Sunday, May 30, 2010

Penjenayah dalam rumah

Tiap-tiap hari pasti kita tidak lepas dari berita jenayah. Sentiasa ada beraku di mana-mana. Berita yang menarik minggu ini boleh jadi cerita seorang bapa merogol anaknya yang berusia 15 tahun. Saya tidak ingin mempersoalkan bapa tersebut mahupun anaknya tetapi perbuatan itu boleh jadi dapat dielakkan jika orang di sekeliling perihatin.

Bapanya seorang lelaki tentunya bernafsu manakala anak perempuannya walaupun lumpuh dan bisu, namun pertumbuhan bentuk badannya tentulah tidak lumpuh. Tentunya ada anggota yang terjojol dan tersombol mengikut perubahan usia yang menjadi rangsangan nafsu lelaki. Begitulah fitrah atau sifat semula jadi lelaki yang dikurniakan Tuhan.

Menurut cerita akhbar tersebut,bapanya melakukan perbuatan yang tidak diingini itu sebelum memandikan gadis tersebut setiap hari maka berulang-ulanglah perbuatan itu sehingga gadis tersebut mengandung. Itupun ditemui secara tidak sengaja kerana gadis itu dihantar ke klinik atas penyakit lain.

Andainya orang sekeliling kita perihatin serta menasihatkan agar gadis yang sudah baligh ini tidak wajar dimandikan oleh seorang lelaki hatta ayah sendiri mungkin perbuatan tersebut dapat dihindari.

Oleh itu marilah kita sama-sama fikirkan serta kenali langkah pertama setiap perbuatan jenayah agar kita dapat menghindari serta mengurangkan jenayah.