Thursday, May 26, 2011

Dirogol Pak Saudara

Dirogol bapa saudara

KENINGAU 25 Mei - Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah nasib yang menimpa seorang murid tahun enam yang mendakwa dirogol oleh bapa saudaranya sendiri di kampung Kaulan di sini.

Suspek yang merupakan adik kepada ibu mangsa, menumpang di rumah kakaknya dan bekerja menoreh getah dengan bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa dirogol lima kali oleh suspek antara Disember lalu sehingga April tahun ini.

"Berdasarkan laporan, semua kejadian berlaku ketika ibu bapa kanak-kanak itu tiada di rumah kerana pergi ke rumah nenek mangsa di Kampung Keritan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis berjaya menahan suspek yang berusia 19 tahun di rumah mangsa sejurus laporan polis dibuat kelmarin.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tipu 4 Juta

Pelabur rugi RM4 juta ditipu

IPOH 25 Mei – Seramai 180 pelabur yang menyertai skim pelaburan emas dan rumpai laut kerugian RM4 juta selepas dua syarikat penganjur gagal membayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan.

Mereka yang terlibat dikatakan melabur antara RM4,900 hingga RM6,900 untuk membeli setiap lot/unit saham bagi pelaburan tersebut.

Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin berkata, daripada jumlah itu, 100 pelabur berasal dari negeri ini.

Sebelum ini katanya, syarikat terbabit yang beroperasi di seluruh negara berjanji untuk memulangkan wang pelaburan kepada pelabur terbabit.

“Namun sehingga kini, mereka langsung tidak dapat berjumpa dengan pengurus syarikat pelaburan di sini untuk mendapatkan penjelasan status pelaburan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum skim pelaburan dua syarikat terbabit kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Meru Raya di sini.

Memorandum diserahkan kepada Penolong Pegawai Siasatan SPRM Perak, Mohamad Hassan Zulkifili yang mewakili Pengarah SPRM negeri.

Sehubungan itu, Kon Yin berharap SPRM dapat mengambil tindakan terhadap dua syarikat itu yang menipu wang pelabur dengan menjanjikan pelabur mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada pelaburan emas dan rumpai laut.

Sementara itu, seorang pelabur yang hanya mahu dikenali sebagai Raj berkata, dia kerugian lebih RM200,000 setelah melabur dalam skim emas dan rumpai laut yang diperkenalkan oleh syarikat terbabit sejak awal 2007.

Katanya, dia menggunakan sebahagian wang persaraan berjumlah RM30,000 untuk membuat pelaburan awal setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan yang menyertai skim tersebut dengan dijanjikan akan mendapat pulangan tiga peratus setiap bulan pada tahun pertama pelaburan.

“Masalah timbul pada tahun berikutnya apabila pihak syarikat memberi alasan tidak dapat membayar pulangan pelaburan yang dijanjikan sehingga ke hari ini,” ujarnya.
TAJUK-TAJUK

Tuesday, May 24, 2011

Parti Makan Diri

Episod duka pramugari
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Hellinie Sina
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.


“Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.

Monday, May 23, 2011

Suspek Curi Dibelasah


Penduduk belasah suspek curi

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


Seorang pemuda digari oleh pihak polis selepas diberkas oleh orang ramai kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di Bandar Baru Bangi, semalam.

KUALA LUMPUR 22 Mei – Akibat geram kegiatan curi motosikal dan pecah rumah semakin menjadi-jadi, sekumpulan penduduk bertindak membelasah seorang lelaki yang disyaki suspek jenayah itu yang berjaya diberkas sebelum diserahkan kepada polis.

Suspek sudah lama dicari oleh penduduk kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dekat sini.

Menurut sumber, lelaki terbabit bagaimanapun tersilap langkah apabila mengunjungi sebuah restoran di situ semalam untuk membeli minuman yang kebetulan ada pengunjung mengenalinya.

“Para pengunjung restoran kemudian berpakat mengejar dan berjaya memberkasnya di hadapan restoran berkenaan.

“Dia kemudian dibelasah hampir sejam sebelum polis tiba dan membawanya ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sumber itu berkata, suspek yang dibelasah mengalami kecederaan di kepala, tetapi tidak serius.

Friday, May 20, 2011

Ustaz Pun Menipu


Maahad kelentong
Oleh Yusmizal Dolah Aling, Muhaamad Hafis Nawawi dan Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKTI...antara barangan sumbangan orang ramai kepada maahad tahfiz yang tidak mempunyai pelajar.
BUKTI...antara barangan sumbangan orang ramai kepada maahad tahfiz yang tidak mempunyai pelajar.

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan papan tanda maahad tahfiz, seorang lelaki didakwa mengaut keuntungan dengan mengutip sumbangan wang tunai dan barangan daripada orang ramai, kononnya untuk menampung pengajian pelajar, sedangkan tidak wujud seorangpun pelajar di situ.

Penyelewengan lelaki bergelar ustaz itu didedahkan seorang bekas kakitangan maahad tahfiz berkenaan bagi memastikan orang ramai terutama penderma tetap tidak terus tertipu.

Abdul Aziz Ismail, 58, berkata, di peringkat awal penubuhannya pada 2005, maahad tahfiz yang terletak di pinggir ibu negara itu beroperasi sebagai rumah kebajikan dan terdapat kira-kira 20 anak yatim mendapat perlindungan di situ.

“Bagaimanapun, hujung tahun lalu rumah kebajikan itu diarahkan tutup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan selepas ia didapati beroperasi tanpa kebenaran iaitu tidak didaftarkan secara sah.


“Berikutan itu, semua anak yatim yang tinggal di situ pulang ke kampung masing-masing. Namun, tidak sampai dua bulan selepas ditutup, ustaz itu membuka kembali pusat berkenaan pada awal tahun ini.

Wanita Suka Kena Tipu

Akibat 'kata-kata cinta' di Internet

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Mei - Berbekalkan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta, dua lelaki warga Nigeria melalui Internet berjaya memperdaya seorang wanita Taiwan sehingga mengakibatkan kerugian RM380,000.

Kegiatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 43 tahun datang ke negara ini setelah menyedari dirinya ditipu seterusnya membuat laporan di Kedutaan Taiwan, di sini Februari lalu.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, mangsa mengenali suspek yang menggunakan nama John Miller dari United Kingdom melalui laman sosial Facebook sebelum jatuh cinta.

Katanya, hasil perkenalan itu, suspek berjanji untuk memberikan 'hadiah' bernilai 950,000 pound sterling (RM4.65 juta) dan sejumlah barangan kemas, namun tersekat di sebuah ejen syarikat penghantaran di Malaysia.

"Berikutan itu, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang. Mangsa menuruti kehendak suspek dan menyedari ditipu selepas melakukan transaksi ketiga berjumlah RM380,000," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Rodwan, hasil laporan mangsa, polis berjaya mengesan suspek menerusi akaun transaksi terbabit sehingga membawa kepada penahanan dua lelaki Nigeria itu, masing-masing berusia 26 dan 39 tahun di Serdang dan Seri Kembangan, Isnin lalu.

Katanya, siasatan mendapati salah seorang suspek ialah pelajar sebuah kolej swasta, manakala rakannya merupakan pelancong.

"Turut ditahan ialah seorang wanita tempatan yang juga isteri kepada salah seorang suspek. Dia turut menjadi dalang dan wanita beranak satu itu juga adalah pemilik sebenar akaun bank terbabit.

"Hasil serbuan di dua buah rumah itu, polis menemui sejumlah barang kemas bernilai hampir RM100,000, peralatan komputer, buku cek, kad kredit serta kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Selain itu, beberapa alat telekomunikasi dan wang tunai berjumlah AS$15,000 (RM45,458) dan RM14,000," katanya.

Mohd. Rodwan memberitahu, berikutan penipuan yang dilakukan, suspek telah membuka sebuah perniagaan menyewa kereta mewah di Serdang.

"Oleh itu, kita telah merampas empat buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM400,000," katanya sambil memberitahu sedang menyiasat lebih lanjut penipuan itu termasuk kemungkinan turut melibatkan warga tempatan.

Mohd. Rodwan mengingatkan warga tempatan supaya berhati-hati berkawan dengan warga asing dan tidak sewenang-wenangnya membuka akaun bank jika diminta sesiapa untuk membantu perniagaan mereka.

Sunday, May 15, 2011

9juta duit rasuah

orok duit rasuah RM9j
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan imigresen berusia 40-an yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lalu didapati mampu mengutip RM9 juta hasil sogokan bagi kegia tan sindiket penyeludupan warga asing sejak berkhidmat 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, wang haram itu disimpan suspek di dalam akaun bank milik isterinya di negara jiran.


Sumber berkata, suspek yang memegang jawatan sebagai timbalan penolong pengarah, dipercayai menggunakan taktik memindahkan wang sogokan itu ke luar negara selepas percaya ia selamat dan sukar dihidu jika dia ditahan.

“Bagaimanapun polis kini sedang bekerjasama dengan polis di negara jiran berkenaan bagi membekukan aset dan wang milik suspek mengikut Akta Penggubahan Wang Haram 2001.


Menurut sumber, suspek dipercayai tidak menjalankan kegiatan itu berseorangan, malah dibantu beberapa pegawai imigresen yang bertugas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) supaya proses kemasukan warga asing itu berjalan lancar.


Difahamkan, semua warga asing yang diseludup menggunakan dokumen perjalanan palsu yang sudah mendapat pengesahan imigresen hasil permainan licik ‘geng’ pegawai berkenaan.

“Pembayaran tunai akan dibuat kepada suspek sebelum mengagihkan hasil ‘keuntungan haram’ diperolehnya kepada individu yang bersubahat mengatur proses penyeludupan itu,” katanya.


Katanya, siasatan awal polis menemui aset milik enam pegawai yang dipercayai geng pegawai kanan itu bernilai jutaan ringgit iaitu hartanah sekitar Lembah Klang tidak termasuk beberapa kereta mewah milik suspek. “Hasil pemeriksaan lanjut mendapati akaun bank salah seorang suspek bernilai kira-kira RM600,000 manakala lima yang lain bernilai antara RM400,000 hingga RM500,000 setiap seorang.

“Pihak polis juga sedang mengenal pasti sekiranya semua suspek itu mempunyai aset hartanah yang didaftarkan atas nama isteri atau keluarga mereka,” katanya.


Harian Metro difahamkan, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) turut menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti jika terdapat pegawai imigresen lain dan orang awam yang terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia.


Bulan lalu, polis menahan tujuh pegawai imigresen di LCCT dan KLIA selain dua warga asing masing-masing dari India dan Pakistan dipercayai dalang yang mengatur gerakan haram di dalam dan luar negeri melalui dua pos pemeriksaan.


Berikutan penahanan itu, beberapa pegawai SPRM ditempatkan di beberapa pintu masuk dan keluar negara ini bagi menyekat kegiatan perdagangan manusia dan aktiviti penyeludupan lain.

Jual Maruah Adik

Tidur bersama kawan abang
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR SETAR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitu perumpamaan layak diberi kepada seorang abang yang sepatutnya menjaga maruah adik perempuannya daripada terjebak dengan gejala sosial, namun sebaliknya apabila dia pula membenarkan adiknya itu ditiduri rakannya di sebuah bilik hotel murah di Jalan Alor Mengkudu, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 24 tahun, seorang nelayan berasal dari Kuala Kedah itu dikatakan turut membawa rakan adik perempuannya berusia 22 tahun menyewa sebuah bilik di hotel sama walaupun baru pertama kali bertemu kelmarin untuk memuaskan nafsunya.


Lelaki berkenaan dikatakan mengajak adik perempuannya berusia 21 tahun menyewa bilik bersama rakannya yang juga nelayan berusia 18 tahun dan masing-masing datang ke hotel itu sejak petang Jumaat dengan menunggang motosikal berasingan.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membuat serbuan di dua bilik berasingan hotel itu dalam ‘Ops Krismas’, kira-jam 4 petang.


Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, dalam pemeriksaan di bilik pertama hotel itu, seorang lelaki yang hanya berseluar denim tanpa baju terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa Jaik ketika membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita memakai baju labuh nipis dan bertali halus tanpa coli dan seluar dalam berselimut di atas katil di bilik berkenaan dalam keadaan takut.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sah dan memberi alasan hanya untuk makan bersama di bilik itu.


“Mereka mengaku baru berkenalan dan bertemu di hotel berkenaan. Mereka terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Katanya, si adik mendakwa dia mengikut abangnya keluar dari rumah mereka kerana bergaduh dengan seorang lagi abang dan mahu mencari ketenangan sebelum dicekup berkhalwat di hotel itu.


Beliau berkata, pemeriksaan di bilik kedua menemui seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian lengkap berdua-duaan tanpa sebarang ikatan hingga menimbulkan syak.


Menurutnya, wanita itu mengaku yang dia adik kepada lelaki yang ditahan di bilik pertama dan datang ke hotel itu bersama rakannya yang juga pasangan abangnya.


“Kita mengesyaki sesuatu mencurigakan dan lebih mengejutkan apabila abang wanita itu sanggup membiarkan adiknya bermalam dengan rakannya di bilik hotel itu sedangkan dia sepatutnya menjaga kehormatan wanita itu.


“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali,” katanya.


Pasangan adik beradik itu kemudian diikat jamin ibunya yang datang ke Pejabat Agama Islam Kota Star selepas dimaklumkan penahanan mereka oleh anggota penguat kuasa manakala pasangan mereka dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.


Md Nasir berkata, dalam operasi sempena Krismas kelmarin, tiga pasangan berusia 18 hingga 24 tahun ditahan dalam pemeriksaan di beberapa hotel murah sekitar bandar raya ini bermula jam 2 hingga 7 petang.

Hamba Seks Bangla

Diperkosa dalam stor
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU SELANGOR: Wajah murung seorang gadis remaja yang tiba-tiba enggan bercakap akhirnya membongkar tragedi sedih apabila mangsa pernah diperkosa seorang pekerja kilang warga Bangladesh.

Mangsa yang berusia 16 tahun dikatakan dirogol lelaki terbabit di dalam bangunan kilang tempat mangsa bekerja di Batang Kali, di sini, menyebabkan mangsa mengalami trauma akibat kejadian itu. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa yang ketika itu sedang bekerja mendakwa dipaksa seorang rakan sekerjanya masuk ke dalam stor.


Sumber polis berkata, remaja terbabit yang mengenali suspek sebagai rakan sekerjanya kemudian diheret tangan masuk ke dalam stor berkenaan sebelum diperkosa.

“Mangsa kemudian ditinggalkan di stor sebelum lelaki Bangladesh terbabit keluar daripada stor untuk menyambung kerjanya,” katanya. Menurutnya, tiga hari selepas kejadian itu, mangsa yang kelihatan muram dan tidak berdaya ditanya ahli keluarganya, menyebabkan remaja itu menceritakan kejadian dia dirogol.


Susulan itu keluarga mangsa terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Selangor berhubung kejadian berkenaan. “Malah, mangsa dirujuk ke Hospital Selayang sebelum ditempatkan di wad selama tiga hari untuk pemeriksaan. Laporan perubatan mendapati mangsa dirogol berkali-kali. “Anggota polis berjaya menahan lelaki warga Bangladesh itu untuk siasatan lanjut. “Suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 2 Oktober untuk soal siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pukau Pak Arab

Dipukau Geng Arab
Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Saya rasa bagai dipukau.. pandangan tiba-tiba menjadi kabur dan rasa macam orang bodoh selepas bercakap dengan lelaki Arab itu,” kata mangsa kes curi beg tangan, Noraziah Mat Salleh, 25.

Mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah bank hanya sedar daripada dipukau selepas seorang wanita yang makan berdekatan dengannya di sebuah restoran makanan segera di Masjid Jamek, di sini, memberitahu beg tangannya diambil lelaki Arab itu.


Menurutnya, dia tidak menyangka tindakan meninggalkan sebentar beg tangan di meja makan untuk membasuh tangan menyebabkan dia menjadi sasaran geng pukau warga Arab berkenaan.

“Selepas makan saya pergi ke tempat membasuh tangan, namun tiba-tiba ada seorang wanita Arab menghalang laluan saya dan dia membasuh tangan dahulu. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa dan saya menunggu dia di belakang untuk membasuh tangan,” katanya.


Menurutnya, dia hairan daripada mana wanita Arab itu datang secara tiba-tiba kerana sewaktu dia makan di situ kelibat wanita itu tidak kelihatan.


“Selepas itu dia hanya mengukirkan senyuman dan saya membalasnya. Kemudian dia beredar dari situ dan saya terus membasuh tangan.

“Tidak lama kemudian datang pula seorang lelaki Arab memberitahu wang saya sebanyak RM2 terjatuh tetapi saya tidak mengambilnya. Pada waktu itu lelaki Arab itu ada membawa beg galas,” katanya.


Katanya, ketika dia hendak kembali ke mejanya, lelaki Arab itu cuba menghalang dan menyuruh dia mengambil wang itu dahulu.

“Saya enggan dan dia memandang tepat ke wajah saya menyebabkan pandangan saya menjadi samar-samar.


“Saya tidak sedar seterusnya apa yang berlaku sehingga wanita berhampiran saya memberitahu beg tangan saya sudah tiada kerana diambil lelaki Arab tadi,” katanya.


Selepas itu baru dia menyedari kehilangan beg tangan mengandungi barang berharga di dalamnya dan berjumpa pengurusan restoran itu untuk melihat rakaman litar kamera tertutup (CCTV), namun dia terkejut selepas diberitahu CCTV itu tidak berfungsi.


Noraziah kemudian membuat laporan di Balai Polis Tun H.S Lee.

Samseng Bertumbuk Dengan Polis

Samseng jalan tumbuk polis
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang samseng jalan raya, bertindak ganas dan sanggup bergelut dan menumbuk beberapa anggota polis trafik sebelum ditewaskan dan digari sejurus didapati sengaja memandu melulu dan membuli seorang pemandu Perodua Kancil.

Suspek berusia 35 tahun dan bekerja sebagai jurujual terbabit terpaksa ditahan selepas sengaja mencemuh polis selain enggan disoal siasat selepas didapati melakukan kesalahan lalu lintas. Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam apabila sepasukan anggota polis trafik Jalan bandar sedang melakukan operasi bagi membenteras kegiatan samseng jalanan didalangi kumpulan Mat Rempit di pusat ibu kota, di sini, Menurutnya, anggota polis trafik yang sedang membuat rondaan di Jalan Sultan Hishammuddin, di sini, bagaimanapun terlihat sebuah kereta mewah model Audi berwarna kelabu dipandu laju seolah-olah sedang mengejar sebuah Perodua Perodua Kancil di hadapannya.


“Pemandu Audi terbabit didapati sengaja menghimpit berulang kali Perodua Kancil berkenaan menyebabkan pemandu kereta Kancil terbabas sebelum berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat.

“Pemilik kereta Audi terbabit yang mendapati kereta Kancil terbabit tersadai di bahu jalan kemudian segera membuka pintu dan berjalan ke arah kereta berkenaan.


“Suspek kemudian cuba membuka pintu kereta terbabit namun pemandu Perodua Kancil berkenaan didapati enggan membuka pintu,” katanya.


Namun, selepas diasak berulang kali, pemandu Perodua Kancil terbabit akhirnya membuka pintu sebelum melarikan diri dalam keadaan ketakutan kerana bimbang dipukul suspek dipercayai samseng jalan raya.

“Berikutan itu anggota polis segera menghampiri lokasi kejadian sebelum memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa. Pihak polis kemudian bertanya apa yang berlaku dan meminta penjelasan dari suspek berkenaan.


“Bagaimanapun lelaki terbabit enggan mengendahkan pertanyaan anggota polis sebaliknya menghamburkan pelbagai kata-kata kesat terhadap empat anggota polis yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Pada masa sama seorang anggota polis trafik terbabit segera masuk ke dalam kereta kancil yang ditinggalkan di tepi jalan itu dengan tujuan mahu mengalihkan kedudukannya yang didapati menghalang lalu lintas.


“Namun suspek yang seolah-olah tidak menghormati tugas polis bertindak membuka pintu kereta dan cuba menarik anggota polis berkenaan keluar dari kereta Kancil terbabit.


“Tindakan ganas suspek menyebabkan anggota polis berkenaan terpaksa menunjukkan kad kuasa polisnya sekali lagi. Namun suspek enggan mengendahkan tindakan polis terbabit sebalik menolak anggota polis itu hingga terjatuh,” katanya.


Menurutnya, tindakan kasar suspek menyebabkan anggota polis tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menahan suspek yang dianggap cuba mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.


“Bagaimanapun, suspek enggan menyerah diri sebaliknya menumbuk anggota polis menyebabkan pihak polis terpaksa bergelut untuk menahannya,” katanya.


Suspek yang meronta-ronta dan cuba untuk membebaskan diri bagaimanapun akhirnya ditundukkan sebelum tangannya digari. Susulan itu suspek dibawa ke balai polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 186 kanun keseksaan.

Pilih Rogol Emak Atau Anak

Polis masih buru 2 suspek

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Polis masih memburu dua suspek utama yang memperkosa seorang ibu berusia 34 tahun di hadapan anak mangsa, selain turut merakam perbuatan keji itu di rumah mangsa di Kampung Melayu Subang, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih mengesan kedua-dua suspek, termasuk memantau sama ada berlaku penyebaran video rakaman perbuatan jenayah berkenaan.


Menurutnya, setakat ini tiada lagi maklumat atau laporan mengenai penyebaran video perbuatan rogol itu, sama ada di Internet ataupun melalui telefon.

“Tiada tangkapan lagi setakat ini,” katanya selepas program bertemu penduduk Taman Sea Park, semalam.


Jumaat lalu Harian Metro melaporkan, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan anak gadisnya berusia 12 tahun oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, ibu muda berkenaan diikat tangan dan diberi pilihan oleh penjenayah untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya, ibu itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an itu.

Mau Emas Dapat Beras

Bomoh ‘nyah’ tukar emas jadi beras
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Seorang bomoh ‘mak nyah’ memperdayakan seorang warga emas supaya menyerahkan kepadanya barangan kemas dan wang tunai RM28,000 dengan mendakwa hartanya akan hilang disedut dan bakal terkena bala angkara perbuatan khianat.

Bomoh ‘mak nyah’ itu juga mendakwa mampu memulihkan warga emas itu jika dia menyerahkan barangan kemas dan wang tunai untuk ditapakan di kayangan oleh Dewa Mayang Mengurai dan Kiai.


Turut menjadi mangsa bomoh dua alam itu ialah datuk saudara dan sepupu mangsa yang masing-masing kerugian RM50,000 dan RM 27,000, selepas menyerahkan wang tunai dan barang kemas untuk dipertapakan. Bagaimanapun, harapan mangsa menyelamatkan barangan kemas dan wang tunai itu musnah apabila ia bertukar menjadi beras.

Dalam kejadian bulan lalu, mangsa, Esah Yaakub, 59, yang ditemani suami dan dua anaknya ke rumah bomoh berusia 30-an di Kampung Paya Mengkuang untuk mengambil barang yang siap dipertapakan dewa kayangan itu.


“Sebelum pulang ke rumah kami, bomoh terbabit mengarahkan supaya jangan membuka beg kecuali selepas tiba di rumah.


“Apabila kami keluar dari rumah bomoh itu, anak saya mengesyaki sesuatu tidak kena sebelum mengambil beg dan membukanya. Kami terkejut apabila mendapati hanya beras di dalam beg dan bukannya wang serta barang kemas yang diberikan kepadanya sebelum ini.

“Kami masuk semula ke rumah bomoh berkenaan untuk meminta penjelasan dan dia yang menyedari tembelangnya pecah mula berlakon seolah dirasuk makhkuk alam ghaib dan bercakap dengan nada suara garau.


“Berang dengan gelagatnya itu, anak saya hilang sabar dan mengheretnya ke balai polis sebelum bomoh itu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Esah berkata, dia mengenali bomoh dua alam itu melalui datuk saudaranya Februari lalu kerana ingin mengubati sakit badan.


“Bagaimanapun, saya dimaklumkan harta saya akan hilang kerana disedut individu yang iri hati terhadap saya,” katanya.


Katanya, bomoh itu memujuknya menyerahkan wang tunai dan barang kemas dalam simpanan untuk dipertapakan bagi mengelak ia hilang disedut makhluk dari alam ghaib.


“Saya sering berulang-alik ke rumah bomoh berkenaan untuk proses perubatan secara alam ghaib dalam pada masa sama dia mempengaruhi saya dengan pelbagai cerita karut membuatkan saya percaya apa diperkatakannya. “Memang bingung apabila dimaklumkan wang simpanan dalam akaun bank juga boleh disedut apa lagi barang kemas, namun disebabkan risau dakwaan itu benar saya menyerahkan kepadanya tanpa usul periksa. “Malah, saya juga sanggup mengeluarkan wang daripada akuan pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan memindahkannya ke akuan bank baru.


“Seperti dipukau kad mesin juruwang automatik (ATM) akaun baru itu diserahkan kepada bomoh dua alam berkenaan,” katanya. Selepas tembelang bomoh itu terbongkar, Esah hanya terkedu apabila barang kemasnya lesap dan baki dalam akaun bank baru hanya tinggal RM11, manakala barang kemas miliknya dipercayai digadai. Sepanjang tempoh berubat dengan bomoh dua alam itu, Esah mendakwa sakit badannya bertambah teruk menyebabkan dia percaya ada orang iri hati dan menggunakan sihir terhadapnya supaya lumpuh.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa di Balai Polis Tanjung Kupang.


“Siasatan berhubung kes itu masih dijalankan dan berharap mangsa memberi masa kepada polis menyelesaikan kes ini,” katanya.

Melawan Selamatkan Diri Dari Dirogol

Nyaris jadi habuan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Jika tidak kerana tindakan beraninya melawan, seorang pelajar perempuan mungkin menjadi habuan lelaki kemaruk seks yang cuba merogolnya dalam satu kejadian di sebuah flat di Taman Lembah Maju, di sini.

Malah, remaja berusia 16 tahun itu boleh dianggap berani kerana sanggup melawan lelaki terbabit yang bersenjatakan pisau.


Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang, 7 Februari lalu ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum dia dihampiri lelaki terbabit sebaik tiba di tingkat lima berhampiran rumahnya.

“Mangsa menyedari ada seorang lelaki bertubuh agak gempal sedang memerhatikannya ketika dia menaiki tangga di tingkat empat flat itu.


“Bagaimanapun, mangsa tidak menghiraukan lelaki terbabit kerana menganggap kemungkinan dia penduduk di situ,” katanya.


Menurutnya, sejurus tiba di tingkat lima, lelaki berkenaan terus memegang mangsa dan meletakkan pisau kecil di lehernya sebelum mengheret remaja terbabit ke tempat sampah di tingkat tiga.

Katanya, sambil memegang mangsa, lelaki terbabit turut mengambil kesempatan dengan meraba seluruh badan remaja itu.


“Namun usahanya untuk merogol mangsa tidak berhasil apabila mangsa bertindak melawan dan cuba merampas pisau digunakan lelaki itu hingga berlaku sedikit pergelutan menyebabkan dia mengalami luka di jari.

“Namun, lelaki berkenaan masih memegang mangsa dengan erat dan remaja terbabit akhirnya menjerit sekuat hati membuatkan lelaki itu menjadi takut dan terus melepaskannya,” katanya.


Menurutnya, lelaki itu turut memberitahu yang dia akan datang semula dan mangsa yang ketakutan terus lari ke rumah dan sejurus tiba dia menceritakan kejadian itu kepada ibu dan bapanya.


“Berikutan itu, mangsa membuat satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Pukau Dengan Tisu

Pukau guna tisu
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Dengan hanya menggunakan tisu, satu kumpulan pakar pukau dianggotai tiga lelaki berjubah dipercayai warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan berusia 30-an dikesan aktif memukau mangsa sebelum melarikan barangan berharga.

Kumpulan yang dilaporkan sudah bergiat aktif sejak empat bulan lalu dikesan mensasarkan mangsa wanita yang berseorangan di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah.

Malah, lagak alim dengan berpakaian berjubah dikatakan menjadi satu kelebihan kepada kumpulan terbabit untuk memudahkan mereka menghampiri mangsa sebelum menunjukkan ‘tisu hikmat’ berkenaan sekali gus memukau mangsa.

Dalam kejadian terbaru di sebuah pusat membeli-belah di Wangsa Maju, kelmarin, seorang wanita berusia 56 tahun kerugian lebih RM5,000 selepas barang kemas dan wang tunai lebih RM700 dilarikan kumpulan itu.


Sebaik tersedar 15 minit kemudian, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

Bermula Dengan Tokek


Penculik rakyat Malaysia tuntut RM5.6j

Oleh WAN NORHAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Isteri Nazarudin, Mazlina Mohamad bersama anaknya, Nur Athirah di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, malam tadi. - MINGGUAN/MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 14 Mei - Isteri ahli perniagaan Malaysia, Mohd. Nazarudin Saidin, 38, yang diculik di Pulau Jolo, Filipina mendedahkan kumpulan penculik berkenaan telah menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.

Mazlina Mohamad, 38, memberitahu, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan oleh kumpulan penculik kepada "orang tengah" yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.

Katanya, kumpulan itu pada Khamis lalu turut memberi syarat agar dia membayar sejumlah 5 juta Peso (RM348,317) sebagai "pendahuluan" bagi wang tebusan itu selewat-lewatnya lusa (Isnin ini).

Bagaimanapun, ujarnya, syarat pembayaran mesti melalui orang paling rapat dan dipercayai iaitu salah seorang broker cicak tokek terbabit.

"Apa yang membimbangkan ialah ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan komplot penculikan ini.

"Saya pula tidak pernah berpeluang untuk mendengar sendiri suara suami kerana kumpulan penculik itu menghubungi terus salah seorang ejen berkenaan.

"Sebelum ini saya dimaklumkan oleh ejen broker cicak tokek itu supaya jangan laporkan kepada polis tentang perkara itu dan menyerahkan kepada mereka untuk mengumpul dana sebelum membayar wang tebusan itu sendiri kepada penculik berkenaan," katanya.

Ibu kepada enam anak itu berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Merbau Sempah, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Mazlina yang menampung kehidupan dengan menjual kuih tidak menyangka kejadian seperti itu menimpa keluarganya.

Ketika tinjauan wartawan Mingguan Malaysia ke rumahnya, salah seorang ejen berkenaan kebetulan datang berkunjung untuk menguruskan sesuatu dengan Mazlina.

Bagaimanapun, terkejut dengan kehadiran wartawan, ejen berkenaan kemudiannya bergegas menaiki semula kenderaan yang turut dinaiki dua lelaki sebelum beredar dari situ.

Menurut Mazlina, suaminya telah berlepas ke Pulau Jolo pada 27 April lalu bersama seorang lelaki warga Filipina yang juga merupakan salah seorang ejen cicak tokek dan pemergian ke negara itu difahamkan atas urusan perniagaan berkaitan reptilia tersebut.

"Dia (suami) kali terakhir menghubungi anak saya untuk bertanya khabar pada 6 Mei lalu. Saya hanya mengetahui suami saya diculik selepas menonton berita di televisyen pada 10 Mei lalu.

Sementara itu, Kementerian Luar mengesahkan Nazarudin kini ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Pegawai dari Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Mindanao, Mohammad Azhar Mazlan memberitahu, Polis Kebangsaan Filipina (PNP) mengesahkan Nazarudin kini dalam tahanan kumpulan tersebut.

"Berikutan itu, kementerian akan terus bekerjasama dengan pihak PNP dalam usaha memastikan Nazarudin dibebaskan dengan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Di KUALA KUBU BARU, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima maklumat berhubung penahanan peniaga Malaysia itu yang dilaporkan diculik oleh 10 lelaki bersenjata.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, berikutan maklumat itu, rundingan sedang diadakan antara PDRM dan pihak berkuasa negara tersebut bagi membincangkan tentang keselamatan mangsa.

"Buat masa ini, kita sedang berunding dengan pihak autoriti di negara itu dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan keselamatan mangsa tidak terjejas," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan latihan asas kepolisan untuk bekas tentera di Maktab PDRM Kuala Kubu Baru.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Pecah Rumah Pangsa Pulak

Trend baru pecah rumah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kawasan perumahan bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri antara ‘hot spot’ terbaru penjenayah melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kegiatan pecah rumah seakan menjadi trend apabila pihaknya sering menerima laporan daripada penduduk berkenaan.


“Jika dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa,” katanya selepas merasmikan Penubuhan Komuniti Polis atau Community Policing di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima Kepong, di sini, semalam.

Katanya, pecah rumah juga antara kegiatan jenayah tertinggi dicatatkan di kawasan perumahan bertingkat.


Beliau turut menggalakkan suri rumah menyertai KP dan bekerjasama dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa.


“Biasanya kegiatan pecah rumah dilakukan waktu siang selepas penghuni keluar bekerja. Sebab itu kita perlukan kerjasama penduduk kerana polis tidak mampu bertindak tanpa maklumat orang awam,” katanya.

Penubuhan Komuniti Polis dianggap sebagai pendekatan praktikal polis bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), penduduk setempat dan Rela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan masing-masing.


Acara lain diadakan ialah pameran dan pertunjukan aksi anjing mengesan dadah. Hadir sama Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner Ahasrap Khan M Aslam.

Hadir sama, Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner (ACP) Ahasrap Khan M Aslam.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Wednesday, May 11, 2011

89Tahun Masih Handal Menutoh Cucu Sunti

Rogol cucu: Lelaki 89 tahun dibenar ikat jamin

KOTA BHARU 10 Mei - Seorang datuk berusia 89 tahun yang menghadapi tuduhan merogol cucunya berumur 10 tahun dalam sebuah kandang lembu pada tahun lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan RM8,000 beserta seorang penjamin.

Mahkamah Sesyen di sini membenarkan warga emas tersebut diikat jamin setelah tertuduh berjaya melantik peguam Mohd. Marwalis Mahmud mewakilinya.

Wang jaminan tertuduh dibayar oleh anak lelaki bongsunya daripada tujuh beradik.

Mahkamah sebelum ini telah menangguhkan dua kali perbicaraan kes tersebut berikutan kegagalan tertuduh melantik peguam bela. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari.

Tertuduh yang berbaju T warna merah dan berseluar kelabu, dilihat hanya mendiamkan diri apabila Hakim Rofiah Mohamed membacakan beberapa syarat jaminan yang perlu dipatuhi tertuduh sebelum menetapkan tarikh perbicaraan pada 5 Julai ini.

Antara syarat itu ialah tertuduh dilarang menghampiri mangsa dalam jarak 500 meter, melaporkan diri di balai polis berhampiran tempat tinggalnya iaitu di Pasir Mas setiap Ahad pertama setiap bulan dan tidak tinggal di rumah ibu bapa mangsa.

Tertuduh didakwa merogol cucunya itu dalam kandang lembu berhampiran sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh di sini kira-kira pukul 9 malam, 25 Ogos tahun lalu.

Tertuduh yang ditangkap pada 15 September 2010 sebelum dihadapkan ke mahkamah buat pertama kali pada 10 Februari lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:89 Tahun Tapi masih

Budak IPTS Jadi Keldai

Pelajar dipaksa jadi keldai dadah

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 10 Mei - Meskipun sudah diberi peringatan berkali-kali, masih ada gadis di negara ini yang terus termakan pujuk rayu teman lelaki warga asing sehingga dijadikan keldai dadah.

Mangsa terbaru ialah dua pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Walaupun baru kenal sebulan tapi pelajar ini mudah terpengaruh dengan ganjaran tawaran percutian menarik ke China oleh dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan.

Kedua-dua pelajar berusia 21 tahun itu hanya sedar mereka diperalatkan apabila dipaksa menelan enam biji kapsul dadah heroin gred tinggi sebelum menaiki penerbangan ke China yang sepatutnya berlepas pada 7 Mei lalu.

Apabila enggan mengikut arahan, mereka dikurung di sebuah apartmen di Puchong, Petaling Jaya dekat sini.

Bagaimanapun, kecekapan polis berjaya menyelamatkan mereka daripada dipaksa menjadi keldai dadah oleh kedua-dua 'Awang hitam' yang juga pelajar IPTS di negara ini pada Khamis lalu iaitu sehari sebelum penerbangan mereka berlepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, dua warga Nigeria terbabit serta wanita tempatan berkenaan turut diberkas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui enam biji kapsul dan dua peket plastik heroin gred tinggi seberat 0.372 kilogram bernilai RM28,000 dan ketulan mampat ganja seberat 0.07 kilogram (RM700).

"Siasatan mendapati kedua-dua mangsa mengenali dua warga Nigeria terbabit di sebuah restoran di apartmen tempat kejadian sebulan lalu dan mereka belajar di kolej berlainan.

"Kita kini sedang menyiasat sama ada kedua-dua suspek pernah memperdaya pelajar lain sebelum ini," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Menurut Nordin, kesemua suspek yang berusia 25 hingga 28 tahun kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Katanya, kedua-dua mangsa pula telah dihantar ke rumah masing-masing selepas diambil kenyataan.

"Polis nasihatkan wanita muda terutama pelajar agar tidak mudah terpedaya dengan hadiah, tawaran atau janji manis oleh warga asing kerana mereka mungkin berniat jahat untuk mempergunakan mereka menjadi keldai dadah," kata beliau.

Tuesday, May 10, 2011

Penyimbah Asid Masih Misteri

22 kes simbah asid, polis tingkat kawalan

KUALA LUMPUR 9 Mei - Polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).

"Lokasi yang kerap menjadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas.

"Polis kini meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mendakwa suspek di mahkamah jika ditangkap," katanya di sini hari ini.

Chin Wah berkata, perbuatan tersebut dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lalu apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut.

Katanya, kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lalu, didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

"Kebanyakan mangsa adalah kalangan wanita yang dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja tetapi terdapat juga serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields.

"Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," katanya di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan lecur.

"Orang ramai yang menjadi mangsa atau melihat kejadian itu diminta melaporkan kepada polis di talian 'hotline' 03-21159999 agar tindakan segera dapat diambil untuk mengesan dan menangkap penjenayah terlibat," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA L

Rogol Anak Murid

Rogol: Guru ditahan bantu siasatan

KUANTAN 9 Mei - Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, suspek berusia 33 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai dua anak itu ditahan di rumahnya, semalam.

Menurut beliau, penahanan suspek berikutan laporan keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jerantut, baru-baru ini.

"Siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, suspek dikatakan menelefon ibu mangsa dan meminta pelajar itu datang ke rumahnya untuk menyiapkan kerja sekolah.

"Mangsa kemudian dihantar rakannya ke rumah guru terbabit di kuarters guru sebelum dia dipeluk secara paksa dan dirogol pada Rabu lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Kata Mohd. Haris, dalam laporan polis diterima keesokannya, mangsa yang murung menceritakan perbuatan terkutuk guru terbabit kepada guru kelasnya di sekolah.

Berikutan itu, tambahnya, pelajar tersebut dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut beliau, guru terbabit tinggal bersendirian di kuarters tersebut kerana isteri dan dua anaknya menetap di Kedah.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," ujarnya.

Penipuan Internet

Lapan suspek perdaya cinta Internet ditahan

KOTA KINABALU 9 Mei - Kelicikan lapan suspek termasuk empat wanita tempatan memperdaya seorang mangsa dari negeri ini melalui cinta Internet sehingga kerugian kira-kira RM1.1 juta awal tahun ini, terbongkar dengan penahanan kesemuanya di ibu negara, Jumaat lalu.

Empat suspek lelaki yang ditahan ialah warga Nigeria dan Bangladesh berusia antara 20 hingga 29 tahun manakala wanita terbabit berusia dari 27 hingga 44 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supritendan Soh Hock Sing berkata, siasatan berhubung kes itu dimulakan ekoran aduan mangsa wanita berusia 48 tahun.

"Sejurus menerima laporan, polis menjalankan siasatan dengan bantuan unit forensik dan agensi kerajaan lain untuk mengesan dalang penipuan terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hock Sing berkata, modus operandi digunakan adalah dengan mencari kenalan di Internet sehingga membuatkan mangsa wanita jatuh cinta dan kemudian menawarkan hadiah kepadanya.

"Bagaimanapun, apabila hadiah itu hendak dihantar, timbul banyak masalah termasuklah kononnya hadiah ditahan pihak Kastam. Oleh itu memerlukan sejumlah wang untuk membawa keluar hadiah tersebut.

"Suspek cuba memujuk mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun dengan alasan hadiah terbabit hanya boleh dilepaskan oleh Kastam selepas sejumlah wang dibayar," ujarnya.

Tambah Hock Sing, disebabkan terlalu mabuk cinta dan terpedaya dengan kata-kata manis, mangsa memasukkan wang ke dalam akaun suspek.

Katanya, mangsa hanya tersedar ditipu dan membuat laporan polis selepas beberapa kali memasukkan wang ke dalam akaun tersebut sehingga mencecah jutaan ringgit.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes berkenaan adalah yang kelima berjaya diselesaikan oleh polis Sabah.

Katanya, sebelum ini terdapat tiga lagi kes serupa telah berjaya diselesaikan selepas suspek yang dikehendaki berjaya ditangkap iaitu di Penampang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Tawau.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Monday, May 9, 2011

Bertukar Menipu

Kereta ‘tukar’ jadi motosikal
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@nstp.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Gara-gara terlalu mempercayai jiran, seorang lelaki mendakwa kehilangan kereta Honda Civic 1.7 Vtech warna biru miliknya selepas bertukar tuan tanpa kebenarannya.

Mangsa, Zaidi Zakariah, 46, berkata, dia menyedari tertipu apabila kereta yang diberikan sementara waktu kepada jirannya yang juga seorang ejen kereta terpakai didapati tiada, tanpa memaklumkan di mana kereta itu berada. “Saya memberikan kereta itu sementara waktu kepadanya selepas tidak mampu membayar ansuran hampir tiga bulan kerana menghadapi masalah kewangan dan dia membayar RM6,000 sebagai pertukaran kepada kereta itu. “Apabila wang mencukupi, saya berjumpa semula ejen berkenaan untuk membayar dan menuntut semula kenderaan itu seperti yang dijanjikan, tetapi dimaklumkan kereta saya tiada. “Saya kemudian bertanya kepada pemilik kedai kereta tempat saya beli di Johor dan jawapan yang diberikan sama,” katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro di sini semalam. Zaidi yang berasal dari Kajang berkata, dia yang pelik dengan kejadian itu kemudian ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bandar Baru Bangi untuk mengetahui status kenderaannya. “Saya terperanjat sebaik mengetahui nombor pendaftaran kereta itu sudah bertukar menjadi nombor pendaftaran motosikal, manakala nombor pendaftaran motosikal itu bertukar menjadi nombor pendaftaran kereta saya. “Saya tidak pernah membuat sebarang pertukaran pada dokumen kenderaan itu,” katanya. “Saya buntu dan tidak tahu kepada siapa boleh saya ajukan masalah ini,” katanya. Zaidi berkata, dia membuat empat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengenai kehilangan kenderaannya. Menurutnya, kereta berkenaan dibeli atas nama isterinya, Noriah Hashim, 49, dengan harga RM65,000, pada Mei 2009. Dia mendakwa hanya sempat menggunakan kereta itu selama 11 bulan sebelum memberikannya kepada ejen berkenaan kerana masalah kewangan.

Sunday, May 8, 2011

Gores Dan Menang Lagi Tak Habis2

Helah gores dan menang

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR


ORANG ramai harus berwaspada dengan tipu daya pihak tertentu yang menjalankan kegiatan gores dan menang yang akhirnya akan menyebabkan pengguna mengalami kerugian. - GAMBAR HIASAN

WALAUPUN telah berulang kali diberi amaran dan peringatan melalui pelbagai cara termasuk melalui media, kes-kes melibatkan penipuan sindiket Gores dan Menang masih kerap didengar.

Adakah mereka tidak pernah membaca akhbar atau mata mereka telah dikaburi setelah 'digula-gulakan' dengan hadiah lumayan? Hanya mangsa yang dapat menjawabnya.

Nasib yang sama turut menimpa seorang kakitangan syarikat swasta pada awal tahun ini. Kisahnya bermula ketika pemuda itu sedang asyik berjalan menuju ke KL Sentral pada satu petang, 19 Januari lalu, dia didatangi oleh seorang ejen syarikat Gores dan Menang.

Modus operandinya sama sahaja, mangsa disuruh menggores sebuah kad. Ejen tersebut kemudian memberitahu bahawa mangsa baharu sahaja memenangi hadiah.

Namun untuk membawa pulang hadiah tersebut, ada syaratnya. Mangsa perlu membayar cukai sebanyak RM7,600. Selain itu, mangsa berpeluang memenangi hadiah utama pada cabutan kad lain.

Teruja dengan hadiah yang bakal dimenangi, lelaki itu pun pergi ke pejabat syarikat tersebut. Di situ, seorang pekerja syarikat itu menyuruh mangsa membayar keseluruhan jumlah cukai tersebut.

Oleh kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi, dia dibenarkan membayar sebahagian sahaja iaitu sebanyak RM3,400.

Pemuda itu kemudian diberikan sebuah mesin jahit dan sebuah tilam. Menurut pekerja tersebut, barang-barang itu merupakan hadiah utama seperti yang dikatakan dalam kad gores terbabit.

Dengan susah payah, dia kemudian pulang ke rumah dengan membawa barang-barang tersebut yang sebenarnya boleh dibeli pada harga tidak sampai beribu-ribu ringgit.

Lelaki itu mula menyedari hal yang sebenarnya apabila rakan serumahnya mengatakan dia telah diperdaya. Ketika itu barulah diketahuinya dia telah ditipu oleh syarikat terbabit.

Lantas keesokan harinya, dia pergi semula ke pejabat syarikat tersebut yang terletak di Plaza Danau, Setapak di ibu negara.

Hasrat hati untuk menuntut semula wangnya tetapi pekerja syarikat terbabit enggan memberikannya. Dengan alasan, pemuda itu telah menandatangani borang perjanjian.

Merasakan dirinya telah diperdaya, mangsa telah membawa kes itu ke Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM) yang terletak di The Mall di ibu negara.

TTPM yang bersidang pada pertengahan bulan ini kemudian mengarahkan syarikat terbabit membayar RM3,400 kepada mangsa, Ting Kee Bienn, 25.

Presiden TTPM, Faridah Abrahim, memutuskan demikian selepas tiada wakil daripada syarikat terbabit hadir ke prosiding tuntutan berkenaan.

Dengan ketetapan sedemikian, Kee Bienn merasa puas walaupun episod dukanya masih belum berakhir kerana wang tuntutan masih belum diperoleh.

Namun jauh di sudut hatinya, dia berjanji tidak akan sekali-kali diperdayakan lagi oleh goresan yang hanya menyebabkan wangnya dengan mudah melayang.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, May 7, 2011

Menyamar TNB Untuk merompak

2 lelaki perdaya 3 suri rumah

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 6 Mei - Dua lelaki dikatakan memperdaya tiga suri rumah dengan menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memeriksa meter elektrik sebelum menyamun mangsa di rumah mereka di Taman Ria Jaya dan Jalan Bakar Sampah di sini semalam.

Kejadian antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 30 hingga 40 tahun kerugian beribu-ribu ringgit apabila barang kemas milik mereka dan sejumlah wang tunai dilarikan kedua-dua suspek.

Ketika insiden, mangsa dikatakan berada dalam rumah sebelum didatangi dua suspek menaiki motosikal yang memakai uniform syarikat berkenaan untuk memeriksa meter di rumah teres mereka itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, suspek kemudian meminta izin untuk masuk ke dalam rumah dan memeriksa sistem pendawaian elektrik.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, membenarkan suspek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja masuk, suspek terus mengacu pisau ke arahnya.

"Suspek kemudian menggeledah rumah dan melarikan sejumlah wang tunai dan barang kemas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Aik Chang, kes berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dilaporkan di daerah ini.

Beliau berkata, suspek menjadikan golongan suri rumah yang kebanyakan suami mereka keluar bekerja sebagai sasaran.

Kes ini diklasifikasikan sebagai rompakan bersenjata mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki suspek, ujarnya.

Tambahnya, hasil maklumat mendapati TNB tidak menghantar kakitangannya untuk menjalankan pemeriksaan meter atau pendawaian elektrik di rumah pelanggan di kawasan sekitar.

"Saya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasuki rumah mereka," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, May 6, 2011

Ditipu Polis

Ibu tunggal dakwa ditipu pegawai polis

PETALING JAYA 5 Mei - Seorang ibu tunggal mendakwa kerugian RM13,000 setelah menyerahkan wang tersebut kepada pegawai polis yang menahan dua anak lelakinya di bawah Ordinan Darurat (EO) sebagai jaminan bagi membebaskan mereka.

Rani Rahmah Ismail, 59, mendakwa, kejadian bermula apabila sekumpulan enam anggota polis datang ke rumahnya di Batu Caves, Gombak pada 8 Mac lalu untuk memberkas dua anaknya, Mohamad Ramadan Mohamed Ali, 22, dan Mohd. Rafe, 20.

Beliau berkata, selepas menunjukkan kad kuasa polis, mereka terus menahan kedua-dua anaknya untuk dibawa ke Balai Polis Rawang bagi membantu siasatan tanpa memaklumkan apakah kesalahan mereka.

"Pada 24 Mac lalu, kira-kira pukul 9.30 pagi, saya menerima panggilan telefon seorang lelaki mendakwa pegawai polis berpangkat inspektor bertugas di Balai Polis Rawang meminta RM30,000 sebagai wang jaminan untuk bebaskan anak.

"Sebagai ibu tunggal, saya tidak mampu memberi wang sebanyak itu tetapi peliknya, pegawai polis terbabit bersetuju untuk tawar-menawar dan akhirnya meminta saya memasukkan RM13,000 ke dalam satu akaun bank milik seorang lelaki didakwa pegawai atasannya," katanya di sebuah pejabat peguam, di sini hari ini.

Katanya, selepas membayar wang itu, dia diminta datang ke Balai Polis Rawang untuk membawa pulang kedua-dua anaknya itu, namun hampa apabila anggota polis yang bertugas di situ memaklumkan mereka tidak boleh dibebaskan.

Peguambela bagi dua beradik yang ditahan itu, Fadiah Nadwa Fikri berkata, dia percaya suspek mengambil kesempatan memandangkan tahanan EO tidak perlu dibicarakan di mahkamah.

Dia yang turut mendakwa dikasari polis semasa berjumpa dua beradik terbabit semalam, meminta polis menyiasat kes rasuah dan dirinya diugut dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan tiada pegawai polis yang namanya seperti didakwa oleh keluarga mangsa bertugas di daerahnya, namun berjanji akan menjalankan siasatan lanjut.

Seorang lagi ibu yang anaknya turut ditahan kerana kes sama, Maznah Yusof, 41, berkata, dia juga mendapat panggilan meminta lakukan perkara sama, tetapi tidak mengendahkannya.

Wednesday, May 4, 2011

`Air Liur` Copy Dari Blog Bersama Mazidul

Rabu, Mei 04, 2011
Sluuuuuuurp! Air Liur Warga Nigeria Dan Lombok Sedap?
Hidup Lombok! Hidup Lombok! Hidup Lombok!

Barangkali begitu bunyi teriakan warga Lombok, Indonesia, setakat ini berjaya memujuk sekaligus memperdaya ramai wanita Malaysia untuk mengikut mereka pulang ke negara asal.

Sedang kisah sebilangan wanita dan lelaki Malaysia ditipu menggunakan medium internet mengakibatkan kerugian mencecah 1 bilion ringgit giat dibongkar 999 dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kes wanita diperdaya warga Lombok pula bagai tidak bernoktah.

Beza ketara, wang ratusan ribu ringgit diserahkan wanita Malaysia kepada warga Nigeria manakala jiwa dan raga mereka gadaikan untuk lelaki Lombok.

Terbaru, wanita berusia 51 tahun dilapor menyerahkan secara berperingkat RM70,000 kepada suspek lelaki Nigeria mendakwa berkhidmat dengan Petronas. Mangsa, menyedari tertipu telah membuat laporan polis pada petang 3 Mei lalu.

Jam 5 pagi, hari sama, janda beranak tiga, Harlizah Ibrahim, 36 tahun, berasal dari Terengganu selamat pulang ke Malaysia setelah lebih 2 tahun menderita tinggal bersama suaminya, lelaki Lombok.

Harlizah mendakwa dipujuk lelaki terbabit untuk melarikan diri ke Indonesia sebelum mengahwininya. Dia kembali ke tanah air bersama anak berusia 13 bulan, hasil perkongsian hidup dengan lelaki Lombok terbabit.

"Kepada gadis bercinta dengan lelaki warga asing, elok hentikan kerana banyak susahnya, saya telah tempuh"

Begitu lebih kurang kenyataan Harlizah disiarkan Buletin Utama TV3 malam semalam.

Menggunakan sebelah mata sekalipun saya mampu menulis ringkasan skrip kehidupan wanita pernah melarikan diri bersama lelaki Lombok.

Mereka bertemu di Malaysia, gadis atau wanita tempatan terbabit jatuh cinta berikutan pujuk rayu lelaki Lombok dan kemudian bersama melintasi sempadan negara untuk pulang ke kampung kelahiran pasangan mereka. Tidak lama menetap di negara asing, mangsa kemudian menyedari kehidupan ditempuh tidak semanis dijanjikan pasangan sebelumnya. Miskin, hidup melarat dan terpaksa membanting tulang empat kerat untuk menyara kehidupan di Indonesia. Terseksa, mereka akhirnya membuat keputusan cuba pulang ke tanahair. Sebilangan berjaya manakala segelintir lagi dipercayai tidak.

Terkini, ibu dan ayah Azhlina Azmi, 23 tahun di Machang, Kelantan merayu anak mereka dibawa pulang ke Malaysia. Azhlina, bekas pekerja kilang papan di Padang Tengku, Pahang didakwa dilarikan lelaki Lombok, Salleh, kini dipercayai menetap di Desa Kebun Agung Rantau Pulung, Balik Papan, Kalimantan Timur sejak 3 tahun lalu.

Salleh, pekerja kilang sama manakala Azhlina, akauntan.

Ya, dia akauntan.

Salleh kini dikatakan bekerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan harian RM15 dan Azhlina kini bergelar ibu, bertugas sebagai pengasuh kanak-kanak.

Kalau dilihat, ramai warga Indonesia berhijrah ke negara ini berkhidmat sebagai pengasuh anak warga tempatan tetapi senario dialami Azhlina sebaliknya.

Saya melihat kekuatan daya pujuk warga Nigeria dan Lombok hampir sama. Bezanya, lelaki Nigeria hanya berminat mengikis wang wanita tempatan kesunyian. Lelaki Lombok pula mengheret wanita Malaysia ke negara mereka dan kemudian dihidangkan dengan kehidupan daif.

Ringkasnya, warga asing terbabit berjaya mengumpan sekaligus menipu wanita tempatan hanya menggunakan kata-kata manis.

Tiada modal lain kecuali air liur.

Syabas!

Jika kita amati, kes penipuan terbabit berlaku berulang kali. Terfikir, tidakkah mangsa terbabit pernah terbaca di akhbar berhubung bahana menimpa mangsa sebelum mereka? Jika tidak berpeluang membaca akhbar sekalipun, tidakkah mereka pernah mendapat perkhabaran berhubung tipu helah warga asing terbabit melalui paparan berita televisyen?

Mustahil tidak pernah.

... jadi mengapakah kes terbabit masih terus berlaku?
Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 3:57 AM 0 komen

Modus Pecah Rumah

Waspada kejadian pecah rumah

SEREMBAN 3 Mei - Penduduk taman perumahan Lavender Heights, Senawang dekat sini, dinasihatkan supaya berwaspada dengan kehadiran individu yang tidak dikenali terutamanya pada waktu siang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lavender Heights Fasa 1, Pazilan Abd. Hadi memberitahu, wujud kumpulan tertentu yang menjadikan rumah kosong tanpa penghuni sebagai sasaran merompak dan pecah masuk.

"Berwaspadalah dengan taktik ini dan sentiasa perhatikan kawasan sekeliling kita, yang dilihat boleh menjadi laluan keluar masuk penjenayah sama ada waktu siang mahupun malam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi KRT Lavender Heights Fasa 3, Mohammed Sharif dan beberapa jawatankuasa Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman tersebut. Terdapat lebih 1,000 buah rumah pelbagai model di taman perumahan berkenaan.

Katanya, berikutan banyak kerja pembinaan termasuk pengubahsuaian rumah di taman berkenaan, pemantauan juga perlu dibuat ke atas pekerja asing yang keluar masuk ke kawasan ini.

"Rumah kosong, pagar yang bocor, kawasan tadahan hujan yang penuh dengan semak samun serta kealpaan penduduk, dikhuatiri menjadi pilihan terbaik kepada penjenayah untuk melakukan pecah masuk di rumah tanpa penghuni," katanya.

Dalam kejadian semalam, sebuah rumah di Fasa 1 di sini telah dipecah masuk perompak menyebabkan beberapa barangan elektrik, barang kemas dan wang tunai lesap akibat dikebas penyamun ketika penghuninya balik ke kampung pada hujung minggu.

"Kita perlu juga mengingatkan pembantu rumah yang kadangkala tinggal bersendirian bersama anak-anak supaya tidak membuka pintu atau pagar dan membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki rumah," katanya.

Justeru Pazilan meminta, penduduk di taman perumahan itu mengambil sikap berjaga-jaga dan segera menghubungi pihak polis jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tolak Lamaran Kena Tikam

Gadis maut ditikam kekasih kerana tolak lamaran

ALOR SETAR 3 Mei – Seorang gadis berusia 23 tahun maut ditikam teman lelakinya dipercayai setelah menolak lamaran untuk berkahwin dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam tadi.

Dalam kejadian antara pukul 10.45 hingga 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzah Riyyanti Omar mati di tempat kejadian akibat ditikam beberapa kali menggunakan pisau di dada, perut dan tangan oleh suspek yang berusia lingkungan 50-an.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzaman Mohd. Jan berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini baru sebulan berpindah ke Alor Setar.

“Sebelum ini suspek bekerja sebagai chef di sebuah hotel di Genting Highlands dan dipercayai telah mempunyai keluarga di Johor Bahru. Mangsa dan suspek dipercayai berselisih faham setelah mangsa mahu perhubungan mereka diputuskan semalam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu.

“Sebaik sahaja menikam mangsa, suspek terus menceritakan perkara tersebut kepada majikannya dan atas nasihat majikannya suspek menyerah diri kepada polis pada pukul 1.30 pagi ini,” katanya.

Mohd. Adzaman memberitahu, suspek yang mengaku menjalin hubungan dengan mangsa sejak lima tahun lalu kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kebiasaannya mangsa akan pulang ke rumahnya di Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang selewat-lewatnya pukul 7 petang.

Curi Besi Besar-Besaran


Sindiket curi besi tumpas

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


ANGGOTA polis memeriksa besi landasan kereta api yang dicuri sekumpulan lelaki di Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 3 Mei - Sekumpulan 26 lelaki termasuk 19 warga asing dicekup ketika sedang leka mencuri besi di sebuah landasan kereta api berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dekat sini kelmarin.

Kesemua mereka daripada sebuah sindiket sebelum ini pernah mencuri lebih 400 meter besi landasan kereta api di Selangor bernilai jutaan ringgit.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mereka hanya mampu tergamam dan tidak sempat melarikan diri apabila lokasi terbabit diserbu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, serbuan dilakukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen Selangor selepas mendapat maklumat awam.

Menurutnya, kegiatan jenayah secara besar-besaran berkenaan dilakukan kerana landasan yang ditinggalkan sejak beberapa tahun itu tidak dilalui oleh orang awam.

"Ketika diserbu kesemua mereka sedang sibuk mengeluarkan baki besi landasan kereta api berkenaan. Polis turut merampas alat pemotong besi, sebuah lori dan jengkaut yang dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mencuri besi," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini, hari ini.

Beliau menambah, sindiket tersebut yang aktif sejak setahun lalu dipercayai menjadikan hari cuti sebagai waktu untuk mencuri dalam skala besar menggunakan tenaga kerja tambahan.

"Polis kini sedang mengesan kedai-kedai barangan lusuh yang menjadi tempat penjualan besi tersebut. Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Katanya, siasatan turut dibantu oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, May 3, 2011

Dipukul Penyamun

Wanita hamil, bapa cedera dipukul dua penyamun

TELUK INTAN 2 Mei - Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan cedera manakala bapanya berusia 61 tahun menerima 31 jahitan di kepala apabila dipukul dua penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Permatang Jambu, Langkap di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 3.30 pagi apabila mangsa, Siti Fairuz Abdul Hamid, 28, terjaga daripada tidur setelah mendengar bunyi bising sebelum mendapati bapanya, Abdul Hamid Mahmud sedang dipukul oleh dua lelaki dengan besi.

Siti Fairuz berkata, dia cuba membantu namun turut dibelasah kedua-dua suspek dengan parang.

"Saya terkejut melihat bapa yang dibungkus dengan kelambu sedang menahan serangan suspek. Saya cuba tolong tetapi turut dipukul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Hamid, kedua-dua suspek kemudian meloloskan diri ke arah kebun kelapa sawit di belakang rumah dan hanya sempat melarikan wang tunai RM38 dan telefon bimbit.

Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Langkap sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan dan menerima 31 jahitan di kepala.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Monday, May 2, 2011

Maut Selepas Disamun/Tumbuk

Wanita maut selepas ditumbuk

KUALA TERENGGANU 1 Mei - Entah di mana hilangnya sifat kemanusiaan, seorang wanita berusia 53 tahun bukan sahaja disamun malah ditumbuk mukanya sehingga pengsan sebelum mulut dan matanya ditampal dengan pita pelekat sehingga mengakibatkan mangsa maut akibat sesak nafas.

Kejadian berlaku pukul 4 pagi semalam, ketika mangsa, Ka'yah Said dan anak perempuannya berusia 13 tahun berada di dalam rumah di Bukit Kuang, Kemaman, sebelum kediaman mereka diceroboh sekumpulan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa yang terkejut terus menjerit sebaik terserempak dengan suspek yang sedang menggeledah rumah.

Katanya, berikutan itu mangsa dipercayai ditumbuk pada mukanya sehingga tidak sedarkan diri.

"Suspek kemudian mengikat mangsa serta menutup mulut dan matanya menggunakan pita pelekat sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuk barang kemas dan elektronik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Manoharan berkata, semasa kejadian, anak mangsa berada dalam bilik kerana ketakutan manakala suami wanita itu pula di Kota Bharu, Kelantan, kerana mempunyai urusan.

Katanya, kanak-kanak itu hanya keluar selepas kedatangan pihak polis yang dihubungi jirannya setelah melihat sesuatu mencurigakan di rumah tersebut.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman tetapi disahkan meninggal dunia 15 minit selepas menerima rawatan," ujarnya.

Tambah Manoharan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 396 dan Seksyen 302 atas kesalahan menyamun dan membunuh.

"Kita sudah ada maklumat dan petunjuk tentang kes itu dan siasatan diteruskan dengan kerjasama IPD Kemaman," ujar beliau.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Sunday, May 1, 2011

Akibat Tokek

Peniaga ditipu RM60,000 kerana cicak tokek

BALING 30 April - Akibat terlalu percaya pada rakannya, seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM60,000 apabila ditipu lelaki itu yang kononnya mahu berkongsi wang untuk membeli seekor cicak tokek bernilai RM300,000 untuk dijual semula dengan harga RM1.5 juta.

Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Abu itu berkata, rakannya memberitahu cicak tersebut perlu dibeli terlebih dahulu di Sik dekat sini, kerana terdapat seorang dari Ipoh, Perak, yang hendak membeli semula dengan harga RM1.5 juta.

"Sebab percaya kepadanya saya menyerahkan RM60,000 kepada rakan yang juga seorang guru di Kepala Batas, Pulau Pinang, untuk tujuan itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Abu berkata, namun selepas menyerahkan wang itu, dia bukan sahaja tidak menerima untung tetapi wang modal tersebut juga lesap dan rakannya pula gagal dijejaki.

Menurutnya, rakannya tidak dapat dihubungi selepas perbualan terakhir mereka yang antara lain rakannya memberitahu cicak tersebut sudah mati.

Justeru, Abu yang kesal dengan perkara tersebut kemudian membuat laporan polis berhubung kes itu.

Mudahnya Melarikan Juta-Juta

4 larikan barangan kemas RM7 juta

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 30 April - Dalam apa disifatkan sebagai jarang-jarang berlaku, empat lelaki disyaki warga asing melarikan sejumlah barangan kemas bernilai RM7 juta tanpa menggunakan sebarang senjata selepas memperdaya seorang pekerja kedai emas di Jalan Petaling Jaya Utama, malam semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, semua pekerja dikatakan sedang sibuk memasukkan sejumlah berlian dan emas ke dalam beg selepas pameran selesai dijalankan.

Tiba-tiba muncul tiga individu dan berpura-pura bertanya kepada salah seorang pekerja kononnya untuk membeli barangan kemas.

Ketika pekerja itu sibuk melayan tiga individu terbabit, seorang suspek lain segera melarikan beg yang berisi barang kemas tersebut.

Pekerja terbabit hanya menyedari kehilangan barang berkenaan selepas kesemua suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih menyiasat suspek yang terlibat di dalam kejadian tersebut dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

"Kita masih menjalankan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam bangunan tersebut. Ia bagi membantu kita mengenal pasti identiti suspek," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang berada di tempat kejadian diminta tampil memberikan maklumat berhubung kes terbabit.