Friday, April 29, 2011

Kena Sogok


Pegawai Imigresen disogok RM2,000 sehari

ABU KASSIM menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2010 kepada Mohd. Radzi (kanan) di Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pegawai penguat kuasa termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara.

Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan disyaki menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.
Check out how Petronas can help to save your money!

"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam di Pelabuhan Klang, Selangor.

"Terdapat juga penguat kuasa dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram tanpa izin (PATI)," demikian menurut laporan itu.

Laporan tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamad kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di Parlimen semalam.

Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen perjalanan.

Berdasarkan laporan itu, daripada risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 PATI masuk ke negara ini setiap hari dan kira-kira 35 peratus daripada jumlah PATI itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelak prosedur pemeriksaan Imigresen.

Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.

Dua Kali Samun Kena Tangkap

Dua penjenayah ditahan selepas samun dua mangsa

JOHOR BAHRU 28 April – Sekumpulan enam penjenayah tidak sempat menikmati hasil samun apabila dua daripadanya ditahan bersama barangan yang disamun, di Jalan Sri Lanang, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, kesemua suspek yang bersenjatakan parang menyamun seorang wanita dan lelaki di jalan tersebut dan merampas barang berharga milik mangsa sebelum melarikan diri.

Beliau berkata, seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan itu memberi bantuan kepada mangsa dengan menghubungi pihak polis.

“Hasil daripada maklumat itu, dua daripada enam suspek berjaya ditahan oleh unit peronda polis di Jalan Lingkaran Dalam beberapa minit selepas kejadian, ketika sedang menunggang motosikal,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini semalam.

Zainuddin berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki itu menemui kad pengenalan mangsa, tiga kad bank dan telefon bimbit.

Beliau berkata, salah seorang daripada dua lelaki itu mempunyai rekod memiliki dadah dan polis kini sedang menggiatkan usaha untuk mengesan empat lagi rakan mereka yang masih bebas berkenaan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Penyamun Mati

Dua kali terkejut
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MARAN: Seorang peneroka yang terlelap di ruang tamu rumahnya ketika menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Real Madrid menentang Barcelona, awal pagi semalam, tergamam apabila dikejutkan tiga penyamun yang mengacukan parang di lehernya dalam kejadian samun di Felda Jengka 18, dekat sini.

Kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa Ramli Saad, 58, sekali lagi terkejut apabila diberitahu tiga penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya.


“Saya lihat ramai orang berkumpul di situ dan apabila sampai di sana, seorang rakan memberitahu ada penyamun kena tembak dan mereka adalah kumpulan yang menyamun saya,” katanya Ramli berkata, dia terjaga daripada tidur apabila badannya ditepuk seorang daripada tiga penyamun terbabit yang turut mengacu parang di lehernya sebelum tangannya diikat menggunakan dawai ampaian, manakala mukanya ditekup dengan tuala.

Selepas diikat dan diarahkan diam, penjenayah bertopeng dipercayai warga asing itu menggeledah rumahnya dan melarikan empat telefon bimbit serta wang tunai RM300.


Ramli yang juga pembekal baja berkata, ketika kejadian dia berseorangan di ruang tamu rumahnya, manakala isterinya, Normah Khalid, 53, dan tiga anaknya serta dua cucunya nyenyak tidur dalam bilik.


“Saya memang ‘kaki bola’ dan menyokong pasukan Barcelona terlelap seketika sementara menunggu perlawanan itu bermula.

“Saya sama sekali tidak menyangka apabila dikejutkan tiga lelaki bertopeng yang mengacu parang ke leher saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.


Menurutnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir dicederakan.

“Selepas menggeledah kira-kira lima minit, mereka melarikan diri apabila gagal membuka tiga pintu bilik tidur di rumah saya.


“Mereka hanya melarikan empat telefon bimbit dan dompet saya mengandungi wang tunai RM300,” katanya memaklumkan penyamun terbabit masuk melalui bahagian belakang rumahnya yang sedang diubahsuai.


Ramli berkata, selepas tiga penyamun terbabit melarikan diri, dalam keadaan tangan masih terikat, dia menjerit memanggil anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU).


“Saya bertempik meminta pertolongannya yang kemudian membuka ikatan pada tangan saya dan mengejutkan ahli keluarga yang lain.


“Mereka semua terkejut kerana langsung tidak menyedari rumah kami dimasuki penyamun,” katanya yang menghubungi polis selepas itu.


Menurutnya, dia hanya mengetahui penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya apabila keluar ke kedai di simpang masuk Felda berkenaan kira-kira jam 7 pagi.


“Ketika saya sampai mayat penjenayah itu sudah dibawa polis. Yang tinggal hanyalah Perodua Viva berwarna merah dinaiki mereka tersadai selepas melanggar pokok sawit dan beberapa anggota polis melakukan siasatan,” katanya.


Tiga penjenayah terbabit ditembak mati sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felda berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa dan sejam selepas melakukan rompakan.

Edar Dadah Bawa Padah

Suami isteri didakwa edar dadah

SUNAIDI Ismail (kiri) dan Nuur Muhaimi Yahya hadir menghadapi pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 28 April - Sepasang suami isteri berhadapan dengan hukuman di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin, pertengahan bulan ini.

Sunaidi Ismail, 33, dan isteri, Nuur Muhaimi Yahya, 25, didakwa secara bersama mengedar 80 gram methamphetamine ketika berada dalam kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran AFL 4630 di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu, pada pukul 1 pagi, 17 April lalu.

Mereka juga didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 46.2 gram pada pukul 1.30 pagi, pada hari dan tempat yang sama.

Bagi kedua-dua perbuatan tersebut, pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pasangan yang belum mempunyai anak itu juga menghadapi tuduhan ketiga iaitu didakwa memiliki heroin seberat 4.2 gram pada pukul 1 pagi, pada hari dan tempat yang sama.

Bagi tuduhan tersebut, mereka didakwa di bawah Seksyen 12(2) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya.

Sunaidi dan Nuur Muhaimi hanya mengangguk faham apabila ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin. Tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh-tertuduh kerana pertuduhan yang dihadapi mereka membawa hukuman mati.

Majistret menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai penangkapan seorang wanita bersama suaminya di Kampung Durian Kasim, Ajil, Hulu Terengganu bagi membantu siasatan berhubung satu kes penderaan anak angkatnya pada 2008.

Ketika ditahan, polis turut menemui sebanyak 1,000 biji pil kuda dan 10 botol heroin bernilai RM30,000 di dalam kereta mereka.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, April 27, 2011

Perangkap Wanita Dengan Serbuk


Awas wanita!
Oleh Nazdy Harun dan Zaid Salim
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.
BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.

KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

Bertemu Rakan FB Dikenduri Seks

Kereta rosak belum sampai sehari digunakan

PERASAAN gembira seorang kakitangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Nurul Wahida Nazli, 26, memiliki kereta pertama dalam hidupnya 'terencat' apabila ia rosak belum sampai sehari kereta itu digunakan.

Menurut Nurul Wahida, beliau membeli kereta jenama Proton jenis Persona 1.6 berwarna perak daripada syarikat ejen penjual kereta iaitu Paling Inovatif Sdn. Bhd., yang beroperasi di Cheras.

"Saya sangat kecewa apabila kereta yang saya beli rosak walaupun belum sampai sehari ia digunakan. Antara komponen yang rosak ialah lampu isyarat, lampu brek dan lampu utama tidak berfungsi.

"Selepas itu saya hantar kembali kereta kepada agen untuk dibaiki, namun mereka enggan bertanggungjawab dan menganggap perkara itu masalah biasa," katanya.

Nurul Wahida ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pendengaran di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini hari ini.

Menurut Nurul Wahida, setelah kecewa dengan jawapan ejen berkenaan, dia telah membawa kereta tersebut ke pusat jualan Proton untuk merujuk masalah yang dihadapinya.

"Setelah ke pusat jualan Proton, saya mendapat jawapan sama yang mana mereka enggan bertanggungjawab. Malah pihak Proton menyalahkan pihak Paling Inovatif Sdn. Bhd. dalam hal tersebut.

"Bagaimanapun setelah kereta saya diperiksa, pihak Proton mendapati masalah yang dihadapi kereta saya disebabkan pendawaian kereta telah digigit tikus dan mereka bersetuju membaiki jika ada pihak sanggup menanggung kosnya iaitu sebanyak RM3,178,45," katanya.

Menurut Nurul Wahida, dia pada mulanya berbincang dengan pihak Paling Inovatif Sdn. Bhd., agar mereka menanggung kos yang dikenakan untuk membaiki kereta tersebut, namun tiada kata sepakat dicapai.

"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membawa kes ini ke TTPM, saya tidak dapat bertahan lagi kerana sudah empat bulan kereta saya tersadai di pusat jualan Proton walaupun ansurannya saya bayar tanpa tertunggak," katanya.

Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Mohd. Nasrim Mohd. Salleh memerintahkan Paling Inovatif Sdn. Bhd., dan Proton Edar Sdn. Bhd. secara bersama menanggung kos baik pulih kenderaan tersebut iaitu sebanyak RM3,178,45.

Dalam penghakimannya, Mohd. Nasrim mengarahkan Paling Inovatif Sdn. Bhd. dan Proton Edar Sdn. Bhd. menjelaskan kos tersebut dalam tempoh 14 hari seperti yang dipersetujui.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Tuesday, April 26, 2011

Padah Merogol

Jel 30 tahun, 16 sebatan
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga kesalahan iaitu merogol dan merompak dengan mencederakan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka serta menceroboh kampus terbabit, 18 April lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap tertuduh, Mohd Karimi Kamal Arifin, 22, yang mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas meneliti rayuannya serta hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang memohon hukuman berat.


Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama iaitu merogol penuntut berusia 19 tahun tujuh bulan di Kolej Siswi Tun Mutakhir, Jalan Tun Mutakhir, dekat sini pada 18 April lalu.

Bagi tuduhan kedua iaitu menyamun telefon Blackberry dan wang tunai RM133 milik mangsa di tempat dan tarikh sama kira-kira jam 2.25 petang serta mendatangkan kecederaan kepadanya iaitu lebam di muka dan leher, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan.


Bagi kesalahan menceroboh ke asrama berkenaan pada tarikh dan di tempat sama kira-kira jam 2.15 petang, dia dihukum penjara dua tahun.


Bagi kesalahan rogol, Mohd Karimi dituduh mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 394 akta sama yang jika disabitkan boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.


Tertuduh bagaimanapun bernasib baik apabila hakim menetapkan semua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.

Dalam hujahnya, Mahmoodah berkata perbuatan tertuduh menceroboh asrama wanita pada waktu petang menunjukkan dia langsung tidak menghormati undang-undang “Kawasan itu dikawal rapi pengawal tapi dia berjaya menceroboh masuk, sekali gus menimbulkan ketakutan kepada semua pelajar dan ibu bapa mereka.


“Tertuduh hilang sifat kemanusiaan kerana menumbuk muka dan bibir serta mencekik mangsa, malah bernafsu binatang apabila merogol mangsa yang datang haid.


“Akibatnya, mangsa trauma dan terpaksa menangguhkan pengajiannya satu semester serta tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.


“Saya merayu hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak memijak maruah wanita sesuka hati,” katanya.


Tertuduh yang berpakaian lokap hanya tenang dan merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.


Berdasarkan fakta dikemukakan Mahmoodah, tertuduh memanjat pagar di belakang kolej itu lalu masuk ke bilik ketika mangsa sedang tidur menyebabkan dia terjaga sebelum melihat tertuduh yang berbogel terus datang dan menindih badannya.


Walaupun mangsa melawan, tertuduh menghempap dan memeluknya serta cuba mencium menyebabkan dia meronta dan menjerit meminta tolong sambil mengucap dua kalimah syahadah. Pada masa sama mangsa terbau cecair peluntur cat dari tubuh tertuduh.


“Melihat mangsa menjerit, tertuduh mencekik kuat lehernya dengan kedua-dua tangan, menumbuk muka dan bibir serta menghentak kepalanya di dinding katil menyebabkan dia lemah lalu menanggalkan seluar sukan dan seluar dalamnya.


“Dia menarik kedua-dua tangan mangsa hingga jatuh ke lantai sebelum mangsa mencapai bateri komputer riba lalu mengetuk kepada tertuduh tiga kali, namun dihalangnya.


“Dalam ketakutan, mangsa berkata dia datang bulan, namun tertuduh tetap merogol serta mencabulnya,” katanya.


Katanya, selepas itu tertuduh mengambil telefon dan duit mangsa sebelum mangsa berlari meminta tolong kepada rakannya di bilik sebelah yang kemudian menjerit meminta bantuan pengawal keselamatan.


Tertuduh ditangkap pengawal keselamatan, Saiful Ambia pada jam 3 petang di tingkat tiga asrama itu.

Monday, April 25, 2011

bocor

Wang Selamat

Samun: Pemandu, kelindan lori selamatkan RM21,000

KUALA LUMPUR 24 April - Seorang wanita warga emas nyaris kempunan menikmati wang peninggalan arwah ibunya apabila disamun selepas mengeluarkan wang tersebut dari sebuah bank di Taman Equine di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa bernasib baik apabila mendapat kembali wang RM21,000 yang dikeluarkan dengan bantuan pemandu dan kelindan sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, mangsa berusia 58 tahun mengeluarkan wang RM21,000 ditinggalkan oleh ibunya untuk dibahagikan antara adik-beradik.

Beliau berkata, sebaik sahaja keluar dari bank, mangsa masuk ke dalam teksi yang dipandu oleh suaminya dan meletakkan beg tangan berisi wang di atas pahanya.

"Tiba-tiba muncul dua lelaki bermotosikal menghampiri teksi tersebut dan bertindak memecahkan cermin tingkap hadapan sebelah kiri dan merampas beg tangan mangsa.

"Penjenayah kemudian melarikan diri, namun seorang pemandu lori satu tan yang melihat kejadian itu bertindak menghimpit motosikal dinaiki mereka menyebabkan suspek terjatuh," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semasa terjatuh, wang yang dilarikan suspek telah terkeluar dari beg tangan menyebabkan penjenayah terbabit panik dan melarikan diri tanpa membawa wang tersebut.

Menurutnya, kedua-dua lelaki terbabit berjaya melepaskan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja yang dipandu oleh rakan yang lain.

Katanya, mangsa berjaya mendapatkan semula wang pusaka ibunya, namun mengambil keputusan memasukkan semula wang itu ke dalam bank sebelum membuat laporan polis.

"Polis menghargai keprihatinan pemandu dan kelindan lori yang membantu mangsa dalam kejadian samun ini.

"Bagi menghargai jasa mereka, kami akan memberi sijil penghargaan dan pada masa sama meneruskan siasatan untuk mengesan penjenayah terlibat," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Nak Wang Cara Mudah

Isteri keguguran selepas berita penahanan suami kerana rasuah tersebar

DI SEBALIK kesusahan dialami oleh mangsa kemalangan, ada pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan meminta rasuah.

Kononnya mereka yang memperkenalkan diri sebagai pegawai penyiasat boleh membantu mengelakkan mangsa daripada didakwa di mahkamah.

Mangsa yang bimbang kesnya dibawa ke mahkamah dan bakal menerima hukuman berat biasanya terpedaya sehingga sanggup membayar wang suapan.

Daripada fail Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini mengisahkan penahanan dua lelaki dikenali sebagai Muin dan Seman (bukan nama sebenar) kerana meminta suapan daripada mereka yang terlibat kemalangan maut.

Ceritanya bermula apabila pemandu lori, Ah Seng (bukan nama sebenar) diminta suapan sebanyak RM50,000 selepas terbabit dalam kemalangan maut dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di ibu negara, tahun lalu.

Dalam kemalangan tersebut dia yang merupakan peniaga telah mengalami kecederaan di kepalanya manakala pemandu kereta itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pada keesokannya, Ah Seng yang ditemani anaknya telah membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut sebelum didatangi Muin dan Seman.

Mereka memberitahu mangsa boleh didakwa kerana menyebabkan kematian seseorang dan boleh dihukum penjara lima tahun hingga 10 tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu meletakkan syarat membayar RM50,000 lalu memberikan sekeping kertas kepada Ah Seng yang tercatat nombor telefon bimbit dan meminta dia menghubungi mereka setelah wang sudah sedia.

Ah Seng yang tidak mempunyai wang sebanyak itu, menceritakan hal tersebut kepada rakannya, Jefri. Jefri menasihatkannya supaya melaporkan perkara itu ke pejabat SPRM.

Berikutan maklumat itu, satu perangkap telah dibuat. Ah Seng telah menghubungi Muin dan Seman serta memaklumkan bahawa wang yang diminta sudah sedia lalu membuat temu janji di sebuah restoran.

Ketika wang terbabit sedang diterima kepada kedua-dua lelaki berkenaan, pegawai SPRM telah menangkap mereka kerana kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Berita penahanan Muin dan Seman yang telah tersebar di akhbar tempatan mengejutkan isteri Muin yang ketika itu sedang hamil. Ekoran terlalu tertekan dan malu, isterinya keguguran bayi sulung mereka.

Rancang Kemalangan

Kemalangan dirancang, untung dikaut

STATISTIK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan bahawa jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya telah meningkat setiap tahun sejak lima tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, peningkatan paling ketara berlaku pada 2006 iaitu sebanyak 8.5 peratus atau 54,000 kes menjadikannya 635,082 kes berbanding 581,082 kes (2005).

Sementara itu, pada tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ialah sebanyak 762,529 kes, meningkat 4.2 peratus daripada tahun sebelumnya yang berjumlah 705,623 kes.

Peningkatan terendah pula ialah pada 2008 iaitu hanya 7,941 kes (1.17 peratus) kepada 676,114 kes daripada 668,173 kes (2007).

Perangkaan tersebut secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini amat serius.

Di sebalik kebimbangan tersebut, wujud satu lagi fenomena yang ‘menakutkan’ apabila ada pihak-pihak tertentu telah menjadikannya sebagai satu cabang perniagaan paling menguntungkan.

Wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, SITI MARIAM MD. ZAIN, ROSALINDA MD. SAID dan TERMIZI CHE ANUAR serta jurugambar,

ISMAIL KAMADIN cuba merungkai persoalan ini.

Kemalangan tidak berbau tetapi ada juga kemalangan yang sengaja dirancang pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.

Antara pihak yang mendapat keuntungan apabila berlaku kemalangan adalah bengkel membaiki kereta dan juga pengendali trak tunda yang boleh mendapat pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

Laporan Khas Utusan Malaysia mengupas mengenai sesetengah pihak yang sanggup mengupah ‘longkai’ memasang perangkap di jalan seperti paku, minyak dan pasir di kawasan yang mudah berlaku kemalangan.

Perkhidmatan trak tunda telah menjadi perniagaan menguntungkan dan setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.

KUALA LUMPUR – Jika setiap kenderaan yang ditunda ke bengkel dibayar komisyen antara 10 hingga 15 peratus daripada kos tuntutan insurans kemalangan, bayangkan keuntungan yang mampu dikaut oleh syarikat trak tunda apabila tahun lalu sahaja jumlah kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dicatatkan ialah sebanyak 762,529!

Dengan purata tuntutan insurans antara RM1,000 hingga RM3,000, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami, syarikat trak tunda mampu memperoleh antara RM100 hingga RM450 hanya untuk sebuah kenderaan. Itu belum lagi termasuk bayaran menunda ke bengkel.

Komisyen tersebut akan dibayar oleh pemilik-pemilik bengkel bagi memastikan mereka mendapat lebih ramai pelanggan.

Perkhidmatan trak tunda sebenarnya telah menjadi perniagaan atau industri yang menguntungkan. Tetapi setakat ini, tiada pihak mengawal pergerakannya. Malah, tidak seperti teksi, trak tunda tidak memerlukan permit.

Sejak lima tahun lalu, jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti direkodkan oleh pihak polis meningkat 24 peratus atau 181,447 kes iaitu daripada 581,082 kes pada tahun 2005 kepada 762,529 tahun lalu.

Kenderaan yang paling banyak terlibat pula ialah kereta diikuti motosikal, pelbagai jenis lori, pacuan empat roda, van dan sebagainya.

Peningkatan statistik kemalangan jalan raya dari setahun ke setahun, secara tidak langsung memberi ruang kepada perkembangan industri ini sekali gus menarik lebih ramai melibatkan diri.

Dengan pendapatan seorang pemandu trak tunda yang mampu mencecah RM10,000 sebulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Apa yang pasti, semakin hari, kepantasan pemandu-pemandu trak tunda menghidu kes-kes kemalangan yang berlaku semakin hebat.

‘Kecekapan’ dan habuan lumayan yang menanti ini juga telah menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ada dakwaan mengatakan sebilangan daripada kemalangan itu sengaja dirancang.

Dakwaan tersebut mungkin benar menerusi beberapa pendedahan wujudnya ‘perangkap’ di laluan utama jalan raya seperti Kuala Terengganu-Kuantan, Jerangau-Jabor, laluan pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu dan Kuala Terengganu-Kota Bharu melalui Bandar Permaisuri sebelum ini.

Malah, Jambatan Pulau Pinang juga pernah menjadi saksi tentang kewujudan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini melakukan aktiviti khianat.

Antara yang digunakan sebagai perangkap ialah span berpaku, besi tajam, minyak petrol serta pasir yang sengaja ditabur di jalan raya.

Seorang pemilik trak tunda mendedahkan, kerja meletakkan minyak atau objek lain itu dilakukan oleh pihak ketiga yang dipanggil ‘longkai’ atau call man yang mendapat komisyen bagi setiap kemalangan dimaklumkan kepada mereka.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah pula berkata, berdasarkan kajian, kebanyakan kemalangan adalah disebabkan faktor kecuaian manusia.
TAJUK-TAJU

Sunday, April 24, 2011

Hati-Hati Kawan FB

Diperdaya rakan Facebook
Oleh HAYATI IBRAHIM
ya_t@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di ibu negara diperdaya seorang lelaki warga Afrika untuk membawa 100 pil seberat 600 gram dipercayai dadah jenis heroin ke China dengan bayaran RM5,000.

Akibatnya, mangsa yang berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan di Lapangan Terbang Shenzen, China pada 11 Mac lalu kerana disyaki membawa dadah di dalam tubuh dengan cara menelan.


Mangsa dipercayai diperdaya satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan laman web sosial Facebook untuk menjerat mangsa, terutama pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal, untuk membawa dadah keluar dari negara ini.

Sindiket didalangi warga Afrika itu dipercayai cuba mendekati sasaran atau mangsa menggunakan Facebook sebelum memperdaya dan memperalat mereka untuk membawa dadah ke negara destinasi.


Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, mangsa yang juga pelajar tahun akhir jurusan kejururawatan berkenalan dengan lelaki Afrika yang menggunakan nama samaran ‘Chimezie Michael’ melalui Facebook sejak tahun lalu.


Katanya, mangsa yang berasal dari Betong, Sarawak mengaku tidak pernah bertemu secara langsung dengan lelaki terbabit sejak berhubung melalui laman web sosial itu, malah tidak mengetahui nama penuh dan latar belakangnya.

“Sebelum ke China, Michael mengarahkan mangsa menelan 100 pil yang mengandungi dadah dan dia akan dibayar RM5,000 apabila pulang dari China kelak.


“Malah, mangsa menguruskan sendiri segala urusan visa dan tiket penerbangan diuruskan. Bagaimanapun, sebaik tiba di lapangan terbang itu pada 11 Mac, beliau ditahan pihak berkuasa tempatan kerana disyaki membawa dadah dalam tubuh dengan cara menelan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Shenzhen untuk siasatan lanjut. Ketika ini, gadis itu dalam keadaan sihat.


“Wakil kita di China turut meminta pihak berkuasa tempatan di sana memberi layanan baik kepadanya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Wisma Putra di Taman Wetland, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman.


Richard berkata, beliau sedih selepas dimaklumkan gadis terbabit hanya dijanjikan RM5,000 untuk membawa dadah berkenaan dan percaya ia dilakukan atas dasar kesempitan hidup.


“Sindiket ini menjadikan pelajar institusi pengajian tinggi dan ibu tunggal sebagai sasaran kerana mungkin golongan ini mudah diperdaya akibat kesempitan hidup dialami,” katanya.


Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai, terutama pelajar, supaya berhati-hati ketika menggunakan Facebook dan jangan mempercayai kenalan baru, terutama warga Afrika, bagi mengelak terpedaya dengan sindiket ini.


“Saya selalu cakap Facebook ada kebaikannya, tetapi jika salah guna boleh ia jadi musuh ketat. Pada masa sama, berhati-hati dengan mereka yang ingin berkenalan, terutama warga Afrika, kerana mereka mungkin ada niat tersembunyi di sebalik perkenalan,” katanya.


Beliau turut mempersoalkan bagaimana dadah terbabit tidak dapat dikesan di negara ini ketika pemeriksaan dilakukan.


Sementara itu, Richard berkata, sehingga 31 Mac lalu, 1,880 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, di mana 833 ditahan kerana kesalahan menyeludup dadah.


Katanya, kebanyakan yang ditahan kerana menyeludup dadah berusia antara 20 hingga 30 tahun dan tiada rekod jenayah, selain tidak bekerja atau berpendapatan rendah.


“Kebanyakan rakyat kita ditahan di Thailand iaitu 272 orang; Singapura (164), Taiwan (125), China (82), Indonesia (37) dan Australia (23),” katanya.

Saturday, April 23, 2011

Akibat Memeras Ugut


Terima padah peras ugut gadis

KUANTAN - Seorang remaja lelaki sanggup mengugut untuk mencederakan dan memanggil rakan-rakan supaya merogol seorang gadis bagi memaksa mangsanya itu menyerahkan sebuah telefon bimbit dalam satu kejadian di Teluk Chempedak di sini, awal pagi 18 April lalu.

Kerana perbuatannya, remaja berusia 18 tahun dari Lorong Bukit Setongkol Perdana 52 di sini terpaksa menerima padah apabila dicekup polis selepas mangsa membuat laporan berhubung pemerasan itu.

Dia juga kini berdepan hukuman penjara hingga 7 tahun, denda, disebat atau dua daripada hukuman itu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pemerasan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Wahida Zainal Abidin di hadapan Majistret Nurulnaim Abdullah, semalam.

Remaja itu dibenarkan bebas dengan diikat jamin RM4,000 seperti yang ditawarkan pihak pendakwaan bagaimanapun dia dibenarkan membuat rayuan berhubung jumlah jaminan tersebut.

Dalam rayuan ringkasnya, tertuduh merayu jumlah ikat jamin ke atasnya dikurangkan memandangkan kejadian itu kesalahan pertamanya manakala dia juga terpaksa menyara adik dengan pendapatan tidak seberapa.

Mengambil kira rayuan tertuduh itu, Nurulnaim mengurangkan jumlah jaminan kepada RM2,800 manakala 23 Mei depan ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan kes itu dalam mahkamah yang sama.

Kenalan Larikan 4 Juta

Kawan larikan RM4 juta
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JITRA: Niat murni lebih 50 wanita yang kebanyakannya warga emas membantu seorang rakan mereka dengan memberikan pinjaman kerana suspek ingin menjalankan perniagaan dan pelaburan, terjerat apabila mereka tertipu membabitkan kerugian lebih RM4 juta.

Wanita berusia 50-an itu dikatakan sudah mengenali semua mangsa sejak antara 20 hingga 30 tahun lalu di Pusat Nyanyian dan Tarian di sini, namun masih tergamak menipu mereka sebelum menghilangkan diri akhir Mac lalu.


Difahamkan, suspek meminjam wang daripada mangsa kononnya untuk menjalankan perniagaan serta pelaburan dan berjanji akan memberi komisen antara lima hingga 10 peratus kepada mereka.

Kebanyakan mangsa yang berusia antara 40 hingga 80 tahun tidak menyangka suspek yang kelihatan baik dan pendiam itu mempunyai niat tidak baik.


Semua wanita itu mula menyedari perbuatan jahat suspek selepas dia tidak lagi mengunjungi pusat hiburan berkenaan iaitu tempat mereka sering berkumpul.


Suspek yang berasal dari Taman Ihsan di sini, sudah menjalankan kegiatan itu sejak lima bulan lalu dengan meyakinkan mangsa dia boleh mendapatkan keuntungan hasil pelaburan dan perniagaan yang dijalankannya.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Oong, 82, berkata dia kerugian hampir RM60,000 selepas tertarik dengan pelaburan yang dijanjikan wanita itu.


“Saya tak sangka dia berniat jahat. Sebelum ini kami percayakannya kerana kami anggap dia seperti adik beradik. Sudah 20 tahun saya kenal dia, kenapa dia sanggup buat saya macam ini.

“Sekarang saya jadi miskin sampai nak makan pun susah, habis semua duit simpanan saya selama beberapa tahun hilang sekelip mata,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini, semalam.


Seorang tukang jahit dikenali sebagai Teoh, 56, berkata dia menyerahkan RM43,000 kerana percaya dengan suspek yang berjanji memberikan komisen 10 peratus.


“Dia ada datang rumah saya di Taman Indera pada Jun tahun lalu, kira-kira jam 8 pagi dan mempelawa saya menyertai skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.


“Saya sudah lama kenal dia, sebab itu saya tidak curiga. Saya bagi dia duit sebanyak empat kali iaitu RM15,000, RM12,000, RM10,000 dan RM6,000.


“Sepanjang tempoh itu, saya cuma dapat komisen RM1,000 dan selepas itu tiada lagi sehingga dia menghilangkan diri,” katanya.


Yeoh, 50, berkata dia kerugian hampir RM80,000 selepas terpedaya dengan pelaburan dan perniagaan yang ditawarkan wanita itu.


“Suspek kata dia banyak perniagaan dan pelaburan yang sudah berjaya seperti kilang kain terbesar di Sungai Petani. Jadi dia suruh kami melabur dengannya supaya keuntungan dapat dikongsi bersama-sama,” katanya.


Sementara itu, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong berkata, dia menerima panggilan daripada beberapa mangsa berhubung kes penipuan wang mencecah RM4 juta, Isnin lalu.


Menurutnya, mangsa memberitahu mereka tidak mengetahui ditipu wanita terbabit kerana semuanya menyimpan rahsia ketika memberi pinjaman wang kepada suspek.


“Bagaimanapun, penipuan itu terbongkar selepas masing-masing mula mengesyaki sesuatu sejak wanita berkenaan tidak lagi datang ke pusat hiburan untuk berlatih nyanyian dan tarian sejak 27 Mac lalu.


“Semua mangsa memberitahu wanita berkenaan memperdayakan mereka dengan ganjaran dua kali ganda daripada jumlah pinjaman yang dibuat dan sebab itulah mereka yakin dengan wanita berkenaan yang turut memberi cek namun ia hanya cek tendang,” katanya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Thursday, April 21, 2011

Peneroka Ditipu


Peneroka rugi RM67,800

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


MOHAMED Awang Da menunjukkan 'permata' di dalam gelas yang diperolehi di rumahnya di Felda Jengka 18, Maran, Pahang, baru-baru ini.

MARAN 20 April - Seorang peneroka Felda Jengka kerugian RM67,800 selepas terpedaya dengan helah seorang lelaki bergelar 'Pak Haji' yang berlagak alim dan meminjamkan wangnya kepada suspek di Temerloh, kelmarin.

Mangsa, Mohamed Awang Da, 78, dari Felda Jengka 18 mendakwa, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila dia ditegur seorang lelaki berdekatan Bangunan Tabung Haji Temerloh.

Menurutnya, lelaki yang mendakwa berasal dari Melaka itu berpura-pura bertanyakan seorang lelaki bernama 'Haji Husin' yang kononnya tinggal di Temerloh kerana menjalankan urusan perniagaan batu permata.

"Kira-kira lima minit berbual, muncul seorang lagi lelaki memperkenalkan diri sebagai 'Haji Mad Saad' menyatakan seorang rakannya yang dihubungi melalui telefon sanggup membeli permata dengan harga RM200,000.

"Haji Mad Saad mendakwa rakannya yang bernama Haji Osman sedang menunggu di hadapan Pasar Raya Terus Maju di Jalan Temerloh-Maran bagi urusan jual beli permata itu.

"Apa yang menghairankan, saya tidak membantah apabila dipelawa berjumpa Haji Osman di pasar raya berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Felda Seroja Jengka 18 di sini, semalam.

Mohamed memberitahu, ketika menemui Haji Osman di pasar raya itu, lelaki terbabit menyatakan tidak membawa wang untuk membeli batu permata berkenaan.

Berikutan itu, ujarnya, Haji Osman meminta dia mendahulukan wangnya sebelum memberi nombor telefon dan alamat rumah di Taman Chengal di sini.

"Saya diarah oleh Haji Osman balik ke Felda Jengka 18 bersama Haji Mad Saad untuk mengambil buku akaun sebelum datang semula ke Temerloh untuk mengeluarkan wang.

"Tanpa membantah saya mengeluarkan wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM52,000 dan RM13,000 daripada Bank Rakyat.

"Wang tunai di tangan sebanyak RM2,800 untuk membeli keperluan rumah turut dikebas ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya.

Menyedari dirinya ditipu, Mohamed berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, April 20, 2011

Macamana Orang Malaysia Tertipu Di Internet

Anda semua boleh baca di ops gagak siber di blog http://www.mazidulakmal.com

Tuesday, April 19, 2011

Bank Selamatkan Ibu Tertipu

Ibu terselamat jadi mangsa 'gores dan menang'

DR DAHLIA DAHNIL
Bandar Baru Selayang, Selangor

SETINGGI-TINGGI ucapan terima kasih kepada pengurus sebuah bank di Kepong yang telah berjaya membantu ibu saya yang hampir terperdaya oleh syarikat gores dan menang.

Ibu saya kononnya telah memenangi sebuah Toyota Camry. Dia dikehendaki untuk segera mengeluarkan wang untuk ditunjukkan kepada pihak syarikat bagi membuktikan beliau adalah layak untuk memiliki kereta Toyota Camry tersebut. Mengikut pihak syarikat gores dan menang tersebut, wang tersebut akan dikembalikan.

Ibu tua yang begitu teruja kerana seumur hidup beliau tidak pernah begitu bernasib baik untuk mendapat kereta secara percuma dengan segera telah pergi ke bank untuk membuat pengeluaran wang memandangkan wang tersebut akan dikembalikan. Berbagai-bagai teknik yang digunakan oleh syarikat gores dan menang ini. Dan sasaran penipuan ditujukan kepada warga tua yang tidak mengerti apa-apa.

Kecekapan pihak bank mengesan situasi sebegini memang tidak disangkal. Apatah lagi sikap peramah kakitangan bank yang melayani ibu ketika itu, berbual santun dapat megesan unsur-unsur penipuan yang tidak disedari langsung oleh si ibu tua itu. Dan seterusnya berjaya menghalang penipuan ke atas ibu saya.

Apa yang lebih penting adalah keselamatan ibu tua saya telah diberi keutamaan kerana kuncu-kuncu syarikat gores dan menang sedang menunggu si ibu di luar bank untuk menanti wang RM18,000. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Syabas dan tahniah.

Sunday, April 17, 2011

Rasuah


Boleh tewas kerana tiga “ta”

Mereka lebih pandai simpan wang rasuah. Ada yang membeli jam yang berharga RM250,000 hingga RM500,000. Ada yang membeli lukisan berharga berjuta ringgit kerana ia ada nilai di masa depan.

DATUK Akhbar Satar bukan nama asing dalam dunia pencegahan rasuah. Beliau merupakan bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (dulunya Badan Pencegah Rasuah) Perlis dan Negeri Sembilan.

Akhbar juga pernah menjadi Pengarah Latihan di agensi tersebut, justeru bercakap mengenai rasuah dan kaedah membanteras jenayah itu dengan beliau sememangnya sarat dengan maklumat. Mengendalikan Akhbar & Associates di Plaza Damas Sri Hartamas Kuala Lumpur memberi ruang lebih luas kepada Akhbar untuk meninjau kaedah lebih canggih untuk menentukan tentang benar atau salah sesuatu maklumat yang diperoleh daripada seseorang.

Salah satu kepakarannya adalah poligraf yang menurut Akhbar berupaya menawarkan sehingga 98 peratus ketepatan maklumat - tentunya sesuatu yang amat berguna kepada agensi penguatkuasaan seperti SPRM. Sebagai salah seorang ‘orang kuat’ yang pernah turun padang menyelesaikan kes-kes rasuah, Akhbar turut meluahkan keprihatinannya terhadap kes-kes rasuah yang ‘terlepas’ selepas dibicara di mahkamah. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID, anak kelahiran Kelantan itu berbicara lanjut.

MINGGUAN: Datuk sudah lama dalam bidang poligraf forensik, setakat mana masyarakat menerimanya sebagai keperluan?

AKHBAR: Kalau kita lihat masyarakat di Amerika Syarikat (AS) percaya satu-satu perkara mesti berlandaskan saintifik. Jika mereka nak masuk Agensi Perisikan Antarabangsa (FBI), CIA atau pasukan polis, ujian poligraf akan dijalankan ke atas mereka. Ini kerana mereka percaya sesuatu perlu dilakukan secara terbaik. Ujian ini telah dilaksanakan di sana sejak 90 tahun lalu. Kita jangan terkejut Singapura adalah antara negara yang paling banyak menggunakan ujian ini berbanding jumlah penduduk. Ini berlaku kerana mereka mahu melindungi semua perkara penting dan rahsia daripada pengetahuan negara lain apatah lagi yang dianggap musuh. Ujian ini dilakukan untuk memastikan mereka yang memegang rahsia boleh dipercayai. Secara umumnya manusia akan tewas terhadap tiga “ta” iaitu wanita, harta dan takhta. Semua ini boleh dicari dan diberi.

Manusia juga mempunyai social bond yang mana kita tidak tahu bila masa ia boleh bertukar. Sebagai contoh, saya adalah seorang yang menentang rasuah, bercakap tentang integriti dan sebagainya. Tetapi esok lusa kita tidak tahu bila kita tiba-tiba bertukar dan mengambil rasuah. Contohnya, sebelum ini saya tidak ambil rasuah tetapi tiba-tiba ada orang tawar RM20 juta, mungkin terfikir juga saya nak ambil. Saya lihat pula budaya di situ ramai yang ambil rasuah, jadi saya terfikir jika saya tak ambil orang lain yang terima. Saya hanya ambil 20 peratus saja, tapi bos 20 peratus. Sistem di sini adalah sistem yang korup jadi kenapa saya perlu risau. Ini adalah proses rasionalisation di mana kita menjadikan perkara yang salah sebagai betul mengikut pertimbangan dan keadaan sekeliling.

Satu lagi contoh ada kes di Melaka seorang lelaki berumur 70 dan di Kelantan berumur sekitar 80-an yang ditangkap kerana merogol cucunya. Ini yang dikatakan sebagai social bond. Jika kita lihat sejarah mereka dari umur muda hingga 80 tidak ada masalah. Tapi tiba-tiba hari itu ia berlaku hanya dalam tempoh split second. Itu yang berlaku kepada manusia. Perkara itu berlaku mungkin mereka ini tiba-tiba bernafsu melihat kain cucunya terselak. Pelbagai faktor mempengaruhi tetapi kealpaan ini hanya berlaku dalam tempoh sekelip mata dan akhirnya memusnahkan masa depan dan diri sendiri. Namun apa yang saya mahu tekankan adalah dalam soal ini kita tidak tahu apa akan berlaku kepada kita dan sesuatu yang buruk boleh berlaku dalam sekelip mata.

Bagaimana dengan soal ketahanan diri untuk mengelak terlibat dalam rasuah?

AKHBAR: Kita perlu lihat bagaimana bentuk ketahanan diri yang ada pada diri kita. Ada juga orang yang pandai agama tetapi kemudian terlibat dalam perkara yang merosakkan diri. Bagi saya sebagai ahli kriminologi, kenapa seseorang itu terlibat dalam perlakuan jahat adalah atas dua faktor. Pertama faktor genetik dan kedua persekitaran. Tetapi dalam soal menipu ia berbeza kerana seni menipu adalah sesuatu yang dipelajari. Kadang-kadang kita tidak sedar ada anak-anak yang belajar menipu daripada ibu bapa atau ahli keluarga sendiri. Tapi jika kita ajar anak-anak kita jangan mengambil barang orang sejak kecil maka ia akan mengingatkan mereka barang yang mereka ambil itu adalah barang curi hinggalah dewasa. Namun dalam melakukan jenayah seperti rasuah kita perlu faham bahawa ia adalah satu perlakuan yang dipelajari dan bukan soal diwarisi.

Kenapa jenayah rasuah dan kolar putih semakin menjadi-jadi?

AKHBAR: Siasatan kes rasuah adalah satu proses yang rumit. Ini kerana kes rasuah kebiasaannya win win situation. Jarang orang yang dapat kontrak melalui rasuah akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Untuk membuktikan kes rasuah juga rumit. Pesalah rasuah semakin pandai mencari jalan yang lebih licik untuk melakukan rasuah. Mereka lebih pandai simpan wang rasuah. Ada yang membeli jam yang berharga RM250,000 hingga RM500,000. Ada yang membeli lukisan berharga berjuta ringgit kerana ia ada nilai di masa depan. Ada yang membeli karpet yang bernilai ratusan ribu dan ada yang menyimpan di luar negara. Terdapat juga yang mengunakan money changer dengan menghantar wang pengubahan haram ke luar negara. Teknik ini adalah untuk mengelak dari diketahui oleh pihak penguat kuasa atau Bank Negara.

Pelaku rasuah akan memikir cara terkini untuk menyimpan wang rasuah supaya tidak dapat di kesan. Oleh itu pegawai SPRM perlu memikir two steps ahead. Di AS ada pihak tertentu yang mahukan jenayah kolar putih atau elit termasuklah rasuah tidak dikategorikan sebagai jenayah. Bagi mereka perkara ini adalah satu masalah sosial. Ini adalah satu bentuk tindakan yang berbahaya kepada negara. Mereka yang terlibat atau melakukan kegiatan rasuah, selalunya akan terlepas daripada hukuman kerana mereka mempunyai wang untuk menggunakan peguam yang terbaik dan terkenal. Selalunya peguam-peguam ini mempunyai peratusan kemenangan yang amat tinggi. Secara psikologi, peguam yang terkenal selalunya dikaitkan battle already won, berdasarkan kepada pandangan ahli kriminologi dalam Behavior of Law, yang mengatakan bahawa law varies according to rank.

Bagaimana Datuk melihat kempen dan kesedaran yang dilakukan untuk menyedarkan bahaya rasuah, adakah mencukupi?

AKHBAR: Saya rasa masih belum mencukupi. Kita perlu faham dalam mengajar kanak-kanak dahulu dan sekarang adalah berbeza. Kalau 20 tahun lepas saya main wayang kulit untuk memberi kesedaran bahaya rasuah, kini pasti teknik seperti ini tidak lagi sesuai. Kini dengan teknologi yang semakin canggih kita kena lebih kehadapan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Masalahnya sekarang kita hanya tertumpu kepada kempen ad hoc. Pada awalnya kempen di sana sini tentang rasuah tapi bila kempen tamat tidak ada lagi perancangan untuk meneruskan kesinambungan kempen. Pada saya masyarakat sekarang terutama kanak-kanak perlu dididik dengan cara psikologi, tidak boleh lagi terlalu didesak dan dimarahi. Jika seseorang itu penjenayah tegar sekali pun kita boleh cari di mana kelemahannya jika kita pandai dan sabar.

Apa sebenarnya cabaran dalam menjalankan soal siasat dalam kes rasuah?

AKHBAR: Bagi saya apa yang penting pegawai yang menjalankan soal siasat, kita kena faham dan tahu apa yang kita lakukan. Psikologi juga sangat penting dalam melakukan soal siasat kerana ia akan memudahkan lagi kerja siasatan. Dalam soal ini SPRM memerlukan pegawai terlatih, pegawai yang mahir dalam ilmu psikologi dan pegawai yang berpengetahuan. Dalam sesuatu kes sebelum mengadakan soalsiasat perlu ditubuhkan satu pasukan soal siasat. Pegawai yang terlibat mesti sangat terlatih dan menjalankan soal siasat secara lebih profesional. Mereka ini juga perlu hadir kursus-kursus soal siasat di luar negara. Selain itu teknik poligraf perlu digunakan untuk mendapatkan maklumat secara profesional. Bilik interogasi yang moden serta dilengkapi peralatan seperti CCTV dan one way mirror. Semua ini dapat mengelak saksi membuat sebarang tohmahan. Pegawai penyiasat juga boleh dipantau supaya tidak menyalahguna kuasa atau menggunakan kekerasan.

Berkesan dan tepatkah poligraf?

AKHBAR: Saya telah nyatakan tadi alat ini paling banyak digunakan di Singapura (terbanyak di dunia berdasarkan kepadatan penduduk). Kedua adalah AS dan ketiga Israel. Pasukan Polis di Arab Saudi pun pakai alat poligraf. Agensi Pencegahan Rasuah Singapura (CPIB) pun guna poligraf dan berjaya selesaikan banyak kes secara cepat dan profesional. Ujian poligraf adalah alat terbaik untuk mengesan pembohongan dan ia 98 peratus tepat. Alat ini dapat percepatkan penyelesaian kes serta dapat membebaskan orang yang tidak bersalah. Kebiasaannya tanpa poligraf, jika seseorang ditahan atau disyaki, mereka akan buka fail siasatan. Siasatan selalunya mengambil masa mungkin enam bulan dan mungkin enam tahun. Masa depan mereka ini akan gelap. Mereka tak dapat naik pangkat, tak dapat terima anugerah dan dilabel sebagai jahat. Tapi dengan ujian poligraf ia dapat menyelamatkan orang yang tak terlibat dengan cepat dan adil.

Bagaimana dengan peranan perisikan?

AKHBAR: Bagi pegawai perisik, mereka perlu menjadi seorang yang kreatif, tabah dan penyabar. Mereka ini perlu dilatih untuk mendapatkan maklumat atau sumber-sumber di jabatan yang strategik. Dengan maklumat kelas A yang diperoleh dari perisikan, barulah ia digunakan untuk melakukan siasatan terbuka supaya tidak berlaku kesilapan atau tersasar sasaran. Seorang pegawai perisikan tidak boleh didedah dan tidak menjalankan siasatan terbuka. Pegawai perisik hanya jalankan tugas risik sahaja dan siasatan dijalankan oleh bahagian siasatan.

Namun paling penting pegawai penyiasat perlu berilmu dan sentiasa menambahkan ilmu. Mereka juga perlu celik teknologi maklumat serta pandai mencari maklumat dalam Internet. Mereka ini juga perlu menguasai bahasa Inggeris kerana banyak buku penyiasatan dan soal siasat adalah dalam bahasa Inggeris. Mereka ini juga perlu dihantar menghadiri kursus-kursus di peringkat antarabangsa sebagai pendedahan dan pengalaman.

Di Malaysia poligraf memang digunakan antaranya oleh SPRM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mungkin SPRM boleh melantik lebih ramai pemeriksa poligraf bertauliah supaya proses temu dapat dijalankan dengan profesional setanding FBI dan CPIB.

Bagaimana dengan kredibiliti menang dan kalah dalam kes-kes rasuah?

AKHBAR: Peranan Pegawai Penyiasat (IO) perlu khusus dalam merancang dan menjalankan siasatan secara terperinci serta mendapatkan maklumat dan bukti seberapa banyak yang boleh agar loophole yang ada boleh ditampung sebelum ia dibolosi. Bagi peranan Pegawai Pendakwa juga penting. Mereka mesti ada pengalaman dan bekerjasama dengan IO dalam menangani sesuatu kes. Hakim juga patut memberi hukuman setimpal dengan pelaku dan pesalah rasuah. Nampak gayanya kini sudah semakin banyak perubahan.

Pegawai SPRM juga mesti menjadi white than whiter, mempunyai tahap integriti yang tinggi dan menjaga diri supaya tidak mendekati perkara-perkara yang boleh dipertikai masyarakat. Untuk mendapatkan penghormatan masyarakat, kita kena sentiasa bertindak secara profesional dan jujur. Namun yang paling penting sikap dan keprihatinan masyarakat perlu bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah. SPRM perlu kerjasama orang ramai kerana ia tak boleh hapuskan rasuah bersendirian. Pastinya SPRM memerlukan sokongan kerajaan, yang nampaknya semakin baik dan berkesan. Paling penting masyarakat kena lapor jika mereka melihat berlakunya kegiatan rasuah. Masyarakat perlu terus dididik supaya membenci rasuah. Jangan bagi rasuah, jika tidak beri tiada rasuah.

Orang Islam menolak arak dan memakan babi kerana dari kecil kita diingatkan bahawa kedua-duanya haram. Tetapi anak-anak kecil jarang sekali diingatkan bahawa zina dan rasuah juga haram. Jadi dalam apa hal juga segala-galanya mesti bermula dari kecil.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, April 13, 2011

Peragut Berijazah

Tindakan pantas polis gagalkan peragut berijazah

TELUK INTAN 12 April - Tindakan pantas dan berani dua anggota polis berjaya menggagalkan percubaan seorang lelaki meragut seorang wanita di Jalan Sultan Abdullah semalam.

Kedua-dua anggota polis yang ketika itu sedang meronda menaiki motosikal terus mengejar suspek sebaik sahaja mendengar jeritan mangsa.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Ismail dari Taman Desa Bakti, dekat sini memberitahu, dia baru keluar dari sebuah kedai runcit apabila melihat tiga motosikal ditunggang laju seperti sedang berlumba.

"Saya ingatkan mat rempit tetapi setelah melihat salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai pakaian seragam polis, baru saya sedar polis sedang menangkap penjenayah," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek berjaya ditahan polis selepas terjatuh ketika melalui satu selekoh.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 34 tahun itu telah membuang beg yang diragut sebaik sahaja menyedari dikejar polis.

"Suspek berjaya diberkas selepas jatuh di selekoh berhampiran Kampung Banjar. Sebelum itu, dia telah membahayakan pengguna yang melalui Jalan Sultan Abdullah, Jalan Maharaja-Lela dan Jalan Kampung Banjar dan Jalan Changkat Jong," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui beberapa keping kad pengenalan dipercayai milik mangsa ragut, alat menghisap syabu, pemutar skru, wayar kabel komputer dan pemacu cakera.

Menurutnya, suspek yang berasal dari Jalan Maharaja-Lela dekat sini dan positif dadah itu dipercayai telah melakukan lebih 13 jenayah ragut.

Katanya, suspek yang juga pemegang ijazah kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ragut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Selamatkan Jiran

Sikap pemuda prihatin selamatkan jiran

PETALING JAYA 12 April - Sikap prihatin seorang pemuda menghubungi polis setelah mengesyaki kelakuan mencurigakan tiga lelaki di rumah jirannya, berjaya menyelamatkan lima sekeluarga daripada menjadi mangsa samun, awal pagi ini.

Pemuda berusia 20-an yang hanya ingin dikenali sebagai Sidiq itu, mengesan sebuah kereta Honda Civic dinaiki tiga lelaki berhenti di hadapan rumah jirannya, kira-kira pukul 3 pagi.

Dua daripadanya lalu keluar dari kereta dan meninjau kawasan berhampiran sebelum salah seorang memanjat masuk ke dalam rumah jirannya.

Sidiq memberitahu, semasa kejadian dia ingin menutup tingkap rumah namun terlihat kelibat tiga lelaki tersebut di dalam kereta.

"Seorang daripada mereka kemudian dilihat memanjat pagar rumah sebelah dan saya terus menghubungi Balai Polis Damansara.

"Kurang lima minit, sepasukan anggota polis mengepung rumah itu," katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Seksyen SS20, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis berjaya menahan suspek yang memandu kereta dan seorang lagi rakannya, ketika bersembunyi di dalam kenderaan terbabit.

"Seorang lagi suspek sempat melarikan diri. Keluarga terbabit hanya mengetahui peristiwa itu setelah loceng rumah mereka ditekan beberapa kali oleh polis.

"Honda Civic digunakan suspek adalah kereta dilaporkan hilang di Jalan Tun Razak beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui pemberita semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada Sidiq di sini hari ini.
Sikap pemuda prihatin selamatkan jiran

PETALING JAYA 12 April - Sikap prihatin seorang pemuda menghubungi polis setelah mengesyaki kelakuan mencurigakan tiga lelaki di rumah jirannya, berjaya menyelamatkan lima sekeluarga daripada menjadi mangsa samun, awal pagi ini.

Pemuda berusia 20-an yang hanya ingin dikenali sebagai Sidiq itu, mengesan sebuah kereta Honda Civic dinaiki tiga lelaki berhenti di hadapan rumah jirannya, kira-kira pukul 3 pagi.

Dua daripadanya lalu keluar dari kereta dan meninjau kawasan berhampiran sebelum salah seorang memanjat masuk ke dalam rumah jirannya.

Sidiq memberitahu, semasa kejadian dia ingin menutup tingkap rumah namun terlihat kelibat tiga lelaki tersebut di dalam kereta.

"Seorang daripada mereka kemudian dilihat memanjat pagar rumah sebelah dan saya terus menghubungi Balai Polis Damansara.

"Kurang lima minit, sepasukan anggota polis mengepung rumah itu," katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Seksyen SS20, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis berjaya menahan suspek yang memandu kereta dan seorang lagi rakannya, ketika bersembunyi di dalam kenderaan terbabit.

"Seorang lagi suspek sempat melarikan diri. Keluarga terbabit hanya mengetahui peristiwa itu setelah loceng rumah mereka ditekan beberapa kali oleh polis.

"Honda Civic digunakan suspek adalah kereta dilaporkan hilang di Jalan Tun Razak beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui pemberita semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada Sidiq di sini hari ini.

Tipu Kad Kredit

Sindiket tipu kad kredit tumpas, 13 ditahan

Ammar Singh Ishar Singh menunjukkan kad kredit palsu yang dirampas di Cheras, semalam. - UTUSAN/Baizura Ramli

KUALA LUMPUR 12 April - Polis menumpaskan sindiket penipuan kad kredit melibatkan kerugian mencecah RM1 juta setelah menahan 13 ahli sindiket termasuk tujuh daripadanya posmen dan seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dalam operasi bermula 1 April hingga Sabtu lalu.

Sindiket yang dikesan beroperasi sejak 2009 terbongkar apabila seorang wanita membuat satu laporan kerana surat mengandungi kad kreditnya cuba dicuri seorang lelaki tidak dikenali di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras, pada 1 April lalu.

Mangsa sebelum itu telah dihubungi pihak pejabat pos terbabit yang curiga dengan tindakan seorang lelaki menggunakan kad pengenalan palsu atas namanya untuk menuntut surat tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ammar Singh Ishar Singh berkata, suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu berjaya diberkas di pejabat pos tersebut sejurus maklumat diterima.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek, polis menjumpai 10 keping kad kredit daripada pelbagai bank yang dipercayai palsu.

"Kejayaan itu membawa kepada penahanan 12 lagi suspek termasuk tiga wanita berusia 25 hingga 40 tahun di sekitar Lembah Klang.

"Polis turut merampas 11 sampul surat mengandungi kad kredit yang telah dipintas, sebuah kereta Toyota Alphard dan 19 telefon bimbit pelbagai jenama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Ammar Singh memberitahu, modus operandi sindiket itu menggunakan posmen bagi mencuri kad kredit dikirim oleh pihak bank kepada penerima.

"Mereka mengambil cip kad kredit asal itu dan dilekatkan pada kad kredit palsu. Cip palsu pula dilekatkan pada kad kredit asal sebelum dikirim semula ke alamat pemilik.

"Upah RM50 sehingga RM100 diberi kepada posmen itu bagi setiap cip kad kredit yang berjaya dipintas," katanya lagi.

Menurutnya, pihak sindiket pula akan mendapat maklumat nama ibu pemilik asal daripada pegawai JPN, iaitu kata laluan dikenakan pihak bank untuk mengaktifkan cip kad kredit itu.

"Sebanyak 11 kertas siasatan dibuka hasil aduan pihak bank dan kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya sambil memberitahu polis sedang bekerjasama dengan pihak bank supaya kejadian seperti ini tidak berulang.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Saturday, April 9, 2011

DanaHaji Auta

Janji untung 1,000 ganda
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan ‘menjual agama’ sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa ‘projek pelaburan’ yang dijalankan mereka ‘rahsia kerajaan’ selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.

Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Dana Haji Jasman’ dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.

Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.

Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit ‘menjual agama’ kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain ‘berbaiah’ dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.


Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai ‘kadi’ dan ‘pegawai agama’ selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.


Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.

“Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.

“Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘kadi’ atau ‘pegawai agama’.

“Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan ‘ceramah’ di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam,” katanya.

Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.

“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.

“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.

“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.

Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.

“Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbuatan mereka itu satu pembohongan dan dosa besar.

“Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan golongan terbabit yang mengaku tokoh agama selagi latar belakang mereka tidak diselidiki sebelum menyerahkan wang kepada individu terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambahnya, pelaburan yang dijalankan kumpulan terbabit haram kerana menipu orang ramai selain mengingatkan masyarakat melakukan rujukan kepada pihak lebih arif sebelum menyertai sesuatu pelaburan.

Friday, April 8, 2011

Haji Karim Menipu


Kontraktor rugi RM1,000 dakwa ditipu 'Haji Karim'

Zainudin Muhamad menunjukkan salinan repot polis kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang lelaki di Melaka, kelmarin.

MELAKA 7 April - Seorang kontraktor kerugian RM1,000 setelah ditipu seorang lelaki dikenali sebagai 'Haji Karim' yang menawarkan satu projek pembinaan sebuah stor sekolah bernilai RM98,000 yang sebenarnya tidak wujud.

Mangsa penipuan itu, Zainudin Muhamad, 46, berkata, beliau telah dihubungi oleh lelaki berkenaan semalam dan memaklumkan mengenai tawaran yang bakal diterimanya bagi membina sebuah stor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek dekat sini.

"Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai dari pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah menawarkan saya projek tersebut lalu saya bersetuju menerimanya," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia, di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, lelaki berkenaan mengenakan syarat iaitu saya perlu menyumbang sebanyak RM2,500 kepada pihak sekolah terbabit.

Ujarnya, dia hanya bersetuju untuk menyumbang RM1,000 dan wang itu telah dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank di atas nama Linda Marlina Sanin.

Zainudin berkata, lelaki berkenaan telah menghubunginya dan meminta dia datang ke pejabatnya untuk berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut.

"Bagaimanapun, sewaktu saya tiba di pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, saya diberitahu tidak ada nama 'Haji Karim' bertugas di pejabat berkenaan," ujarnya.

Dia yang mula rasa curiga terus menghubungi lelaki berkenaan namun panggilannya tidak dijawab.

Menyedari dirinya telah ditipu ujarnya, dia telah membuat satu laporan di Balai Polis Melaka Tengah kira-kira pukul 10.50 pagi semalam.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Wednesday, April 6, 2011

Penipu Di Internet Kebas Wang

Panggilan kebas duit
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.

Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.

Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.


“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.


Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. “Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.

“Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.


Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).

“Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.


“Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.


“Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan,” katanya.


Syed Ismail berkata, siasatan sepasukan anggota Bahagian Operasi JSJK Bukit Aman setakat ini menahan dua wanita tempatan berusia 23 dan 31 tahun di Taman Muda, Cheras, di sini, pada 30 Mac lalu.


“Tangkapan dilakukan di sebuah rumah teres berhampiran beberapa bank yang dipercayai menjadi tempat melakukan transaksi,” katanya.


Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.


Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja. “Selain itu, siasatan polis mendapati modus operandi yang mereka lakukan ini taktik baru. Sebelum ini sindiket sama skim penipuan dengan menawarkan mangsa percutian ke Macau, kononnya sebagai hadiah istimewa dimenangi mereka.


“Namun, mangsa terlebih dulu perlu memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank diberikan dan selepas mangsa memasukkan wang, anggota sindiket terbabit menghilangkan diri,” katanya. Berikutan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai berhati-hati dan segera melaporkan pada polis jika dihubungi individu yang mendakwa mereka pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara serta dan meminta segera memindahkan wang di dalam akaun peribadi masing-masing ke akaun pihak ketiga.

Saturday, April 2, 2011

Penyamun Lombok


Din Lombok penyamun

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DARI kanan, Jas, Suhardi@Aweng, Ghadi@Ghani dan Genoh.
DARI kanan, Jas, Suhardi@Aweng, Ghadi@Ghani dan Genoh.

SABAK BERNAM: Empat lagi saki-baki kumpulan Rantau Sabak diketuai Samaldin Muda atau Din Lombok kini diburu polis berhubung beberapa kejadian samun berkawan dan pecah rumah di daerah ini sejak awal tahun.

Oleh Nur Lela Zulkipli am@hmetro.com.my Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata hasil risikan polis, pihaknya menahan empat suspek termasuk perancang utama serta seorang wanita pada 3 Mac lalu.


Beliau berkata, suspek yang diburu dikenali sebagai Suhardi atau lebih dikenali sebagai Aweng, 25, Genoh, 25, Gadi atau Ghani 23, dan Jas, 22, malah pihaknya yakin semua mereka masih berada di negara ini.

“Kumpulan dianggotai warga asing itu menyasarkan pemilik ladang dan pemilik kebun kelapa sawit sebagai mangsa.


“Hasil siasatan mendapati, sejurus memasuki rumah mangsa, penyamun mengikat ibu jari kaki dan ibu jari tangan mangsa menggunakan wayar.


“Mereka mengugut akan mencederakan mangsa sebelum menggeledah rumah untuk mencari barang berharga seperti telefon bimbit, barang kemas, komputer riba dan wang tunai serta melarikan kenderaan mangsa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dengan tertangkapnya suspek terbabit, pihaknya menyelesaikan enam kes samun berkawan tanpa senjata api dan empat kejadian pecah rumah di daerah itu serta dua di Hutan Melintang, Perak.


Noor Mushar berkata, modus operandi penjenayah terbabit ialah mereka terlebih dulu melakukan pembahagian tugas sebelum samun.

“Biasanya kerja itu dilakukan jam 3 pagi hingga 6 pagi dan rumah dipecah masuk dengan mengopak cermin tingkap,” katanya.


Beliau berkata, kali terakhir kejadian samun dilakukan di Parit 15 Sungai Panjang, 1 Mac lalu, membabitkan kecurian sebuah Proton Wira dilarikan bersama wang RM2,500, lima telefon bimbit dan barang kemas.


Noor Mushar berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki kumpulan terbabit.


“Kehadiran kumpulan itu menyumbang peningkatan kes jenayah di daerah ini khususnya pecah rumah dan samun berkawan.


“Sejak kumpulan ini mengganas, kerugian dianggarkan berjumlah RM150,000,” katanya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menyalurkan di balai polis berhampiran.


Hasil usaha polis juga membawa kepada penemuan semula tiga kenderaan milik mangsa yang dilarikan suspek dalam tiga kes samun berasingan iaitu sebuah kereta Proton Saga, Wira dan Avanza.

Skim Cepat Kaya

Hati-hati skim cepat kaya - Yahya Hussin

MONG Dagang (tiga dari kiri) menyampaikan peruntukan kepada wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rumah Melunggang dan Rumah Ayok di Sri Aman, kelmarin.

KOTA KINABALU 1 April - Kakitangan kerajaan dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dikenal pasti sebagai sasaran aktiviti skim cepat kaya menggunakan syarikat kerjasama atau koperasi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, taktik pihak berkenaan dikesan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berdasarkan aduan dan siasatan suruhanjaya terbabit pada tahun lepas.

"Kegiatan skim cepat kaya itu menggunakan koperasi sebagai modus operandi bagi mengaburi mata masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Taklimat Peraturan-Peraturan dan Garis Panduan Penyeliaan Koperasi di Hotel Promenade, di sini hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu berkata, antara skim pelaburan yang diuar-uarkan ialah perladangan, perhotelan dan produk kesihatan.

Beliau memberitahu, sebanyak enam koperasi telah disenaraihitamkan pada tahun lepas atas pelbagai kesalahan, dipercayai berunsurkan aktiviti skim cepat kaya di seluruh negara.

"Saya difahamkan sekurangkurangnya enam buah koperasi telah diheret ke muka pengadilan dan tindakan telah dikenakan kepada mereka yang bertanggungjawab," ujarnya.

Ditanya mengenai status aktiviti skim tersebut di Sabah, Yahya menolak kemungkinan bahawa modus operandi skim itu dijalankan menggunakan cara jualan secara langsung (MLM).

"Ini kerana ada MLM dijalankan secara sah, malah pihak SKM masih menyiasat perkara ini. Tetapi, kita amat bertegas kepada sesiapa terlibat dengan aktiviti salah itu akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya.