Saturday, October 29, 2011

samun di lampu isyarat

Pecah dan samun di lampu isyarat menjadi-jadi

PETALING JAYA 28 Okt. - Kes pecah cermin kereta sebelum menyamun membabitkan pemandu wanita dikesan semakin menjadi-jadi di Lembah Klang sejak kebelakangan ini dengan tiga kes terbaru dilaporkan berlaku Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, dalam ketiga-tiga kes itu, mangsa dilaporkan disamun oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal semasa berhenti di lampu isyarat dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Beliau berkata, mangsa pertama merupakan seorang pengarah sebuah syarikat berusia 45 tahun yang memberhentikan kenderaannya di lampu isyarat Jalan PJS 8/2 di sini.

"Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, mangsa kehilangan beg tangan yang berisi RM500, telefon bimbit dan iPad," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Meor Hamdan berkata, dua lagi wanita dilaporkan menjadi mangsa penjenayah menggunakan modus operandi sama ialah seorang kakitangan bank dan jurujual kereta, masing-masing berusia 24 dan 27 tahun.

Beliau berkata, kakitangan bank terbabit disamun pada pukul 5.30 petang semasa berada dalam kereta di Jalan 16/10, manakala jurujual kereta pula menjadi mangsa selang 25 minit kemudian di SS 20/10.

Katanya, mangsa masing-masing mengalami kerugian berjumlah RM1,500 dan RM900.

"Daripada tiga kes tersebut, dua mangsa disamun semasa berhenti di lampu isyarat dan seorang terperangkap dalam kesesakan," katanya sambil menasihatkan pemandu supaya berhati-hati selepas ini.

Friday, October 28, 2011

datuk palsu

Datuk palsu Singapura terjerat

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU - Tembelang seorang rakyat Singapura yang menyamar ahli perniagaan bergelar Datuk untuk menipu wang hampir RM1 juta milik seorang lelaki terbongkar apabila dia ditahan di rumahnya di Jalan Setia Tropika di sini 21 Oktober lalu.

Suspek bergelar Datuk Mohd. Shah berusia 58 tahun tersebut ditahan selepas polis menjalankan siasatan berhubung empat laporan yang dibuat seorang ahli perniagaan apabila dia gagal mendapatkan perkhidmatan seperti yang ditawarkan.

Antara perkhidmatan itu ialah mendakwa mampu membantu mangsa mendapatkan lesen senjata api, kontrak membuat longkang, mendapatkan nombor pendaftaran WWW 1 bersama kelulusan memakai cermin gelap dan pinjaman hingga RM5 juta.

Difahamkan, suspek telah bergiat sejak beberapa bulan lalu dan telah memperdaya beberapa lagi individu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, mangsa yang terpedaya dengan penipuan suspek kemudian telah menyerahkan RM946,560 secara berperingkat.

"Wang itu sebagai upah untuk suspek menguruskan keempat-empat perkhidmatan yang tidak wujud tersebut. Siasatan mendapati suspek yang menetap di sini bersama isterinya juga tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk.

"Suspek juga didapati telah beberapa kali bertemu dengan mangsa dan berpura-pura untuk membantu ahli perniagaan tersebut," katanya.

curi bagasi

Polis tahan suspek curi bagasi


Imran Abdul Rahman (kiri) dan timbalannya, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin menunjukkan bagasi mangsa kecurian di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, semalam.


SEPANG 27 Okt. - Polis berjaya membongkar kes kecurian bagasi yang berlaku sejak awal tahun ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah menahan tiga lelaki warga asing berusia lingkungan 50-an di Ampang, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, tangkapan itu hasil siasatan polis terhadap aduan seorang penumpang di KLIA apabila sebuah beg yang dibawa bersamanya hilang disyaki dicuri.
Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Sepang menyerbu sebuah kondominium di Ampang dan berjaya merampas 16 unit beg pelbagai jenis, sebuah komputer riba, lima utas jam tangan dan tiga cermin mata.
"Polis mendapat laporan pada Sabtu lepas seorang penumpang yang akan ke Kota Kinabalu kehilangan beg yang mengandungi sebuah Ipad, satu cermin mata, sebatang pen dan dokumen ketika diletakkan di atas troli semasa hendak mendaftar masuk.
"Kemudian pada Selasa lalu sekitar pukul 6 petang polis menyerbu kondominium yang dijadikan tempat penginapan mereka dan menahan dua lelaki warga Peru dan seorang warga Sepanyol.
"Melalui siasatan yang kita jalankan, suspek turut mencuri di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti KLCC, hotel dan restoran dengan seorang suspek berlagak bertanyakan sesuatu manakala yang lain bertindak menarik perhatian orang ramai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.
Imran memberitahu, ketiga-tiga lelaki yang ditangkap kini ditahan reman hingga 7 November ini untuk siasatan lanjut.
"Polis percaya dengan tertangkapnya suspek-suspek ini kita berjaya membendung dan menyelesaikan 12 kes kecurian barang yang dilaporkan menggunakan modus operandi yang sama di KLIA.
"Justeru, kepada mangsa-mangsa yang kehilangan beg di KLIA dan pernah bersemuka dengan suspek diminta datang ke balai polis untuk pengecaman," katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Imran memberitahu, sepanjang tahun ini polis berjaya membuat tangkapan tujuh kes terhadap pemilikan senjata tiruan merupai senjata api di KLIA.
Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membeli senjata tiruan tersebut kerana ia menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh didakwa di bawah peruntukan 36 akta senjata 1960.
"Hasil siasatan mendapati terdapat tiga modus operandi yang diguna pakai untuk menyeludup senjata ini iaitu dengan membeli di luar negara dan membawa masuk sebagai barang permainan, beli di luar negara dan kemudian pos dalam bentuk bungkusan serta pos senjata tersebut dalam bentuk bungkusan ke pelbagai destinasi dalam Malaysia.
"Kepada sesiapa yang memiliki senjata tiruan walaupun untuk tujuan perhiasan boleh dihukum penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Thursday, October 27, 2011

kerani rembat 1 juta

Bekas kerani dicari bantu siasatan kehilangan RM1 juta

PULAU PINANG 26 Okt. - Polis memburu seorang kerani wanita yang dipercayai bertanggungjawab melarikan wang RM1 juta milik syarikat tempatnya bekerja dengan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun pihak ketiga setelah memalsukan tandatangan majikannya.

Suspek berusia 38 tahun disyaki melakukan jenayah itu antara 2006 dan 2009.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Asisten Komisioner Roslee Chik, berdasarkan siasatan polis, suspek telah mengeluarkan 49 cek syarikat kepada tiga akaun yang dimilikinya selain suami dan rakannya.

"Ia terbongkar kerana suspek tiba-tiba meletakkan jawatan. Majikannya membuat laporan polis pada Oktober 2009," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Roslee berkata, hasil siasatan mendapati suspek telah bekerja selama 16 tahun di syarikat itu dan sehingga kini dipercayai masih berada di negara ini.

"Suspek diamanahkan untuk menguruskan semua urusan yang berkaitan kewangan oleh majikannya, tetapi dia pula mengkhianati syarikat itu," katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan sama, Roslee berkata, polis mahu menghubungi Ooi Chew Gue (gambar), 38, yang beralamat di 33-09-12 Lorong Semarak Api 3, Desa Sri Swarna Bandar Baru, 11500 Air Itam bagi membantu dalam siasatan berkenaan.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Chew Gue diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Azrim Abu Bakar pada nombor telefon 04-5824222.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, October 26, 2011

seminar tipu orang

Anjur seminar tipu orang

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Hanya bermodalkan bijak berkata-kata, seorang wanita mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit pada satu-satu masa selepas memperdaya sejumlah mangsa menghadiri temu duga dan seminar.

Lebih mudah, wanita itu menggunakan kemudahan Internet serta kain rentang bagi mengiklankan kegiatan jenayahnya untuk mencari mangsa bagi menghadiri temu duga dan seminar yang tidak wujud.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek licik berusia 30-an itu turut menempah bilik atau dewan seminar di mana-mana hotel.

Suspek akan membayar tempahan hotel itu menggunakan cek yang akaun miliknya sudah ditutup.

Suspek kebiasaannya akan menempah hotel untuk tempoh dua hingga tiga hari untuk program tersebut.

Setiap mangsa yang terpilih dalam temu duga perlu menghadiri seminar yang dikenakan caj lebih kurang RM200 kononnya sebagai yuran penginapan dan makan.

Setakat ini, kegiatan penipuan yang dilakukan suspek sejak Jun lalu dikesan berlaku di Utara Semenanjung seperti Kedah dan Perak, dengan lima laporan polis diterima setakat ini.

Kes terkini, suspek mengiklankan di Internet dan kain rentang di sekitar Sungai Petani, Kedah kononnya dia mahu membuka sebuah sekolah agama di Sungai Petani.

Bagi merealisasi impian itu, suspek memerlukan beberapa kakitangan untuk menguruskan sekolah tersebut termasuk tenaga pengajar seperti guru agama.

Mangsa-mangsa yang berminat dengan iklan itu perlu menghadiri temu duga sebelum diminta mengikuti satu seminar berkaitan pengurusan sekolah terbabit yang turut dilakukan di hotel yang sama.

Difahamkan, mangsa-mangsa wanita tersebut mendakwa mereka berasa ditipu selepas suspek gagal dihubungi manakala seminar seperti dijanjikan di hotel itu pula tidak berjalan seperti yang dijadualkan.

Selain itu, pihak hotel turut diperdaya apabila wanita tersebut menyerahkan cek daripada akaun bank yang sudah tidak berfungsi.

Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Tajudin Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima lima laporan polis berhubung modus operandi itu yang dilaporkan di Kedah sejak bulan Jun lalu.

Monday, October 24, 2011

bersilat

Bersilat 20 minit halau penyamun

Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BUKTI …Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas 
di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin.

BUKTI …Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin.


JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.
“Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.

“Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.

Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.

“Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan bertindak pantas berusaha mengesan suspek sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada jam 8 pagi semalam.

“Suspek yang dalam keadaan keletihan ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, bersama dua bilah parang dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah itu,” katanya.

Sunday, October 23, 2011

tangani segera tipu internet

Tangani penipuan menerusi Internet

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Beberapa persatuan pengguna hari ini mendesak pihak berkuasa segera menangani kes penipuan menerusi Internet yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, antara langkah segera yang boleh diambil ialah dengan menyahaktifkan laman web jual beli yang merekodkan aduan tinggi kes penipuan daripada pengguna.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) harus bekerjasama membanteras perkara ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas statistik PDRM berhubung kes penipuan menerusi Internet yang semakin meningkat dengan kerugian mencecah lebih RM2.9 juta.

Kata Muhammad Shaani, selain pihak berkuasa, pengguna dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan tidak terlalu mudah terpengaruh dengan tawaran murah.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George menyokong tindakan menyahaktifkan laman web yang didapati melakukan jualan meragukan.

"Kalau PDRM mahu menangkap penipu yang menipu pengguna, ia sukar sama sekali kerana tiada maklumat betul dalam Internet.

"Dengan menyahaktifkan laman web yang mempunyai aduan penipuan tinggi, pastinya ia dapat menyelamatkan hak pengguna dan secara langsung kes seumpama itu akan berkurangan," katanya.

Jelasnya, persatuan itu menerima lebih 70 aduan berkaitan kes penipuan Internet dalam tempoh sebulan.

Saturday, October 22, 2011

musim membunuh

Tiga sekeluarga dibunuh


ANGGOTA polis memeriksa keadaan tiga beranak yang dibunuh kejam oleh suspek warga asing dalam kejadian rompakan di Sibu, Sarawak, semalam. - IHSAN/SINCHEW


SIBU 21 Okt. - Baru tiga hari negara dikejutkan dengan perbuatan kejam seorang gadis, dipercayai menikam dan mengelar bayinya yang baru dilahirkan di Ulu Layar, Betong, satu lagi jenayah tidak berperikemanusiaan berlaku di negeri ini malam tadi.

Kali ini tiga sekeluarga dibunuh dengan kejam setelah dihentak dengan lesung batu, ditikam dan dikelar pada leher dengan senjata tajam oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka di Sungai Empawah, dekat sini.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, Tiong Tan Ming, 69; anaknya, Tiong King, 35, dan menantu perempuannya, Peu Lee Mee, 32, maut akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Isteri Tan Ming, Peh Kim Eng, 50, yang turut dikelar pada leher dengan parang terselamat setelah berpura-pura mati sebelum melarikan diri ke rumah saudara mereka.

Difahamkan, semasa kejadian, keluarga malang tersebut sedang menikmati makan malam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail ketika dihubungi berkata, berdasarkan keterangan mangsa, pihaknya tidak menolak kemungkinan perompak itu merupakan warga asing.

Sehubungan itu, polis telah melancarkan operasi di penempatan pekerja asing berhampiran lokasi kejadian dan berjaya menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan.

"Setakat ini, polis menyiasat secara terperinci termasuk barang-barang mangsa yang disamun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di talian 084-364373 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian Isnin lalu, mayat seorang bayi ditemui dengan kesan kelar pada lehernya dan tikaman di perut sehingga terburai di bilik asrama perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar.

kena tipu beli melalui internet

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.

Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya.

Friday, October 21, 2011

sukar membukti pukau

Sukar buktikan penggunaan pukau


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Pukau bukan kesalahan jenayah yang boleh disabitkan hukuman sebaliknya ia taktik digunakan untuk memperdaya mangsa dalam melakukan aktiviti penipuan terancang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengakui polis ada menerima laporan mangsa yang mendakwa dipukau hingga kerugian harta benda atau wang.

“Polis akan mengenal pasti sama ada kejadian yang menimpa mangsa itu mempunyai elemen penipuan atau tidak meskipun mangsa mendakwa dipukau.
“Kesalahan menipu diperuntukkan dalam Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang mempunyai elemen memperdayakan,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini tiada peruntukan mengatakan pukau itu sebagai satu kesalahan jenayah maka atas alasan itu laporan mangsa disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, jika dilihat secara praktikal, sukar untuk memberikan keterangan dan mengemukakan bukti bahawa seseorang iaitu suspek menggunakan sihir.

Menurutnya, walaupun mangsa terkena pukau dengan cara tertentu seperti sentuhan, tiupan angin atau suara namun mereka berpeluang melihat wajah suspek.

“Ini boleh dijadikan sebagai pengecaman yang membantu memudahkan siasatan polis terhadap kes penipuan berkenaan,” katanya.
Katanya, sebelum ini, jenayah membabitkan tepuk bahu dikenal pasti berlaku di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) membabitkan tiga hingga empat suspek.

tepuk bahu lesap 50 ribu

Sekali tepuk RM50,000 lesap

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.
Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.


“Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.


“Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu,” katanya di sini, semalam.

mat afrika pengusaha dadah

Dadah: Pelajar Afrika catat jumlah tangkapan tertinggi

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Warga Afrika merekodkan bilangan pelajar negara asing tertinggi yang ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kegiatan dadah iaitu seramai 77 orang sejak Januari lalu sehingga kelmarin.
Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, daripada jumlah itu seramai 66 orang daripadanya, merupakan pengedar, manakala bakinya penagih dadah.
Dalam tempoh sama, statistik turut menunjukkan 11 tangkapan pelajar asing dari pelbagai negara utama termasuk Iran, Bangladesh dan China juga ditahan atas kesalahan sama.
Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, sindiket pengedaran dadah dari Afrika dikesan menggunakan modus operandi (MO) menawarkan upah yang lumayan kepada pelajar-pelajar asing untuk menyeludup masuk atau mengedar dadah di negara ini.
"Selain menyeludup dadah menggunakan pas pelajar, mereka dikesan sebagai pelancong atau ahli perniagaan yang masuk melalui lapangan terbang utama negara.
"Selain laluan udara, sindiket pengedaran dadah juga menggunakan jalan darat untuk menyeludup dadah terutamanya ganja.
"Dalam tempoh itu, seramai 43 warga Afrika direkodkan ditahan kerana menyeludup dadah di lapangan terbang utama negara ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Noor Rashid memberitahu, mereka yang ditahan menggunakan pelbagai taktik termasuk menyembunyikan dadah di dalam peket tembakau, bekas penyembur rambut dan penyembur badan serta bahagian tiang besi belakang beg.
"Kesemua taktik yang digunakan pengedar dadah ini berjaya dikesan dengan kawalan ketat anggota polis. Hasil tangkapan tersebut menunjukkan polis memandang serius dan komited untuk berusaha membebaskan negara daripada ancaman dadah dan dijadikan sebagai transit dadah di rantau ini," katanya.
Dalam pada itu, Noor Rashid memberitahu, seramai 132,851 rakyat tempatan dan warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dadah bagi tempoh Januari lalu sehingga kelmarin, berbanding 129,225 orang bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Katanya, jumlah rampasan pula dianggarkan bernilai RM201.11 juta dengan rampasan dadah paling popular seperti syabu sebanyak 679.34 kilogram berbanding 621.48 kilogram pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, statistik menunjukkan enam warga Afrika antara 14 warga asing ditahan kerana menyeludup dadah di sempadan negara, hampir setiap hari dalam tempoh 4 Oktober hingga 15 Oktober lalu.

sendikit awang hitam ke malaysia

138 warga Afrika ditahan


Warga Afrika berkeliaran di sekitar rumah kedai pada waktu malam di Mantin, Negeri Sembilan, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Seramai 138 warga Afrika yang merupakan pelajar di kolej swasta di negara ini telah ditahan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa yang mengakibatkan kerugian mangsa sebanyak RM940 juta.
Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendedahkan jumlah kerugian mangsa itu meningkat berbanding RM731 juta pada sepanjang tahun lalu dengan seramai 196 warga Afrika ditahan.
Kesemua mereka merupakan penuntut di 19 buah IPTS di sekitar Lembah Klang.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, kemasukan pelajar itu ke negara ini juga dipercayai telah diatur oleh sindiket warga negara tersebut hasil siasatan yang dijalankan pihaknya.
"Apabila ditahan suspek memberitahu mereka pelajar jurusan diploma dan ijazah namun terdapat dalam kalangan mereka tidak tahu membaca apatah lagi menulis.
"Dalam pemeriksaan lanjut dengan kolej tempat suspek menuntut pula, pusat pengajian tersebut menafikan warga asing terbabit adalah pelajar mereka sedangkan masing-masing mempunyai visa pelajar untuk berada di negara ini.
"Namun siasatan terperinci mendedahkan ada suspek telah memuat pendaftaran sebagai pelajar di kolej swasta dengan menggunakan nama palsu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, antara jenayah yang dikesan dilakukan oleh warga Afrika ialah penipuan kiriman barang, phishing dan Black Money.
Phishing boleh didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.
Tajuddin memberitahu, dalam penipuan tersebut penjenayah bukan sahaja menjadikan penduduk tempatan sebagai mangsa tetapi rakyat di negara lain.
"Negara ini dijadikan lokasi untuk melakukan penipuan sehingga melibatkan rakyat di negara lain dan akibat perbuatan itu, nama baik dan keselamatan negara terjejas.
"Malah penjenayah itu juga menggunakan nama agensi kerajaan, bank dan rakyat tempatan sebagai alat dalam melakukan penipuan," ujarnya.
Katanya, dalam siasatan JSJK sebelum ini pernah mendedahkan seorang daripada penjenayah warga Afrika berjaya membina sebuah hotel dengan kos jutaan ringgit di negara mereka hasil wang penipuan.
Menurutnya, kebiasaannya penjenayah dapat membina rumah bernilai jutaan ringgit dan hidup mewah selepas melakukan penipuan sepanjang tempoh 'belajar' di negara ini.

Thursday, October 20, 2011

ilmu asap rokok

Ilmu pengasih asap rokok

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam.

Mangsa mahu dikenali sebagai Siti, 32, berkata, melalui pengalaman dan cerita mangsa lain, semua perkenalan mereka dengan Din Kudung bermula sama ada di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin mahupun hentian bas lain.


Menurut Siti, pertemuan pertama dengan Din Kudung serta pengalaman mangsa lain membuktikan lagi telahan lelaki terbabit akan bertindak menghembus asap rokok ke muka mereka.

“Saya berkenalan dengan Din Kudung menerusi panggilan telefon dibuatnya pada awal September 2010 sebelum kami bertemu di hentian bas berhampiran sekolah tempat saya mengajar,” katanya.


“Kali pertama bertemu, Din Kudung banyak bercerita berkaitan diri saya seperti kehidupan peribadi serta mata pelajaran yang saya ajar, membuatkan saya menyenanginya dan mahu berkenalan lebih rapat,” katanya.


Lebih menghairankan, katanya, Din Kudung beberapa kali menghembuskan asap rokok ke mukanya dan mulanya terasa seperti mahu marah tetapi akhirnya hanya mendiamkan diri.

Click Here

“Sejak pertemuan itu, saya kerap bertemu Din Kudung yang turut mendakwa bertugas sebagai kontraktor dan mempunyai beberapa projek dalam pembinaan sekitar bandar raya ini.


“Lelaki terbabit turut membawa saya ke beberapa lokasi projek pembangunan sekitar bandar raya ini yang konon miliknya.

“Din Kudung mendakwa berdepan pelbagai masalah seperti pekerja ditahan Jabatan Imigresen dan kekurangan wang untuk meneruskan projek.


“Terpedaya dengan helah lelaki berkenaan, saya bersetuju membuat pinjaman bank RM50,000 di sebuah institusi kewangan di pusat bandar raya ini, pertengahan September 2010,” katanya.


Bagaimanapun, Siti terkejut kerana kurang tiga jam, urusan pinjaman itu diluluskan dan dia menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki itu.


Menurutnya, dua minggu kemudian, Din Kudung menghubunginya dan memaklumkan perlu RM50,000 lagi untuk menyelesaikan masalah kewangannya.


“Saya akhirnya setuju membuat pinjaman itu selepas didesak, ia diluluskan pada hari sama dan cek pula dikeluarkan atas nama seorang lelaki yang juga rakan kepada Din Kudung.


“Pertengahan Oktober pula, Din Kudung sekali lagi meminta saya membantunya dan saya menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan RM8,000 sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya,” katanya.


Menurut Siti, tidak lama kemudian, lelaki terbabit menghilangkan diri, malah turut menukar nombor telefon bimbitnya.


, Siti juga tertekan kerana Din Kudung berjanji konon mahu menjadikannya rakan niaga selain mengahwininya.


Siti berkata, awal tahun ini, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam sebelum dimaklumkan sebenarnya terkena ayat guna-guna dan diminta mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran.


Katanya, selepas beberapa kali berubat, baru dia dapat berfikir dengan waras.


“Saya akhirnya berjaya mendapatkan beberapa nombor telefon wanita lain yang menjadi mangsa Din Kudung dan apabila dihubungi, mereka turut mendakwa ditipu lebih RM100,000 seorang selain berkenalan di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin.


“Akibatnya, saya kini terpaksa menjelaskan hutang sebanyak RM1,200 sebulan kepada tiga bank dengan tempoh bayaran pinjaman antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.


Menurutnya, disebabkan jumlah hutang yang banyak, dia tidak boleh membeli rumah mahu pun menukar kereta kerana separuh daripada gajinya digunakan untuk melunaskan bayaran terbabit.


Berikutan itu, Siti membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, 25 Ogos lalu, dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Din Kudung bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsanya.

Wednesday, October 19, 2011

lari masuk balai

Peragut panik silap langkah


KLUANG - Dua peragut yang mengakibatkan kematian seorang warga emas awal bulan lalu, tersilap langkah apabila dalam keadaan panik, mereka melarikan diri ke Kem Tentera Mahkota di sini, selepas dikejar peronda polis ketika melakukan satu lagi jenayah samun, di Taman Intan, Isnin lalu.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1 pagi, 10 Oktober lalu, di mana kedua-dua suspek adalah penganggur berusia 28 dan 31 tahun, ditahan anggota keselamatan kem berkenaan kerana cuba masuk ke kawasan kem dan mereka kemudiannya di- serahkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, tangkapan dilakukan hasil risikan polis dan maklumat awam sehingga kedua suspek diberkas berikutan menyamun warga emas berusia 79 tahun di Jalan Yap Tau Sah, kira-kira jam 6.30 pagi, 1 September lalu.

“Warga emas berkenaan dikatakan berjalan pulang dari kedai kopi telah disamun suspek dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Mangsa akhirnya rebah setelah dipukul di kepala menggunakan objek keras dipercayai topi keledar oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri bersama seorang lagi suspek yang menunggang motosikal. Akibat kecederaan itu, mangsa dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek terlibat dalam lapan kes samun dan polis mempunyai bukti untuk mengaitkan mereka dengan kes samun yang menyebabkan kematian lelaki warga emas berkenaan.

Beliau berkata, suspek direman sehingga esok (hari ini) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Dalam kes berasingan, Ismail berkata, seorang lelaki cedera parah setelah diparang dan dipukul dengan kayu oleh seorang suspek dipercayai akibat tidak puas hati dengan urus niaga dadah antara mereka, di kawasan rumah murah, Renggam di sini, pada 10 Oktober lalu.

Ismail berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa terpaksa dimasukkan ke Hospital Kluang setelah patah tangan dan luka di bahu akibat serangan berkenaan.

Beliau berkata, hasil risikan, suspek berumur 27 tahun itu berjaya ditahan pada jam 1 pagi, 11 Oktober, lalu di sekitar daerah ini.

Menurutnya, hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.

mat aprika guan gadis tempatan

Guna taktik ‘perempuan tipu perempuan’


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
IPOH: Taktik ‘perempuan tipu perempuan’ (PTP) diguna pakai sindiket penipuan didalangi lelaki Afrika dikesan mengupah dua wanita tempatan untuk memudahkan mereka menjerat cinta wanita warga Malaysia.
Dua wanita tempatan berusia 30 hingga 40 tahun itu digunakan sindiket untuk memudahkan mereka menyamar dan berkomunikasi menggunakan laman sosial facebook atau Tagged dengan ramai mangsa sebelum mereka diperdaya membabitkan kerugian RM850,000.

Suspek wanita itu turut dibayar untuk menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) atau syarikat penghantaran kurier bagi meyakinkan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akuan ditetapkan.
Kegiatan penipuan licik itu bagaimanapun ditumpaskan selepas dua wanita tempatan diberkas bersama 13 ahli sindiket lain hasil beberapa serbuan awal bulan ini di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek didalangi 12 lelaki warganegara Nigeria dan seorang wanita Singapura, diberkas 7 Oktober lalu selepas polis melakukan siasatan rapi berhubung 44 laporan kes penipuan itu.

Menurutnya, ahli sindiket terlebih dahulu berkenalan dengan mangsa yang kebanyakannya wanita tempatan menerusi laman sosial facebook.

“Mangsa kemudian diperdaya dengan pelbagai janji palsu iaitu bakal menerima kiriman bungkusan hadiah berisi wang tunai dan barangan kemas,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, beberapa ahli sindiket lain menyamar sebagai pegawai Kastam atau syarikat penghantaran kurier sebelum menghubungi mangsa dan memberitahu kononnya bungkusan hadiah itu ditahan. “Mangsa dipujuk supaya membuat bayaran pelepasan dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bagi mendapatkan bungkusan itu.
“Wanita bekerjaya yang menjadi mangsa itu juga mudah jatuh cinta melalui laman facebook dan hanya menyedari ditipu apabila hadiah dijanjikan tidak sampai ke tangan selepas bayaran dibuat,” katanya.

Mohd Shukri berkata, hasil penahanan itu pihaknya merampas beberapa peralatan digunakan sindiket itu termasuk beberapa komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM11,500.

samun

Ikat, samun, rugi RM30,000

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KAJANG: Sepasang suami isteri bukan saja diikat tiga lelaki bersenjatakan tiga parang panjang, malah turut kerugian RM30,000 selepas rumah mereka disamun dalam kejadian di Sungai Long, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, pasangan terbabit sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki berparang dalam bilik tidur mereka.

Menurut sumber polis, mangsa terkejut selepas mendapati tiga lelaki dipercayai warga asing yang memakai topeng itu mengacukan parang ke arah mereka dan diberi amaran agar tidak melawan.
Katanya, mereka kemudian mengikat mangsa dengan menggunakan kain, manakala isterinya pula diikat menggunakan wayar elektrik.

“Mereka diletakkan di atas katil dengan dikawal seorang perompak bagi mengelakkan pasangan itu melepaskan diri.

“Mangsa dipaksa memberitahu tempat menyimpan barang berharga dalam rumah itu sekiranya mahu selamat,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, bimbang dicederakan, mangsa memberitahu tempat barang berharga mereka disimpan.

“Selepas menggeledah rumah mangsa, ketiga-tiga perompak itu melarikan diri. Mangsa yang melepaskan diri dari ikatan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang,” katanya.
Menurutnya, antara barangan berharga dilarikan perompak ialah barang kemas, telefon bimbit, kamera digital dan komputer riba. Semua dianggarkan bernilai RM30,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

sekolah menipu wanita malaysia

10 sekolah latih penipu

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.

Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.

“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.

“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.

Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.

kad kredit palsu

Sindiket kad kredit palsu tumpas



Tajuddin Md. Isa (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian kad kredit palsu yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 18 Okt. - Polis berjaya menumpaskan sindiket membuat kad kredit palsu terbesar di negara ini dengan menahan dua lelaki dan merampas sebanyak 3,246 keping kad kredit dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Puteri, Pelabuhan Klang, dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 6.30 petang yang dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak lima bulan lalu itu turut membongkar kegiatan sebuah syarikat yang berdaftar sebagai pembuat kad komersial dalam jenayah itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya menahan pemilik premis itu yang berusia 44 tahun dan pekerjanya berumur 21 tahun.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui ribuan kad kredit pelbagai bank tempatan dan luar negara yang dibuat menggunakan mesin berteknologi moden.

"Siasatan lanjut mendapati, sindiket itu bertanggungjawab membuat kad kredit termasuk meletakkan cip sebelum ia dijual kepada sindiket tempatan dan Eropah yang kemudian akan memasukkan palsu pengguna sebelum digunakan.

"Setiap keping kad kredit dijual serendah RM15 secara pukal kepada sindiket tertentu dan kad-kad tersebut dihantar melalui khidmat kurier kepada pembeli yang membayar wang pendahuluan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK di Bukit Perdana di sini, hari ini.

Tajuddin memberitahu, hasil serbuan tersebut JSJK turut merampas 11 jenis mesin yang digunakan oleh sindiket berkenaan untuk menghasil kad-kad kredit yang keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.
Beliau berkata, syarikat tersebut beroperasi sejak tujuh tahun lalu, namun mula membuat kad kredit palsu sejak lima bulan lalu.

Tambahnya, sindiket itu dikesan menghasilkan 50,000 keping kad kredit palsu setiap bulan untuk dijual kepada sindiket dalam dan luar negara.

Berikutan itu, katanya, JSJK akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan sindiket di Eropah yang membeli kad kredit itu untuk memasukkan data palsu.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tuesday, October 18, 2011

kolej melindungi penjenayah

Kolej sarang penjenayah?

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.
Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.
Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.
Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.

Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.
Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zahari Hassan memberitahu, pihak pengurusan dan pentadbiran lima kolej berkenaan telah dipanggil dan diberi amaran lisan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan selain memantau aktiviti pelajar mereka.

“Pihak kami dapati, segelintir pelajar asing kolej berkenaan mendaftar tetapi tidak memasuki kelas dan gagal dalam peperiksaan akhir.
“Berikutan itu, pihak kolej diminta mengemukakan keputusan peperiksaan serta rekod kehadiran ke kelas setiap pelajar warga asing sebelum pas mereka diperbaharui setiap tahun.
“Tindakan tegas boleh dikenakan termasuk menyenarai hitam kolej-kolej terlibat serta membatalkan serta-merta permit kelayakan pelajar asing,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan yang mula beroperasi di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta di sini hari ini.

Mohd. Zahari berkata, pihaknya mendapati kolej terbabit tidak mengambil berat prestasi dan memantau aktiviti luar pelajar asing.
Beliau tidak menolak kemungkinan pelajar terbabit ‘mengisi masa lapang’ dan menyalahgunakan pas pelajar dengan terlibat dalam kegiatan tidak sihat termasuk pengedaran dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

“Dalam serbuan yang dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain, ada pelajar wanita warga asing yang dipercayai pelacur tidak mengaku mereka terlibat dalam jenayah itu. Sebaliknya, mereka memberi pelbagai alasan termasuk pasangan dibawa itu kekasih mereka,” katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Monday, October 17, 2011

tipu internet

Elak ditipu penjenayah siber

KUANTAN 16 Okt. - Orang awam di negeri ini diminta supaya meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan penggunaan komputer dan telefon bimbit bagi mengelak ditipu oleh penjenayah siber.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Thomas Navamoney berkata, kedua-dua alat tekonologi itu semakin canggih dan memudahkan operasi sindiket berkaitan untuk menipu orang ramai.
Jelasnya, antara jenayah siber yang kerap dilaporkan ialah 'tipu macau', 'tipu parcel', menyamar anggota polis, tipu laman web palsu, jual beli barang melalui laman web, tipu tiket 'sport toto' dan tipu batu permata.
"Sindiket itu akan menyamar sebagai pegawai kerajaan dan arahkan mangsa memasukkan wang dalam akaun lain, memaparkan nombor telefon Bukit Aman, Bank Negara Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Sunday, October 16, 2011

tanya dulu baru samun

Guna taktik ‘tanya dan rembat’ sebelum samun

Oleh MOHD FAUZI ABDULLAH
fauzie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BENTONG: Satu sindiket dianggotai empat lelaki menggunakan taktik ‘tanya dan rembat’ iaitu bertanya alamat rumah seseorang sebelum menyamun mangsa dikesan aktif menjalankan kegiatan jahat mereka di daerah ini sejak akhir-akhir ini.
Difahamkan, geng berkenaan licik menyusun strategi hanya mensasarkan golongan wanita atau lelaki warga emas yang tinggal berseorangan di kediaman mereka sebelum menyamun rantai atau gelang emas dipakai mangsa.

Seorang suspek terbabit akan memberhentikan kenderaan di depan pintu pagar kediaman mangsa sebelum berpura-pura memanggil tuan rumah untuk bertanya alamat ke rumah seseorang.
Manakala tiga lagi rakannya yang lain akan menunggu di dalam kereta sambil berpura-pura membaca surat khabar.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akan terus melayan pertanyaan suspek.

Namun, tiba-tiba suspek bertindak agresif merentap rantai atau gelang tangan emas dipakai apabila keadaan ketika itu ‘mengizinkan’ sebelum pantas masuk ke dalam kereta serta melarikan diri.
Click Here

Dalam kejadian baru-baru ini, seorang pesara berusia 60 tahun kerugian RM3,000 apabila rantai emas dipakainya direntap selepas menerima ‘kunjungan’ geng terbabit.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia tinggal berseorangan di rumahnya apabila didatangi empat lelaki berusia lingkungan 20 tahun.
Katanya, seorang daripada suspek menunjukkan alamat rumah seseorang yang ditulis pada sekeping kertas apabila dia keluar ke pintu pagar rumah.

“Ketika dia menunjukkan kepada saya alamat itu, tiba-tiba sepantas kilat rantai emas yang saya pakai direntap sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor mengesahkan pihaknya menerima beberapa laporan mengenai kejadian seumpama itu.

Katanya, pihaknya percaya kegiatan itu didalangi suspek yang tinggal di luar daerah ini yang hanya datang secara bermusim untuk melakukan jenayah.

“Selain siasatan lanjut dilakukan untuk menangkap suspek, polis menasihatkan orang ramai supaya jangan melayan pertanyaan ‘orang asing’ jika bersendirian di rumah atau mencurigakan.

“Jangan sesekali keluar dari rumah dan melayan mereka kerana mungkin ia helah sindiket berkenaan untuk melakukan jenayah,” katanya sambil memaklumkan, ada juga beberapa kejadian yang tidak dilaporkan mangsa.

Menurutnya, modus operandi dilakukan suspek adalah taktik bermusim untuk memerangkap mangsa yang tinggal bersendirian dalam rumah sebelum menyamun mereka.

padah menyamun dlam keadaan mabuk

Penagih mabuk mati ditikam

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Tindakan seorang penagih dadah menyamun sekumpulan lelaki yang sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak berhampiran Plaza Puduraya di sini awal pagi ini, mengundang padah apabila dia mati ditikam dalam kejadian tersebut.
Sumber berkata, suspek dalam keadaan mabuk tidak berjaya mengambil apa-apa barang daripada mangsa kerana mereka melawan.
"Seorang daripada lelaki dalam kumpulan yang cuba disamun dipercayai berasal dari Sabah bertindak menyerang kembali suspek menyebabkan lelaki terbabit ketakutan dan melarikan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Sumber berkata, suspek dipukul sebaik sahaja ditangkap dan salah seorang lelaki terbabit bertindak menikam leher kirinya menyebabkan dia maut di tempat kejadian.

Saturday, October 15, 2011

kerja mencuri

Hidup mewah hasil jual kereta curi

HULU LANGAT 13 Okt. - Dua sahabat baik yang menjadikan kegiatan menjual kereta curi untuk hidup senang-lenang, akhirnya ditangkap hasil kecekapan polis menjejaki mereka
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, mereka dicekup baru-baru ini bersama sebuah kereta Proton Perdana dan Proton Wira yang dilaporkan hilang di Serdang dan Subang Jaya.
Menurutnya, polis berjaya menjejaki suspek yang merupakan penagih dadah selepas seorang mangsa melaporkan kehilangan kereta Proton Perdana miliknya di sebuah pasar raya di Balakong di sini pada 29 September lalu.
"Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya mengesan seorang daripada suspek di sebuah rumah di Taman Majlis Jaya, Kajang keesokan harinya.
"Bagaimanapun, lelaki terbabit cuba melarikan diri dengan memandu kereta Proton Perdana yang dicurinya sehingga terlibat dalam kemalangan dengan dua kereta sebelum dapat diberkas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Ab. Rashid berkata, pemeriksaan polis menemui satu beg hitam mengandungi empat ragum yang telah diruncing hujungnya, empat pemutar skru, lima kikir besi dan serangkai kunci kereta yang belum digunakan dipercayai peralatan untuk mencuri kenderaan.
Hasil siasatan lanjut, beliau berkata, polis berjaya menangkap rakan suspek di sebuah rumah di Sungai Chua, Kajang dan merampas sebuah kereta Proton Wira.
"Modus operandi kumpulan penjenayah itu adalah dengan mencungkil tempat kunci pada but belakang kereta dan kemudian membuat kunci pendua kenderaan itu.
"Perbuatan mencuri kenderaan itu bagaimanapun hanya dilakukan jika suspek menerima tempahan dan kereta yang dicuri akan ditutup dengan kain semasa disimpan bagi mengelak ia dikesan sebelum diserahkan kepada pembeli," katanya.
Ab. Rashid berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an itu apabila disiasat mengaku terlibat dalam 18 kes curi kenderaan pelbagai jenama di sekitar Lembah Klang sejak tahun lalu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, October 11, 2011

diculik

Culik sebelum solat Jumaat

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KULAIJAYA: “Saya terkejut apabila diacukan pistol di bahagian perut sebaik keluar dari kereta di pekarangan Masjid Bandar Putra di sini, Jumaat lalu.
“Ketika itu, saya terbayangkan wajah isteri dan anak sebelum lelaki itu mengarahkan saya duduk di tempat duduk belakang, manakala lelaki berkenaan dan dua rakannya memandu kereta keluar dari pekarangan masjid tanpa menghiraukan jemaah lain,” kata mangsa culik selama empat jam hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 51, semalam.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Faizal berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu, ketika dia dan anak lelakinya berusia 14 tahun menuju ke masjid berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di sini, untuk mengerjakan solat Jumaat.

Katanya, selepas menurunkan anak, dia terus mencari tempat meletak keretanya dan sebaik keluar dari kenderaannya, dia didatangi tiga suspek dengan seorang bersenjatakan pistol.

“Lelaki itu terus mengacu pistol ke perut saya dan tidak menghiraukan jemaah masjid dan orang ramai menyaksikan kejadian. Saya dipaksa masuk di tempat duduk belakang kereta BMW X5 saya.

“Suspek kemudian memandu kereta saya menuju ke kawasan ladang kelapa sawit di Gelang Patah,” katanya ketika ditemui, semalam.


Katanya, ketika menuju ladang sawit itu kereta dipandu suspek melanggar kenderaan pacuan empat roda berhampiran bandar Kulai kerana dipandu dalam keadaan melulu dan berbahaya.

Menurutnya, selepas hampir sejam dalam ladang berkenaan kumpulan penculik warga Indonesia itu kemudian menutup matanya menggunakan kain sebelum terdengar perbualan menyatakan ‘bos’ sudah tiba. Ketika itu, katanya, dia berdepan detik mencemaskan hampir empat jam dengan macam-macam kejadian tidak diingini mula bermain di fikirannya kerana bukan saja diacu pistol di perut, malah disembunyikan di sebuah ladang kelapa sawit untuk dipertemukan dengan ketua geng culik itu.

“Kemudian saya mendengar suara lelaki dipercayai warga tempatan mendakwa saya orang kaya, memiliki beberapa stesen minyak dan memaksa saya menghubungi isteri mendapatkan wang tebusan.

“Lelaki itu memberitahu jika mahu selamat, saya perlu memberikannya wang tanpa menetapkan jumlah bayaran yang dimahukan.

“Tanpa berfikir panjang, saya menelefon isteri saya yang juga pengusaha sebuah stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang bagi menyediakan wang sejumlah RM25,000,” katanya.

Menurutnya, ketika berbual lelaki berkenaan merampas telefon dan berbincang dengan isterinya berhubung lokasi pertemuan bagi menyerahkan wang tebusan.

“Pada mulanya, suspek meminta isteri saya menunggu di stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang sebelum menukar lokasi pertemuan di Taman Perling dan akhirnya, meminta isteri memberhentikan kenderaan dan menunggu di susur keluar Kempas Lebuhraya Utara-Selatan,” katanya.

“Suspek kemudian memasuki kereta dipandu isteri, sebelum memandu kenderaan berkenaan bersama wang tebusan sebanyak RM25,000 berserta isteri menuju ke sebuah ladang sawit di Seelong.

“Selepas memastikan wang tebusan, suspek kemudian menyuruh isteri menoleh ke belakang sebelum membawa lari kereta BMW 5 Series bernilai RM140,000 bersama wang berkenaan, meninggalkan isteri di ladang berkenaan berseorangan,” katanya.

Menurutnya, selepas suspek menerima wang tebusan itu dia dibebaskan di sebuah kampung berhampiran Seelong, kira-kira empat jam kemudian tanpa sebarang kecederaan dan membuat laporan polis di Balai Polis Kulai.