 pagi, 30 September dan seorang lagi mangsa mencecah usia 39, didakwa dirogol tertuduh di sebuah pasar awam di Wakaf Che Yeh, jam 8.52 pagi, 16 Ogos 2011.

Dia sebelum ini, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan bersabit kesalahan rompakan bersenjata, 15 November tahun lalu, dan 16 tahun penjara serta lapan sebatan berkuat kuasa berasingan kerana bersalah pada tuduhan merogol dan cabul mangsa yang lain.

Pada prosiding semalam, Amran bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Tuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari, Nor Hamizah Ghazaly dan Intan Nor Hilwani Mat Riffin di hadapan Hakim Irwan Suainbon dan Azman Mustapa.

Kes disambung 18 dan 24 Jun depan.

Friday, May 18, 2012

penjenayah makin melampau

3 lelaki samun seksa wanita hamil
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
3 lelaki samun seksa wanita hamil
Rumah mangsa berselerak selepas disamun tiga lelaki.
3 lelaki samun seksa wanita hamil
Kelihatan telur mentah bersepak di rumah mangsa.
SUNGAI SIPUT - Bukan sahaja mulut disumbat dengan telur mentah, seorang wanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencing dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di sini, awal pagi semalam.

Lebih malang, wanita yang hanya menunggu hari untuk bersalin itu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan.

Menurutnya, secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa.

“Salah seorang lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi menggeledah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.

Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaan menyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk.

“Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kencing di atas lantai dan memaksa saya menjilat air berkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian.

“Marah dengan tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Yugeswari berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.

Katanya, laporan polis dibuat sebaik sahaja suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Azman Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan suspek masih belum dikenal pasti.

Wednesday, May 16, 2012

terkorban kerana kejar penjenayah

Polis maut kejar pencuri
NORRIZAH BAHARUDIN & NORDIANA JOHARI
15 Mei 2012
Keadaan lokasi kejadian di ladnag Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah.
Keadaan lokasi kejadian di ladnag Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah.
ALOR GAJAH – Seorang anggota polis peronda cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut ketika cuba menangkap suspek curi lori di ladang sawit Kampung Melekek Dalam, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa, Koperal Rasul Tumin, 47, maut serta-merta di tempat keja­dian selepas dirempuh sebuah lori muatan 10 tan membawa barangan elektrik terpakai, yang dicuri di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kejadian berlaku apabila lori curi tersebut dikesan anggota unit peronda yang melakukan rondaan di kawasan Alor Gajah.

Menurutnya, mangsa yang menaiki kenderaan MPV polis bersama seorang lagi rakan, Koperal Hamidi Daud, 49, mengejar lori terbabit kira-kira 20 minit sebelum ia memasuki ladang kelapa sawit berkenaan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, suspek yang memandu lori tersebut cuba menaiki bukit tetapi tidak berjaya sebelum melompat keluar untuk melarikan diri.

“Pada masa sama, mangsa yang duduk di sebelah pemandu keluar untuk menahan suspek tetapi dilanggar lori yang tiba-tiba mengundur,” katanya pada sidang media di Hospital Melaka, semalam.

Ghee Lye berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai tidak menarik brek tangan menyebabkan lori terbabit mengundur ke belakang sebelum merempuh mangsa.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di anggota badan.


Maut depan mata

Sementara itu, Hamidi ketika menceritakan detik cemas itu berkata, dia bersama mangsa menerima maklumat mengenai lori terbabit yang berada di Kawasan Perindustrian Kelemak dan mereka berusaha mengejarnya.

“Lori dipandu laju ke arah Masjid Tanah melalui Kampung Kelemak.

“Mangsa mengeluarkan lebih 20 arahan kepada pemandu lori terbabit supaya memberhentikan kenderaan­nya tetapi tidak dipedulikan,” katanya.

Menurutnya, empat MPV polis dan sebuah motosikal trafik turut membantu mengejar lori terbabit, sebelum ia berakhir dengan tragedi di ladang sawit berkenaan.

“Saya lihat suspek terus memandu untuk masuk jauh lebih dalam ke kawasan ladang dan saya tidak mengekorinya sebelum mangsa bertindak turun dari kereta selepas menyedari suspek cuba melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya.

“Bagaimanapun, lori terbabit yang tidak ditarik brek tangan mengundur laju ke bawah semula dan membelok ke kiri menyebabkan mangsa yang berada di hadapan kereta peronda dirempuh bahagian hadapan lori,” katanya.
Menurutnya, mangsa rebah serta-merta dan tidak sedarkan diri.

Hamidi yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar, sementara mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, polis kini giat menjalankan operasi memburu penjenayah terbabit.


Pemandu lori terkejut

Sementara itu, pemandu lori yang dicuri itu, Chen, 30, berkata, dia yang mahu memulakan kerja terkejut mendapati lori diletakkan berhampiran rumahnya hilang jam 6 pagi.

“Saya segera buat laporan polis di Balai Polis Gemencheh dan menghubungi majikan untuk mengesan lokasi lori berkenaan melalui alat pengesan kedudukan (GPS).

“Tidak lama kemudian, majikan memaklumkan lori terbabit berada di sekitar Kawasan Perindustrian Kelemak, Alor Gajah, sebelum saya bergegas ke lokasi berkenaan dan sekali lagi terkejut diberitahu, seorang anggota polis terbunuh ketika kejar penjenayah,” katanya.

kaki auta

Warga emas kaki auta diburu
Wartawan Sinar Harian
16 Mei 2012
Warga emas kaki auta diburu
DIn Ahmad menunjukan gambar suspek berdasarkan kad pengenalan yang diberikan mangsa
BATU PAHAT – Dengan hanya bermodalkan barangan elektrik yang dipercayai dilelong pihak kastam, seorang lelaki warga emas mampu memperdayakan mangsanya untuk membeli barangan itu dengan harga yang murah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, helah licik warga emas yang dikenali sebagai ‘Shaik’, itu terbongkar apabila mangsanya, seorang pengawal keselamatan telah membuat laporan polis berhubung kes itu pada 10 Mei lalu.
Menurutnya, warga emas terbabit menawarkan beberapa barangan elektrik kepada mangsa dengan harga yang begitu murah dan membawa mangsa melihat sendiri barangan itu di keretanya.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran yang diberikan suspek bersetuju untuk membeli barangan elektrik terbabit dengan memberikan wang cagaran sebanyak RM500,” katanya.
Suspek yang berjanji akan datang semula dengan membawa barangan elektrik itu pada jam 4 petang pada hari yang sama, kemudiannya tidak muncul.

“Mangsa yang tidak berpuas hati kerana rasa dirinya telah ditipu membuat laporan polis dengan membawa salinan kad pengenalan suspek yang diperolehnya sewaktu mereka menjalankan urusan jual-beli terbabit,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Tambahnya, suspek yang berasal dari Pulau Pinang mempunyai 17 rekod kesalahan lampau dalam kes penipuan selain mempunyai tiga waran.

“Suspek juga dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan di seluruh negara, berdasarkan rekod yang dimilikinya dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak kami sedang memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis yang berhampiran,” katanya.

Din menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk berurusan dengan mana-mana pihak sekiranya mereka ditawarkan dengan barangan harga yang murah kerana dikhuatiri ia satu penipuan.

“Begitu juga dengan barangan yang dikatakan dilelong pihak kastam, orang ramai perlu mendapatkan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli barangan terbabit,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan dua daripada empat suspek samun yang memecah masuk rumah seorang wanita di Jalan Gambir, Kangkar Senangar, Parit Sulong, 5 Mei lalu berjaya diberkas.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan menyebabkannya dan suami serta dan anak tergamam dan tidak mampu melawan, kemudiannya mereka diikat dengan tali dan kain tudung.

Dua suspek yang diberkas adalah warga Indonesia berusia 23 dan 27 tahun bekerja di ladang sawit berhampiran, kedua-duanya dicam mangsa kerana kerap kali ditemui di sekitar kawasan rumahnya.

Suspek berjaya melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk komputer riba dan wang tunai berjumlah RM1,200.

"Bagaimanapun, semasa tangkapan dua suspek terbabit, komputer riba dan wang tunai milik mangsa tiada bersama kerana dipercayai wang itu telah digunakan manakala komputer riba telah dijual,” katanya.

Polis sedang memburu dua lagi suspek yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta tampil menghubungi balai polis berdekatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 18 Mei ini," katanya.

Saturday, May 12, 2012

penjenayah makin serius

Serangan kamikaze

Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SIASAT...anggota polis forensik mengumpul bahan bukti dalam kes pecah rumah, semalam.
SIASAT...anggota polis forensik mengumpul bahan bukti dalam kes pecah rumah, semalam.
BUKTI...Raja Shahrom menunjukkan peralatan yang digunakan suspek.
BUKTI...Raja Shahrom menunjukkan peralatan yang digunakan suspek.
ALOR GAJAH: “Sebaik membuka pintu bilik, saya nampak seorang lelaki sebelum dia membaling pemotong besi yang mengenai kepala menyebabkan saya melepaskan sedas tembakan ke arah kaki kirinya,” kata mangsa samun bersenjata, Mohd Shamir Fauzi, 28.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Pantai Belimbing, Durian Tunggal, dekat sini, rumah didiami Mohd Shamir bersama isteri, Azarita Abd Rahim, 28, ibunya Nory Md Noor, 58, serta anak tunggal mereka, Muhammad Reza Fauzi, 2, dipecah masuk tiga lelaki bersenjatakan parang, pisau dan pemotong besi.
Bagaimanapun, cubaan ketiga-tiga suspek untuk menyamun rumah berkenaan gagal apabila seorang daripada mereka cedera di kaki kiri dan seorang lagi cedera di perut akibat terkena tembakan senapang patah dilepaskan Mohd Shamir yang turut cedera di dahi.

Seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 yang ditembak di kaki, berjaya ditahan polis kira-kira 100 meter dari rumah mangsa dalam keadaan mengerang kesakitan manakala rakannya yang cedera di perut serta seorang lagi sempat melarikan diri.


Mohd Shamir berkata, sejurus dia melepaskan satu tembakan, seorang rakan penjenayah itu yang turut berada dalam rumah, menjerit sambil membaling basikal, kerusi dan pelbagai peralatan ke arah saya yang mengarahkan mereka menyerah diri.


Penjenayah mengerang tepi rumah


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ALOR GAJAH: Seorang penjenayah warga asing ditemui mengerang kesakitan di tepi rumah yang disamunnya di Kampung Pantai Belimbing, Durian Tunggal, di sini, selepas terkena tembakan senapang patah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia 37 tahun cedera di kaki kiri selepas ditembak pemilik rumah, Mohd Shamir Fauzi, 28, yang cuba disamunnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, tiga suspek menceroboh masuk rumah mangsa melalui pintu depan selepas memotong jeriji besi.
“Mereka pergi ke bilik mangsa, namun kehadirannya disedari penghuni rumah yang melepaskan dua das tembakan senapang patah.

“Mangsa yang terpaksa mempertahankan diri selepas dibaling dengan alat pemotong besi dan diserang menggunakan parang, melepaskan dua tembakan dan mencederakan dua suspek,” katanya.

“Seorang suspek yang cedera kaki kiri ditahan polis yang tiba tidak lama kemudian manakala seorang lagi dipercayai cedera di perut, berjaya melarikan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, suspek yang ditahan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan itu mempunyai pasport sah dan baru masuk ke negara ini enam hari lalu.

Tuesday, May 8, 2012

cincin utk menyamun

ARKIB : 03/05/2012

Guna cincin untuk menyamun

SEORANG pegawai polis menunjukkan cincin logam yang digunakan oleh dua lelaki untuk memecahkan cermin kereta bagi tujuan samun di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Mei - Biasanya cincin digunakan sebagai perhiasan di jari, namun dua lelaki warga tempatan dikesan menggunakannya untuk melakukan kegiatan samun.
Kegiatan mereka terbongkar apabila salah seorang daripada suspek berumur 25 tahun itu ditahan ketika lima anggota polis bermotosikal sedang menjalankan rondaan di sekitar Bangsar kira-kira pukul 6 petang pada 22 April lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, anggota polis tersebut terserempak dengan kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dalam keadaan mencurigakan.
"Terkejut melihat kehadiran anggota polis, suspek cuba memecut lari menyebabkan polis terpaksa mengejar mereka.
"Kira-kira satu kilometer selepas itu, motosikal yang dinaiki suspek tiba-tiba terjatuh. Salah seorang suspek kemudian bangun lalu melarikan diri manakala rakannya yang menunggang motosikal berjaya ditahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini.
Tambahnya, hasil pemeriksaan menemui lima buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebilah parang yang dibalut dengan bendera Malaysia serta sebentuk cincin yang digunakan untuk melakukan kegiatan samun kereta.
"Siasatan awal mendapati cincin itu digunakan untuk memecahkan cermin kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
"Selepas itu, suspek bertindak menyamun dan membawa lari barangan berharga milik mangsa," katanya yang turut memaklumkan suspek dipercayai terlibat dengan 10 kes samun sebelum ini.
Katanya, pihaknya masih menjalankan operasi bagi mengesan rakan suspek yang melarikan diri.

Sunday, May 6, 2012

cikgu tertipu

Guru cair pujukan rakan facebook rugi RM75,900


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOTA BHARU: Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita mendakwa dari United Kingdom (UK) yang dikenali melalui laman sosial, facebook, seorang guru kerugian RM75,900 selepas menyerahkan wang berkenaan kepada suspek konon untuk urusan pembelian produk hormon tumbesaran haiwan.
Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun berkenalan dengan wanita itu sejak awal tahun ini sebelum ditawarkan produk berkenaan yang kononnya lebih murah dan boleh memberikan keuntungan berganda jika dijual semula.

Mangsa menyerahkan wang dalam tempoh tiga hari dengan memasukkan wang pendahuluan dalam akaun bank milik individu tidak dikenali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, mangsa membuat pembayaran pendahuluan RM45,900 pada jam 2.56 petang, 26 April lalu, di sebuah bank di Kota Bharu.

Menurutnya, pada 27 dan 28 April pula, mangsa membuat pembayaran RM30,000 menerusi akaun sama.

“Mangsa menghubungi suspek untuk berjumpa dan suspek mendakwa berada di Kuala Lumpur pada 28 April lalu untuk urusan pembelian produk itu.

“Mangsa diarah berjumpa suspek di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 9 malam, 30 April lalu, namun sebaik tiba, suspek tidak muncul sebelum mangsa menyedari ditipu selepas mendapati wanita itu tidak menginap di hotel berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Rabu lalu.

Saturday, May 5, 2012

rahsiakan 3 no akhir kad kredit

ARKIB : 25/04/2012

Awas tipu helah syarikat agensi pelancongan

BARU-BARU ini saya telah dihubungi melalui telefon oleh wakil syarikat agensi pelancongan yang mendakwa kononnya mereka mewakili syarikat Visa dan Mastercard.
Pemanggil berkata, tujuan panggilan adalah untuk mendapatkan pengesahan tentang butir-butir yang terdapat di dalam kad kredit saya, kononnya untuk tujuan mengelakkan kad kredit saya daripada dimanipulasi, disalah guna dan menjadi mangsa penipuan sindiket kad kredit pada masa hadapan.
Mereka meminta saya membacakan maklumat terperinci di dalam kad kredit seperti bila tarikh luput kad, nombor kad dan tiga nombor terakhir pada belakang kad. Oleh kerana berasa curiga, saya tidak memberikan maklumat yang diminta, sebaliknya mengasak beliau dengan pelbagai pertanyaan.
Saya bertanya mengapa syarikat Visa dan Mastercard menggunakan syarikat agensi pelancongan sebagai wakil mereka dan bukannya bank komersial. Akhirnya beliau mengaku sedang membuat promosi kad diskaun dan bercadang untuk mengecaj ke dalam akaun saya.
Saya mengatakan tidak berminat kerana telah terkena sebelum ini dan tiba-tiba panggilan diputuskan. Oleh kerana masih tidak berpuas hati, saya menghubungi pihak bank dan bertanyakan bagaimana maklumat pemegang kad ada pada pihak agensi pelancongan.
Pihak bank mengatakan maklumat tersebut senang diperoleh apabila kita membuat pembelian menggunakan kad kredit di mana-mana kedai atau pusat beli-belah. Cuma maklumat tiga nombor terakhir di belakang kad yang mereka tidak ada. Saya merasakan teknik penjualan secara penyamaran begini adalah suatu yang keterlaluan!

ditembak dan dittak

ARKIB : 04/05/2012

Lelaki parah ditembak, ditetak dua lelaki

KOTA BHARU 3 Mei - Seorang lelaki parah selepas ditembak beberapa kali di betis kanan, selain ditetak di kepala dan pergelangan tangan kanan oleh dua lelaki tidak dikenali berhampiran rumahnya di Taman Sentosa Jaya, Badang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, mangsa, Mohd. Nasrul Alimi Mohamad, 34, baru hendak memasuki kereta Honda Jazz miliknya selepas membeli gula-gula dan kad prabayar di kedai runcit bersebelahan rumahnya apabila dua lelaki memakai jaket hitam dan bertopi keledar muncul lalu melepaskan tembakan.
Pemilik kedai runcit tersebut, Azizah Yusof, 49, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa ketika itu betul-betul berada di depan kedainya apabila dia dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.
"Saya tanya Abe Yo (nama panggilan mangsa) apa yang terjadi, kemudian saya keluar untuk melihat dan masa itu saya dapati dia sudah terbaring kesakitan sambil dua lelaki pula sedang menetaknya.
"Saya bersama seorang anak saya ketika itu. Apabila penjenayah itu melihat kami, seorang daripadanya menghayun parang ke arah saya, manakala seorang lagi mengacukan pistol ke muka anak saya sebagai amaran agar kami tidak masuk campur," katanya.
Menurut Azizah, sebaik sahaja kejadian yang berlaku terlalu pantas itu selesai, dia melihat dua lelaki berkenaan segera menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna perak yang sedang menunggu di tepi kedai runcitnya lalu melarikan diri.
"Saya tidak sempat melihat nombor pendaftaran kereta itu kerana terlalu takut dan kami hanya menjerit meminta tolong.
"Masa itu mangsa hanya menjerit kesakitan dan salah seorang jiran saya segera menghantarnya ke klinik berdekatan sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II," ujarnya.
Sementara itu, isteri mangsa, Ira Shamimi Shamsuddin Abdullah, 24, tidak menyangka mangsa tembakan itu adalah suaminya sendiri.
"Saya di dalam rumah ketika terdengar bunyi tembakan dan orang menjerit, lalu segera menelefon suami saya untuk memberitahu mengenai kejadian itu.
"Saya sangat terkejut apabila suami saya memberitahu dialah sebenarnya yang ditembak dan sedang dalam perjalanan ke hospital dan saya juga tidak tahu apa motif mereka menembaknya," katanya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pula memberitahu, sepasukan polis dari unit forensik segera ke tempat kejadian dan telah menemui sepucuk pistol berwarna perak, empat kelongsong peluru dan sebutir peluru.
"Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan polis sedang mendapatkan maklumat mengenai kisah lampau mangsa serta melakukan gerakan memburu suspek," katanya.

Tuesday, May 1, 2012

lesap 15 ribu

Lebur RM15,000 mahu jadi ‘pelabur’


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu mempercayai seorang kenalan untuk menjadi pelabur dalam sebuah syarikat pelancongan milik rakannya itu, seorang pesara kerajaan kerugian RM15,000.
Mangsa, Norizan Nordin, 58, berkata, rakannya itu yang berusia 40-an gagal menyediakan dokumen perjanjian selepas semua pembayaran wang pelaburan dibuatnya pertengahan tahun lalu.

“Pada mulanya, saya dijanjikan untung ribuan ringgit setiap bulan, tetapi apabila saya meminta menyediakan dokumen perjanjian pelaburan itu, pelbagai alasan diberikannya.
“Saya mula sangsi dengan perjanjian itu dan meminta wang pelaburan yang sudah dibayar dikembalikan, tetapi sehingga kini dia tidak memberikan jawapan, malah menutup syarikat yang beroperasi di Ipoh, Perak,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, semalam. Menurutnya, kini rakannya itu gagal ditemui akibat tindakannya yang sentiasa berpindah-randah untuk mengelak dikesan.

Difahamkan, Norizan bukan satu-satunya mangsa yang ditipu syarikat pelancongan itu.

Seorang lagi mangsa, Saidah Juki, 56, berkata, dia kerugian RM3,500 akibat diperdaya wanita sama yang menawarkan pakej umrah bernilai RM5,800.

“Saya dan rakan-rakan gembira dengan tawaran pakej itu dan membayar wang pendahuluan RM3,500. Wanita terbabit kerap mendesak kami melunaskan bayaran selebihnya, tetapi kami tidak membayarnya kerana tidak yakin dengan pakej berkenaan kerana syarikat pelancongan itu tidak menjalankan kursus umrah pada hari ditetapkan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kejadian dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.