Wednesday, December 29, 2010

Culik Dan Rogol

Remaja diculik, dirogol

KUALA TERENGGANU – Gara-gara masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh abangnya dengan wanita lain, seorang gadis berumur 16 tahun bukan sahaja diculik, malah turut dirogol oleh tiga lelaki dalam satu kejadian di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payong, Marang, kelmarin.

Kejadian bermula apabila rumah mangsa yang didiami bersama ibunya yang berusia 53 tahun didatangi dua lelaki yang secara tiba-tiba meluru masuk setelah pintu dibuka dan terus melarikan mangsa.

Berikutan bimbang dengan keselamatan anaknya itu, ibu mangsa bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa dilarikan oleh dua lelaki tidak dikenali dan dibawa ke sebuah rumah kosong di Pasir Panjang, di sini, sebelum dirogol oleh mereka termasuk seorang rakan abangnya.

“Bagaimanapun, pada hari sama, kakak mangsa menerima panggilan daripada seorang perempuan kira-kira jam 10 pagi yang memaklumkan akan menghantar mangsa kembali ke rumah. Namun selepas sejam dia menerima satu lagi panggilan memaklumkan akan membawa mangsa dan abangnya dengan selamat.

“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya mengesan perempuan yang menghubungi kakak mangsa dan berjaya menahan gadis berusia 14 tahun di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, pada hari sama beberapa minit kemudian,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Menurut Manoharan, berdasarkan soal siasat ke atas gadis yang ditahan itu, polis terus menyerbu sebuah kedai runcit di kampung sama tempat gadis berkenaan ditahan, hingga membawa kepada kejayaan menangkap dua lagi suspek lelaki pada jam 12.10 tengah hari.

“Tidak lama selepas tiga suspek berjaya ditahan, polis menerima panggilan yang memaklumkan mangsa dan abangnya telah dibebaskan oleh seorang lagi suspek, yang juga abang mangsa.

“Berikutan itu, suspek telah berjaya ditahan berdekatan tempat kejadian bersama-sama abang mangsa yang berusia 31 tahun yang juga seorang peniaga rokok,” katanya.

Menurutnya, tiga suspek iaitu seorang berusia 27 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bekerja sebagai buruh; seorang peniaga rokok berusia 20 tahun, dari Kuala Lipis, Pahang dan seorang peniaga kedai runcit, 26, dari Bachok, Kelantan, termasuk abang mangsa ditahan reman selama empat hari bermula semalam, manakala gadis yang berusia 14 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin polis.

“Dua suspek berusia 26 dan 27 didapati positif dadah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 376 Kanun yang sama kerana merogol,” katanya.

Berlagak Alim

Berlagak alim tidak menjadi

KOTA TINGGI - Dua lelaki yang kononnya berlagak alim dengan memakai songkok ketika menjalankan kegiatan mencuri barangan dengan memecahkan cermin kereta akhirnya terbongkar selepas mereka ditahan polis pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 20 dan 27 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat daripada salah seorang mangsa.

Menurutnya, polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang juga kakitangan kerajaan berikutan terdapat kesan pecah pada cermin sisi kiri hadapan kenderaan miliknya di Kompleks Bangunan Kerajaan Sultan Iskandar Jalan Tun Habab di sini.

“Episod kegiatan kumpulan ini berakhir selepas polis berjaya menghidu modus operandi kumpulan ini hasil maklumat orang awam dan pihak keselamatan serta mangsa itu sendiri.

“Mangsa yang bertugas di Kompleks Bangunan Kerajaan Sultan Iskandar Jalan Tun Habab di sini mengadu alat permainan PS 2 bernilai RM500 dalam keretanya didapati dicuri,” katanya kepada Sinar Harian.

Osman berkata, kumpulan yang dikenali sebagai geng pecah cermin kereta itu dipercayai mendalangi pelbagai siri perbuatan yang sama sebelum ini dengan berselindung disebalik identiti kumpulan itu.

“Sebelum ini pihak berkuasa hanya mendapat maklumat bahawa kumpulan pecah cermin kereta itu dipercayai menggunakan kereta Perodua Myvi berwarna hijau serta memakai songkok bagi mengaburi orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan polis mendapati beberapa kes pecah cermin kereta didalangi kumpulan terbabit yang bertindak mengenakan songkok agar kehadirannya tidak dicurigai orang awam.

“Maklumat itu turut menyatakan suspek utama memakai songkok ketika melakukan jenayah itu.

“Difahamkan suspek akan meletakan keretanya bersebelahan kereta mangsa sebelum mengenakan songkok sebelum bertindak memecahkan cermin kereta dengan menggunakan objek keras,” katanya.

Katanya, polis akhirnya berjaya mengesan suspek yang memandu kereta dan mereka disyaki ke arah Jalan Kampung Lukut Cina di sini sebelum kedua-dua mereka untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis menerusi satu pasukan khas (task force) anti ragut pada 8 Disember lalu yang diketuai seorang pegawai berjaya menemui pelbagai peralatan termasuk sarung tangan berwarna oren dan kelabu bertulisan ‘Unisafe’, pemutar skru, plier, gunting besi dan pemotong besi.

Selain itu, polis turut merampas satu tin aluminium kecil berwarna biru yang berisi sembilan peket dadah dipercayai syabu.

Katanya, kedua-dua suspek direman hingga 29 Disember dan disiasat �mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut dijalankan bersabit kemungkinan suspek terlibat dengan jenayah lain.

Pencuri


Pasangan pencuri
Oleh Shamsul Munir Safini


BUKTI...rakaman CCTV yang menunjukkan pasangan warga asing terbabit melarikan beg tangan mangsa.
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga asing dipercayai warga Iran dikesan bergiat aktif mencuri beg tangan dan barangan berharga daripada orang ramai di beberapa kafe Internet dan restoran makanan segera di Jalan Raja Laut, di sini.

Kegiatan mereka dipercayai hanya tertumpu pasangan mangsa warga asing yang leka melayari Internet atau memesan makanan di premis di kawasan itu.


Seorang mangsa, Mahmood Muhi Aziz,28, yang juga seorang warga Iraq yang baru mendapat taraf penduduk tetap dan isterinya, Jamiah Ngah Talib, 49, mangsa terbaru pasangan terbabit ketika melayari Internet di Jalan Raja Laut, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, dia baru saja memasuki kafe berkenaan sebelum menyedari kehadiran pasangan terbabit, namun tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila mereka masuk dan seorang daripada mereka dilihat bercakap di telefon bimbitnya.


Katanya, dia duduk berdekatan pintu masuk kafe yang bercermin manakala isterinya duduk bersebelahan.


“Isteri saya meletakkan beg tangannya di bawah meja di tempat duduknya.

“Selepas beberapa minit kami melayari Internet, isteri saya memeriksa beg tangannya, namun ia masih ada di situ dan tidak menyangka beg berkenaan hilang.


“Saya ke kafe berkenaan untuk memohon jawatan kosong melalui Internet.


“Ketika kejadian, isteri saya membaca akhbar dan tidak perasan suspek memerhatikan gerak-geri kami,” katanya.


Menurutnya, setengah jam selepas itu, dia ke kaunter untuk membuat bayaran sebelum isterinya mendapati beg tangannya hilang.


Mahmood berkata, dia mendapatkan penjaga kafe itu sebelum meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


“Daripada CCTV itu, kami mendapati dua suspek terbabit mengambil beg isteri saya selang beberapa minit selepas saya duduk di meja komputer.


“Akibat kejadian itu, saya dan isteri kerugian hampir RM10,000 termasuk pasport serta buku akaun saya,” katanya.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra di Dang Wangi, di sini.

Kongsi artikel ini menerusi

Monday, December 27, 2010

Langgar Samun

Langgar kereta sebelum samun
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Seorang wanita mengalami detik cemas apabila disamun tiga lelaki ‘geng langgar dan rompak’ di hadapan rumahnya di Seksyen 7, di sini semalam.

Kumpulan penjenayah terbabit sengaja berlakon melanggar belakang kereta ViVa milik mangsa bagi memperdayakannya memberhentikan kereta sebelum merompak selepas mangsa keluar dari kereta.


Mangsa, Siti Zalina Md Isa berkata, ketika kejadian dia yang berseorangan ingin membelok masuk ke dalam rumah kira-kira jam 12.40 tengah hari, namun terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang kereta.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan insiden itu terus masuk ke dalam kawasan parkir kereta di rumah dan membunyikan hon beberapa kali kerana bimbang di apa-apakan.


“Saya lihat pada mulanya mereka yang melanggar kereta saya ingin melarikan diri tetapi tidak jadi apabila Proton Saga warna perak berkenaan berundur semula menghala ke arah rumah saya.


“Kemudian keluar dua lelaki daripada kenderaan itu menghala ke arah saya yang masih berada di dalam kereta kerana takut. Mereka mengetuk cermin tingkap kereta menyuruh saya keluar untuk berbincang menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Siti Zalina berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta dan seorang daripada lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan dia terlanggar keretanya.


“Sejurus kemudian saya pun keluar daripada kereta apabila berasa selamat dan mereka berulang kali meminta maaf.


“Bagaimanapun, mereka turut menyalahi saya kerana tidak memberi lampu isyarat ketika ingin membelok sedangkan saya sudah berada di hadapan rumah,” katanya.


Katanya, dia pada mulanya langsung tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa, tambahan pula lelaki itu memberi alasan mabuk menyebabkan berlaku pelanggaran.


“Bagaimanapun, tanpa disedari seorang lagi lelaki yang berada di dalam kereta tiba-tiba menghampiri saya dari belakang sebelum menutup mulut menggunakan tapak tangan.


“Saya cuba meronta bagi melepaskan diri sebelum bergelut dengan mereka. Dalam keadaan cemas itu , saya mengalami kecederaan di muka akibat dipukul mereka,” katanya.


Beliau berkata, seorang daripada mereka kemudian masuk ke dalam keretanya yang berada di kawasan parkir.


“Selepas mengambil apa yang dihajati, lelaki itu terus meninggalkan saya.


“Sebaik dilepaskan, saya kemudian menjerit meminta pertolongan. Mujur rakan serumah ada ketika itu dan dia membantu saya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.


Menurutnya, akibat rompakan itu dia kehilangan kamera digital, pasport dan wang tunai RM600.


“Ketika membuat laporan saya turut diberitahu kejadian ini bukan kali pertama sebaliknya sebelum ini kejadian sama berlaku di Seksyen 17 menggunakan modus operandi sama,” katanya.

Saturday, December 25, 2010

Tangkap Masa Pecah Rumah

Ditahan ketika lakukan pecah rumah

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Tindakan pantas seorang jiran menghubungi polis selepas melihat dua lelaki mencurigakan, berjaya menggagalkan jenayah pecah rumah dan samun di sebuah rumah teres di Jalan USJ 26/3, Putra Heights dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, kedua-dua suspek itu berjaya diberkas hasil maklumat jiran tersebut kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, sepasukan anggota polis pergi ke lokasi kejadian dan ternampak sebuah kereta Proton Waja di hadapan rumah tersebut.

"Ketika kejadian, seorang suspek yang berusia 28 tahun menunggu di dalam kereta manakala seorang lagi rakannya masuk ke dalam rumah.

"Pemeriksaan mendapati suspek memecah masuk rumah tersebut dengan mengumpil pintu hadapan rumah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika kejadian tidak ada penghuni di dalam rumah tersebut kerana keluar bekerja.

Menurut Zainal Rashid, sebaik polis tiba, suspek tidak sempat mengambil apa-apa barangan di dalam rumah tersebut.

Dengan penahanan kedua-dua suspek itu, polis turut merampas pelbagai alatan dipercayai digunakan untuk pecah rumah.

"Siasatan awal mendapati kereta Proton Waja itu merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Perak pada 14 November lalu," katanya.

Jelas beliau, salah seorang suspek yang ditahan dikehendaki polis bagi satu kes jenayah di Seri Kembangan, Selangor manakala seorang lagi pula mempunyai rekod jenayah berkaitan curi.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Diburu Along


Isteri bimbang suami hilang diburu ah long

Misliana Buyak bersama tiga anaknya dan Dr. Ching Eu Boon pada sidang akhbar di pejabat Penyelaras Barisan Nasional Pandamaran, Klang, semalam.

KLANG 24 Dis. – Seorang wanita bimbang dengan kehilangan suaminya, Mohd. Shukri Chandraneru, 34, sejak lima hari lalu, selepas dia dikatakan diburu ah long bagi menjelaskan hutangnya.

Misliana Buyak, 40, berkata, suaminya yang berniaga ikan itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pangsapuri Bukit Tinggi 2 di sini kira-kira pukul 5 petang.

‘‘Sebelum ini dia pernah diugut oleh dua lelaki semasa berniaga ikan di pasar Pandamaran.

‘‘Kedua lelaki itu mengugut jika suami saya tidak membayar hutang, mereka akan menghantar orang untuk mencari dia,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran bersama Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Dr. Ching Eu Boon.

Katanya, dia bimbang kemungkinan suaminya diculik dan disembunyikan oleh pihak tertentu yang mahu menuntut hutang mereka.

‘‘Setahu saya, dia tidak mempunyai musuh dan merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang.

‘‘Ekoran kejadian itu, tiga anak saya sering bertanya ke mana bapa mereka pergi dan amat merinduinya,” ujarnya.

Sementara itu, Eu Boon meminta Mohd. Shukri berjumpa dengan pihaknya sekiranya dia melarikan diri kerana mahu bersembunyi agar mereka dapat berunding dengan pihak ah long yang mungkin sedang mencarinya.

Beliau memberi jaminan untuk berunding dengan ah long untuk mencari jalan penyelesaian supaya masing-masing tidak mengalami kerugian dan kesusahan.

‘‘Sekiranya dia lari kerana kes ah long kita akan cuba menolong tetapi jika dia lari kerana sebab lain kita minta pihak polis menyiasat perkara tersebut,” katanya.

Eu Boon berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai Mohd. Shukri agar menghubunginya di nombor 017-3659897.

Friday, December 24, 2010

Kereta Lelong

Kereta lelong harga istimewa

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

Mohamed Khalid Yusof (dua dari kanan) menyampaikan sijil anugerah cemerlang kepada Pengarah Kastam Pahang, Datuk Ahmad Samawe Hassan di Kuantan, semalam. – BERNAMA

KUANTAN 23 Dis. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran palsu pembelian kereta lelong kononnya yang dirampas jabatan itu oleh mana- mana individu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai ada pihak yang menawarkan tawaran tersebut sedangkan jabatan itu melakukannya secara tender terbuka.

“Ada sesetengah pihak mendakwa mereka boleh mendapatkan kereta yang dirampas pihak kastam untuk dibeli oleh orang ramai pada harga yang istimewa.

“Kononnya dengan memberi sejumlah wang kepada pihak terlibat, mereka boleh mendapatkan kereta itu dengan mengenali orang dalam,” katanya di sini hari ini.

Mohamed Khalid menegaskan, jabatan itu tidak pernah melantik sesiapa sebagai ejen untuk menjual kenderaan berkenaan.

“Kita tidak pernah berurusan dengan pihak ketiga dan jika ada pihak yang mengaku begitu ia merupakan satu penipuan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta tidak terpedaya dan melaporkan kejadian ini kepada jabatan itu bagi membanteras penipuan seperti ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan sindiket meminta sejumlah wang kononnya untuk digunakan bagi membebaskan wang seludup yang dirampas oleh kastam.

Beliau berkata, setakat ini JKDM tidak mempunyai rekod berapa ramaikah yang sudah ditipu oleh sindiket terbabit tetapi pihaknya percaya ia berterusan sehingga kini.

Menurutnya, pihaknya juga percaya penipuan itu dipercayai bermula daripada laman sembang dan sosial di Internet seperti Facebook dan Friendster.

Jelasnya, mangsa berkenalan dengan pihak tidak dikenali yang mendakwa mereka memiliki wang seludup, tetapi tidak dapat mengambilnya kerana telah dirampas oleh jabatan itu.

Sindiket itu kemudian akan meminta kenalan mereka memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu bagi memudahkan urusan pelepasan wang seludup tersebut sebelum ia dapat dibahagikan bersama.

Namun, katanya, sebaik sahaja wang mangsa sudah dimasukkan ke dalam akaun sindiket terbabit, mereka akan menghilangkan diri.

“Sebenarnya duit itu tidak wujud tetapi masih ramai yang percaya menyebabkan mereka tertipu,” jelasnya.

Wednesday, December 22, 2010

Kad Prabayar Pun Nak Tipu Ka

Dicekup tipu tambah nilai Touch ‘n’ Go

SHAH ALAM – Tindakan licik sepasang suami isteri terbabit dalam penipuan tambah nilai kad Touch ‘n’ Go, sejak enam bulan lalu akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan bersama seorang lagi suspek terbabit dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, Petaling Jaya, pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.45 pagi itu, ketiga-tiga mereka ditahan di rumah milik bapa suspek lelaki terbabit.

Pegawai Siasatan 1 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, dua individu yang ditahan itu adalah adik-beradik, manakala wanita terbabit pula adalah isteri kepada seorang daripada suspek.

“Semua mereka yang berusia antara 28 dan 30 tahun itu dipercayai mengubah beberapa angka nombor kad untuk melakukan penipuan transaksi tambah nilai, sepanjang tempoh itu.

“Susulan tangkapan itu, sebuah lagi rumah dipercayai kediaman dua beradik itu di Bandar Bukit Puchong, turut diserbu berpandukan maklumat daripada suspek, tetapi tiada tangkapan dibuat,” katanya, di sini, semalam.

Keok Chai berkata, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua rumah terbabit, polis menemui 19 keping kad Touch ‘n’ Go, sebuah komputer riba, sekeping kad memori dan dua unit SmartTag.

“Jumlah kerugian masih lagi disiasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Katanya, penipuan tambah nilai itu dikesan syarikat Touch ‘n’ Go apabila pemegang kad terbabit (suspek) menjalankan kegiatan terbabit ketika melakukan transaksi berkenaan di kawasan Kayu Ara, Petaling Jaya.

“Syarikat terbabit bagaimanapun enggan menyekat penggunaan kad itu serta-merta, sebaliknya membuat satu laporan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

“Kami lakukan pemerhatian teliti selama enam bulan untuk mengesan individu terbabit sebelum tangkapan dilakukan,” katanya.

Monday, December 20, 2010

Penyangak Arab Lagi


Penyangak Arab muncul semula

Oleh ADNAN MOHAMAD
berita@kosmo.com.my

dua lelaki Arab dipercayai telah menggunakan pukau sebelum melarikan wang di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Setiu kelmarin.

SETIU – Dua lelaki dipercayai dari Arab berjaya melarikan RM1,200 dari sebuah kedai telefon bimbit di Bandar Permaisuri di sini kelmarin selepas berpura-pura mahu mendapatkan wang dengan nombor siri bermula huruf M.

Pemilik premis tersebut, Mariam Long @ Ismail, 25, berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.15 petang kelmarin ketika kedua-dua suspek datang ke kedainya dan bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membeli sekeping kad prabayar bernilai RM10.

Menurutnya, salah seorang lelaki berkenaan mengeluarkan wang tunai not RM100 untuk membayar harga kad itu.

“Sebaik pekerja saya memulangkan baki wang itu sebanyak RM90 iaitu sekeping not RM50 dan empat keping not RM10, lelaki itu minta tukar not RM50 yang nombor sirinya bermula dengan huruf M.

“Perkara itu menyebabkan pekerja saya terpaksa mencari dan mengambil lebih 30 keping wang RM50 yang lain di dalam laci di kedai untuk ditunjukkan kepada suspek bagi memudahkan suspek sendiri mencari siri huruf M pada wang tersebut,” ceritanya ketika ditemui di kedainya di sini semalam.

Jiran Pantau Jenayah

Pencuri ditangkap atas sikap prihatin jiran

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Tindakan pantas seorang penduduk menghubungi polis setelah dimaklumkan oleh jiran bahawa kediamannya di Taman Desa Jaya, Kepong dipecah masuk berjaya membawa kepada penahanan salah seorang daripada tiga penjenayah terbabit.

Kejadian pukul 3 petang kelmarin itu turut menyaksikan insiden pergelutan di antara polis dan suspek sebelum salah seorang daripada mereka diberkas .

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, polis terserempak dengan dua suspek bersenjatakan parang, yang cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback di hadapan rumah.

"Mereka kemudiannya cuba melanggar seorang anggota polis peronda yang cuba menghalangnya.

"Anggota berpangkat Sarjan itu tidak mempunyai pilihan selain melepaskan satu das tembakan amaran ke udara sebelum disusuli tembakan kedua ke arah tayar apabila kereta itu kian menghampirinya.

"Kedua-dua suspek itu bagaimanapun dapat meloloskan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pada masa sama, seorang lagi suspek yang cuba melarikan diri menerusi pintu belakang rumah terserempak pula dengan seorang lagi anggota polis.

Katanya, tidak seperti dua lagi rakannya, suspek ketiga ini bagaimanapun berjaya ditahan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim memuji sikap jiran mangsa kerana peka dengan apa yang berlaku di sekeliling sehingga membolehkan polis bertindak pantas dan sekurang-kurangnya berjaya menahan salah seorang suspek terlibat.

"Kerjasama seperti inilah yang polis perlukan daripada masyarakat, dengan itu kita boleh bertindak sepantas yang mungkin dan menghalang penjenayah daripada melakukan kerja jahat mereka," katanya.

Tuesday, December 14, 2010

Bunuh Pencuri Kena Gantung

3 ditahan belasah suspek curi motosikal hingga mati

PASIR MAS 13 Dis. – Akibat cuba mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri, tiga lelaki ditahan kerana memukul seorang pencuri motosikal sehingga mati di Kampung Slow Machang, dekat sini semalam.

Malah ketiga-tiga mereka berhadapan dengan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Kejadian berlaku pukul 2 petang selepas mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun itu memberkas suspek terbabit setelah mengejarnya sejauh tiga kilometer.

Kumpulan lelaki itu kemudian bertindak membelasah suspek yang berusia 25 tahun sehingga cedera parah dan tidak sedarkan diri.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di belakang kepala dan beberapa bahagian badan ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM), pukul 6.40 petang.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, mangsa yang berasal dari kampung itu dibawa ke HPM oleh sepasukan pegawai dan anggota polis yang kebetulan mengadakan rondaan di kawasan berkenaan.

“Semasa kejadian suspek dipercayai telah melarikan sebuah motosikal Honda EX5 sebelum dikejar beberapa penduduk kampung selepas dimaklumkan pemilik kenderaan terbabit.

“Mangsa lalu dipukul bertubi-tubi dan kejadian itu disedari seorang pegawai polis yang kebetulan menjalankan rondaan di situ,” katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian malam semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Lazim; Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim dan Timbalannya, Supritendan Tengku Azman Tengku Abdullah.

Tambah Abdul Rahim, walaupun menyedari kehadiran polis, penduduk kampung terbabit masih terus memukul suspek yang mempunyai rekod jenayah dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu polis menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan dan pihaknya akan membuka dua kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum sampai mati,” ujarnya.

Sunday, December 12, 2010

Dicekup Tengah Joli Hasil Samun

Penyamun joli RM15,000 ditahan


MIRI: Tiga penjenayah termasuk seorang wanita sempat menikmati kemewahan seketika menggunakan kad kredit dipercayai dicuri sebelum dicekup di sebuah hotel, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek berusia 20-an itu dikatakan menginap di sebuah hotel dengan seorang daripadanya ditahan di lobi manakala dua lagi dipercayai pasangan kekasih ditahan dalam bilik kira-kira jam 3 petang.


Menurut sumber, polis mengesan ketiga-tiga suspek mendaftar masuk di hotel terbabit menggunakan kad kredit yang dilaporkan dicuri.

Menurutnya, suspek juga menggunakan kad itu membeli komputer riba, mesin pencetak dan mengisi minyak kereta di sebuah stesen di sini.


Penahanan ketiga-tiga penjenayah terbabit dilakukan berikutan laporan seorang penduduk di Piasau yang mendakwa rumahnya dipecah masuk ketika mereka sekeluarga bercuti.


Dalam kejadian itu, mangsa kehilangan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz serta barangan berharga dianggarkan bernilai RM35,000.


“Laporan dibuat empat hari lalu selepas mangsa mendapati rumahnya berselerak sementara penyata bank menunjukkan penjenayah terbabit sudah berbelanja sehingga RM15,000 menggunakan kad kredit terbabit,” kata sumber itu.


Semua suspek ditahan di lokap Balai Polis Sentral Miri sebelum dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Peragut Makin Aktif

Berwaspada jenayah ragut semakin aktif

KUANTAN 10 Dis. - Masyarakat di negeri ini khususnya golongan wanita diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap jenayah ragut yang dilihat kembali aktif sejak kebelakangan ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, ini terutamanya mereka yang membawa beg tangan apabila keluar rumah.

"Seboleh-bolehnya, elakkan menyandang beg di bahu dan jangan berjalan seorang diri di kawasan gelap dan sunyi," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jenayah ragut yang dilihat semakin menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan orang ramai khususnya golongan wanita.

Akhbar semalam melaporkan seorang penjual ikan, Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen daerah atas kesalahan meragut beg uncang seorang pelajar perempuan yang hanya mengandungi wang tunai RM10.

Kata Kamaruzzaman, kes tersebut diharap dapat memberi peringatan serta pengajaran terhadap peragut- peragut.

Dalam pada itu, katanya, polis sentiasa memantau dan meronda kawasan-kawasan sering berlaku jenayah ragut.

"Namun, kita tidak jangka di mana atau bila peragut-peragut ini akan melakukan jenayah.

"Apa yang penting, orang awam harus sentiasa meningkatkan tahap keselamatan masing-masing bagi mengelakkan kejadian ini dari berlaku," ujarnya.

Wednesday, December 8, 2010

Pecah Rumah Putus tangan



Barbie boleh disalah guna

LOS ANGELES 7 Dis. - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengeluarkan 'amaran jenayah siber' untuk sebuah anak patung baru Barbie yang dilengkapi dengan kamera video kecil tersembunyi di dadanya, yang dikatakan boleh disalah guna untuk membuat video porno kanak-kanak.

Laporan yang dikeluarkan oleh pejabat FBI di Sacramento pada 30 November lalu bertajuk Video Girl Barbie, Kaedah Yang Mungkin Digunakan Bagi Penghasilan Pornografi Kanak-Kanak', memberi amaran bahawa kamera pada patung itu mampu merakam video sehingga 30 minit yang boleh dimuat turun ke dalam komputer.

Amaran itu mendapat liputan media selepas ia tersalah hantar ke beberapa organisasi berita.

Jurucakap FBI, Jenny Shearer berkata, pihaknya tidak mahu isu itu diperbesar-besarkan dan menyifatkan laporan itu adalah untuk kegunaan penguatkuasaan undang-undang.

"Tiada sebarang insiden dilaporkan yang menunjukkan anak patung ini disalah guna.

"Untuk makluman, tujuan amaran itu ialah untuk memastikan agensi penguatkuasa menyedari bahawa anak patung itu, seperti peralatan video yang lain, boleh memberi sebarang petanda dan tidak boleh dipandang remeh sewaktu menjalankan pemeriksaan," katanya.

Anak patung Barbie Video Girl yang dihasilkan oleh Mattel Inc dan mula dijual pada Julai lalu itu mengandungi sebuah kamera video kecil di dadanya yang disembunyikan di dalam sebuah loket.

Rakaman dari kamera itu boleh dilihat pada skrin LCD di bahagian belakang anak patung itu atau dimuat turun ke dalam komputer.

Amaran FBI itu berkata, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan ia boleh dimasukkan secara terus ke Internet.

"FBI tidak melaporkan mengenai sebarang kejadian. Steve Dupre dari pejabat FBI di Sacramento mengesahkan tiada sebarang insiden yang menunjukkan anak patung itu disalah guna.

"Produk-produk Mattel direka demi kepentingan kanak-kanak. Kebanyakan pekerja Mattel terdiri daripada golongan ibu bapa dan kami memahami tentang pentingnya keselamatan kanak-kanak yang merupakan keutamaan kami," kata Mattel dalam satu kenyataan. - REUTERS

Remaja Curi Motor

4 lagi remaja ditahan sindiket curi motosikal


Zull Aznam Harun (tiga dari kiri) melihat sebahagian rangka motosikal yang dibawa keluar dari dasar Sungai Sentap, Arau, semalam.

ARAU 7 Dis. - Seramai empat lagi remaja ditahan setelah disyaki turut terlibat dalam sindiket curi motosikal yang ditumpaskan polis, 1 Disember lalu, dalam operasi besar-besaran polis sehingga semalam.

Jumlah itu menjadikan bilangan yang ditahan kerana terlibat sindiket tersebut meningkat kepada 13 orang.

Pemangku Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, pihaknya percaya lebih banyak tangkapan akan dilakukan kerana semua remaja berkenaan mempunyai hubungan antara satu sama lain.

"Kesemua remaja berusia 15 hingga 21 tahun itu akan dilanjutkan tahanan reman selama sembilan hari bagi siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis daerah, di sini, hari ini.

Menurut beliau, remaja-remaja berkenaan yang terdiri daripada pelajar sekolah, pembantu kedai, penganggur dan bekerja sendiri berasal dari Kodiang dan Alor Setar, Kedah serta Arau, Perlis.

Zull Aznam berkata, berikutan tangkapan itu juga pihak polis menemui 29 rangka motosikal, 13 rangka enjin, sejumlah komponen motosikal, empat batang besi berbentuk T digunakan sebagai kunci bagi mencuri motosikal dan tujuh buah motosikal yang dipercayai dicuri.

"Barang-barang tersebut ditemui di beberapa tempat antaranya di Sungai Sentap di sini dan di rumah-rumah suspek," ujarnya.

Menurut beliau, kumpulan remaja tersebut yang memulakan kegiatan itu sejak 2008 beroperasi secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari sasaran.

Zull Aznam mengingatkan ibu bapa supaya peka terhadap tingkah laku anak masing-masing terutama yang mengubah suai dan membawa alat ganti motosikal ke rumah.

"Kegiatan jenayah itu berleluasa kerana ibu bapa tidak mengambil berat aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka dan tidak pernah rasa curiga," ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, kes tangkapan dan rampasan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda.

Selain itu katanya, Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi kenderaan dan jika didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda.

"Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 412 Kanun Keseksaan kerana berniaga harta curi dan jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda," katanya.

Mereka juga boleh dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menolong menyembunyikan harta curi dan boleh dikenakan penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda.

Pencuri Putus Kena Tetak


Penjenayah putus tangan ditetak pemilik rumah


Kamarudin Mohd. Zakaria (kanan) bersama pegawainya melihat kawasan kejadian cubaan pecah rumah yang menyebabkan pencuri tersebut putus pergelangan tangan di Kampung Pengkalan Gaduh Limbongan, Besut semalam. Gambar kecil pergelangan tangan penjenayah yang terputus ditemui di kawasan rumah terbabit.

BESUT 7 Dis. - Seorang penjenayah bukan sahaja berputih mata apabila gagal melarikan barang berharga ketika cuba memecah masuk sebuah rumah, malah menerima padah apabila putus pergelangan tangan kirinya akibat ditetak pemilik rumah.

Kejadian berlaku pukul 3.30 pagi ketika suspek yang berusia 28 tahun cuba menceroboh rumah seorang penternak ikan kolam di Kampung Pengkalan Gaduh, Limbongan dekat sini.

Insiden itu bagaimanapun disedari pemilik rumah dan ketika suspek cuba menyerangnya dengan batang besi, lelaki berusia 49 tahun tersebut melibas pemuda terbabit dengan parang.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria memberitahu, sebelum itu, pemilik rumah terjaga apabila ternampak kelibat seseorang yang cuba memasuki rumahnya melalui tingkap.

Katanya, lelaki itu kemudian keluar rumah melalui pintu depan tanpa disedari oleh suspek yang leka menggunakan sebatang besi untuk mengumpil tingkap.

"Dalam keadaan terkejut, suspek cuba berhadapan dengan tuan rumah tetapi dia dilibas dengan parang oleh pemilik rumah yang terkena tangan kirinya.

"Suspek berasal dari Setiu itu terus melarikan diri dan meninggalkan pergelangan tangannya yang terputus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Kamarudin, pemilik rumah berkenaan kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Katanya, suspek yang tercedera melarikan diri ke calet disewanya bersama seorang wanita berusia 15 tahun, kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

"Wanita itu didakwa sebagai isterinya dan dibawa bersama menginap di calet terbabit pukul 12.30 tengah malam tadi," katanya.

Beliau berkata, polis yang tiba di tempat kejadian menemui pergelangan tangan suspek tidak jauh dari tempat suspek ditetak.

Katanya, hasil siasatan dan bantuan orang ramai, suspek akhirnya berjaya dikesan berada di calet tersebut dalam keadaan berlumuran darah dan kesakitan.

"Kita menghubungi pihak Hospital Besut dan membawa suspek bersama pergelangan tangannya yang terputus untuk rawatan sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, bagi rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun carian lanjut masih diteruskan.

Tuesday, December 7, 2010

Jangan Cinta Makwe Orang

Wanita, enam lelaki ditahan pukul remaja hingga maut


HULU SELANGOR: Seorang wanita dan enam lelaki ditahan selepas disyaki memukul seorang remaja hingga mati di sebuah kelab golf di Serendah, di sini, malam Khamis lalu dan kini direman hingga esok.

Remaja berkenaan dipukul selepas mengganggu wanita itu yang juga teman wanita seorang daripada kumpulan lelaki terbabit, awal Oktober lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 18 tahun dan bekerja sebagai pemasang jubin di Rawang dipanggil ke kelab golf berkenaan untuk berunding bersama semua suspek sebelum dipukul menggunakan botol arak. “Dalam pertemuan itu, mangsa mengaku menyintai wanita itu di depan teman lelaki wanita terbabit hingga membuatnya suspek memukul menggunakan botol arak berulang kali hingga mati,” katanya.


Sumber berkata, mayat mangsa dijumpai dua hari kemudian kira-kira jam 9 malam oleh seorang pekerja kelab golf itu.

Sehubungan itu, satu gerakan memburu suspek dilancarkan sebelum semua mereka ditahan di sebuah rumah di Rasah, Negeri Sembilan.


Difahamkan, semua suspek berusia 18 hingga 26 tahun itu ditahan Khamis lalu kira-kira jam 8 malam.


Ketua Polis Hulu Selangor, Asisten Komisioner Norel Azmi Yahya Affandi, berkata semua suspek tidak bekerja dan tidak mempunyai rekod lampau jenayah. “Siasatan awal mendapati motif pembunuhan disebabkan mangsa mengganggu teman wanita seorang daripada suspek. Kami menahan semua suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Nak Jadi Artis Kena Tipu

Ditipu jadi artis, tiga beradik ditangkap khalwat

BATU PAHAT 6 Dis. - Akibat terpedaya dengan tawaran untuk menjadi artis, tiga beradik perempuan yang masih di bawah umur ditahan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat kerana didapati berkhalwat dengan pasangan masing-masing di sebuah hotel di sini semalam.

Mereka berada dalam keadaan mencurigakan bersama tiga lelaki bukan muhrim di sebuah bilik hotel tersebut di Jalan Penjaja kira-kira pukul 2 pagi.

Tiga beradik berusia antara 13 hingga 15 tahun yang tidak lagi bersekolah itu, dipercayai diperdaya ke bilik tersebut kononnya untuk berbincang bagi menjadikan mereka artis oleh tiga lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Timbalan Ketua Penguasa Agama daerah, Mohd. Anuar Kosnin berkata, ketika pemeriksaan dilakukan kesemua enam individu terbabit enggan memberi kerjasama dan tidak mengendahkan arahan pihaknya untuk membuka pintu bilik.

"Selepas kira-kira 10 minit mengetuk pintu, kami akhirnya terpaksa memanggil pengurusan hotel untuk membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua.

"Kesemua mereka berpakaian lengkap dan pemeriksaan di dalam bilik tidak menemui sebarang kondom, namun perbuatan mereka yang berada di dalam bilik serta keengganan membuka pintu apabila diminta menimbulkan syak wasangka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Anuar berkata, salah seorang daripada tiga lelaki terbabit mengaku sebagai pemilik pusat karaoke di daerah ini dan juga merupakan agen mencari bakat.

Katanya, lelaki itu memberikan alasan pertemuan dengan tiga remaja adik beradik itu sebagai perbincangan untuk menjadikan mereka artis.

"Ada banyak lagi lokasi terbuka untuk melakukan perbincangan seperti di kedai makan, restoran mahupun lobi hotel dan bukannya di dalam bilik hotel hingga menimbulkan syak," katanya.

Menurut beliau, kesemua enam individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 27 (1) (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Mohd. Anuar turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang perlakuan yang melanggar hukum Islam boleh menghubungi pejabatnya di 07-4341141.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Geng `Tepuk Bahu`

Polis yakin geng 'tepuk bahu' tumpas

BATU PAHAT 6 Dis. - Polis yakin dapat menumpaskan sindiket 'tepuk bahu' yang aktif memperdaya mangsa ketika berurusan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara dengan tertangkapnya tiga penjenayah warga Peru, baru-baru ini.

Bagi menyukarkan kegiatan mereka dikesan, suspek dipercayai menginap di hotel bajet di sesuatu tempat dalam tempoh seminggu sebelum berpindah ke tempat lain untuk melakukan jenayah sama.

Kes seumpama itu dilaporkan berlaku antaranya di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Terengganu dan Johor.

Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek berusia antara 44 dan 47 tahun akhirnya berjaya ditahan di Terengganu, dua minggu lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, polis Terengganu telah menghubungi pihaknya untuk mengetahui sama ada suspek turut diburu di daerah ini bagi kes sama.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank dan pengesahan mangsa menunjukkan kita memburu suspek yang sama.

"Di daerah ini tiga kes seumpamanya dilaporkan iaitu dua berlaku di Jalan Besar, Yong Peng dan satu di Jalan Rahmat, Batu Pahat, 21 Jun hingga 8 September lalu membabitkan kerugian RM6,900," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ibrahim berkata, ketiga-tiga suspek dalam modus operandinya mempunyai peranan masing-masing memperdayakan mangsa dengan menabur wang, tepuk bahu sebelum menukar kad ATM mangsa.

Jelasnya, ketika mangsa berurusan di mesin ATM, suspek pertama berperanan menaburkan wang di lantai, berdekatan kaki mangsa.

"Suspek kedua kemudian memperdaya mangsa dengan cara menyentuh atau menepuk bahu mangsa untuk mengalih pandangan kononnya wang mangsa terjatuh di atas lantai.

"Ketika mangsa membongkok untuk mengambil wang itu, suspek ketiga akan menukarkan kad ATM mangsa dengan kad ATM lain tanpa disedari mangsa," katanya.

Ibrahim berkata, suspek ketiga juga berperanan melihat dan menghafal nombor pin mangsa untuk mengeluarkan wang daripada akaun.

Menurut beliau, bagi kes di daerah ini, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada satu tahun dan denda serta sebatan.

Saturday, December 4, 2010

Dicari

6 geng pecah rumah diburu

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanpahang@utusan.com.my
MARANG 3 Dis. - Polis memburu enam lelaki termasuk seorang daripadanya dikenali sebagai 'Mie Tiger' yang dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini.

Selain Mie Tiger atau nama sebenarnya, Mohd Zulhilmi Rosli, 22; ialah Ahmad Zamzulaiha Abdullah, 27; Wan Zawawi Mohamad, 30; Ahmad Zubir Ab. Wahab, 30; Mohd Rosli Nordin, 33; dan Mohd Roslan Nordin, 35.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kesemua individu itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya, mereka dikehendaki polis bagi menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang berlaku dalam tempoh 10 hari berturut-turut pada bulan ini.

"Berikutan itu, pada 20 hingga 30 November lalu, satu operasi cegah pecah rumah telah dijalankan di daerah Marang bagi mengesan dan menangkap suspek," katanya di sini, hari ini.

Ujarnya, hasil maklumat kemudian sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah telah menjalankan serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Alor Limbat, Bukit Payung dekat sini, pukul 2.15 pagi, Isnin lalu.

"Dalam serbuan, kita telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dan susulan itu, seorang lagi lelaki berusia 22 tahun dari Kampung Kijing, ditahan.

"Hasil siasatan, kita telah merampas sejumlah barangan curi dalam tiga kejadian pecah rumah di kawasan Bukit Payung," katanya.

Mengulas lanjut, hasil siasatan kedua suspek itu, polis berjaya menahan dua peraih emas berusia 41 hingga 51 tahun kerana turut terlibat membeli.

Katanya, mereka juga menjadi dalang dalam melupuskan barang kemas yang dicuri oleh kedua-dua suspek.

"Dua suspek itu telah dituduh di Mahkamah Majistret Marang pada 29 November lalu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) manakala dua peraih emas itu dituduh di bawah Seksyen 414 KK," jelasnya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan pada hari yang sama, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di Kampung Pulau Kerengga, pukul 11.30 malam, hasil maklumat awam.

Tambahnya, susulan itu, pihak polis berjaya membuat rampasan 20 batang kayu bergergaji pelbagai saiz yang dilaporkan dicuri di sebuah stor kayu di Kampung Pulau Kerengga baru-baru ini.

"Dalam serbuan itu juga, kita juga merampas sebuah mesin rumput dan topi keledar yang dilaporkan hilang dalam satu kejadian pecah rumah di Kampung Alur Tumang sebelum ini.

"Kedua-dua mereka dituduh di bawah Seksyen 457 KK dan Seksyen 379 KK," katanya.

Justeru pihak polis meminta agar orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan suspek yang sedang diburu itu di talian 09-618 2222.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Friday, December 3, 2010

Tepon Klon


Taktik penjual telefon bimbit kelirukan pengguna


OTHMAN Nawang (tiga dari kanan) bersama pegawai PPDNKK memeriksa telefon tiruan yang dirampas daripada peniaga di Kompleks Kota Raya, semalam .

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Meletakkan harga mahal manakala ejaan jenama pada kotak dan telefon bimbit hampir sama dengan jenama terkenal adalah taktik terbaru penjual telefon bimbit untuk mengelirukan orang ramai.

Sekali pandang, ejaan seperti Nckia, Sony Ericsoon, Snoy Eriosscn, Song Ericssom dan Scny Ericsson kelihatan sama seperti Nokia dan Sony Ericsson.

Reka bentuk dan aplikasi telefon bimbit tersebut juga hampir sama dengan telefon Nokia dan Sony Ericsson yang tulen.

Taktik yang digunakan oleh pengedar dan penjual telefon tiruan yang beroperasi di pusat membeli-belah itu bukan sahaja untuk mengelirukan pengguna tetapi juga dikatakan untuk mengelak daripada didakwa menciplak hak cipta syarikat lain.

Namun, pengeluar dan pemilik premis menjual telefon bimbit tiruan terbabit tersilap langkah kerana mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan memandangkan perbuatan mengedar produk menyerupai jenama pihak lain adalah satu kesalahan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut dikesan dilakukan oleh 11 pemilik premis menjual telefon bimbit di Kompleks Kota Raya di sini.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan, Othman Nawang berkata, pihaknya bertindak menyerbu 11 premis menjual telefon bimbit di pusat beli-belah berkenaan, selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai kegiatan menjual telefon tiruan di situ.

Beliau berkata, serbuan pada pukul 11.30 pagi, Sabtu lalu itu, dilakukan oleh 14 anggota penguat kuasa diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Azizi Ali.

"Dalam serbuan itu, kita telah merampas 118 unit telefon bimbit tiruan menyerupai jenama Nokia dan Sony Ericsson dianggarkan bernilai RM59,000.

"Telefon tiruan terbabit direka bentuk menyerupai telefon jenama Nokia dan Sony Ericsson dan dijual pada harga sama bagi menyakinkan pelanggan ia adalah barangan asli," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Othman, pengguna yang kurang arif tentang barangan tiruan tidak akan dapat membezakan telefon terbabit dengan asli kecuali melihat nombor digit pada Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI) di dalamnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila membeli telefon bimbit bagi mengelak ditipu dan jangan mudah percaya pada harga mahal yang ditawarkan kerana ia bukan jaminan bahawa barangan dibeli itu asli.

Beliau berkata, pengeluar telefon tiruan kini beralih memasarkan barangan mereka di premis berdaftar di pusat beli-belah setelah taktik menipu pelanggan dengan menjual telefon tiruan di karnival jualan murah yang dilakukan sebelum ini tidak lagi berkesan kerana kerap diserbu PPDNKK.

"Bagi mengelak perbuatan mereka dikesan, urus niaga antara pengedar dan pemilik premis dibuat secara rahsia iaitu jurujual akan pergi kepada peniaga bertanya berapa banyak telefon yang dikehendaki dan mengeluarkan resit tanpa kepala surat dan alamat syarikat," katanya.

Othman berkata, pemilik premis yang diserbu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Perihal Dagangan 1971 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu.

Katanya, hukuman denda maksimum RM25,000 pula dikenakan bagi syarikat yang melakukan kesalahan kali pertama dan RM500,000 jika mengulangi kesalahan yang sama.

Saturday, November 27, 2010

Batu



Batu delima kebas duit
Oleh Ahmad Othman


HELAH...seorang pegawai polis memicit butang LED untuk menyalakan batu delima palsu.
KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia lewat 30-an bersama dua ‘pelakon tambahan’ dipercayai menjadi dalang kepada dua kes penipuan batu delima merah palsu di sekitar daerah ini membabitkan kerugian RM26,000.

Lelaki berperwatakan alim terbabit menyasarkan warga emas dengan mendakwa batu delima itu boleh digunakan untuk upacara ‘tarik duit’.
Bagi meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meletakkan batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, siasatan polis mendapati batu delima itu sebenarnya palsu dan objek berkenaan dipasang lampu LED dan akan menyala apabila dipicit.



Menurutnya, dua individu yang juga teman subahat lelaki terbabit pula berlakon sebagai pembeli dan beria-ia mahu membelinya dengan harga RM350,000 daripada mangsa.


“Polis menerima laporan pertama pada 22 April lalu membabitkan seorang warga emas berusia 72 tahun yang menjadi mangsa sindiket ini.

“Mangsa berada di sebuah restoran makanan segera sebelum dihampiri dan ditawarkan batu delima merah yang kononnya diperoleh ketika menggali kubur di Melaka serta didakwa mampu digunakan untuk upacara tarik duit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, semalam.

Menurutnya, mangsa yang mendakwa seolah-olah terpukau kemudian pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas isterinya bernilai RM20,000 sebelum diserahkan kepada ketiga-tiga lelaki terbabit.

Pada Isnin lalu, seorang lagi lelaki warga emas, menjadi mangsa membabitkan kerugian RM6,000.

“Mangsa berusia 71 tahun dan suspek utama merendam batu delima itu ke dalam bekas tembaga berisi air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerahan.

“Suspek utama mengatakan dia hanya akan menjualnya kepada mangsa selepas mendapat firasat warga emas berkenaan individu paling sesuai menyimpan batu delima itu,” katanya.

Osman berkata, pada masa sama, seorang lelaki yang dipercayai rakan suspek tiba-tiba muncul dan mengatakan mahu membeli batu delima itu pada harga RM350,000.

Berikutan itu, mangsa terus ke Melaka untuk mengeluarkan wang pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM6,000 sebagai bayaran mendapatkannya.

Friday, November 26, 2010

Penyamun Betul


iperkosa perompak
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.



“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.


“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Thursday, November 25, 2010

Jaga2 Atas Bumbung

2 beradik peragut ditahan 'bertapa' atas bumbung


SEREMBAN: Cubaan dua beradik menyembunyikan diri di tangki air bumbung rumah jiran mereka di Taman Bukit Kepayang, di sini, selepas meragut seorang mangsa bukan saja tidak membuahkan hasil kerana dicekup, malah terpaksa ‘bertapa’ lebih sejam sebelum diturunkan anggota bomba, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki berusia 20-an terbabit sebelum itu melakukan kegiatan ragut dengan alasan untuk memungut hutang daripada mangsa di sebuah rumah di Jalan Tan Sri Manickavasagam, di sini, kira-kira jam 6.15 petang kelmarin.


Pasangan adik-beradik itu kemudian meloloskan diri dengan menaiki sebuah kereta Ford Laser dan melarikan beg pinggang mangsa yang berisi sejumlah wang. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata berdasarkan hasil pemeriksaan dan siasatan, pihaknya mengesan rumah suspek di taman perumahan itu yang turut berdekatan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) negeri, di sini.

“Berikutan itu, sepasukan anggota polis ke rumah suspek untuk memberkas kedua-dua mereka bagi membantu siasatan kira-kira jam 2 pagi (semalam).


“Namun, apabila ditanya, ahli keluarga suspek enggan memberikan bekerjasama dengan memaklumkan dua beradik terbabit tiada di dalam rumah dua tingkat itu.


“Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis yang melakukan pemantauan di luar melihat kelibat manusia berada di atas bumbung rumah itu,” katanya.


Menurut Saiful, pihaknya memanjat bumbung dan menahan suspek yang bersembunyi di sebuah tangki air di kawasan terbabit dengan hanya berseluar tanpa berbaju.


“Kami (polis) menghubungi bomba untuk bantuan sebelum kedua-dua suspek dibawa turun melalui tangga elektrik lebih sejam kemudian.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan pihaknya mengambil masa hampir tiga jam untuk memberkas suspek terbabit.


Tinjauan Harian Metro mendapati usaha membawa turun suspek dilakukan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang termasuk menggunakan sebuah jentera sky lift.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Tetak Ayah Kekasih


Tetak bapa kekasih
Oleh Hadzlihady Hassan

AMPANG: Hanya kerana hubungan cinta dihalang, seorang lelaki menetak bapa kekasihnya menggunakan parang di depan rumah mangsa di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai buruh baru pulang dari pasar malam tidak jauh dari rumahnya dengan menunggang motosikal.
Suspek dipercayai mengenali anak mangsa yang berusia belasan tahun sejak beberapa bulan lalu, tetapi mangsa dipercayai tidak merestui hubungan itu kerana suspek seorang warga asing.

Menurut sumber polis, sebaik mangsa turun dari motosikalnya, suspek yang menyorokkan parang di belakang badannya memanggil lelaki itu, tetapi ia tidak diendahkan.



“Mangsa yang tidak mengesyaki sesuatu masuk ke rumah dan ketika itu, suspek menyerang dan menetak kepala serta badan mangsa sebelum melarikan diri.


“Anak saudara mangsa yang berusia 14 tahun dan berada di rumah itu menjerit kerana terkejut dengan tindakan suspek,” katanya.

Menurutnya, dalam kekecohan itu, mangsa terjatuh berlumuran darah sebelum dia dibantu jiran yang keluar melihat apa yang berlaku selepas terdengar jeritan meminta tolong.

“Mangsa yang parah dibawa anak saudaranya itu ke Hospital Ampang dan pemeriksaan mendapati tulang pinggulnya patah akibat ditetak suspek.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu, seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina ditahan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek menyerang dan menetak mangsa kerana tidak puas hati selepas hubungan cinta dia dan anak gadis mangsa tidak direstui.

“Mungkin kerana berang tindakan mangsa yang menghalang cinta mereka membuatkan suspek sanggup menyerang dan menetak mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, berikutan laporan mangsa, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang juga warga Filipina beberapa jam kemudian dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Inisiatif


Inisiatif Desa Selamat tangani jenayah

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

PELAJAR SMK Jengka Pusat yang memperagakan uniform lama pasukan polis pada Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah di Bandar Jengka Maran, Pahang, baru-baru ini. –UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

KUALA KRAU 24 Nov. - Pelbagai usaha dijalankan bagi membendung kegiatan jenayah daripada terus berleluasa dan menghantui penduduk.

Mengharapkan kepada pihak polis semata-mata untuk menangani masalah tersebut bukan satu langkah yang berkesan jika tiada sokongan masyarakat keseluruhannya.

Justeru, salah satu usaha yang dijalankan adalah dengan mewujudkan Inisiatif Desa Selamat yang bertujuan menangani kegiatan jenayah di kawasan penempatan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Sejajar dengan pelancaran Inisiatif Desa Selamat peringkat negeri Pahang baru-baru ini, satu program iaitu Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah yang diadakan di Stadium Mini Nadi Kota, Bandar Jengka memberi suntikan baru kepada masyarakat untuk bergabung tenaga menangani jenayah.

Karnival selama tiga hari anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Maran itu bertujuan mewujudkan masyarakat penyayang di samping memupuk tanggungjawab mencegah jenayah tanggungjawab bersama.

Karnival yang julung-julung kali diadakan di Bandar Jengka ini menarik lebih 10,000 pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, warga Felda dan penduduk setempat.

Sepanjang karnival itu berlangsung, pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti sukaneka, forum perdana, pameran, senamrobik, ceramah motivasi, pertunjukan pancaragam, T-Batton dan K9 (Unit Pencegahan PDRM).

Karnival itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin dan Naib Pengerusi MCPF, Datuk Kamarudin Md. Ali.

Menurut Ahmad Johari, objektif karnival itu bagi merealisasikan inisiatif kerajaan dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu mengurangkan kadar jenayah.

Program itu, katanya, merupakan salah satu usaha ke arah toleransi sifar terhadap jenayah dengan menjadikan suasana persekitaran selamat sebagai matlamat dalam komuniti.

‘‘Karnival ini juga bermatlamat membaik pulih nilai-nilai murni di kalangan masyarakat terutama generasi muda bagi menyelesaikan pelbagai masalah jenayah yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.

‘‘Di samping itu, ia dapat membudayakan pengetahuan mengenai pencegahan jenayah sebagai amalan hidup seharian dan memelihara serta memupuk nilai-nilai murni dalam diri agar dapat diguna sebagai perisai kepada pelbagai masalah sosial dan jenayah,‘‘ katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, Kamarudin berkata, pihaknya akan memperluaskan Inisiatif Desa Selamat ke semua daerah di negeri ini sebagai kaedah mengukuhkan nilai murni dan menyelesaikan masalah jenayah membabitkan komuniti.

Menurut beliau, inisiatif itu telah dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh, Johor pada 7 Ogos lalu sebagai pemangkin pelaksanaannya ke seluruh negara.

Katanya, Maran merupakan daerah kedua selepas Pagoh melaksanakan program Inisiatif Desa Selamat bagi mengukuhkan nilai-nilai murni di kalangan penduduk yang kian terhakis akibat arus pemodenan dan urbanisasi.

‘‘Inisiatif Desa Selamat dipengerusikan ketua polis daerah yang dianggotai ketua komuniti seperti penghulu, ketua kampung dan organisasi keselamatan seperti Rukun Tetangga, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan persatuan penduduk.

‘‘MCPF menggerakkan usaha ini yang mengandungi aktiviti yang dirancang membabitkan pihak polis dan orang ramai dalam komuniti untuk bersama-sama menyelesaikan masalah setempat yang berkaitan dengan jenayah.

‘‘Pada masa sama semua penduduk dalam komuniti perlu berusaha mewujudkan persekitaran fizikal yang boleh menangani jenayah sekali gus mencegah kegiatan jenayah lebih awal,‘‘ katanya.

Menurutnya, pendekatan Inisiatif Desa Selamat adalah untuk mencari penyelesaian masalah dalam konteks keperluan penduduk tempatan kerana mereka lebih mengetahui mengenai situasi kawasan kediaman masing-masing.

Pendekatan itu juga, jelasnya, warga penduduk diiktiraf sebagai golongan yang dapat memainkan peranan secara langsung mencegah jenayah kerana ia selari dengan konsep ‘mencegah lebih baik daripada mengubati.’

‘‘Inisiatif Desa Selamat ini juga mengiktiraf keselamatan desa sebagai sebahagian daripada dasar awam yang terpenting dalam kehidupan untuk meningkatkan keselamatan bersama,‘‘ katanya.

Menurut Kamarudin, Inisiatif Desa Selamat juga bermaksud membina hubungan baik sesama penduduk berbilang kaum dengan berlandaskan nilai-nilai murni di samping dapat memperkukuhkan konsep kejiranan.

Tambah beliau, komuniti selamat dapat meningkatkan kualiti kehidupan seperti keselamatan untuk orang ramai, pengurangan kadar jenayah, peningkatan produktiviti, daya saing dan penurunan dalam pelbagai kos sosial.

Tegasnya, membudayakan pencegahan jenayah amat penting bagi mencapai matlamat komuniti selamat apabila keselamatan rakyat didahulukan dan diutamakan seiring gagasan 1Malaysia yang mewujudkan negara selamat, sejahtera dan bersatu padu.

‘‘Dengan memperkasakan nilai-nilai murni ini, kebarangkalian untuk menyelesaikan pelbagai kepincangan sosial di negara ini adalah lebih tinggi sekali gus mendidik rakyat menjadi ahli yang proaktif untuk mencegah jenayah,‘‘ katanya.

Wednesday, November 24, 2010

Tipu Internet

Kawan sembang 'makan' kawan


PETALING JAYA: Malang bertimpa-timpa. Niat mahu membantu rakan yang baru dikenali melalui laman sembang membawa padah kepada seorang ahli perniagaan apabila dia kerugian RM75,000 selepas diperdayakan tiga individu dipercayai anggota sindiket penipuan.

Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my Mangsa yang berusia 37 tahun pada mulanya mengenali seorang lelaki Julai lalu dalam laman sembang yang mengaku dia anggota polis dan memerlukan wang untuk menguruskan polisi insurans yang didakwa milik bapanya yang baru meninggal dunia bernilai RM1 juta.


Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata mangsa memasukkan wang RM30,000 ke dalam akaun lelaki terbabit yang berjanji akan membayar kembali wangnya selepas segala urusan selesai.

“Bagaimanapun, selepas wang terbabit dimasukkan mangsa tidak menerima sebarang panggilan daripada lelaki terbabit dan ketika dia menanti jawapan itu seorang wanita pula menghubunginya.


“Wanita itu mendakwa dia seorang pegawai daripada syarikat insurans dan memberitahu anggota polis yang dikenali mangsa sudah meninggal dunia, namun dia ada meninggalkan wasiat untuk mangsa,” katanya.


Menurutnya, wanita itu memberitahu mangsa yang dia terpaksa membayar yuran untuk memproses wasiat yang ditinggalkan lelaki terbabit.


“Wanita terbabit meminta mangsa memasukkan lagi RM30,000 ke dalam satu akaun dan mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memasukkan wang seperti diminta.


“Mangsa memasukkan wang berkenaan beberapa kali ke dalam akaun itu, bagaimanapun selepas beberapa lama menunggu tiada sebarang jawapan daripada wanita terbabit,” katanya.

Katanya, mangsa menghubungi wanita terbabit dan dimaklumkan dia baru lepas bersalin dan meminta mangsa bersabar.


“Tidak lama selepas itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa kakitangan sebuah bank dan memberitahunya segala proses sudah siap dan cek untuknya sudah dikeluarkan.


“Bagaimanapun, wanita terbabit meminta mangsa memasukkan RM7,000 lagi kononnya untuk pembayaran yuran transaksi dan meminta dia menunggu panggilan selepas segala proses selesai,” katanya.


Arjunaidi berkata, mangsa sekali lagi mengikut arahan diberikan, namun selepas beberapa lama menunggu dia langsung tidak menerima sebarang khabar atau panggilan daripada wanita terbabit.


“Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis, kelmarin selepas dia gagal menghubungi semua suspek. “Berikutan itu, dia mengalami kerugian RM75,000 keseluruhannya dan polis percaya ini sindiket yang merancang untuk menipunya,” katanya.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Thursday, November 18, 2010

Jerat

Jerat gadis tebus dosa
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru berkenalan dengan seorang gadis beberapa hari lalu tidak menyangka kekasih barunya itu adalah ahli sindiket peras ugut yang sengaja memerangkapnya sebelum memaksa membayar wang tebus dosa jika mahu dibebaskan.

Kumpulan dianggotai gadis berkenaan bersama beberapa lelaki lain dikesan sengaja menggunakan taktik itu sebagai umpan untuk memikat mangsa selain menjalin hubungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum mengajak mangsa bertemu.


Sebaik bertemu, anggota lelaki kumpulan itu akan muncul sebelum menyalahkan mangsa dengan menuduhnya mengganggu gadis itu yang didakwa teman wanita salah seorang daripada mereka.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat swasta dikatakan baru mengenali seorang gadis beberapa hari lalu sebelum mereka saling berbalas SMS.


Menurutnya, mangsa yang tinggal di Sunway, Subang Jaya mendakwa menerima SMS daripada gadis itu kira-kira jam 1 pagi kelmarin.


“Gadis terbabit sengaja mengatakan rindu kepada mangsa kemudian mengajak bertemu di sebuah kelab malam di ibu kota. “Mangsa yang teruja dengan godaan gadis berkenaan segera memandu kereta untuk bertemu dengannya tanpa mengetahui mengenai latar belakang gadis itu dengan tepat.


“Mangsa yang tiba ke lokasi dijanjikan di Jalan Doraisamy, sejam kemudian segera keluar dari kenderaan sebelum bersalaman dengan gadis terbabit tanpa curiga,” katanya.


Namun mangsa terpinga-pinga apabila muncul lima lelaki tidak dikenali yang bertindak mengepungnya. Salah seorang daripada mereka merampas kunci kereta selain berpura-pura menuduh mangsa perampas kekasih orang.

“Salah seorang lelaki itu sengaja mengajukan soalan mengapa mangsa sengaja menyentuh gadis yang didakwa miliknya. “Mangsa cuba memberi penjelasan namun kumpulan itu enggan mendengar alasan sebelum menyerang mangsa.


“Kumpulan itu sengaja menumbuk kepala dan tubuh mangsa beramai-ramai sebelum mengugut mangsa membayar wang tebus dosa sebanyak RM3,600 jika mahu dibebaskan,” katanya.


Bagaimanapun, mangsa memberitahu tidak membawa wang sebanyak itu dan hanya memiliki wang RM1,800 dalam dompetnya. “Suspek merampas semua wang mangsa sebelum memulangkan kunci kereta. Kumpulan itu melarikan diri bersama gadis terbabit yang langsung tidak membantu mangsa ketika diserang.


“Mangsa yang membuka kereta bagaimanapun terkejut apabila mendapati minyak wangi dan pelbagai barang berharga di dalam kenderaannya hilang. “Mangsa yang kerugian lebih RM4,000 kemudian membuat laporan polis,” katanya.


Susulan laporan kejadian peras ugut itu, polis segera menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana jenayah rompakan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Jenayah Depan Rumah

Peguam mati dibunuh depan rumah

IPOH 17 Nov. - Seorang peguam mati selepas diserang empat lelaki bersenjatakan pisau Rambo di depan rumahnya di Taman Desa Rishah, Buntong, di sini semalam.

Mangsa, G. Balasumdram, 57, yang cedera parah di badan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pukul 9 malam, selepas kira-kira empat jam menerima rawatan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof berkata, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa turun daripada keretanya selepas pulang dari pejabat.

Katanya, isteri mangsa, L. Pusphalatha, 48, yang mendengar bunyi bising berlari keluar rumahnya sebelum menemui Balasumdram berlumuran darah.

"Mangsa dikejarkan ke HPRB namun meninggal dunia semasa dirawat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zakaria menambah, keempat-empat suspek itu kemudian melarikan diri dengan dua buah motosikal.

"Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan belum ada sebarang tangkapan setakat ini," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di talian 05-2451222 untuk membantu siasatan.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki, G. Somaskanthar yang berusia lima tahun.

Sementara itu, adik mangsa, G. Kamala, 48, ketika ditemui di HRPB malam semalam berkata, kali terakhir dia berjumpa Balasumbram adalah pada perayaan Deepavali lalu.

Katanya, mangsa merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.

Sementara itu, jiran Balasumdram, S. Elizabeth berkata, dia nampak mangsa ditikam oleh empat lelaki bertopeng semasa turun daripada keretanya.

"Saya tinggal bertentangan dengan rumah mangsa dan bergegas datang untuk memberikan bantuan setelah mendengar dia menjerit.

"Mangsa meminta saya memanggil ambulans dan selepas itu dia tidak sedarkan diri," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, November 17, 2010

Penyamun Remaja



Atuk tembak mati perompak remaja
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di rumah mangsa, semalam.
PETALING JAYA: Cemas melihat dua cucunya diacu dengan parang, seorang datuk bertindak pantas mengambil senapang patah sebelum melepaskan tembakan ke arah seorang perompak berusia 17 tahun yang menceroboh rumah teres dua tingkat milik mereka di Sungai Way, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi, lelaki berusia 70 tahun itu yang juga bekas mandur estet berada di tingkat atas rumahnya apabila terdengar bunyi bising di tingkat bawah sebelum terlihat seorang remaja lelaki mengacukan parang kepada pembantu rumah serta dua cucunya berusia lapan dan 10 tahun.


Warga emas itu masuk ke biliknya untuk mengambil selaras senapang patah dan ketika bergegas turun dia terserempak suspek yang pada masa sama menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

Dengan pantas, dia melepaskan dua das tembakan dan satu daripadanya mengenai rusuk remaja itu sebelum rebah di atas tangga.


Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata perompak remaja yang terkena tembakan itu mati ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Menurutnya, ketika kejadian ada lima penghuni dalam rumah itu iaitu lelaki warga emas berkenaan, anak lelaki dan dua cucunya serta seorang pembantu rumah.


“Siasatan awal mendapati lima suspek terbabit kes itu. Tiga daripada mereka menunggu dalam kereta sementara seorang berkawal di pintu rumah. Hanya remaja yang mati ditembak itu masuk ke rumah.


“Sebaik memasuki rumah, remaja itu mengacu parang kepada pembantu rumah serta mengugut untuk membunuh dua kanak-kanak yang ketika itu berada di tingkat bawah sekiranya bapa kanak-kanak terbabit enggan memberi kerjasama menyerahkan barang berharga kepadanya,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Khaw berkata, selepas perompak remaja itu ditembak pemilik rumah menggunakan senapang patah miliknya, rakannya yang berkawal di pintu rumah segera lari masuk ke dalam kereta bersama tiga rakan yang lain sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian.


Sehubungan itu, katanya, polis kini giat memburu keempat-empat suspek terbabit yang dipercayai berusia antara 17 dan 20 tahun.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata,” katanya.


Sementara itu, ibu suspek yang ditembak meraung ketika datang menuntut mayat anak sulungnya itu di PPUM di sini, petang semalam.


Wanita berusia 40 tahun itu memberitahu dia tidak menyangka anaknya terbabit kegiatan samun berkumpulan berikutan selama ini dia diberitahu anaknya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kenderaan.


Menurutnya, dia cuba menghubungi anaknya kira-kira jam 11 pagi semalam, namun panggilannya tidak dijawab menyebabkan dia menghantar SMS bagi mengetahui keadaan anaknya itu.


“Saya amat terkejut apabila polis datang ke rumah dan memberitahu anak saya mati ditembak kerana melakukan rompakan.


“Saya sedih kerana suami saya masih meringkuk di penjara selepas terbabit kes pukul dan kini anak saya terbabit kes jenayah,” katanya.

Kerana Dendam

Kerani koma diserang celoret meninggal dunia

SHAH ALAM 16 Nov. – Selepas dua hari koma dengan keadaan lengan kiri hampir putus dan perutnya pula hampir terburai diserang dengan celoret, seorang kerani sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, meninggal dunia awal pagi ini.

Rashidi Mohd. Saman, 27, yang dipercayai diserang oleh dua lelaki Indonesia kerana dendam, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini, pukul 5.30 pagi.

Sebelum dimasukkan ke HTAR, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan cedera parah di tepi Jalan Muhibbah, Kampung Padang Jawa, di sini pukul 10.15 malam, Ahad lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, sebelum diserang, mangsa sedang menunggang motosikal bersama teman wanitanya, Zullfa Ismail @ Puteri, 20.

Beliau berkata, semasa tiba di tempat kejadian, dipercayai dua lelaki Indonesia yang juga menaiki sebuah motosikal tiba-tiba menyerang mangsa dengan celoret.

“Suspek dipercayai menggunakan celoret untuk mengelar perut dan tangan kiri mangsa ketika kedua-dua mereka berada di atas motosikal hingga menyebabkan mangsa dan teman wanitanya terjatuh.

“Mangsa dipercayai ditinggalkan selepas kejadian sementara teman wanitanya menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Nor Azam, orang awam yang ternampak mangsa segera membawanya ke klinik berhampiran untuk dirawat sebelum menghubungi pihak polis.

Bagaimanapun kata beliau, mangsa yang kritikal telah dipindahkan ke HTAR pada malam sama.

“Selepas dua hari dirawat di HTAR, mangsa disahkan meninggal dunia awal pagi ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, kematian mangsa disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya kini sedang mencari Zullfa yang berstatus isteri orang, mempunyai seorang anak dan bekerja sebagai tukang cuci di IPT tempat mangsa bekerja.

Kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dan tahu di mana Zullfa diminta menghubungi talian 03-5510 2222 atau mana-mana balai terdekat bagi membantu siasatan.

Maut Pecah Rumah


Remaja pecah masuk rumah mati ditembak


ANGGOTA polis memeriksa kediaman di mana seorang remaja ditembak mati di Jalan SS8/8, Kelana Jaya, semalam.

PETALING JAYA 16 Nov. - Seorang bekas penyelia ladang berusia 70 tahun bertindak berani apabila menembak mati seorang suspek berusia 17 tahun dengan senapang patahnya ketika remaja itu memecah masuk rumahnya di Jalan SS8/8, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.40 pagi, suspek bertindak memecah masuk dengan mengumpil pintu rumah dua tingkat tersebut bersama seorang rakannya manakala tiga lagi rakan mereka menunggu di luar rumah.

Kesemua suspek dipercayai berusia lingkungan 17 tahun hingga 20-an yang aktif melakukan jenayah samun di sekitar Lembah Klang.

Salah seorang suspek yang bersenjatakan parang menawan tiga ahli keluarga mangsa dan orang gaji di tingkat bawah manakala seorang lagi naik ke atas bilik mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, mangsa yang menyedari kejadian itu, mengambil senapang patah miliknya lalu melepaskan dua das tembakan.

"Satu tembakan tersasar manakala satu lagi mengenai rusuk suspek. Suspek yang dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Kok Chin, rakan suspek yang menunggu di tingkat bawah terkejut mendengar bunyi tembakan itu lalu melarikan diri bersama rakan-rakannya dengan menaiki sebuah kereta.

Katanya, ketika melarikan diri, suspek berjaya mengambil satu telefon bimbit dari dalam rumah terbabit.

Beliau berkata, pihaknya sedang memburu rakan-rakan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, November 10, 2010

Jenayah Rogol

Minda: Percaya punca jenayah rogol


KES jenayah berkaitan keganasan seks seperti rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan semakin meningkat sejak lima tahun lalu. Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 ialah 2,427 kes manakala 2,943 (2006); 3,689 (2007); 3,986 (2008) dan 4,238 (2009), keseluruhannya 17,283 kes.

Jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 pada 2009 iaitu peningkatan 1,197 orang. Manakala bagi jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah 1,437 orang di mana bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 (2006); 304 (2007); 228 (2008) dan 187 (2009).


Menurut statistik dikeluarkan polis, daripada keseluruhan 13,134 kes dilaporkan sepanjang 2000 hingga 2008, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu 2,403 kes, diikuti Johor (2,186), Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847), Pahang (722), Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134). Secara relatifnya, kemajuan sesuatu negeri dilihat menyebabkan bilangan penduduk bertambah serta menjadi tumpuan ramai dan secara logiknya, lebih ramai populasi penduduk maka lebih tinggi kadar jenayah yang berlaku.

Namun begitu, menurut penganalisis jenayah dari Yayasan Pencegahan Jenayah, Kamal Affandi Hashim, jumlah laporan kes rogol yang tinggi bagaimanapun tidak mencerminkan terlalu banyak jenayah tersebut berlaku di negara ini dan sebaliknya bilangan laporan yang tinggi bermakna wujud kerjasama erat dan jaringan yang baik antara masyarakat dan polis. Ini kerana lebih banyak kes dilaporkan bermakna orang ramai kini lebih bersedia untuk tampil membuat laporan jenayah dan lebih baik berbanding kes yang disembunyikan. Dalam kes rogol misalnya, ramai mangsa serta keluarga enggan membuat laporan kerana malu sedangkan mereka tidak bersalah dan tidak perlu berperasaan sedemikian.


Secara amnya, faktor umur dan tahap kematangan remaja menyebabkan mereka terbabit dalam jenayah rogol walaupun ada elemen suka sama suka dan mangsa mengenali perogol.


Faktor tertentu seperti suasana persekitaran keluarga juga membuatkan remaja mudah terlibat dalam hubungan seks bawah umur dan banyak kes rogol dilaporkan berpunca daripada perasaan terlalu mempercayai pasangan menyebabkan mangsa bersetuju untuk melakukan hubungan seks.


Siasatan turut mendapati kebanyakan kes berlaku apabila mangsa lari dari rumah dan dalam sesetengah kes, ada mangsa menghilangkan diri sehingga berbulan-bulan di mana setelah dijumpai semula, mangsa membuat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki. Polis Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan 40 daripada 56 kes rogol dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini membabitkan mangsa di bawah usia 16 tahun. Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah sebahagian besar kes tersebut melibatkan mangsa melakukan perbuatan itu atas kerelaan sendiri. Meskipun demikian, golongan terbabit tetap dianggap melakukan jenayah kerana melakukan persetubuhan dengan gadis di bawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi undang-undang serta boleh didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574). Kementerian Pelajaran turut mengesan 21 kes pelajar mengandung luar nikah di sekolah bandar dan luar bandar antara tahun 2006 dan 2010 di mana 12 kes yang direkodkan di sekolah luar bandar sementara sembilan kes lagi di sekolah bandar. Sebanyak 20 kes mengandung luar nikah itu berlaku berdasarkan suka sama suka antara pelajar dan pasangan mereka sementara satu kes melibatkan jenayah rogol. Semua kes ini dikumpulkan berdasarkan sumber laporan akhbar, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah terbabit dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagaimanapun, pelajar yang dilaporkan mengandung luar nikah tidak boleh dibuang dari sekolah mengikut Akta Pendidikan 1966 tetapi akan dinasihatkan bercuti sehingga mereka bersalin.


Oleh itu, melihat perkembangan semasa dan statistik jenayah rogol dinasihatkan agar ibu bapa sentiasa memastikan anak gadis mereka tidak terjebak dalam kegiatan maksiat atau menjadi mangsa rogol yang didapati kian meningkat sejak kebelakangan ini. Kebanyakan kes rogol yang dilaporkan bukan daripada jenis kekerasan, sebaliknya atas kerelaan mangsa terutama dari kalangan remaja perempuan bawah umur yang terlibat melakukan hubungan seks. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak gadis masing-masing supaya tidak terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh memberi kesan kepada masa depan anak mereka.


Di samping didikan agama yang mantap dan berterusan, ibu bapa termasuk masyarakat perlu memberi perhatian sewajarnya terhadap gejala tersebut bagi mengelakkan ia berlarutan menjadi serius hingga sukar ditangani kelak. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak dan bukan saja diserahkan kepada pihak berkuasa seperti polis atau pejabat agama untuk menanganinya. Masyarakat perlu mengambil iktibar daripada pelbagai laporan media mengenai kejadian rogol ini dan menjaga anak mereka supaya tidak menjadi mangsa rogol. Masalah sosial ini berterusan berikutan naluri kedewasaan pelajar di samping kebebasan keterlaluan yang diberi keluarga sehingga ada kejadian berkenaan berlaku di rumah dan bilik pelajar itu sendiri.


Malah, kerajaan juga wajar menggubal dan meluluskan undang-undang baru lebih berat terhadap perogol kanak-kanak. Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, undang-undang sedia ada sudah begitu lama dan apa yang berlaku pada masa kini pula jauh berbeza dari dulu termasuk gambar lucah dan pornografi yang begitu mudah didapati. Sebelum itu, peguam terkenal, Karpal Singh meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati di mana mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan. Kerajaan juga tidak boleh bertolak ansur dengan pelaku jenayah itu dan isu ini tidak wajar dipandang ringan serta masyarakat perlu mengecam jenayah rogol membabitkan kanak-kanak.


Dalam satu kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi dalam Nisam Ahmad melawan Pendakwa Raya (2010), di mana Yang Arif Hakim memutuskan hukuman yang dijatuhkan hendaklah mengandungi elemen yang berfungsi untuk menghukum pesalah dan juga mencegah orang lain yang mempunyai niat sama untuk melakukan, mengulangi atau meniru kesalahan atau jenayah yang sama. Hukuman itu hendaklah juga menunjukkan betapa seriusnya jenayah tersebut serta meninggalkan ingatan ‘that it does not pay to commit such crime’. Ini kerana dalam jenayah rogol bawah umur, mangsa adalah kanak-kanak yang masih naif tidak tahu betapa ganasnya dunia di luar sana. Perogol mengambil kesempatan sepenuhnya di atas kenaifan mangsanya untuk memerangkap dengan tipu daya dan seterusnya membiarkan nafsu liarnya ke atas mangsa. Perbuatan perogol nyata amatlah kejam, keji lagi terkutuk pada pandangan masyarakat baik dari sudut moral, agama, budaya, latar belakang mahupun dari segi undang-undang. Masyarakat secara umumnya tidak boleh bertoleransi terhadap jenayah kejam ini dan dengan itu hukuman yang dikenakan hendaklah juga mencerminkan ‘the public’s intolerance and abhorrence’ ke atas jenayah yang seperti ini lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak-anak yang masih mentah.

>Penulis seorang peguam

Saturday, November 6, 2010

Samun


Dicekup 15 minit lepas samun



RAMPAS...antara barangan yang dirampas daripada perompak, semalam.
GOMBAK: Tiga lelaki ditahan dalam tempoh 15 minit sejurus selepas menyamun sebuah kedai runcit, di Selayang Baru, di sini pagi kelmarin.

Ketiga-tiga suspek berusia 18 hingga 26 tahun terbabit menyamun kedai berkenaan selepas berpura-pura menyamar sebagai pelanggan.


Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, seorang daripada suspek masuk ke kedai itu sebelum berpura-pura bertanya sama ada kedai berkenaan menjual minuman keras.

“Bagaimanapun, pemilik kedai memberitahu premisnya tidak menjual minuman keras menyebabkan suspek naik angin dan memarahi mangsa.


“Suspek yang tidak berpuas hati keluar dari kedai berkenaan sebelum datang semula beberapa minit kemudian membawa sebilah parang. Suspek sekali lagi bertanya soalan sama kepada mangsa,” katanya.


Menurutnya, dalam keadaan mangsa masih terpinga-pinga, dua lagi rakan suspek menyerbu masuk sebelum mengacukan parang ke arah mangsa.


“Suspek menyelongkar barangan di dalam premis itu sebelum mengambil rokok, wang jualan dan beberapa barang lain. Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri.


“Mangsa yang tidak dicederakan segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu sebelum polis menjalankan gerakan memburu suspek,” katanya.


Menurutnya, hasil tindakan pantas polis, ketiga-tiga suspek diberkas kurang 15 minit kemudian di kawasan berhampiran kedai berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan penahanan ketiga-tiga lelaki terbabit. “Semua suspek ditahan jam 11.45 pagi pada hari sama kejadian. Hasil pemeriksaan menemui sebilah parang, dua cota warna hitam, enam pucuk pistol mainan plastik, sebilah pisau lipat, tujuh telefon bimbit, dan pelbagai barangan runcit hasil samun kedai berkenaan,” katanya.


Beliau berkata, semua suspek direman sehingga Isnin ini dan setakat ini pihaknya masih menyiasat sama ada mereka terbabit dalam kes rompakan lain atau tidak.