Sunday, February 27, 2011

Duit Bank Dicuri Pengurus

Pengurus hidup mewah curi duit pelanggan RM1.5j ditahan

SUNGAI PETANI 26 Feb. - Selama ini seorang pengurus sebuah bank di sini melaram dengan gaya hidup mewah sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan sejawatannya.

Setiap kali ditanya, pengurus muda salah sebuah bank asing di sini yang berusia 28 tahun memberi alasan bahawa dia memperoleh harta-hartanya daripada pelaburan.

Bagaimanapun, rahsia pengurus akaun dan khidmat pelanggan itu selama lebih setahun terbongkar apabila dia ditahan bagi membantu siasatan mengenai kehilangan sejumlah besar wang milik pelanggan yang dianggarkan lebih RM1.5 juta.

Lelaki itu ditahan di rumahnya sekitar bandar ini malam Rabu lalu.

Dia ditahan selepas pegawai atasan dan para pelanggan bank tersebut membuat aduan mengenai kegiatannya.

Menurut sumber, suspek terbabit dikatakan bertugas selama tiga tahun di cawangan berkenaan dan mengenali secara rapat pelanggannya.

"Rahsianya terbongkar apabila seorang pelanggan membuat aduan mengenai kehilangan sejumlah wang daripada akaun semasa dan deposit tetap miliknya," katanya.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang menjadi mangsa sebelum itu dikatakan telah meminta bantuan suspek menguruskan pinjaman perumahan.

"Suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang daripada deposit tetap ke akaun simpanan dengan alasan mampu meluluskan permohonan dalam kadar segera," katanya.

Sumber itu berkata, selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun simpanan, suspek akan mengambil beberapa maklumat peribadi dan mula memindahkan wang atau mengeluarkan cek atas nama individu ketiga.

"Bagi mengelakkan mangsa mengesan, suspek menukar alamat dan penyata akaun akan dihantar ke alamat rumahnya sendiri," katanya.

Namun begitu, taktik tersebut berjaya dikesan apabila beberapa pelanggan tampil membuat aduan mengenai kehilangan wang baru-baru ini.

Selepas beberapa hari, penyiasat bank tersebut dapat menjejak suspek dan memaklumkan kes itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, sehingga semalam 13 laporan telah dibuat terhadap suspek.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.

"Polis masih menyiasat jumlah kerugian dan bekerjasama dengan bank untuk menyemak kemungkinan terdapat mangsa lain terlibat," jelasnya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, February 26, 2011

7 Siswa Dburu

Tujuh siswa iblis


KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.

Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.

Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.


“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.


Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.


“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.


Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.


Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.


“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.


Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Friday, February 25, 2011

Wanita Mudah Kena Tipu

Isteri terpedaya


KUALA LUMPUR: Seorang lagi wanita menjadi mangsa kasanova yang menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi memperdayakan mangsa sebelum melarikan wang mangsa.

Sebelum ini, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ken, 31, memperdayakan wanita yang termakan ayat-ayat cinta sebelum mengikis wang mereka dengan menggunakan taktik kononnya menghadapi masalah perniagaan. Terbaru, seorang wanita dari Singapura yang juga isteri kasanova terbabit dikenali sebagai Chen, 33, berkata, dia mengenali suaminya pada jamuan makan malam di sebuah hotel.


Menurutnya, sejak perkenalan itu hubungan mereka semakin rapat kerana dia tertarik dengan sikapnya yang romantis sehingga bersetuju berkahwin.

“Kami melangsungkan perkahwinan pada 2008, namun kini dalam proses perceraian selepas tembelangnya memperdayakan ramai wanita lain terbongkar. “Malah, saya turut mengalami kerugian apabila memberi wang kepadanya RM200,000 selepas kasihan dengan masalahnya. Namun, saya tidak sangka semua itu hanya sandiwaranya,” katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini.


Chen berkata, suaminya memberitahu ibunya sudah meninggal dunia dan memerlukan wang untuk menguruskan pengebumiannya.


“Saya pada mulanya ingin mengikutnya pulang ke kampung di Malaysia, namun tidak dibenarkan dan memberitahu akan menguruskan sendiri masalah itu.

“Saya beralah dan meminjamkan wang itu kepadanya untuk menguruskan hal keluarga, namun terkejut tidak lama kemudian apabila diberitahu suami saya itu kasanova oleh rakan dan melalui media massa,” katanya.


Beliau berkata, taraf penduduk tetap (PR) suaminya di Singapura juga dibatalkan gara-gara perbuatannya sehingga dia kini menjadi buruan polis Singapura.


Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki layak digelar kasanova apabila menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi menipu empat wanita dalam satu masa.

Wang Lesap Sekelip Mata

Niat ingin labur dan dapat untung besar, akhirnya tertipu

BATU PAHAT 24 Feb. - Akibat ingin cepat kaya, seorang lelaki kerugian RM2,000 apabila mudah menyerahkan wang itu kepada tiga lelaki yang hanya dikenali melalui telefon setelah ditawarkan peluang pelaburan lumayan dalam perniagaan import peralatan pertukangan.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an memasukkan wang itu ke dalam akaun salah seorang suspek bulan lalu untuk menjadi rakan kongsi mereka.

Suspek kemudian meminta wang tambahan sebanyak RM5,000 menyebabkan mangsa mula curiga kerana pelaburan awal yang diberikan masih belum mendatangkan hasil.

Mangsa yang mula bimbang dirinya ditipu telah membuat laporan polis awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, hasil risikan, pihaknya berjaya mengesan tiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di sebuah bank di Taman Intan di Kluang pada 11 Februari lalu.

"Polis telah menghampiri kereta Toyota Vios dinaiki suspek dan mengarahkan mereka supaya berhenti. Namun, mereka bertindak nekad melanggar pintu kereta peronda polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Fawzi berkata, polis kemudian mengejar suspek dan meminta bantuan pasukan peronda lain setelah mendapati kereta dinaiki suspek menghala ke arah lebuh raya.

Menurutnya, kereta itu berjaya ditahan dan dua daripada suspek ditangkap manakala seorang lagi turun dan melarikan diri di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Machap.

"Bagaimanapun, lelaki itu yang juga dalang utama kumpulan tersebut berjaya ditahan di rumahnya di Taman Melodi, Kluang tidak lama kemudian.

"Kita dapati kereta yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Johor Bahru dengan nombor casis, enjin dan nombor pendaftaran telah diubah," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan polis juga sedang menyiasat pembabitan mereka dalam kes penipuan tersebut.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Siswi buang Bayi 300km


Siswi tunggang motor 300km
Oleh Salman Hamat
am@hmetro.com.my

PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.
“Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya, semalam.


Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan.



Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.

“Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu.

Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Thursday, February 24, 2011

Cinta Maya 4 Gurl Kena Tipu

4 wanita kena kikis serentak


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki layak digelar kasanova apabila menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi menipu empat wanita dalam satu masa.

Bukan itu saja, lelaki itu turut dipercayai menipu dua wanita lain dan seorang lelaki dipercayai pasangan gaynya membabitkan kerugian lebih RM60,000.


Difahamkan, lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Ken, 31, mengikis wang semua mangsa dengan menggunakan modus operandi kononnya menghadapi masalah perniagaan.

Berikutan itu, empat wanita itu yang mengetahui tertipu dengan lelaki ‘pisau cukur’ terbabit membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini.


Seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Tang, 28, berkata dia kerugian RM26,000 selepas terpedaya dengan cinta palsu Ken.


“Saya berkenalan dengan Ken melalui laman sosial facebook November tahun lalu. Selepas seminggu berkenalan, Ken meminjam wang saya dengan alasan menghadapi masalah perniagaan.

“Bagaimanapun, saya menyedari ditipu Januari lalu selepas terserempak Ken membawa wanita lain. Sejak itu, saya menyelidik dan menemui tiga lagi wanita yang turut menjadi mangsa,” katanya.


Difahamkan, lelaki terbabit yang mendakwa bekerja dalam industri pengiklanan dan mempunyai perniagaan sendiri turut menuntut hubungan seks daripada semua teman wanitanya.


Malah, Ken kali terakhir dikesan menetap di Flora Damansara dan kini dipercayai aktif mencari teman wanita baru untuk dijadikan mangsa.


Selain itu, seorang lagi mangsa cinta palsu Ken yang mahu dikenali Beh, 28, bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu kota mendakwa kerugian RM23,000.


“Perkenalan saya dengan Ken bermula apabila diperkenalkan seorang rakan. Ken sangat bijak bermain kata-kata cinta hingga menyebabkan saya terpedaya.


“Walaupun hanya tiga bulan hubungan kami terjalin sebelum saya mengetahui dia seorang penipu, saya kerugian wang yang banyak kerana Ken amat licik dan cepat bertindak,” katanya.


Sementara itu, Michael berkata, kes seperti itu bukan perkara baru kerana sejak empat tahun lalu pihaknya menerima 22 aduan membabitkan kerugian RM1.6 juta.


Menurutnya, dua daripada kasanova yang terbabit kes sebelum ini sudah dikenakan tindakan undang-undang dan kini menjalani hukuman penjara.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Cakap Indon Masa Samun

Bercakap loghat Indonesia ketika menyamun

KUALA PILAH 23 Feb. - Helah sekumpulan penyamun bercakap dalam loghat bahasa Indonesia akhirnya memakan diri apabila kesemua mereka ditahan kurang 24 jam selepas menyamun sebuah rumah di Kampung Sri Pilah di sini pada Isnin lalu.

Penjenayah yang terdiri daripada lima lelaki warga tempatan dan seorang wanita Indonesia itu ditahan oleh polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan Melaka.

Dalam kejadian itu, empat lelaki daripada anggota kumpulan berkenaan sebelum itu menyamun sebuah rumah yang didiami oleh tiga wanita warga emas berusia lingkungan 70-an hingga 80-an.

Ketua Polis daerah, Supritendan Jaafar Baba memberitahu, empat lelaki tersebut yang bersenjatakan pisau berpura-pura bercakap dalam loghat bahasa Indonesia sebelum bertindak mengikat kesemua mangsa.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu suspek berjaya melarikan wang tunai RM2,000 dan barang kemas bernilai RM6,000," katanya di sini hari ini.

Katanya, bertindak daripada kejadian itu, polis menjalankan operasi memburu kesemua suspek sebelum menahan mereka di Melaka pada petang hari yang sama.

"Dalam tangkapan itu, polis menjumpai semula wang tunai dan barangan kemas yang dipercayai milik warga emas yang menjadi mangsa samun tersebut.

"Berikutan penahanan kesemua suspek itu, polis turut menahan dua lagi suspek yang terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan dan seorang wanita rakyat Indonesia di sekitar bandar ini," ujarnya.

Jaafar berkata, lelaki dan wanita itu ditahan kerana disyaki turut terlibat dengan keempat-empat suspek melakukan jenayah berkenaan.

Menurutnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu turut terlibat dalam beberapa kes samun yang lain.

"Kita percaya kumpulan ini sengaja berkomunikasi dalam loghat bahasa Indonesia ketika melakukan jenayah tersebut semata-mata untuk mengelirukan mangsa dan juga polis.

"Bagaimanapun, siasatan kita berjaya mengesan bahawa mereka ini adalah warga tempatan sebelum bertindak menahan semua suspek," jelasnya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Samun Duit Gaji








Samun: Dua penjenayah dicekup

Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

ANGGOTA forensik memeriksa barang-barang yang ditemui dalam kereta BMW milik penjenayah di Jalan Persiaran Ikhlas, Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA 23 Feb. - Empat penjenayah bukan hanya 'berputih mata' untuk menikmati wang hasil samun, malah dua daripada mereka bakal meringkuk dalam penjara apabila dicekup polis semasa melarikan diri selepas menyamun pelanggan bank.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, suspek bersenjatakan parang dan tukul besi telah memecahkan cermin kereta Honda Accord dinaiki tiga beradik yang baru selesai mengeluarkan wang dari sebuah bank di Jalan USJ10 1J di sini.

Suspek yang cukup berani apabila tidak memakai topeng semasa melakukan jenayah itu kemudian meragut beg berisi wang daripada mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta BMW.

Penjenayah bagaimanapun terperangkap apabila terserempak dengan sepasukan anggota polis peronda di kawasan berhampiran yang kemudian mengejar dan berjaya menangkap dua daripada mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Abdul Aziz Abdul Majid berkata, sebelum kejadian, suspek dipercayai telah memerhatikan mangsa mengeluarkan wang di bank berkenaan.

"Pada pukul 11.30 pagi, dua beradik perempuan telah masuk ke bank untuk mengeluarkan wang, manakala seorang saudara lelakinya menunggu dalam kereta.

"Selesai urusan mengeluarkan wang, mereka terus masuk ke dalam kereta, namun terkejut apabila tiba-tiba datang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan tukul besi menghampiri kenderaan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian memecahkan cermin kereta dan melarikan beg berisi wang yang baru dikeluarkan oleh mangsa dari bank sebelum itu.

Katanya, mangsa yang terkejut tidak sempat melakukan apa-apa kerana kejadian itu berlaku amat pantas.

Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta BMW ke arah Jalan Persiaran Ikhlas, namun kenderaan mereka berjaya dipintas oleh kereta dinaiki sepasukan lima anggota polis.

"Lima anggota polis yang menaiki kereta Proton Waja sedang menjalankan tugas rondaan apabila secara kebetulan terserempak dengan kejadian jenayah itu.

"Mereka segera mengejar suspek sebelum berjaya memintas dan menghalang kereta penjenayah terbabit kira-kira 600 meter dari tempat mangsa disamun," katanya.

Menurut Abdul Aziz, suspek yang terperangkap cuba melarikan diri dan bergelut dengan anggota polis tetapi dua daripada mereka berjaya ditangkap.

Beliau berkata, dua rakan suspek bagaimanapun sempat meloloskan diri dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Abdul Aziz berkata, polis yang memeriksa kereta suspek menemui semula beg berisi wang yang dilarikan sebelum itu dan beberapa barang lain termasuk parang serta tukul besi yang digunakan untuk menyamun.

"Dua suspek dipercayai lelaki tempatan masing-masing berusia 17 dan 21 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

"Siasatan mendapati kereta BMW digunakan suspek dalam kejadian itu adalah kenderaan curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya sambil memberitahu kereta terbabit dilaporkan hilang di Petaling Jaya pada tahun lalu.

Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan penglibatan mereka dalam kes-kes jenayah lain.

Penyamun Kena Cekup

Waktu Solat
Laporan Cuaca

Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
Mahkamah
Jenayah




Agama
Keluarga
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agrobiz
Kesihatan
Rekreasi
Polis & Tentera
Sastera

Rencana
Cuit
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum

Classifieds
Utusan Airtime
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Saji Online
MyBooks
Kareer
Utusan Karya
Laman Xtive

Liga M 2010
PRK 2010
UMNO 2010
Sharlinie
Salam Perantauan
JENAYAH

Samun: Dua penjenayah dicekup

Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

ANGGOTA forensik memeriksa barang-barang yang ditemui dalam kereta BMW milik penjenayah di Jalan Persiaran Ikhlas, Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA 23 Feb. - Empat penjenayah bukan hanya 'berputih mata' untuk menikmati wang hasil samun, malah dua daripada mereka bakal meringkuk dalam penjara apabila dicekup polis semasa melarikan diri selepas menyamun pelanggan bank.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, suspek bersenjatakan parang dan tukul besi telah memecahkan cermin kereta Honda Accord dinaiki tiga beradik yang baru selesai mengeluarkan wang dari sebuah bank di Jalan USJ10 1J di sini.

Suspek yang cukup berani apabila tidak memakai topeng semasa melakukan jenayah itu kemudian meragut beg berisi wang daripada mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta BMW.

Penjenayah bagaimanapun terperangkap apabila terserempak dengan sepasukan anggota polis peronda di kawasan berhampiran yang kemudian mengejar dan berjaya menangkap dua daripada mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Abdul Aziz Abdul Majid berkata, sebelum kejadian, suspek dipercayai telah memerhatikan mangsa mengeluarkan wang di bank berkenaan.

"Pada pukul 11.30 pagi, dua beradik perempuan telah masuk ke bank untuk mengeluarkan wang, manakala seorang saudara lelakinya menunggu dalam kereta.

"Selesai urusan mengeluarkan wang, mereka terus masuk ke dalam kereta, namun terkejut apabila tiba-tiba datang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan tukul besi menghampiri kenderaan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian memecahkan cermin kereta dan melarikan beg berisi wang yang baru dikeluarkan oleh mangsa dari bank sebelum itu.

Katanya, mangsa yang terkejut tidak sempat melakukan apa-apa kerana kejadian itu berlaku amat pantas.

Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta BMW ke arah Jalan Persiaran Ikhlas, namun kenderaan mereka berjaya dipintas oleh kereta dinaiki sepasukan lima anggota polis.

"Lima anggota polis yang menaiki kereta Proton Waja sedang menjalankan tugas rondaan apabila secara kebetulan terserempak dengan kejadian jenayah itu.

"Mereka segera mengejar suspek sebelum berjaya memintas dan menghalang kereta penjenayah terbabit kira-kira 600 meter dari tempat mangsa disamun," katanya.

Menurut Abdul Aziz, suspek yang terperangkap cuba melarikan diri dan bergelut dengan anggota polis tetapi dua daripada mereka berjaya ditangkap.

Beliau berkata, dua rakan suspek bagaimanapun sempat meloloskan diri dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Abdul Aziz berkata, polis yang memeriksa kereta suspek menemui semula beg berisi wang yang dilarikan sebelum itu dan beberapa barang lain termasuk parang serta tukul besi yang digunakan untuk menyamun.

"Dua suspek dipercayai lelaki tempatan masing-masing berusia 17 dan 21 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

"Siasatan mendapati kereta BMW digunakan suspek dalam kejadian itu adalah kenderaan curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya sambil memberitahu kereta terbabit dilaporkan hilang di Petaling Jaya pada tahun lalu.

Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan penglibatan mereka dalam kes-kes jenayah lain.

Wednesday, February 23, 2011

Kasanova Hensem

Kasanova perdaya wanita, kaut RM60,000

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Hanya berbekalkan rupa paras yang menarik dan ayat-ayat cinta seorang kasanova berjaya menipu ramai gadis sehingga mengakibatkan mereka kerugian lebih RM60,000 sejak dua tahun lalu.

Lelaki dikenali sebagai Ken Isaac berusia 31 tahun itu menyasarkan gadis-gadis berusia lewat 20-an sebagai mangsa.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, empat wanita menjadi mangsa lelaki itu sepanjang tahun ini sahaja.

Katanya, selain mendapatkan wang, suspek turut menuntut habuan seks bersama mangsa.

Tambahnya, modus operandi digunakan suspek adalah menggunakan laman sosial dan kenalan lain untuk mendekati mangsa-mangsa.

"Dia kemudian menabur janji-janji manis dan meluahkan cinta. Selepas berkenalan selama dua hingga tiga bulan, dia mula meminta bantuan kewangan.

"Suspek yang mendakwa ahli perniagaan syarikat pengiklanan, menjadikan masalah syarikatnya sebagai alasan untuk mendapatkan wang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Micheal, selepas mendapatkan wang, suspek bertindak menghilangkan diri selain enggan menjawab panggilan telefon daripada mangsa.

Menurutnya, setiap mangsa kerugian sekurang-kurangnya RM1,000, malah ada yang lebih tinggi sehingga mencecah RM26,000.

"Lebih menyedihkan, ada mangsa itu menggunakan wang untuk pembedahan ibunya," katanya.

Beliau percaya suspek masih memperdayakan wanita-wanita bagi mendapatkan wang selain nafsu seks.

"Kita juga percaya suspek berada di sekitar Damansara, Petaling Jaya dan mana-mana wanita yang pernah menjadi mangsa agar tampil membuat aduan," katanya.

Selain itu, Micheal berkata, 22 kes membabitkan kerugian RM1.6 juta dicatatkan membabitkan kes kasanova bagi empat tahun lalu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, February 22, 2011

Padah Meragut




Peragut terbunuh
Oleh Hadzlihady Hassan dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat.
TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat.

AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
sebelum selepas

* Foto

KEMEK...keadaan kereta mangsa.
* Foto

PECAH...motosikal dinaiki kedua-dua penjenayah.
* Foto

ANGKAT...anggota bomba dan paramedik mengangkat suspek.
* Foto

MANGSA...Amiruddin (kiri) berbincang dengan mangsa ragut, semalam.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.


Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.


Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Saturday, February 19, 2011

Merogol Sambil Mencuri

Remaja perkosa budak 5 tahun
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.

Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.


Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.


“Ibunya terkejut sebaik dimaklumkan kejadian terbabit. Pemeriksaan lanjut pasangan suami isteri itu mendapati kemaluan mangsa mengalami pendarahan teruk.


“Pasangan itu segera membawa anaknya ke hospital untuk diberikan rawatan,” katanya.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Difahamkan, remaja terbabit diberkas polis di rumahnya yang juga berhampiran rumah mangsa dan akan direman lima hari bagi membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Artis Gangster


Rakan pelakon ugut bunuh
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama popular ditahan polis semalam selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu.

Pelakon lelaki berusia 43 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet. Menurut sumber polis, pelakon terbabit bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, Isnin lalu.


“Menyedari kesalahannya selain yakin dia diburu pihak berkuasa, pelakon itu tampil menyerah diri di Balai Polis Kepong kira-kira jam 10 pagi (semalam) sebelum dia ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, pelakon terbabit sebelum ini dipanggil SPRM untuk membantu siasatan satu sindiket pernikahan palsu didalangi seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan empat lelaki lain berikutan dia menggunakan khidmat sindiket itu untuk pernikahan keduanya.


Sumber itu berkata, pertemuan pelakon terbabit dengan dua pegawai SPRM yang mahu mengambil keterangannya diadakan di sebuah kafe di Danau Kota, di sini, kira-kira jam 11.20 malam Isnin lalu.


“Sebaik pelakon itu dan tiga rakannya masuk ke kafe berkenaan, seorang daripada rakannya memperkenalkan diri sebagai ‘Abang Joe’ dan mendakwa dia pegawai khas Ketua Polis Negara.


“Abang Joe mengarahkan dua pegawai SPRM berkenaan menghentikan siasatan ke atas pelakon itu. Apabila dua pegawai SPRM itu bertegas untuk meneruskan siasatan, Abang Joe mengugut dengan mengatakan akan membunuh mereka,” katanya.


Menurutnya, Abang Joe turut mengugut mahu menembak kedua-dua pegawai itu sehingga mati jika permintaannya tidak dipenuhi. “Selain itu, Abang Joe memberitahu dia boleh memerangkap dua pegawai SPRM berkenaan dengan meletakkan dadah dalam rumah atau kenderaan mereka supaya pegawai itu ditahan polis.


“Malah, Abang Joe mendakwa dia sanggup mati semata-mata bagi memastikan SPRM tidak meneruskan siasatan terhadap pelakon terbabit,” katanya.


Sumber itu berkata, pelakon terbabit dan tiga rakannya meninggalkan kafe berkenaan sebelum kedua-dua pegawai penyiasat SPRM itu membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.


Menurutnya, pelakon terbabit direman lima hari bermula semalam dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pelakon terbabit.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak akan tunduk pada ugutan, tohmahan dan fitnah mana-mana pihak yang cuba menjejaskan siasatan sesuatu kes rasuah.


“Ini sebahagian cabaran yang perlu kami hadapi. Dalam kes sebegini, SPRM akan serahkan kepada polis mengambil tindakan sewajarnya.


“Kami akan teruskan siasatan sindiket pernikahan palsu itu,” katanya.

Ilmu Penunduk

‘Pegawai KDN’ putar alam
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bijak menggunakan kata-kata manis selain mengamalkan ilmu penunduk menjadi taktik seorang lelaki berusia 30-an untuk memperdaya mangsa yang terdesak untuk mendapatkan status pemastautin tetap (PR) sebelum melarikan ribuan ringgit.

Difahamkan, setiap individu yang bertentang mata dengan suspek akan patuh kepada arahannya termasuk menyerahkan wang yang dimintanya.


Lebih membuatkan mangsa mempercayai suspek apabila dia mendakwa pegawai Bahagian Perisikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mengenali Pengarah Kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpangkat Datuk yang boleh membantu mangsa memperoleh PR dengan cara mudah.

Tambah meyakinkan ‘penipu putar alam’ terbabit berani membawa mangsa ke pejabat JPN di Putrajaya seolah-olah segala urusan akan dijalankan, namun terbongkar apabila suspek menghilangkan diri selepas itu.


Dalam kejadian terbaru, seorang wanita dikenali sebagai Rohani, 45, menjadi mangsa lelaki terbabit ketika ingin memohon PR buat suami dan adik iparnya yang juga warga Pakistan.


Rohani berkata, dia mengenali lelaki terbabit di sebuah Stesen Aliran Ringan (LRT) di Jalan Hang Tuah, di sini apabila disapa suspek yang memberitahu mengenalinya ketika dia bekerja di restoran abangnya di Johor.


“Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Azlan menawarkan diri dengan memberitahu mengenali seorang Pengarah JPN bergelar Datuk yang boleh membantu mendapatkan PR buat suami dan adik ipar saya,” katanya.


Menurutnya, dia membuat temu janji dengan lelaki itu pada 7 Februari lalu kira-kira jam 9 pagi untuk membuat permohonan itu di pejabat JPN. “Saya diminta menyerahkan dua sampul surat bertulis nama suami dan adik ipar yang diisi wang tunai RM2,200 dalam setiap sampul,” katanya.


Rohani berkata, lelaki itu menyuruh dia menunggu di kafe sementara dia naik berjumpa Datuk terbabit.


“Selepas dua jam, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan hal itu, namun suspek memberitahu urusan belum selesai dan diberikan nombor telefon Datuk terbabit yang dikenali sebagai Zainal.


“Dia memberitahu Datuk Zainal akan menghubungi saya. Selang beberapa minit saya menerima SMS dari pada Datuk terbabit menyuruh saya datang semula pada jam 3 petang.


“Saya menghantar SMS kepada lelaki itu memberitahu dengan siapa saya perlu berjumpa dan adakah dia akan menemani, namun tidak berbalas. Puas saya cuba menghubunginya telefonnya, tetapi tidak dijawab,” katanya.


Dia yang menyedari ditipu membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah pada malam kejadian sebelum kes itu dirujuk ke Putrajaya.


Difahamkan, kelmarin mangsa mendapat satu lagi kiriman SMS daripada Datuk terbabit memintanya memasukkan RM1,500 dan apabila mangsa enggan, lelaki itu mengugut menahan suaminya.


Sementara itu, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim berkata, orang ramai jangan mudah terpedaya dengan individu yang mendakwa mengenali pegawai JPN dan boleh membantu mereka menggunakan jalan mudah melalui bayaran tertentu.


Menurutnya, mereka yang ingin membuat permohonan seperti kad pengenalan diri, warganegara dan PR perlu datang sendiri ke pejabat JPN untuk berurusan.


“Tiada bayaran sehingga RM2,200 untuk mendapatkan PR.


“Pihak Jabatan juga tidak mengenali Datuk Zainal seperti didakwa mangsa,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi m

Uni Tipu

Hasrat bapa berkecai selepas ditipu RM56,000

MELAKA 18 Feb. - Seorang bapa di sini bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM56,000 malah terpaksa melupakan hasrat melihat anaknya bergelar doktor.

Semuanya bermula apabila pesara tersebut ditipu sebuah syarikat perunding merangkap ejen pengambilan pelajar yang memberikan butiran palsu mengenai pengajian ijazah dalam bidang perubatan di Universiti Perubatan Rusia (RSMU), Moscow kepada anak perempuannya itu.

Ejen tersebut didakwa menipu dengan menyatakan dalam surat tawaran pengajian bahawa tempoh pengajian perubatan selama enam tahun untuk semua mata pelajaran akan diajar dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku apabila bahasa Inggeris hanya diajar selama tiga tahun dan tiga tahun lagi semua mata pelajaran digunakan dalam bahasa Rusia.

Pesara tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Hong mendakwa, dia terperangkap dengan janji-janji manis yang diberikan ejen terbabit pada satu ekspo pendidikan dan kerjaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) awal tahun lalu.

"Ketika itu, saya berada di situ dengan anak perempuan berusia 20-an dan ejen terbabit menjanjikan banyak perkara termasuk memastikan anak saya dapat melanjutkan pengajian di RSMU untuk menjadi seorang doktor.

"Antara perkara dijanjikan ialah semua kursus dijalankan dalam bahasa Inggeris dan tiada kos tambahan selain yuran RM56,000 yang didakwa meliputi keseluruhan kos pembelajaran," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, kerana terpikat dengan tawaran itu, dia terus mengeluarkan wang bagi membolehkan anaknya melanjutkan pelajaran ke Moscow.

Hong berkata, sebelum anaknya berlepas ke Moscow pada September lalu, dia telah beberapa kali meminta penjelasan daripada syarikat berkenaan mengenai bahasa pengantar yang akan digunakan di sana.

"Ini kerana saya mula berasa bimbang apabila mendapat tahu sebelum ini terdapat beberapa individu mengatakan bahawa bahasa Inggeris hanya akan digunakan selama tiga tahun dan selebihnya pengajaran dalam bahasa Rusia.

"Namun, ejen itu terus menyakinkan saya dengan memberikan satu surat daripada RSMU menyatakan bahawa semua subjek akan diajar dalam bahasa Inggeris," katanya lagi.

Bagaimanapun menurut Hong, selepas dua bulan anaknya berada di sana, timbul pelbagai masalah seperti bahasa pengantar dan bayaran yuran yang bertambah.

"Anak saya diberitahu perlu menambah wang yuran pengajian kerana ia tidak termasuk dalam yuran RM56,000 yang dibayar sebelum ini.

"Lebih memeranjatkan, surat RMSU yang mengatakan semua mata pelajaran akan diajar dalam bahasa Inggeris seperti dikatakan ejen tersebut adalah palsu," katanya yang kemudian merujuk masalah itu kepada Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna Melaka, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya.

Hong menambah, atas nasihat Saharuddin, dia kemudian menyuruh anaknya itu pulang ke tanah air November lalu bagi mengelakkan masalah tersebut berpanjangan.

Jelasnya, setelah anaknya pulang, dia terkejut apabila mendapati ramai lagi pelajar yang tertipu seperti anaknya memandangkan seramai 60 orang pelajar dihantar ke universiti itu bagi kumpulan pertama.

Bagaimanapun, kesemua 60 pelajar itu tidak mahu membuat aduan kerana tidak berani.

Sementara itu Saharuddin berkata, selepas kejadian itu, mangsa cuba meminta penjelasan daripada pengarah urusan syarikat berkenaan, namun mereka seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dan cuba melarikan diri.

"Pihak persatuan juga telah menghantar surat kepada syarikat tersebut namun sehingga kini tiada jawapan daripada ejen berkenaan.

"Kita akan cuba membawa masalah ini kepada kementerian berkenaan dan makluman awal mendapati, ejen ini dipercayai telah menjalankan penipuan untuk mengaut keuntungan,'' ujarnya.

Tuesday, February 15, 2011

Sorok Belakang Pintu

Lelaki sorok belakang pintu rentap rantai nenek


MASJID TANAH: Seorang wanita warga emas berusia 74 tahun cedera di leher selepas bergelut dengan seorang peragut yang melarikan rantai leher dipakai di rumahnya di Kampung Londang, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi, semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Nap Salleh yang kematian suami sejak 10 tahun lalu berehat sambil menonton televisyen di dalam rumah manakala cucu lelakinya, Azrul Amir, 20, berada di dalam bilik air.


Azrul yang menjalani praktikal di Alor Gajah berkata, dia terdengar neneknya menjerit sebelum bergegas keluar.

Katanya, dia menuju ke arah neneknya dan mendapati warga emas itu menahan kesakitan sambil memegang lehernya yang tercedera sambil menunjukkan sesuatu ke arah belakang rumah.


“Nenek beritahu seorang lelaki yang memakai topi keledar dan berdiri di belakang dinding di dapur merentap rantai leher dipakainya sebaik dia membuka pintu dapur.


“Nenek menjerit menyebabkan lelaki itu melarikan diri ke arah belukar di belakang rumah dengan memanjat pagar di belakang reban.


“Saya cuba mengejarnya kira-kira 100 meter, tetapi lelaki itu lesap di dalam belukar,” katanya ketika ditemui, pagi semalam.


Nap membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan ragut.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Pukul Anak

Kepala bayi cedera parah dipukul bapa


KUALA LUMPUR: Bayi perempuan berusia 10 hari yang ditemui pihak berkuasa ditanam pasangan ‘suami isteri’ di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara, di sini, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada kepala dipercayai dipukul ‘bapanya’ sendiri.

Rentetan penemuan mayat bayi kira-kira jam 1.45 petang kelmarin, pihak berkuasa turut membongkar rahsia status perkahwinan pasangan itu yang dilaporkan tidak pernah berkahwin cara sah sebaliknya dilaporkan bernikah mengikut istiadat agama lain.
Hasil perkongsian ‘perkahwinan’ itu, pasangan terbabit dianugerahkan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki berusia tiga tahun dan bayi perempuan yang ditanam dalam kejadian berkenaan.

Menurut sumber, ketika kejadian itu, wanita berusia 40-an terbabit tiada di rumah kerana bekerja dan kedua-dua anaknya ditinggalkan bersama lelaki terbabit yang juga ‘suaminya’.



“Lelaki terbabit yang tidak bekerja dilaporkan hilang kawalan sebelum memukul bayi berkenaan,” katanya.

FB Lagi

Minta wang 'tebus maruah'


KUALA LUMPUR: Bahana bercinta melalui facebook dengan lelaki baru dikenali menyebabkan seorang pelajar perempuan dihantui ketakutan selepas menerima ugutan daripada kekasihnya itu yang mahu menyebarkan gambar seksi mangsa jika enggan membayar wang ‘tebus maruah’ RM150.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit mengugut mahu menyebarkan beberapa gambar memalukan mangsa kepada umum melalui Internet sekiranya mangsa gagal menyediakan wang dalam tempoh ditetapkan.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berasal dari Petaling Jaya, di sini, berkenalan melalui laman sosial itu dengan seorang remaja lelaki yang sebayanya beberapa bulan lalu.

Difahamkan, remaja terbabit yang berasal dari Segambut, di sini, mengatur pertemuan dengan mangsa di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang, di sini, kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu.


“Dalam pertemuan itu, remaja terbabit memujuk mangsa untuk meminjamkannya komputer riba selain telefon bimbit.


“Bagaimanapun, tiga hari kemudian, mangsa menghubungi suspek dan meminta komputer riba dan telefon bimbitnya dikembalikan. Suspek enggan memulangkannya melainkan mangsa memberikannya wang RM150,” katanya.


Menurutnya, suspek mengugut akan menyebarkan gambar peribadi mangsa dalam keadaan memalukan di dalam telefon bimbit mangsa menerusi Internet.


Mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.


Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas jenayah ugutan.


Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelajar berusia 22 tahun terselamat daripada dicederakan seorang penjenayah yang cuba merompak dan menyerangnya berhampiran Bukit Bintang, di sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, mangsa yang juga pelajar warga Bangladesh menyeberang jalan sebelum seorang lelaki tidak dikenali meragut telefon bimbit dipegangnya.


Pada masa sama beberapa anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah menyaksikan kejadian itu sebelum memberkas suspek lelaki tempatan berusia 43 tahun itu.

Monday, February 14, 2011

Pencuri Menyamar


Hati-hati pencuri menyamar pelanggan

SETIU – Seorang pemilik kedai peralatan elektrik dan perabot di Bandar Permaisuri terpaksa berputih mata apabila sebuah televisyen LCD bersaiz 32 inci berjenama yang dipamerkan, hilang di kedainya ketika dia menjalankan urus niaga dengan pelanggan kira-kira jam 1 petang, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Abdul Hamid Che Ahmad berkata, ketika kejadian, pemilik kedai bersama dua pekerja leka melayan pelanggan sehinggalah apabila membuat pemeriksaan biasa, dia mendapati sebuah televisyen hilang.

“Berdasarkan lapo-ran yang diterima, sebelum menjalankan urus niaga pada pagi kejadian, pemilik kedai itu pasti semua televisyen masih berada di tempat asal dan hairan mengenai punca kehilangannya.

“Ini sebab, televisyen itu bukan dikategorikan sebagai barang jualan tetapi untuk pameran kepada pelanggan yang datang ke kedai sebelum membuat pembelian secara terus,” katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi tanda tanya ialah taktik yang digunakan oleh individu itu sangat licik sehingga menyebabkan ia terlepas pandang oleh pemilik dan pekerja kedai itu walaupun ia tidak diletakkan dalam kotak.

“Justeru, bagi mengelakkan kes kecurian dalam premis perniagaan berulang, semua peniaga diingatkan berhati-hati dengan kelicikan pencuri yang mungkin berpura-pura menjadi pelanggan.

“Walaupun kes kecurian ini kecil, namun ia boleh menjadi peringatan awal kepada peniaga dan individu lain pula agar sentiasa memastikan tahap keselamatan di kedai dan rumah berada dalam keadaan selamat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam premis,” katanya.

Geng Ayat Cinta Tumpas

Geng ‘ayat-ayat cinta’ Internet tumpas


KUALA LUMPUR: Lima ahli sindiket yang menyamar rakan sembang di beberapa laman sosial sebelum ‘menjerat’ mangsa dengan kata-kata cinta sejak lebih setahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di taman perumahan elit di Kepong, di sini, pagi kelmarin.

Modus operandi sindiket terbabit yang terdiri daripada warga Nigeria, Thailand, Filipina dan warga tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an termasuk tiga wanita itu dan seorang daripadanya baru melahirkan anak ialah melayan seberapa ramai pelayar dalam laman sosial di Internet menggunakan ayat-ayat cinta dengan tujuan memikat mangsa. Mereka akan menyamar sebagai kenalan dari luar negara.


Apabila mangsa sudah terpikat dan mabuk ‘cinta’, mereka akan memperdaya mangsa kononnya hendak menghantar barangan berharga sebagai tanda cinta.

Ketika proses penghantaran itu akan muncul pula ahli sindiket sama menghubungi mangsa dengan memaklumkan barangan yang dihantar ‘tersangkut’ di lapangan terbang dan perlu membuat bayaran tertentu jika mahu barangan berkenaan dihantar terus kepadanya.


Menurut sumber, rumah mewah yang disewa sindiket terbabit diserbu sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi kelmarin.


Katanya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menjadikan rumah teres tiga tingkat itu sebagai markas utama kegiatan mereka, malah seorang wanita yang juga ahli sindiket itu masih berpantang berikutan baru melahirkan anak dua minggu lalu, namun masih melayari laman sembang bagi memerangkap mangsa terbaru.

Sunday, February 13, 2011

Norlia Kena Samun

Exco Perkasa ditemui kebingungan selepas hilang secara misteri

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Seorang Exco Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan hilang secara misteri beberapa jam sebelum pertubuhan itu membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Mohd. Farid Abdullah, 27, yang juga Setiausaha Kerja kepada Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah dikatakan keluar rumah dan gagal dikesan sebaik sahaja menerima panggilan daripada seorang individu pada pukul 2.30 pagi.

Kehilangan Mohd. Farid disyaki ada kaitan dengan tindakan Perkasa membuat laporan terhadap Anwar.

Ini kerana beliau merupakan individu diamanah untuk memegang dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang baru dibongkar dan dilaporkan kepada polis.

Bagaimanapun setelah hampir 48 jam dilaporkan hilang, Mohd. Farid berjaya ditemui tengah hari ini oleh polis tetapi dalam keadaan kebingungan dan langsung tidak mengingati apa terjadi ke atas dirinya.

Menurut Arman Azha, malah semua dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang dipegang oleh Exco Perkasa itu turut didapati hilang.

Katanya, Mohd. Farid sepatutnya menemani beliau untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 3.30 petang semalam.

"Saya menyerahkan dokumen asal mengenai maklumat salah laku Ketua Pembangkang itu kepada Mohd. Farid pada petang kelmarin, untuk disimpan kerana mempunyai urusan di tempat lain.

"Dia sepatutnya membawa dokumen tersebut bersama kenyataan media yang disediakannya semasa menemui saya untuk membuat laporan polis di IPD Dang Wangi petang semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Arman Azha bersama dua Ketua Wirawati Perkasa iaitu Zaira Jaafar dan Raihan Sulaiman Palestine semalam, membuat empat laporan polis terhadap Anwar memohon supaya pihak berkuasa menghalang beliau daripada bebas ke luar masuk dari negara ini.

Laporan polis itu dibuat di IPD Dang Wangi dan Sentul di Kuala Lumpur, selain IPD Shah Alam, Selangor dan Putrajaya.

Berdasarkan laporan polis itu, Perkasa mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport milik Ketua Pembangkang itu.

Menurut Arman Azha, beliau yang hairan kerana Mohd. Farid tidak hadir menemuinya di IPD Dang Wangi telah menghubungi keluarga setiausaha kerjanya itu.

"Saya bagaimanapun terkejut apabila dimaklum oleh keluarganya bahawa Mohd. Farid telah keluar rumah sejak pukul 2.30 pagi iaitu sebaik sahaja menerima panggilan daripada seseorang.

"Keluarganya bagaimanapun tidak mengesyaki perkara buruk berlaku kerana menyangka Mohd. Farid menemui ahli-ahli Perkasa," katanya.

Arman Azha berkata, sebaik sahaja mengetahui Mohd. Farid hilang, keluarganya segera membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya dekat sini dan berusaha mencarinya.

Beliau berkata, beberapa rakan Mohd. Farid yang turut membantu mencarinya kemudian berjaya menemui kereta Proton Persona milik mangsa di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Raja Laut.

Namun, katanya, Mohd. Farid sendiri gagal ditemui begitu juga dengan dokumen penting yang dibawanya.

"Setelah puas mencari, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini, saya dihubungi oleh keluarganya memaklumkan bahawa Mohd. Farid telah ditemui polis dalam keadaan selamat di suatu tempat.

"Dia sudah dihantar pulang ke rumah tetapi langsung tidak mengingati apa berlaku ke atasnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehilangan Mohd. Farid yang kemudian ditemui dalam keadaan kebingungan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, February 12, 2011

Rompak Semasa Orang Jumaat

Kedai emas rugi RM600,000 dirompak tiga penjenayah

TEMERLOH 11 Feb. - Seorang peniaga kedai emas kerugian RM600,000 apabila lapan dulang barang kemas dari premis miliknya dilarikan tiga penjenayah dalam rompakan di Lurah Semantan di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 petang ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat.

Dua daripada penjenayah itu menyerbu kedai tersebut dengan salah seorang daripada mereka mengacukan pistol kepada pemilik kedai dan pekerjanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, berusia lingkungan 30-an berkata, kedua-dua penjenayah yang tidak menutup muka turut mengarahkan dia dan pekerja lain berdiam diri.

"Pada masa yang sama, mereka segera mengambil dulang berisi barang kemas yang besar dan memasukkannya ke dalam guni.

"Tidak sampai 10 minit, mereka kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang menunggu di luar kedai," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Supritendan R. Sundralingam, kedai tersebut mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan cakera rakaman kejadian itu telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor mengesahkan rompakan itu dan dua daripada perompak yang memasuki kedai itu dipercayai berketurunan Melayu serta berbadan gempal.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis belum mendapat petunjuk yang dapat membantu siasatan.

"Sehubungan itu, kami meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu polis dengan menghubungi IPD Temerloh di talian 09-296499," katanya.

Mohd. Nor berkata, kerugian akibat rompakan tersebut dianggarkan kurang RM600,000 dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, February 9, 2011

Tipu Isteri Konon Diculik

Tipu isteri diculik ceti


TEMERLOH: Seorang guru sebuah sekolah rendah di daerah ini, tergamak menipu isteri mendakwa konon dia diculik ceti haram atau along semata-mata kerana mahukan wang RM1,000.

Dalam kejadian Sabtu lalu, guru berusia 30 tahun itu bersama dua lagi rakannya berpakat mereka cerita palsu sebelum seorang daripada suspek menghubungi isterinya yang berusia 30 tahun.


Dalam perbualan melalui telefon itu, suspek memberitahu wanita terbabit konon suaminya yang tidak pulang sejak Jumaat lalu ‘diculik’ sekumpulan along dan meminta wang tunai RM1,000 jika mahu dibebaskan.

Difahamkan, suspek meminta wanita itu menyediakan wang diarah membawanya ke sebuah bangunan di bandar ini.

Pecah Kereta Pecah Kepala

Dua lelaki pecah kereta dibelasah


KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti sengaja mengundang nahas apabila dua lelaki yang cuba memecah sebuah kereta dikepung orang ramai sebelum dibelasah beramai-ramai berhampiran sebuah restoran di Jalan Ipoh, di sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, suspek masing-masing berusia 20 dan 28 tahun dipukul selepas cuba melarikan diri selepas memecah sebuah kereta.


Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pemilik kereta yang juga seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun berjalan menuju kenderaannya yang diletakkan tidak jauh restoran itu.

Menurutnya, mangsa yang selesai menguruskan hal peribadi bagaimanapun terkejut apabila dua lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di sebelah keretanya.


“Seorang daripada suspek memegang beg milik mangsa yang dipercayai baru diambil dari dalam kenderaan itu.


“Mangsa terkejut apabila mendapati cermin kereta sebelah kiri penumpang dipecahkan dipercayai dilakukan suspek,” katanya.


Menyedari kehadiran mangsa, kedua-dua suspek terbabit cuba melarikan diri, namun mangsa menjerit meminta tolong sebelum orang ramai yang berada berhampiran mengejar suspek.


“Suspek ditangkap sebelum dipukul dan ditumbuk di muka. “Mangsa menghubungi polis sebelum kedua-dua suspek diserahkan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Makbapak subahat

Ibu bapa sekongkol dua anak curi motor


KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga emas bersekongkol dengan dua anak lelaki mereka yang aktif mencuri motosikal sebelum meleraikan komponennya di halaman rumah mereka di Jalan Sungai Tua, Batu Caves, di sini.

Kedua-dua mereka berusia 60-an itu hanya ‘membutakan mata’ kerana dipercayai takut diapa-apakan kedua-dua anak mereka itu.


Difahamkan, dua beradik terbabit aktif menjalankan kegiatan meleraikan komponen motosikal yang dicuri sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, hasil maklumat orang awam, kegiatan itu tumpas sebaik sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas Jenayah Curi Kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu rumah berkenaan, kelmarin.


Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun.


Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata selepas disoal siasat, remaja itu menunjukkan sebuah stor yang menyimpan motosikal dan komponen motosikal yang dileraikan.


“Hasil pemeriksaan, empat motosikal pelbagai jenis yang dipercayai baru dicuri ditemui. Selain itu, 14 rangka motosikal, beberapa nombor pendaftaran dan cukai jalan turut ditemui.


“Suspek kini direman empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga lusa bagi membantu siasatan,” katanya ketika sidang media di IPD Gombak, semalam.

Menurutnya, pihaknya masih memburu seorang lagi suspek dipercayai dalang utama kegiatan itu iaitu abang suspek.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Pecah Amanah unya Pasal

Pecah amanah saham RM1.5j: Pesakit kanser dijel tiga tahun

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Seorang pesakit kanser kolon hanya mampu menundukkan kepalanya sebaik sahaja dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setelah didapati bersalah melakukan pecah amanah saham bernilai RM1.5 juta milik sebuah yayasan guru, 16 tahun lalu.

Ahli keluarga tertuduh, Mohd. Nasir Abd. Samad, 60, yang berada di galeri awam Mahkamah Sesyen di sini turut dilihat sugul apabila mendengar keputusan di akhir kes pembelaan tersebut.

Hakim Rozana Ali Yusof bagaimanapun tidak membuat sebarang keputusan berhubung permohonan tertuduh untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu sebaliknya meminta peguam bela, N. Lalitha yang mewakili tertuduh memfailkan notis rayuan terlebih dahulu.

Rozana memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh dan seorang lagi saksi gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.

''Awak dikira bernasib baik kerana telah melangkaui umur 50 tahun, kalau tidak, adalah mandatori hukuman sebat dikenakan,'' ujar hakim tersebut.

Pada 7 Ogos 2007, Mohd. Nasir yang merupakan juru perunding bagi Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan Bhd. (kini Yayasan Guru Malaysia Bhd.) didakwa telah melakukan pecah amanah ke atas 498,000 unit saham Pacific & Orient Bhd. (P&O) milik pertubuhan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di antara Oktober dan Disember 1995 di pejabat syarikat miliknya, Keluangsa Sdn. Bhd., Suite 901, Tingkat 9, Pernas International, Jalan Sultan Ismail di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Sewaktu mengemukakan rayuan, tertuduh menyatakan bahawa dia perlu mendapatkan rawatan perubatan bagi penyakitnya malah dia dijadualkan untuk menjalani pemeriksaan doktor pada 11 Februari ini.

Mohd. Nasir yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti tempatan turut menanggung enam anak termasuk dua daripadanya masih bersekolah.

Dia turut memohon agar tidak dikenakan sebarang denda.

Rayuan tersebut bagaimanapun dibantah oleh Nor Asma atas alasan kepentingan awam perlu diutamakan di samping kerugian yang terpaksa ditanggung oleh yayasan terbabit.

Selain itu, mahkamah membuat keputusan selepas satu perbicaraan penuh dijalankan dan sebanyak 11 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula sejak 20 Oktober tahun lalu, katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Cuba Rogol Dapat 8 Tahun Jel

Guru bahasa Inggeris cuba rogol anak murid dijel 8 tahun

KOTA BHARU 8 Feb. - Akibat cuba merogol anak muridnya empat tahun lalu, seorang guru bahasa Inggeris berusia 54 tahun dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Nasir Abd. Rahman dari Gual Nering, Rantau Panjang turut dihukum penjara lima tahun kerana cuba mencabul kehormatan anak muridnya itu yang berusia 15 tahun ketika kejadian.

Bukan itu sahaja, tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun lagi atas kesalahan memiliki gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer riba kepunyaannya.

Hakim Zainal L. Salleh bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak dan ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun.

''Sebagai seorang pendidik, kamu telah lakukan perbuatan jijik terhadap anak murid kamu.

''Kamu didapati bersalah dan hukuman perlu setimpal dengan apa yang dilakukan agar dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat,'' tegas Zainal dalam keputusannya.

Namun mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan selesai di Mahkamah Tinggi selain lelaki itu diizinkan diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan pertama, Nasir didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa di bilik unit peperiksaan sebuah sekolah menengah di Rantau Panjang pada pukul 3.30 petang, 16 Mac 2007.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa cuba merogol anak muridnya itu di sebuah rumah beralamat PT 1832 Kampung Gual Nering pada pukul 12 tengah hari, 14 April 2007.

Nasir turut menghadapi pertuduhan ketiga iaitu didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Nokia N90 dan komputer riba jenis Acer berwarna perak di Balai Polis Rantau Panjang pada pukul 11.25 malam, 24 April 2007.

Terdahulu, peguam bela tertuduh, Shamsul Baharin Abdullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang minimum memandangkan anak guamnya sudah agak berusia untuk menjalani hukuman penjara bagi tempoh yang lama.

''Tertuduh juga satu-satunya yang menyara keluarga. Isterinya yang merupakan warganegara Thailand tidak bekerja dan hidup sebatang kara. Mereka mempunyai anak angkat berusia dua tahun,'' katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Nikah Pakai Sihir

Penuntut dakwa disihir sehingga bernikah tanpa kerelaan

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Prosiding kes pengesahan nikah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini membabitkan seorang penuntut universiti yang mendakwa dirinya disihir sehingga bernikah tanpa rela dengan seorang lelaki Pakistan, dikejutkan dengan tindakan wanita itu menampar lelaki berkenaan berkali-kali.

Yani Yuhana Mohd. Zambri, 25, yang menuntut di sebuah universiti di United Kingdom bertindak demikian selepas pemohon, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, selesai memberi keterangan berhubung majlis akad nikah yang didakwa berlaku di Sadiqadad Raw, Pakistan pada April 2009.

Kejadian berlaku ketika Yani Yuhana yang sedang berjalan keluar melalui hadapan tempat duduk Muhammad Kamran tiba-tiba naik angin lalu menampar muka lelaki itu berulang kali dengan tangan dan fail yang dibawanya sambil memarahi warga asing tersebut.

Pada masa yang sama, ibu Yani Yuhana yang duduk di galeri awam bertindak mengambil fail berkulit keras dan cuba melemparkannya ke arah pemohon namun tersasar lalu mengenai kepala peguam syarie, Ismanizam Ismail yang mewakili Muhammad Kamran.

Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan yang turut menyaksikan kejadian itu kemudian mengarahkan anggota polis supaya mengawal keadaan apabila ayah Yani Yuhana yang berada di luar turut masuk ke dalam mahkamah dengan membawa sebatang tongkat sambil memarahi pemohon dan saudara-maranya yang hadir.

Prosiding hari ini ditetapkan untuk keputusan pengesahan nikah pasangan itu namun Abdul Walid menyatakan, beliau memerlukan keterangan dan bukti yang cukup sebelum membuat keputusan.

Abdul Walid kemudian mengarahkan Yani Yuhana selaku responden yang diwakili peguam syarie, Othman Mohd. Noor supaya mengemukakan bukti-bukti daripada pakar dalam bidang tersebut bagi mengesahkan dia disihir.

Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 7 April ini bagi mendengar keterangan daripada pihak responden dan soal balas terhadap keterangan pemohon.

Kata Abdul Walid, sekiranya responden tidak mengemukakan bukti itu, mahkamah akan merujuk kepada satu hadis dengan memberi peluang kepada pemohon mengangkat sumpah bahawa dia tidak menyihir responden.

Selain itu, mahkamah meminta pihak responden mengemukakan sebarang dokumen dari kerajaan Pakistan berkaitan majlis pernikahan tersebut.

Permohonan pengesahan nikah difailkan oleh Muhammad Kamran yang merupakan ahli perniagaan tekstil di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 26 April tahun lalu.

Pemohon dalam keterangannya hari ini mendakwa, dia dan Yani Yuhana dinikahkan secara rela oleh seorang pendaftar nikah bernama Hafiz Rahman dengan tiga kali lafaz berserta mahar RM350.

Katanya, responden sendiri telah menandatangani borang nikah selepas akad nikah selesai.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Langgar belakang Untuk Samun

Pengarang Sukan Utusan disamun, kereta dilarikan 4 penjenayah

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Meor Harman Meor Shakri melalui detik-detik mencemaskan setelah disamun empat lelaki menggunakan taktik melanggar belakang kereta berhampiran Plaza Tol Rawang, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, kereta mangsa Honda Civic dilarikan penjenayah terbabit yang salah seorang daripadanya bersenjatakan parang.

Modus operandi serupa turut menimpa seorang wartawan akhbar Guan Ming kira-kira tiga bulan lalu, di salah sebuah kawasan perumahan di Rawang, mengakibatkan mangsa juga kehilangan kereta dan barangan berharga yang lain.

Menurut Meor Harman, ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Country Homes.

Bagaimanapun semasa tiba di Kilometer 446, beliau dihampiri sebuah kereta Mitsubishi berwarna cerah yang mengekorinya dengan rapat sebelum keretanya tiba-tiba dilanggar dari belakang.

Jelasnya, beliau tidak memberhentikan keretanya itu walaupun kereta suspek berbuat demikian dan menyala-nyalakan lampu memintanya melakukan perkara sama.

"Saya hanya memberhentikan kereta di kawasan yang terang iaitu dua kilometer sebelum plaza tol itu lalu menelefon talian kecemasan 999. Selepas itu saya dihampiri seorang lelaki berusia awal 20-an.

"Suspek kelihatan seperti mabuk dan memohon tidak dilaporkan kepada polis kerana melanggar kereta saya, namun saya curiga dan minta diselesaikan dengan kehadiran pihak berkuasa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Jelas Meor Harman lagi, mulanya beliau menjangkakan suspek ingin melarikan diri setelah masuk semula ke dalam kenderaannya itu.

Namun, jelas beliau, jangkaannya silap apabila suspek itu meletakkan kenderaan mereka di hadapan keretanya.

"Ketika itulah suspek terbabit keluar bersama rakannya serta memaki-hamun saya. Rakannya itu tiba-tiba mengeluarkan parang yang diacu-acukan di leher saya.

"Saya terkejut dan sempat mengelak dengan berundur hingga ke belakang kereta. Suspek yang berpura-pura mabuk tadi lalu masuk dalam kereta saya dan melarikannya.

"Suspek yang memegang parang itu pula melarikan diri dengan memandu kereta mereka," jelasnya lagi.

Difahamkan, terdapat dua lagi lelaki berada di dalam kereta suspek.

Kata Meor Harman, dia ditinggalkan keseorangan di lebuh raya terbabit dan terpaksa menumpang seorang lelaki bermotosikal untuk ke Plaza Tol Rawang bagi meminta bantuan.

Katanya, secara kebetulan dia bertemu dengan seorang peronda polis bermotosikal di tol itu yang kemudian meminta bantuan peronda polis Bukit Aman untuk dibawa ke Balai Polis Rawang.

"Apa yang saya terkilan pihak berkuasa lambat menghantar bantuan sedangkan hampir sejam yang lalu, saya telah menelefon panggilan kecemasan 999 empat kali, iaitu sebelum keluar dari kenderaan lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika ditemui hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Mengulas tentang kelewatan pihak berkuasa di lokasi kejadian, katanya, panggilan kecemasan 999 yang dihubungi mangsa tidak akan terus disambung kepada polis di kawasan tersebut.

"Oleh itu, kita amat berharap orang ramai terus menghubungi bilik gerakan jika ada kecemasan kerana dengan cara ini, mereka akan berhubung terus dengan polis di kawasan setempat dan menghantar bantuan secepat mungkin," ujarnya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Kegiatan dadah RM2 Juta

Wang RM2j biayai dadah dirampas

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Wang tunai sebanyak RM2 juta bagi membiayai tiga sindiket dadah yang didalangi lima rakyat tempatan dan lima warga Nigeria berjaya dirampas polis dalam tiga serbuan berasingan sejak awal bulan ini.

Kesemua 10 suspek termasuk tiga wanita tempatan berusia lingkungan 24 hingga 39 tahun itu aktif mengedar dadah jenis syabu, heroin, ganja dan pil Eramin 5 di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang wanita tempatan dan lima lelaki warga Nigeria berusia 24 hingga 34 tahun di sebuah rumah teres di Taman Puchong Hartamas di sini 3 Februari lalu.

"Dalam serbuan itu, sebanyak 24 bungkusan dadah jenis syabu seberat 805 gram dan dua peket ganja seberat 117 gram ditemui.

"Turut dirampas wang tunai RM128,822 yang dipercayai untuk membiayai sindiket itu serta sebuah kereta Proton Persona, barangan kemas, komputer riba dan sembilan telefon bimbit," katanya kepada pemberita ketika menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Zulkifli berkata, sindiket kedua ditahan pada 11.50 malam, Khamis lalu, selepas pasukan peronda polis memeriksa pasangan berusia 21 dan 39 tahun dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta Toyota Camry di Taman Cheras.

Katanya, pemeriksaan awal polis menemui satu kelopak peluru berisi 13 butir peluru manakala tujuh lagi peluru dijumpai bertaburan.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan di rumah suspek di taman yang sama sebelum menemui 500 biji pil Eramin 5, 95 gram syabu dan wang tunai RM1.63 juta," katanya.

Serbuan ketiga dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama Ahad lalu yang dipercayai menjadi lokasi pembungkusan dan pengedaran dadah.

Zulkifli berkata, hasil serbuan di rumah pasangan berusia 25 dan 39 tahun itu menemui lima bungkusan dadah jenis ketamin seberat 1,430 gram dan empat peket dadah jenis heroin seberat 13 gram.

"Turut dirampas enam butir peluru hidup dan wang tunai RM150,750. Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek mereka positif dadah," ujarnya.

Menurut beliau, kesemua suspek kini ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, February 8, 2011

Lepas Rogol Pukul


Gadis koma selepas dirogol, dicampak di tepi jalan


Hamdan Majid menunjukkan gambar mangsa yang koma selepas dirogol, dipukul sebelum dicampak di tepi jalan di Seremban, semalam

SEREMBAN 7 Feb. - Entah di mana hilangnya sifat kemanusiaan apabila seorang gadis bukan sahaja dirogol malah dipukul sebelum dicampakkan di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di Lukut, dekat sini, Jumaat lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa kini koma akibat kecederaan parah di belakang kepala.

Ketika ditemui orang awam pukul 6.35 pagi, gadis berketurunan Cina dan berusia 20-an itu memakai kemeja berwarna merah dan seluar jeans paras lutut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

"Hasil pemeriksaan kita mendapati mangsa mengalami keretakan pada bahagian belakang kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

"Mangsa yang disyaki warga tempatan turut cedera di kedua-dua belah siku dan lutut kerana diseret selain sebelum itu dirogol," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Jelas Hamdan, setakat ini, identiti mangsa belum diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

"Kita percaya mangsa mungkin diserang lebih daripada seorang sebelum dia dicampakkan di kawasan berkenaan.

"Mangsa kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan keadaannya dilaporkan stabil," jelasnya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 kerana merogol.

Tambahnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saudara mara atau mempunyai maklumat mengenai mangsa agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222 .

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Monday, February 7, 2011

Rogol Wanta Lembam

Rogol wanita lembam, dipenjara 15 tahun

KOTA BHARU 6 Feb. - Seorang bapa kepada tujuh anak yang didapati merogol seorang wanita lembam lima tahun lalu sehingga menyebabkan mangsa melahirkan anak lelaki setahun selepas itu, dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, bermula hari ini.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas Mokhtar Hassan, 53, didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Berdang, Jeli pada April 2006.

Mengikut pertuduhan, kejadian pada waktu pagi itu hanya disedari seorang kakak mangsa beberapa bulan kemudian selepas melihat perut adiknya semakin membesar akibat mengandung.

Tertuduh ditangkap tidak lama kemudian selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.

Mangsa kemudian melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 Februari 2007 dan bayi itu disahkan anak tertuduh.

Akibat kesalahan itu, Mokhtar didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Rofiah dalam penghakimannya menganggap tertuduh amat bernasib baik tidak dihukum sebat kerana kesalahan itu dilakukan pada 2006 iaitu sebelum Kanun Tatacara Jenayah dipinda.

"Kesalahan kamu ini amat serius kerana menyebabkan mangsa melahirkan seorang anak dan sudah tentu dia tidak dapat menjaga anak ini kerana masalah mental yang dihadapi dan kakaknya perlu ambil alih," katanya.

Parlimen pada 2007 telah meminda Kanun Tatacara Jenayah membabitkan kesalahan seksual yang mana setiap pesalah boleh disebat meskipun telah berumur 50 tahun ke atas berbanding sebelum ini.

Peguam bela tertuduh, Faizal Abd. Rahman kemudian meminta hukuman ditangguhkan sementara rayuan dikemukakan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, February 2, 2011

Curi Getah Jel 1tahun

Dipenjara setahun curi getah beku

KAMPUNG RAJA – Gara-gara mencuri seguni getah beku, seorang penganggur terpaksa meringkuk dalam penjara selama 12 bulan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 26 Januari lalu.

Majistret Ahmad ‘Adha’ Yasser Amer Amri mengarahkan W Rami Mohidin, 36, menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 26 Januari lalu.

W Rami didakwa mencuri getah beku milik seorang lelaki di sebuah kebun getah di Kampung Padang Tapong dekat Kampung Padang Luas, Jertih antara jam 7 hingga 7.30 petang pada tarikh sama dia ditangkap.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain tuduhan itu, W Rami menghadapi dua pertuduhan lain iaitu, bagi tuduhan kedua dituduh memiliki sebiji dadah dipercayai Methamphetamine (pil kuda) dan didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berhaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi tuduhan ketiga, dia didapati mengambil dadah jenis Methamphetamine mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan pengawasan.

Tertuduh turut mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua dan ketiga kecuali dia mempertikai pertuduhan kedua iaitu dia mengatakan hanya memiliki sebelah pil kuda, bukan sebiji sebagaimana pertuduhan.

Ahmad ‘Adha’ Yasser Amer Amri memberitahu, pertuduhan dan keputusan akan dibuat selepas menerima kuantiti sebenar hasil laporan kimia.

Bagi pertuduhan kedua, dia dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,500 dan pertuduhan ketiga sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun hukuman penjara selama setahun bagi pertuduhan pertama ke atasnya tetap berjalan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa pengadu, Mohammad Harun, 46, berada di kebun getah milik abangnya, datang dua lelaki yang tidak dikenali telah mencuri getah di situ.

Pengadu meminta bantuan rakannya untuk menangkap suspek dan berjaya menangkap seorang suspek (tertuduh) sebelum diserahkan kepada polis.

Terdahulu, M Rami yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya kerana dia telah insaf selain perlu menyara isteri dan seorang anak serta ibu bapanya.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Rozaime Ab Rahim.

Warga Asing seluk saku

Warga asing seluk saku penumpang LRT


KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya berwaspada berikutan muncul beberapa geng seluk saku lelaki warga asing yang menjadikan kawasan stesen dan gerabak transit aliran ringan (LRT) sebagai ‘lubuk emas’ untuk melakukan jenayah itu.

Kumpulan penjenayah terbabit yang berkeliaran pada waktu puncak dikesan menyasarkan wanita.


Dalam kejadian terbaru kelmarin, dua penyeluk saku warga asing diberkas polis bantuan selepas dikesan melakukan aktiviti seluk saku terhadap penumpang di Stesen LRT Dang Wangi, di sini. Sumber polis Kuala Lumpur berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dua anggota polis bantuan yang meronda berhampiran stesen berkenaan terserempak dua suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan mereka.

“Suspek mengaku baru mencuri telefon bimbit milik seorang penumpang di stesen itu. Suspek ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.


“Siasat awal mendapati kedua-dua suspek berusia 43 dan 52 tahun terbabit berasal dari Tanjung Pinang, Riau adalah rakan karib,” katanya.


Dalam kejadian berasingan, dua sahabat berusia 29 dan 31 tahun ditahan selepas didapati menyamun seorang pelajar kolej warga Indonesia secara berkumpulan.


Kedua-dua suspek yang tidak bekerja menyamun telefon bimbit bernilai RM340 dan wang tunai RM17 milik mangsa berusia 17 tahun di Stesen LRT Jalan Sultan Ismail, di sini.


Sementara itu, jurucakap Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), berkata syarikat berkenaan sedia maklum mengenai kejadian samun yang berlaku dan sentiasa bersedia membanteras kegiatan itu dengan pemantauan daripada anggota polis bantuan dan pegawai keselamatan syarikat.

Curi Minyak


Dua dipenjara 10 tahun, 21 sebatan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

ABDULLAH Mat Daud (menutup muka dengan tangan) dan Mohd. Azrul Aswaar Mohd. Shafie dibawa keluar untuk melihat barang kes ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 1 Feb. - Dua sahabat pada mulanya tergamam apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 66 tahun setelah mereka mengaku bersalah atas 10 pertuduhan melakukan rompakan ke atas sembilan stesen minyak.

Abdullah Mat Daud, 25, dan Mohd. Azrul Aswaar Mohd. Shafie, 22, bagaimanapun bernasib baik apabila Hakim Norsharidah Awang memerintahkan kesemua hukuman tersebut berjalan secara serentak.

Ini bermakna tertuduh yang tidak bekerja dan berasal dari Pokok Sena dekat sini hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh tangkapan di samping sebatan berjumlah 21 kali.

Secara keseluruhannya, Norsharidah mengenakan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh mengaku melakukan rompakan berkumpulan sebanyak 10 kali dengan bersenjatakan parang dan pistol tiruan di beberapa stesen minyak antara 6 Jun hingga 1 Oktober 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Azlena Hashim dan jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira sejam 15 minit untuk membacakan pertuduhan, fakta kes dan mengemukakan 39 bahan bukti termasuk dokumen.

Selain itu pendakwa mengemukakan dua pucuk pistol tiruan, pisau, pelbagai nombor pendaftaran palsu, satu telefon bimbit, kemeja, seluar jean, beg galas dan topi keledar.

Tertuduh turut dibawa keluar untuk melihat tiga buah motosikal dan mengesahkan ia milik mereka.

Menurut fakta kes, mereka merompak dengan cara menakutkan juruwang sambil mengacukan parang atau pistol sebelum menyelongkar laci di kaunter. Hasil rompakan yang diperoleh antara RM200 hingga RM7,000.

Abdullah merayu hukuman ringan kerana menanggung keluarga dan seorang anak yang masih kecil.

Sementara Mohd. Azrul pula merayu agar hukumannya berjalan serentak kerana dia anak lelaki sulung dan akan berkahwin, namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu.

Norsharidah mencelah sambil bertanya: ''Kamu buat kerja ini (rompak) sehingga terpaksa tangguh kahwin.''

Azlena pula memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh mengacukan parang dan pistol mendatangkan ketakutan kepada ramai mangsa.

Norsharidah dalam penghakimannya berkata, tertuduh tidak bekerja sedangkan usia masih muda dan kini terpaksa meringkuk pula dalam penjara.

''Kamu boleh berubah. Jangan buat lagi, tiada jalan singkat untuk menjadi kaya,'' kata hakim memberikan peringatan kepada tertuduh.

Akhbar pernah melaporkan pada 18 Oktober 2010, polis menumpaskan geng samun stesen minyak yang terlibat dalam 19 kes di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, February 1, 2011

Kerana Mencabul

Kekal hukuman penjara, denda


ALOR SETAR: Seorang guru al-Quran tidak menyangka Mahkamah Tinggi, di sini, semalam mengekalkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 atas kesalahan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah dijadikan pusat Qiraati di Jalan Pegawai, Taman Berjaya, di sini, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Hussin menolak rayuan tertuduh, Nasruddin Niamat, 36, bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 13 Oktober 2009.
Mohd Azman dalam keputusannya memberitahu Majistret Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 mematuhi prosedur mahkamah.

Culik


RM500,000 tebus nyawa
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my


TAHAN...seorang suspek kes culik (dalam kereta) yang ditahan di sebuah rumah di Taman Cheng Perdana, Melaka, Khamis lalu.
KUALA LUMPUR: Polis kini mempergiatkan usaha memburu empat penjenayah yang menculik seorang tauke kedai pajak gadai sebelum membebaskannya selepas memperoleh wang tebusan RM500,000.

Empat suspek yang mempunyai rekod jenayah berat termasuk bunuh dianggap berbahaya kerana memiliki senjata api.
Sumber berkata, empat suspek itu sebelum ini menculik seorang pengurus kedai pajak gadai berusia 40-an di Taman Melawati, Kuala Selangor pada 25 Januari lalu.

Katanya, mangsa diculik di hadapan premisnya menggunakan Proton Iswara sebelum disembunyikan di satu lokasi rahsia.



“Suspek menghubungi keluarga mangsa sebelum mengugut mereka membayar wang tebusan RM1.5 juta jika mahu mangsa dibebaskan.


“Namun, selepas berunding, kumpulan itu bersetuju mengurangkan tebusan kepada RM500,000,” katanya.

Difahamkan, suspek mengarahkan keluarga mangsa meninggalkan wang di satu lokasi ditetapkan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pedas, Negeri Sembilan.

“Proses penyerahan wang tebusan berjalan lancar sebelum mangsa dibebaskan di kawasan berhampiran pada 26 Januari lalu.

“Sejurus mangsa dibebaskan, sepasukan anggota khas polis mula menjejaki pergerakan suspek yang dipercayai berpecah ke arah berasingan bagi mengelakkan jejak mereka dikesan polis,” katanya.

Katanya, polis menjejaki suspek berusia 30-an hingga 40-an yang bersembunyi di sebuah rumah di Taman Cheng Perdana, Alor Gajah Melaka pada Khamis lalu sebelum serbuan dan tangkapan dilakukan.

“Hasil penahanan empat suspek itu, polis menemui semula sebahagian besar wang tebusan dan hasil soal siasat empat suspek dikenal pasti masih bebas,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi medi

Gantung

Lelaki edar kanabis dihukum 'gantung kali kedua'

PULAU PINANG 31 Jan. - Seorang lelaki kelihatan tenang dan menganggukkan kepala beberapa kali selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman 'gantung kali kedua' setelah didapati bersalah mengedar 35 kilogram kanabis, 13 tahun lalu.

Itulah reaksi spontan Mohamed Musa Amanullah, 38, ketika Pesuruhjaya Kehakiman, Nurmala Salim menjatuhkan hukuman terhadapnya yang pernah menjadi pembantu kedai kopi.

Di mahkamah yang sama pada 2004, Mohamed Musa telah dihukum gantung setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar kanabis tersebut yang dilakukannya pada 1998.

Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman gantung kali pertama ditangguhkan sementara waktu setelah tertuduh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung sabitan dan hukuman atas alasan berlaku kesilapan teknikal.

Mahkamah tersebut membenarkan rayuan Mohamed Musa dan memutuskan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan semula.

Sementara itu, dalam keputusannya hari ini, Nurmala berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terutama mengenai persoalan pemilikan ganja tersebut.

Beliau menjelaskan, pembelaan tertuduh juga bersifat penafian semata-mata apabila dia mendakwa tidak mempunyai pengetahuan mengenai ganja itu.

Mohamed Musa dilihat bersahaja sambil menundukkan kepalanya memandang lantai mahkamah apabila jurubahasa menerangkan kepadanya, hukuman yang diputuskan oleh Nurmala.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Musa didakwa mengedar 35,040.5 gram kanabis kira-kira pukul 9.30 malam, 4 Januari 1998, di Jalan Akuarium, Gelugor di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng sementara tertuduh diwakili peguam Jagdeep Singh Deo.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Ninja Menyamun

Parah dalam kejadian samun ala ninja

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Seorang pemilik syarikat kejuruteraan dan anak perempuannya cedera parah ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian samun ala ninja di rumah banglo dua tingkat miliknya di Beranang, dekat sini Jumaat lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai M. Rajan, 47, berkata, kejadian itu merupakan kali kedua dia dan keluarganya disamun penjenayah bersenjatakan parang.

Katanya, kali pertama mereka disamun adalah pada 2005 dan turut mencederakan dirinya di kepala.

Menceritakan kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Rajan berkata, dia dan anak perempuannya berusia 11 tahun sedang berehat di bilik tingkat atas manakala enam lagi ahli keluarganya berada di ruang tamu.

"Tanpa disedari, tujuh penjenayah memakai penutup muka dipercayai berusia 20-an menceroboh masuk ke dalam rumah saya.

"Mendengar bunyi bising, saya terus memeluk anak lalu melompat keluar tingkap menyelamatkan diri serta meminta bantuan orang ramai.

"Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila saya dan anak cedera parah di beberapa anggota badan," katanya ketika ditemui di Hospital Pantai di sini hari ini.

Menurut Rajan, dia berbuat demikian untuk menyelamatkan diri selain trauma dengan kejadian yang pernah menimpa dirinya dan keluarga.

Rajan menerima rawatan akibat patah tulang rusuk kanan manakala anaknya pula terpaksa menjalani pembedahan ekoran buah pinggangnya pecah.

Berikutan kejadian itu, beliau kerugian hampir RM40,000 setelah wang, barang kemas dan jam tangan jenama Omega dilarikan suspek-suspek.

"Dalam kejadian samun sebelum ini, saya kerugian hampir RM80,000 setelah wang, barang kemas dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm dilarikan.

"Bagaimanapun, kereta terbabit ditemui semula manakala seramai lapan suspek ditahan selepas laporan polis dibuat," katanya lagi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek-suspek.