Saturday, February 16, 2013

curi 30 bayar 1 ribu

Didenda RM1,000 curi limau RM30
Wartawan Sinar Harian
16 Februari 2013
KUANTAN – Mahkamah Majistret di sini semalam mengarahkan  seorang buruh membayar denda sebanyak RM1,000 selepas didapati bersalah mencuri 10 kilogram limau nipis milik seorang lelaki berusia 36 tahun, 3 Februari lalu.
Mohd Khairul Musa, 33 mengaku mencuri limau yang bernilai RM30 itu di KS 100, Kampung Permatang Peria, Jalan Sungai Soi bersama seorang lagi yang masih bebas kira-kira jam 1 tengah hari.
Lelaki itu juga bakal berdepan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali

Dalam mahkamah sama, seorang remaja 21 tahun diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM2,600 selepas mengaku tidak bersalah mencuri komputer riba.
Mohd Sahidan Abu Suffian dituduh melakukan kesalahan itu pada 9 Februari kira-kira jam 1 petang dan menyimpan komputer itu di sebuah rumah di Taman Balok Sejahtera, dekat sini.
Dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga sepuluh tahun dan denda, dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian boleh dihukum penjara dan denda atau sebatan.
Pendakwaan dilakukan Ain Fadilla Md Ali di hadapan Majistret, Rini Triany Muhammad Ali.

Friday, February 15, 2013

salahguna gambar boleh repot

‘Ini amat melampau’

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: “Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan,” kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga mengaibkan keluarganya.
Dia yang menyedari penyebaran gambar anaknya itu selepas diberitahu adiknya semalam berkata, kisah yang dipaparkan dengan tajuk ‘Ayah bagilah tangan Ita balik’ dengan memuat naik gambar Ameera perbuatan melampau sedangkan anaknya itu tidak pernah mengalami nasib seperti tajuk dipaparkan.

“Dalam Facebook itu, digambarkan kononnya seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ita dipotong tangan oleh bapanya kerana tidak minat melukis.

“Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang tersebar itu,” katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian Metro, semalam.

Mohamad Yazwin berkata, kemungkinan gambar anaknya itu diambil tanpa kebenaran melalui blog milik isterinya yang memuat naik gambar anak mereka ketika menerima rawatan di hospital.

“Saya rasa mereka mengambil gambar itu dan membuat cerita seolah-olah kejadian menimpa kanak-kanak terbabit adalah anak saya sedangkan nama kanak-kanak itu Ita.
FotoMOHAMAD Yazwin menunjukan gambar anaknya yang dimuat turun dalam Facebook.
“Kemungkinan apa yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit yang mendapat komen ratusan orang memang berlaku namun perbuatan menggunakan gambar anak saya adalah tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Artike

penceroboh buat tuntutan

Buat dua tuntutan kepada Malaysia




KOTA KINABALU - Identiti sekumpulan orang asing bersenjata api yang menceroboh masuk ke kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17, Lahad Datu dekat sini pada Selasa lalu disahkan daripada keturunan Kesultanan Sulu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) berkata, kumpulan itu yang dianggar melebihi 100 orang bertindak menceroboh kawasan terbabit bagi membuat dua tuntutan kepada kerajaan Malaysia.
"Tuntutan pertama, kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
"Satu lagi tuntutan yang dibuat adalah menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah," katanya di sini semalam.
Beliau menambah, kumpulan terbabit didapati menceroboh negara ini dengan niat untuk membuat tuntutan tersebut.
"Kita lihat tuntutan yang dibuat ini lebih kepada meminta sesuatu daripada kerajaan. Ini adalah salah kerana mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul.
"Ketika ini pasukan keselamatan kita sedang mengepung kumpulan terbabit dan meminta agar mereka meninggalkan kawasan tersebut secepat mungkin," ujarnya.
Mengulas mengenai kumpulan terbabit, Ismail percaya mereka telah menyel

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2Kx3W0zGy
Hakcipta terpelihara