Friday, October 29, 2010

Sumbat Mayat Dalam Beg

Mayat disumbat dalam beg

Oleh TAN MING WAI
pengarang@utusan.com.my

Mayat seorang remaja perempuan ditemui disumbat di dalam beg pakaian di Taman Ukay Perdana, Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Satu mayat dipercayai remaja perempuan berusia awal belasan tahun, ditemui dalam keadaan menyayat hati disumbat di dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di tepi sungai berhampiran Rumah Bakti di Ukay Perdana, Ampang dekat sini, hari ini.

Mangsa yang dipercayai warga asing berikutan tiada kesan suntikan BCG, dijumpai oleh seorang pekerja bengkel berdekatan yang kebetulan melalui kawasan itu pada pukul 3.30 petang.

Ketika ditemui, mayatnya masih lengkap berpakaian gaun berwarna biru tetapi tidak berkasut.

Dalam beg itu juga berisi beberapa helai pakaian termasuk sepasang seluar jeans yang dipercayai milik mangsa.

Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam di leher mangsa dipercayai dicekik namun tiada pendarahan ditemui pada badan mangsa.

Sehingga petang ini, punca kematian masih belum dapat diketahui.

Polis juga masih menyiasat sama ada mangsa dirogol atau mengalami serangan seksual, sementara menunggu laporan lengkap bedah siasat dan forensik.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa dipercayai baru meninggal dunia berdasarkan keadaan mayatnya yang masih dalam keadaan baik.

"Polis percaya mayat mangsa dibawa dari kawasan berhampiran. Kita turut menemui sekeping kertas tertulis tiga nama lelaki dipercayai warga Indonesia pada mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian petang ini.

Menurut beliau, sehingga petang ini, dua waris dalam kes orang hilang telah datang untuk mengecam mayat, namun mengesahkan bukan ahli keluarga mereka.

Mengulas lanjut, kata Abdul Jalil, mangsa memiliki rambut hitam lurus paras bahu,berbadan kurus serta berkulit sawo matang.

Sehubungan itu, Abdul Jalil meminta orang ramai yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan supaya tampil memaklumkan kepada polis bagi membuat pengecaman mayat.

Thursday, October 28, 2010

Gores Dan Menang

Dua ditipu syarikat barangan elektrik

Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU 27 Okt. - ''Bila sudah termakan pujukan jurujual, tiba-tiba kena rasuk. Ini tidak ubah macam orang gila bunga tahi ayam, semua orang kata busuk, tapi digomol juga."

Itu reaksi Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam dalam perbicaraan dua penuntut yang mendakwa ditipu oleh sebuah syarikat barangan elektrik dipercayai menggunakan teknik gores dan menang.

Presiden, Mohd. Nasrim Datuk Mohd. Salleh dalam penghakimannya berkata, walaupun sudah banyak kali berita berkaitan yang dianggap penganiayaan terhadap pengguna dipaparkan di media cetak atau elektronik, namun masih ada yang menjadi mangsa.

''Cerita-cerita begini sering kali dipaparkan tetapi awak masih lagi sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan mempercayai apa yang ditawarkan, selepas kejadian baru menyesal," katanya.

Dalam tuntutan tersebut, plaintif Norazira Mohamed yang membawa suaminya sebagai saksi menamakan Flameless Concept (B) Sdn. Bhd. sebagai defendan yang mewakilkan seorang jurujualnya.

Dalam keterangannya, Norazira mendakwa telah terpedaya dengan tawaran pembelian barangan elektrik termasuk jenama Aowa dan memiliki kad VIP dengan potongan harga sebanyak 50 peratus ketika mengunjungi sebuah pasar raya di sini pada Ogos lalu.

Bagi urusan jual beli tersebut penuntut itu telah membayar sebanyak RM6,109 termasuk membayar deposit untuk tawaran barangan lain.

Hakim bagaimanapun mempersoalkan kewarasan Norazira dan suami yang kedua-duanya merupakan bekas pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) apabila sanggup ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhampiran untuk mengeluarkan sejumlah wang RM5,000.

''Penuntut masih waras apabila diminta membayar sejumlah wang untuk beberapa barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jurujual berkaitan malah ia dilakukan dalam keadaan pujukan bukan paksaan.

''Saya juga tidak nampak penipuan oleh pihak penentang sebaliknya saya menghormati mereka kerana bijak memanipulasi keadaan dan pelanggan," katanya.

Walaupun keputusan dilihat lebih memihak kepada penentang, namun sikap keterlaluan wakil syarikat terbabit ketika memberikan keterangan memakan diri.

Suasana di dalam mahkamah tegang seketika selepas dia menafikan syarikatnya menipu pelanggan seperti yang didakwa dan penentang dilihat naik angin sambil meninggikan suara.

Sehubungan itu, Presiden mengarahkan penuntut memulangkan semula semua barangan termasuk kad VIP yang dibeli daripada syarikat berkenaan selepas dia dibayar sebanyak RM6,109 secara tunai daripada pihak penentang dalam tempoh tiga hari.

Terdahulu, insiden yang sama menimpa penentang yang mewakili syarikat Win Max Living Trading apabila dilihat acuh tidak acuh ketika menjawab pertanyaan Presiden.

Lelaki berambut perang itu juga ditegur Presiden apabila dilihat tidak memahami etika dan peraturan di dalam mahkamah.

Dalam tuntutan tersebut, penuntut, Che Normah Abdullah diminta memulangkan semula sebuah dapur elektrik yang diperolehnya melalui peraduan mirip "gores dan menang" selepas menerima kembali RM1,000 secara tunai daripada pihak penentang.

Dalam keterangannya, seperti modus operandi gores dan menang sebelum ini, Normah dalam keadaan tergesa-gesa mahu pulang ke pejabat kerana masa makan tengah hari hampir selesai, di tawarkan cawan sebagai hadiah ketika ke sebuah pasar raya di Kota Bharu.

Terpedaya dengan pujukan juru jual syarikat berkenaan, dia bersetuju untuk membayar sejumlah wang apabila ditawarkan beli satu barang, dapat dua barang lain percuma namun hadiah yang dijanjikan itu tidak diterima.

Wednesday, October 27, 2010

Menyamar Polis

'Pasangan polis’ kebas wang pelancong asing


KUALA LUMPUR: Dua pelancong asing warga New Zealand berusia awal 30-an berputih mata apabila hampir RM10,000 wang milik mereka dilarikan sepasang kekasih yang menyamar sebagai pegawai polis, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di Jalan Tong Shin, di sini, kedua-dua mangsa yang berjalan di kawasan berkenaan selepas membeli- belah dihampiri sebuah kereta.


Menurut sumber, seorang lelaki dan wanita berusia awal 20-an dipercayai pasangan kekasih turun dari kenderaan berkenaan sebelum mendakwa mereka pegawai polis.


“Kedua-dua suspek mengarahkan mangsa menyerahkan pasport untuk pemeriksaan kerana kononnya kelibat mereka mencurigakan,” katanya.


Sumber berkata, belumpun sempat mangsa mengeluarkan pasport masing-masing dari dalam dompet, lelaki terbabit terus k merampas kedua-duanya dompet mangsa.


“Seorang daripada suspek mengarahkan mangsa menanti seketika kononnya untuk melakukan pemeriksaan ke atas dompet mangsa sebelum suspek masuk semula ke dalam kereta dan terus memecut laju,” katanya.


Sumber berkata, mangsa hanya mampu memerhatikan dompet yang mengandungi sejumlah wang itu dilarikan.


Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.


Sorok RM1.5 juta dalam beg boling
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


RAMPAS...Ayub (tengah) bersama anggota polis menunjukkan wang tunai yang disimpan di dalam beg boling.
GEORGETOWN: Seorang ketua juruwang bank ditahan selepas menggelapkan wang berjumlah RM1.5 juta yang sepatutnya disimpan dalam bilik kebal milik sebuah bank tempatan di Lebuh Bishop di sini.

Lelaki berusia 46 tahun itu dipercayai melarikan wang tunai berkenaan Selasa lalu selepas mengimbangi penyata kemasukan wang bank terbabit bagi mengelakkan syak wasangka majikan terhadapnya.


Bagaimanapun, suspek hanya sempat membelanjakan RM50,000 daripada RM1.5 juta yang cuba dilesapkan dan hasil tindakan pantas polis berjaya menemui wang tunai RM860,000 yang disorokkan di dalam beg bola boling di sebuah pusat boling di Sungai Petani, Kedah, manakala RM590,000 di tingkat satu bank di mana suspek bertugas.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihak bank menyedari kehilangan wang berkenaan selepas melakukan pemeriksaan dan kemudian bertindak membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam pada 19 Oktober lalu.


Beliau berkata, berdasarkan laporan bank, wang berkenaan sepatutnya disimpan dalam bilik kebal bank berkenaan tetapi semasa diperiksa, wang itu tiada dalam bilik kebal terbabit.


“Kami menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti sama ada kakitangan bank berkenaan terbabit dalam kes itu selain menyiasat prosedur standard kemasukan wang setiap hari.


“Polis menemui dua karung beg masing-masing mengandungi wang tunai RM500,000 dan RM90,000 di tingkat satu bank berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.


Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.


Katanya, siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada petunjuk dengan dua kakitangan bank berkenaan termasuk ketua juruwang dan pembantu bank yang masing-masing berusia 46 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bank terbabit pada Rabu lalu.


Ayub berkata, hasil siasatan berjaya membongkar kegiatan ketua juruwang bank berkenaan apabila suspek mengaku menyimpan wang terbabit di sebuah pusat boling di Sungai Petani.

Monday, October 25, 2010

Peragut Kena Tipu

Peragut kempunan


KUALA LUMPUR: Dua lelaki kempunan meragut seorang wanita berusia awal 20-an di Bukit Bintang, di sini, namun meloloskan diri apabila ketika dikejar orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin itu, mangsa yang menyedari diekori seorang daripada suspek mengambil tindakan bijak apabila mengeluarkan barangan berharga termasuk dompetnya yang mengandungi wang tunai dari beg tangan itu sebelum menyimpan dalam poket seluarnya.


Menurut sumber, semuanya bermula apabila mangsa tersedar seorang lelaki berusia awal 20-an mengekorinya ketika berjalan menuju sebuah pusat membeli-belah.


“Suspek yang tidak perasaan tindakan mangsa meragut beg itu sebelum melarikan diri,” katanya.


Sumber berkata, jeritan mangsa didengari beberapa orang awam yang berada di kawasan berkenaan sebelum mereka mengejar suspek.


“Bagaimanapun, usaha mereka tidak berhasil apabila rakan suspek yang menunggu di kawasan berhampiran dengan motosikal bertindak memecut,” katanya.


Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, pada hari kejadian.

Wednesday, October 20, 2010

Tipu Internet

Isteri bukan hak suami

Oleh Tengku Naufal Tengku Mansor
Peguambela/Peguamcara Mahkamah Tinggi MalayaSituasi: Puan A adalah isteri kepada seorang lelaki yang sering mabuk dan pulang ke rumah dengan emosi yang tidak stabil.
Kerap kali, Puan A dipukul, ditendang, ditengking oleh suaminya yang sentiasa memarahinya.

Kemuncak penderitaan Puan A adalah apabila dia dikelar suaminya dengan pisau panas hingga dia jatuh pengsan.

Malangnya, jeritan dan pekikkannya tidak pernah dihiraukan atau diambil peduli oleh sesiapa, walaupun mereka tinggal di salah sebuah unit rumah pangsa yang dikelilingi jiran tetangga yang sangat dekat.

SITUASI yang dinyatakan di atas adalah situasi yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita. Isteri tersebut menderita pelbagai kecederaan fizikal selain mental yang sangat tidak stabil akibat daripada perbuatan suaminya.

Namun fokus perbincangan kita pada kali ini adalah berkenaan sikap jiran atau masyarakat setempat yang memandang ringan atau mengambil keputusan untuk menutup sebelah mata (jika tidak kedua-duanya) terhadap penyakit masyarakat yang sedang menular dewasa kini - keganasan rumah tangga.

Masyarakat sebenarnya mampu untuk memainkan peranan besar bagi menghentikan jenayah tersebut daripada terus berlaku.

Secara umumnya, masyarakat masih beranggapan bahawa masalah dalam rumah tangga seseorang adalah masalah peribadi orang tersebut dan tidak seharusnya campur tangan.

Masyarakat juga sering mengambil sikap berkecuali dalam hal seperti itu atas alasan tidak mahu mencari masalah dengan terlibat dalam masalah orang lain.

Apatah lagi kita sering memberi justifikasi lemah bahawa masalah kita sendiri tidak selesai, jangan ditambahkan dengan masalah orang lain. Walaupun ia berlaku di sebelah rumah kita atau di depan mata kita sendiri.

Masih ramai di kalangan masyarakat kita juga mengatakan bahawa hal ehwal dan isu berkaitan dengan rumah tangga seseorang adalah hak peribadi dan hak mutlak seseorang itu.

Lebih dahsyat lagi, ada yang mengiyakan bahawa isteri adalah hak mutlak suaminya dan suami tersebut bebas berbuat apa sahaja atas alasan suami adalah ketua dalam rumah tangga. Justeru, suami berhak menyelesaikan masalah rumah tangga mengikut cita rasa, keadaan dan kehendak dirinya sendiri.

Hakikat dari segi perundangan adalah sebaliknya. Melalui peruntukan yang termaktub di bawah Sekyen 18 Akta Keganasan Rumahtangga (AKRT) 1994, adalah jelas bahawa pihak penggubal undang-undang negara melihat kepentingan peranan yang boleh dimainkan oleh orang perseorangan dalam masyarakat bagi membendung isu keganasan rumah tangga.

Seksyen 18 AKRT 1994, antara lain memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan keganasan rumah tangga telah berlaku, atau sedang berlaku boleh memberi maklumat kepada pegawai penguatkuasa atau pihak polis.

Lebih menarik, peruntukan undang-undang tersebut juga mewujudkan perlindungan berbentuk imuniti bagi pelapor tersebut daripada sebarang liabiliti fitnah, jika didapati laporan yang dibuat adalah terbukti tidak tepat atau tidak benar sama sekali.

Secara ringkasnya, peruntukan itu, memberikan hak kepada mana-mana orang dalam masyarakat kita untuk melakukan sesuatu dalam mendepani isu keganasan rumah tangga ini, iaitu melaporkan perkara tersebut ke pihak berkuasa.

Menariknya peruntukan ini memberikan juga kuasa atau hak kepada ahli masyarakat untuk melaporkan kes-kes keganasan rumah tangga yang mereka ada alasan untuk mempercayai bahawa ia telah atau sedang berlaku.

Ahli masyarakat tidak perlu menyaksikan peristiwa keganasan tersebut, dan peruntukan undang-undang mengatakan hanya cukup sekiranya mana-mana individu tersebut timbul syak atau ada alasan yang baik menjurus kepada persepsi bahawa keganasan rumahtangga telah atau sedang berlaku.

Peruntukan undang-undang ini jelas mengetepikan sikap 'jangan jaga tepi kain orang lain' dalam menangani isu keganasan rumah tangga dalam masyarakat kita hari ini.

Pendek kata dalam istilah yang bersahaja, setiap suami perlu ingat bahawa isteri bukan lagi hak mutlak mereka.

Jika seorang suami itu gagal atau tidak mampu menjaga isteri mereka dengan sempurna dan kehidupan rumah tangga hingga sering disulami dengan perlakuan atau tindakan yang ganas, maka orang lain boleh 'campur tangan' bagi menyelamatkan dan seterusnya 'membawa' sang isteri tersebut keluar dari kancah permasalahan yang dihadapi.

Sunday, October 17, 2010

Membunuh Kerana Seronok

Kriminal: Seronok bunuh
Susunan SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my
2010/10/17

PERBUALAN ringkas ini dirakam antara Maden, 38, bersama operator 999 (polis) selepas membunuh anak saudara perempuannya, Tia Rigg yang baru berusia 12 tahun pada 3 April lalu.

Operator (999): Apa yang sudah berlaku?
Maden: Saya bunuh anak saudara perempuan saya sendiri
Operator: Bila berlaku?
Maden: Saya baru saja selesai membunuhnya

Operator: Kenapa kamu lakukannya?
Maden: Sebab saya seronok untuk melakukannya
Operator: Bagaimana boleh berlaku?
Maden: Saya menikamnya dengan pisau kemudian mencekiknya, itu saja. Selamat tinggal


Dua minit selepas panggilan berkenaan direkodkan, Polis Manchester bergegas ke tempat kejadian kemudian menangkap Maden yang berasal dari Cheetham Hill, Manchester, England.

Tia ditemui terkulai tidak bernyawa dalam keadaan berbogel, kaki masih tersarung stokin dan tangannya terikat di bilik kediaman suspek.

Siasatan awal polis mendapati Tia bukan saja dibunuh dengan kejam oleh bapa saudaranya itu malah sebelum itu mangsa turut dirogol dan didera dengan teruk.

Tia ditikam beberapa kali di perut dan dijerut menggunakan tali gitar. Selain merogol mangsa, Maden turut memasukkan objek keras pada kemaluan mangsa. Polis mengesahkan suspek turut sengaja memperlahankan kematian untuk menyeksa mangsa terbabit.

Pegawai Polis Manchester, Superintendan Mary Doyle, berkata kes berkenaan dianggap jenayah luar biasa dan amat sadis.

“Suspek bukan saja tidak berperikemanusiaan malah melakukan jenayah di luar batas kemanusiaan. Siasatan menunjukkan mangsa didera cukup teruk. Setiap tikaman di perut amat menyakitkan tetapi suspek cuba melambatkan kematian mangsa. Ia satu tragedi,” katanya.

Dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, pada 21 Jun lalu, kes ini dibicarakan di Mahkamah Diraja Manchester. Susulan perbicaraan di mahkamah terbabit, pelbagai bukti dan hujah mengejutkan membabitkan suspek.

Maden yang juga duda tanpa pekerjaan ini dipercayai seorang pedofilia atau lelaki yang gila seks terhadap kanak-kanak. Suspek menyimpan lebih 2,000 keping koleksi gambar lucah, selain turut memiliki koleksi filem membabitkan pembunuhan, rogol, keganasan kanak-kanak dan seks.

Ketika melakukan pembunuhan, Maden memuat turun dua dokumen daripada Internet bertajuk ‘Belly Stabbing dan ‘Throat Crush’ yang berkaitan cara membunuh kanak-kanak.

Pendakwa, Gordon Cole berkata Maden dengan sengaja menggunakan fantasi dan nafsu untuk merogol, menyeksa dan membunuh mangsa.

“Dia (Maden) bertindak tanpa perikemanusiaan untuk memberi kesakitan yang teruk terhadap mangsa. Dokumen yang dimuat turun menunjukkan cara membunuh yang kejam dan melambatkan kematian.

“Ia tindakan yang sudah dirancang, walaupun ia hanya bermula dengan fantasi. Apa yang dia inginkan adalah untuk merealisasikan fantasi yang berlegar dalam fikirannya,” katanya.

Maden mendakwa dia mendengar ‘suara jahat’ membisik telinganya untuk melakukan pembunuhan terbabit. Bagaimanapun, mahkamah menolak kenyataan berkenaan kerana suspek disahkan normal dan tidak menghadapi sebarang gangguan mental.

Awal Oktober baru-baru ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Maden, tanpa parol. Suspek menjadi penjenayah ke-40 dalam sejarah British yang tidak akan dibebaskan dari penjara akibat kesalahan yang dilakukan.

Ibu mangsa, Lynn Ahmed, 34, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan kejam abangnya itu.

“Dia (Maden) akan dihantui dengan kematian anak saya sepanjang hayatnya. Hukuman ini adil buat Teapot (nama manja Tia), setidak-tidaknya rohnya dapat ‘pergi’ dengan aman sekarang,” kata ibu malang terbabit.




INFO

SUSPEK: John Maden

UMUR: 38 tahun

PEKERJAAN: Menganggur

JENAYAH: rogol dan bunuh

MANGSA: Tia Rigg, 12 tahun (ketika kejadian)

FAKTA JENAYAH: Maden memperdaya anak saudara perempuannya, Rigg kemudian merogol, seksa dan membunuh mangsa dengan kejam. Selepas merogolnya, Rigg ditikam beberapa kali di perut dan dijerut menggunakan tali gitar sehingga mati. Maden turut memasukkan objek keras pada kemaluan mangsa. Polis mengesahkan suspek turut sengaja melambatkan kematian untuk menyeksa mangsa terbabit. Rigg ditemui terkulai tidak bernyawa berbogel, kaki masih tersarung stokin dan tangannya terikat di bilik kediaman suspek, di Cheetham Hill, Manchester, England.

FAKTA KES: Awal Oktober baru-baru ini, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Maden, tanpa parol, atas kesalahan merogol, seksa dan membunuh kanak-kanak. Suspek menjadi penjenayah ke-40 dalam sejarah British yang tidak akan dibebaskan dari penjara akibat kesalahan yang mereka lakukan.

Saturday, October 16, 2010

Berhati-Hatilah Bila Bawa Banyak Duit

Samun duit RM20,000
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
2010/10/16

SEREMBAN: Seorang wanita hanya mampu melihat dua penjenayah bertopeng melarikan wang tunai lebih RM20,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dalam kejadian samun di depan rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dua penjenayah bersenjatakan objek tajam itu menyerbu kereta mangsa sebelum memecahkan cermin kereta itu lalu melarikan wang tunai yang diletakkan di dalam sebuah beg.

Penjenayah dipercayai warga asing itu melarikan diri menggunakan sebuah kereta sebaik berjaya melarikan wang berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata wanita berusia 30-an itu pergi ke sebuah bank di Senawang untuk mengeluarkan duit, dan dia menyedari seseorang sedang mengekorinya sebaik masuk ke dalam kenderaan.


Menurutnya, mangsa segera memandu pulang ke rumah dalam usaha untuk menyelamatkan diri dan wang yang baru dikeluarkannya.


“Bagaimanapun, sebaik tiba di depan rumahnya, dia diserbu dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan objek tajam memecahkan cermin kereta dipandunya sebelum mengambil wang yang baru dikeluarkan dari bank.


“Mangsa gagal mengecam identiti suspek kerana mereka memakai topeng, namun penjenayah dipercayai warga asing berdasarkan dialek percakapannya,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu.


Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.


“Polis juga menasihatkan mereka yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak di bank supaya lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang di masa depan.


“Elakkan daripada pergi mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak seorang diri terutamanya golongan wanita dan segera menghubungi polis sekiranya didatangi atau diekori orang yang mencurigakan,” katanya.


Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di talian 06-7619999 atau balai polis berhampiran.

Thursday, October 14, 2010

Pura_pura! Dapat RM15.000

Pura-pura cari rumah, ibu tunggal kerugian RM15,000

KUANTAN 13 Okt. - Seorang ibu tunggal kerugian kira-kira RM15,000 selepas disamun sekumpulan lelaki yang berpura-pura mencari rumah untuk dijual di rumahnya di Indera Mahkota dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari itu, ibu tunggal berusia 46 tahun itu bersama tiga anak dan seorang pembantunya berada di dalam rumah mereka.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, semasa kejadian, dua lelaki datang ke rumah ketika mangsa berada di dalam bilik tidurnya.

Katanya, mangsa diberitahu oleh pembantu rumahnya bahawa terdapat dua lelaki datang ke rumahnya.

"Mangsa yang keluar dari biliknya terkejut apabila melihat suspek tersebut sudah berada di dalam rumahnya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Noor Asyikin berkata, suspek tersebut berpura-pura bertanya sama ada rumah tersebut merupakan kediaman contoh untuk dijual dan mangsa menafikannya.

Katanya, mangsa turut menegur suspek kerana memakai kasut di dalam rumahnya sebelum masuk semula ke dalam biliknya.

"Selepas itu, mangsa mendengar pintu biliknya diketuk dan apabila membukanya, dia terkejut melihat dua lelaki tadi bersama seorang lagi rakan mereka mengacukan parang ke arahnya.

"Suspek kemudian menyelongkar rumah dan bilik mangsa dan mengambil wang tunai RM5,000, telefon bimbit, komputer riba, barangan kemas dan kad ATM.

"Suspek meminta nombor pin kad ATM sebelum bertindak memukul belakang mangsa menggunakan belakang sisi parang selepas gagal mendapatkan barangan lain," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian diikat dan mulutnya ditampal pita pelekat sebelum melarikan diri dengan menaiki kenderaan jenis Perdana V6 berwarna merah dan bercermin gelap.

Bagaimanapun, katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan walaupun dipukul oleh penjenayah terbabit.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah membenarkan mereka yang tidak dikenali memasuki rumah.

Wednesday, October 13, 2010

Anak Menantu Hantu

Anak tunggal kebas duit KWSP
Oleh Amir Abd Hamid

2010/10/13

KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang ibu tunggal apabila mendapati wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah ratusan ribu ringgit yang baru diperoleh apabila bersara selepas puluhan tahun bekerja lesap dari akaun banknya.

Lebih menyedihkan apabila pesara kilang elektronik berusia lewat 50-an itu mendapat tahu orang yang melesapkan wang RM117,000 itu ialah anak lelaki tunggal kesayangannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bank, di sini.

Mangsa yang hanya menyedari kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya hilang baru-baru ini, membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Balai Polis Jinjang, dekat sini.

Menurut sumber, sebaik melihat wajah anak lelaki dan menantunya bergembira mengeluarkan wang menggunakan kad ATM miliknya, wanita terbabit menangis teresak-esak, menggeletar seluruh tubuhnya dan hampir pengsan.

“Wanita itu beristighfar panjang dan menjadi tidak keruan apabila rakaman terbabit menunjukkan anak dan menantunya berulang kali mengeluarkan wang simpanannya menerusi ATM daripada RM117,000 hingga tinggal RM15.44 sen,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa sedih dan kecewa dengan perbuatan anak serta menantunya dan hasratnya untuk membeli rumah menggunakan wang KWSP itu tidak kesampaian.

“Ketika mangsa membuat laporan, polis sudah mengesyaki kemungkinan keluarga terdekat melakukan perbuatan itu.

“Ini disebabkan dia kehilangan kad ATM yang disimpan di dalam tas tangannya. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan menerima kemungkinan itu kerana menganggap anak tunggal kesayangannya itu tidak akan mengkhianatinya ,” katanya.
Berikutan itu, katanya, polis terpaksa meminta bantuan pihak bank untuk melihat rakaman CCTV pada tarikh pengeluaran wang berkenaan dilakukan.

Sumber itu berkata, berdasarkan rekod dan rakaman CCTV bank berkenaan, anak lelaki dan menantu mangsa membuat pengeluaran melalui ATM sebanyak 52 kali dan 16 kali transaksi pindahan bank dalam tempoh sebulan dengan jumlah transaksi maksimum RM5,000 sehari.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an terbabit kini menyembunyikan diri dengan membawa isteri dan tiga anak selepas menyedari rahsia kemungkaran dan tindakan derhaka itu diketahui ibunya.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Tuesday, October 12, 2010

Curi Lori

Tidak sempat larikan treler

Oleh WAN YUSLINA WAN MUDA
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 11 Okt. - Percubaan seorang penyamun untuk melarikan treler yang sarat dengan muatan getah tidak kesampaian apabila ditangkap pemandunya di depan sebuah restoran di Jalan Sungai Dua, Karak, Bentong, semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang, mangsa bagaimanapun terpaksa mengejar suspek yang memandu treler itu sejauh lebih 20 kilometer (km) sebelum berjaya mendapatkan semula kenderaan tersebut.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 30 tahun, dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, kelmarin, apabila kenderaan tersebut rosak dan terpaksa berhenti di depan sebuah kilang kertas, di Taman Perindustrian Benus, Bentong.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, mangsa lalu menghubungi seorang mekanik untuk membaiki treler tersebut.

"Bagaimanapun, kerja-kerja membaiki treler itu tidak dapat diselesaikan pada hari tersebut dan terpaksa disambung keesokannya pada pukul 11 pagi.

"Oleh itu, mangsa meninggalkan treler berkenaan dalam keadaan berkunci di depan kilang tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Menurut Noor Asyikin, keesokan harinya mangsa menghubungi mekanik tersebut untuk mengetahui keadaan treler itu tetapi dia dimaklumkan bahawa kenderaan tersebut tiada di tempat berkenaan.

"Mangsa kemudian bergegas ke tempat berkenaan dan terkejut mendapati kenderaannya itu telah hilang," ujar beliau.

Katanya, tidak lama selepas itu, mangsa mendapat panggilan daripada seorang rakannya yang memaklumkan ternampak treler berkenaan di tepi Jalan Sungai Dua, Karak.

"Mangsa lalu menuju ke tempat tersebut sebelum menemui treler itu dan memintasnya berdekatan restoran Sungai Karak," jelasnya.

Tambahnya, motif kecurian masih belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sikap Perihatin Menyelamatkan

Kanak-kanak nyaris dirogol jiran sendiri

PETALING JAYA 11 Okt. - Keprihatinan dua penduduk berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki di sebuah rumah kosong di Kota Damansara di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku pukul 7 petang semasa dua penduduk terbabit hendak membuang air kecil di rumah kosong tersebut.

Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja membuka pintu, mereka terkejut apabila menemui seorang kanak-kanak perempuan berada bersama seorang lelaki.

"Pada mulanya, mereka curiga apabila pintu rumah kosong yang selalunya terbuka itu, tertutup.

"Dia kemudian membuka dan terkejut apabila melihat kanak-kanak itu dalam keadaan berbogel manakala baju serta seluarnya berselerak di lantai.

"Ketika itu suspek sedang meraba mangsa. Suspek berusia 18 tahun yang terkejut cuba melarikan diri namun berjaya ditahan oleh dua penduduk terbabit," katanya di sini hari ini.

Difahamkan, suspek merupakan jiran kepada kanak-kanak malang itu.

Tambah Arjunaidi, kedua-dua penduduk itu kemudian menyerahkan suspek kepada pihak polis.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Monday, October 11, 2010

Tiru Tanda Tangan Dapat RM1 Juta

Polis buru wanita kebas RM1 juta
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/10/11

KUALA LUMPUR: Hanya dengan meniru dan memalsukan tandatangan, seorang wanita berjaya melesapkan wang tunai hampir RM1 juta daripada beberapa pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan dari sebuah firma guaman di sini.


Difahamkan, suspek kerap mengambil kesempatan menggelapkan wang dibayar pelanggan kepada syarikat guaman tempat dia bekerja sebelum melarikan diri.

Sumber polis Kuala Lumpur berkata, dalam kes pertama, sebuah firma guaman di Jalan Yap Ah Shak di sini, kerugian selepas seorang kakitangannya mengambil wang RM9,640 dengan meniru tandatangan pada cek sehingga meyakinkan pihak bank untuk menunaikan cek berkenan.

Katanya, suspek pernah melakukan jenayah sama dan melesapkan wang syarikat RM15,989 sewaktu bekerja di sebuah firma guaman di Plaza Damas, Jalan Hartamas, di sini.

“Berdasarkan siasatan, suspek sering berpindah randah dan bertukar tempat kerja membabitkan beberapa firma guaman sekitar Lembah Klang sejak beberapa tahun lalu.

“Ketika bekerja di sebuah lagi firma guaman juga di Plaza Damas, suspek cuba menunaikan tiga cek milik syarikat berkenaan dengan memalsukan tandatangan, namun gagal kerana ia dikesan majikannya,” katanya.


Menurutnya, kali terakhir suspek dilaporkan melakukan jenayah itu membabitkan sebuah firma guaman di Tingkat 3, The Amwalk, 218 Jalan Ampang, di sini. Suspek menunaikan dua cek berjumlah RM600,000 dan RM379,847.56.

“Susulan kes itu polis mencari seorang wanita, Noor Hafizah, 27, dengan nombor kad pengenalan 830610-10-5022 yang dipercayai boleh membantu siasatan empat kes penipuan berkenaan.


“Orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Noor Hafizah berada boleh menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany di talian 012-2834134 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Brickfields, Asisten Superintendan Nazri Mohd. Noor (03-22742222),” katanya.

Selain Noor Hafizah, polis juga mencari seorang lelaki, Leow Han Sing, 31, pemegang kad pengenalan bernombor 791201-10-5217 yang beralamat terakhir 408, Tingkat 3, Blok 76, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

Han Sing dicari bagi membantu siasatan kes penipuan gaji pekerja sebuah syarikat meletak kenderaan yang beralamat di 708, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, No.9, Jalan 16/11 Off Jalan Damansara, Petaling Jaya di sini.

Lelaki berkenaan dipercayai boleh membantu siasatan kes seorang Eksekutif Sumber Manusia di syarikat terbabit yang memalsukan tandatangan surat pembayaran gaji pekerja.

Dalam kes itu, suspek turut memalsukan tandatangan dalam surat pembayaran gaji pekerja dan memasukkan wang gaji itu ke akaun dua individu dan 18 pekerja yang tidak dibenarkan oleh syarikat masing-masing berjumlah RM167,850, RM183,450 dan RM1,000.

Suspek dikesan turut melakukan perbuatan sama dan melesapkan wang syarikat RM70,456 sebelum itu.

Sesiapa mempunyai maklumat mengenai Han Sing boleh menghubungi KBSJD Dang Wangi, Asisten Superintanden Mazlan Udin atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Redduan Ali di talian 03-23022222.

Pencuri bateri bas diberkas

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanN9@utusan.com.my

Hau Hun Kow menunjukkan tempat menyimpan bateri yang kosong selepas dicuri di Taman Perindustrian Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 10 Okt. – Misteri kehilangan sembilan bateri di lima buah bas yang diletakkan di Taman Perindustrian Ayer Keroh di sini sejak empat bulan lalu terjawab apabila pemilik bas itu akhirnya berjaya menangkap pencuri tersebut, hari ini.

Malah, ketika ditangkap, pemilik bas itu, Hau Hun Kow, 47, ternampak suspek sedang meletakkan bateri bas yang baru dicurinya ke dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

Menceritakan detik-detik dia menangkap pencuri bateri bas bersiri itu, Hun Kow berkata, dia yang ditemani isteri, Loo Saw Chen, 45, pergi ke kawasan perindustrian itu kira-kira pukul 10.10 pagi ini untuk membawa bas tersebut yang akan digunakan sebuah keluarga yang kematian ahli ke tanah perkuburan di Ayer Molek.

Sebaik sahaja tiba di tempat dia meletakkan basnya, Hun Kow berkata, isterinya berasa curiga apabila ternampak sebuah motosikal diletakkan di belakang bas terbabit.

“Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, saya mendekati dan menegur seorang lelaki yang ketika itu berada di atas motosikal sambil membetulkan kedudukan bateri bas di dalam raga.

“Dengan selamba, lelaki itu mengatakan dia meminjam bateri bas itu dari pemiliknya dan akan memulangkannya tetapi wajahnya terus berubah apabila saya beritahu bas itu kepunyaan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menyedari dia sudah terperangkap, Hun Kow berkata, lelaki itu cuba melarikan diri tetapi dia sempat menolak menyebabkan suspek terjatuh dan dihempap motosikal tersebut.

Dalam keadaan mencemaskan itu, katanya, dia terus menarik seluar lelaki itu sebelum menyuruh isterinya menghubungi polis yang tiba kira-kira 15 minit selepas itu.

“Sementara menunggu polis sampai, lelaki itu berkali-kali menafikan perbuatannya itu tetapi saya tidak mengendahkannya,” katanya.

Hun Kow berkata, dia berasa lega kerana berjaya menangkap sendiri lelaki terbabit selain percaya lelaki sama mempunyai kaitan dengan kehilangan sembilan buah bateri bas dari lima buah bas miliknya sejak empat bulan lalu.

“Selama ini, ramai ibu bapa termasuk pihak kilang tidak percaya apabila saya mengatakan bateri bas saya dicuri setiap kali saya lewat tiba di sekolah atau kilang.

“Hari ini, saya sudah buktikan dengan menangkap sendiri pencuri itu dan berharap pihak polis mengenakan hukuman setimpal kepada pesalah itu,” katanya sambil menambah kerugian lebih RM4,00 sejak kejadian itu berlaku.

Sementara itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Melaka Tengah, Deputi Supritendan Gan Chip Pho ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki berusia 38 tahun itu.

Saturday, October 9, 2010

Penyamun

Warga emas mandi darah dibelasah penyamun


2010/10/09

RAUB: Seorang warga emas menempuh detik mencemaskan apabila dipukul seorang penyamun bersenjatakan parang mengakibatkannya bermandi darah berikutan cedera di kepala dalam kejadian samun di Tanah Bercangkul, dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa berusia 70 tahun yang dipukul di kepala tanpa belas kasihan cuba menyelamatkan diri dengan menepis tangan penyamun terbabit selain menjerit meminta pertolongan.

Turut cedera tiga anak mangsa termasuk seorang kurang upaya berusia 25 tahun selepas diserang penyamun terbabit menyebabkannya bengkak di kepala dan luka di tangan.


Sebelum kejadian, dua penyamun terbabit dikatakan memotong jeriji tingkap di bahagian dapur sebelum menceroboh masuk dan menuju ke bilik tidur mangsa.


Difahamkan, secara kebetulan mangsa terjaga dari tidur untuk solat Subuh kerana menyangkakan jam menunjukkan sudah jam 5 pagi sebelum mendapati kelibat penyamun terbabit berdiri di depannya sambil memegang parang.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata ketika mangsa hendak menyelamatkan diri, penyamun terbabit terus memukul kepalanya beberapa kali mengakibatkan warga emas itu cedera di kepala.


Menurutnya, penyamun terbabit bertindak ganas terus mencederakan tiga anak mangsa sebelum merampas beg kecil seorang anaknya mengandungi RM100 hasil jualan burger.

Baru Menyesal

Dhiya menangis minta tolong ibu


2010/10/09

KUALA LUMPUR: “Baby menyesal tak dengar cakap ibu, sekarang dah jadi macam ni, baby tak tahu nak buat apa, tolonglah baby ibu,” kata mangsa sindiket keldai dadah, Nur Dhiya Ain Rosman, 19, yang terpaksa berkongsi bilik dengan 10 suspek kes jenayah sebelum dipindahkan ke bilik berasingan di Pusat Tahanan Ravensmead, Cape Town, Afrika Selatan sejak ditahan 14 Ogos lalu.

Ibu mangsa, Roslah Abdul Jani, 43, berkata, semasa diberi peluang bercakap dengan anak kesayangannya itu, dia tidak dapat menahan sebak kerana anaknya menangis teresak-esak semasa berbual di telefon.

“Hati mana yang tidak tersentuh mengenang nasib anak yang teraniaya akibat perbuatan orang lain di negara asing beribu batu jauhnya,” katanya semalam.


Nur Dhiya atau lebih mesra dipanggil Baby di kalangan keluarga ditahan di lapangan terbang Capetown selepas dikesan membawa 1.2 kilogram dadah syabu dan kini ditempatkan di pusat tahanan, sementara menunggu perbicaraan yang sudah tertangguh sejak 16 Ogos lalu.


Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, pihaknya sudah mendapatkan bantuan peguam di Cape Town, Stevie Dreyer manakala seorang peguam tempatan, Mohd Firdaus Yaacob menawarkan diri untuk terbang ke Cape Town bagi membantu kes pembelaan Nur Dhiya.


“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Firdaus yang sanggup mengambil kes ini secara ‘pro bono’ atau percuma atas rasa tanggungjawabnya membantu insan yang teraniaya,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran tabung bantuan guaman Nur Dhiya di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, di sini, semalam.


Tabung yang akan diletakkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa Perhimpunan Agung Umno pada 19hb hingga 23hb Oktober ini, bertujuan membantu membiayai kos guaman bagi perbicaraan Nur Dhiya yang akan diketahui selepas sebutan kes pada 15 Oktober depan di Mahkamah Majistret Belleville, Cape Town.


Sementara itu, Mohd Firdaus yang akan berlepas ke Cape Town pada 14 Oktober berkata, dia akan meneliti maklumat kes berkenaan sebaik berjumpa pihak peguambela mangsa di sana.


“Saya tergerak hati untuk membantu selepas dihubungi Datuk Khairun baru-baru ini dan akan cuba sedaya-upaya untuk membantu kes pembelaan Nur Dhiya,” katanya semalam.


Akhbar pada 13 Ogos lalu melaporkan mangsa kali terakhir menghubungi ibunya kira-kira jam 1 pagi, 9 Ogos lalu dalam keadaan tergesa-gesa dan memberitahu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Capetown bersama rakan-rakannya.

Friday, October 8, 2010

Ayam Serama Pun Kena curi

Lelaki curi 18 ekor ayam serama RM14,000 ditahan

MUAR 7 Okt. - Biasanya penjenayah mencuri barangan kemas atau barangan berharga, namun lain pula dengan seorang lelaki berusia 30 tahun di sini yang ditahan kerana disyaki mencuri ayam serama.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Salleh dan pemeriksaan yang dijalankan menemui enam ekor ayam serama di rumah itu.

Katanya, polis percaya suspek bertanggungjawab terhadap kehilangan 18 ekor ayam serama yang dianggarkan bernilai RM14,000 dari sebuah rumah di daerah ini, semalam.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan kerana kami percaya suspek ini turut terlibat dalam beberapa kes kehilangan anjing peliharaan di daerah ini," katanya pada sidang akhbar semalam.

Sementara itu, polis yakin dapat menyelesaikan 25 kes pecah rumah di sekitar daerah ini dengan penangkapan seorang lelaki berusia 36 tahun di sebuah rumah di Taman Maharani di sini Ahad lalu.

Suspek yang ditahan pukul 12.40 tengah malam itu dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di daerah ini sejak November lalu hingga bulan lalu.

Mohamad Nasir berkata, suspek yang amat dikehendaki itu berjaya ditahan dalam serbuan sepasukan polis di rumah berkenaan.

"Selain menahan suspek, kami turut merampas lapan bentuk cincin emas, sebentuk cincin perak, dua pasang anting-anting emas, tiga gelang emas, dua rantai leher emas dan tujuh resit pajak gadai," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan adalah antara 12 orang yang berjaya ditahan dalam operasi bersepadu dijalankan di sekitar bandar ini selama dua hari bermula Ahad lalu.

Menyamar Perempuan Untuk Menyamun



Guna baju isteri menyamun

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my

MOHD. Fawzi Arshad (kanan) menunjukkan baju isteri suspek yang digunakan ketika menyamun bersama topeng dan barangan curi di IPD Kluang, semalam.

KLUANG 7 Okt. – Seorang penagih dadah sanggup menyamar sebagai wanita dengan memakai baju isterinya untuk menyamun penduduk kampungnya di Kampung Sri Lukut, Kahang di sini.

Namun, taktik penyamaran kurang bijak suspek berusia 35 tahun itu bagaimanapun terbongkar apabila penduduk kampung dapat mengecam baju isteri suspek.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, berikutan maklumat penduduk itu, polis berjaya menahan suspek di kampung sama, pukul 8.45 malam Ahad lalu.

Katanya, polis turut merampas sebahagian barangan samun seperti komputer riba, dapur gas dan kipas angin.

“Isteri suspek berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa yang disamun pukul 12.12 tengah malam 2 September lalu di kampung tersebut.

“Mangsa mendakwa kerugian RM15,000 apabila kehilangan satu komputer riba, barangan kemas dan wang tunai RM500 setelah disamun suspek yang berpakaian wanita dan bersenjatakan pisau,” katanya.

Katanya, suspek kini direman hingga 17 Oktober ini dan keputusan ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan suspek positif mengambil dadah.

Tambahnya, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah ditahan kerana melakukan jenayah samun selain kesalahan memiliki dadah.

Polis juga menyiasat kemungkinan suspek terlibat dalam kes samun lain.

Wednesday, October 6, 2010

Dulu Gores dan Menang...

Imbas dan menang pula berleluasa


CHE Halim Abd. Rahman (duduk tengah) menunjukkan risalah kertas imbas dan menang di Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 5 Okt. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor mengesan taktik terbaru sindiket gores dan menang setelah beberapa mangsa termasuk warga Singapura mendakwa ditipu dengan kaedah baru yang dikenali sebagai imbas dan menang.

Pengarahnya, Che Halim Abd. Rahman berkata, taktik terbaru yang menggunakan modus operandi hampir sama dengan gores dan menang itu akan memerangkap mangsanya untuk membayar wang hingga mencecah ratusan ribu ringgit sebelum mangsa boleh mengimbas kertas yang diberikan.

Beliau berkata, rata-rata mangsanya akan terpedaya setelah sindiket tersebut menunjukkan hadiah utamanya berupa kereta mewah selain gambar-gambar 'pemenang' yang pernah memenangi hadiah sebelum ini.

''Setiap mangsa yang mengimbas kad yang diberikan pasti akan memaparkan nombor yang sama iaitu 13 di mana hadiahnya adalah tilam kesihatan kerana sememangnya nombor tersebut sahaja akan tertera.

''Selain nombor 13 itu, hadiah lain antaranya kereta mewah, tiket pelancongan dan banyak lagi yang diletakkan nombor satu sehingga 15 hanyalah untuk mengaburi mata mangsanya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabatnya di Menara Ansar di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Abdul Hamid Abu Bakar dan Ketua Biro Aduan Awam MCA negeri, Chia Song Cheng.

Menurut Che Halim, sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 74 kes berhubung kes gores dan menang dan termasuk kaedah terbaru tersebut yang mana 65 daripadanya telah difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

Katanya, pihaknya turut mengadakan dua serbuan berasingan di pejabat sindiket gores dan menang di bandar raya ini dan merampas barang keseluruhan bernilai RM330,000.

Katanya lagi, pihaknya kini mengetuai satu pasukan khas yang turut dianggotai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik bagi memantau kegiatan gores dan menang di negeri ini.

Sementara itu, seorang mangsa sindiket imbas dan menang, Rusni Karman, 54, dari Jurong West, Singapura mendakwa, dia didatangi seorang wanita ketika sedang membeli-belah di City Square di sini pada 28 Ogos lalu.

Katanya, dia diminta oleh wanita berkenaan ke pejabatnya di Permas Jaya sebelum diminta membayar RM8,250 untuk mengimbas kad yang menawarkan hadiah lumayan itu.

''Saya hanya memperoleh tilam kesihatan, alat pengurut kaki dan penapis air sahaja dan salah seorang pekerja memberitahu hadiah tersebut boleh ditukar semula dengan wang tunai yang hanya akan dibayar keesokan harinya.

''Bagaimanapun, pekerja terbabit tidak datang ke lokasi yang dijanjikan manakala telefonnya gagal dihubungi," katanya.

Sehubungan itu, Rusni yang merupakan suri rumah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Johor Bahru Selatan pada 3 September lalu.

Kaki Panjang!

Lelaki Peru guna kaki panjang untuk mencuri beg pelancong asing berjaya diberkas

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Seorang lelaki warga Peru berusia 50 tahun menggunakan kemahiran kakinya yang panjang untuk menarik beg pelancong sebelum melarikannya.

Suspek yang dikehendaki polis kerana dipercayai sering mencuri barangan pelancong asing di ibu negara akhirnya berjaya diberkas, semalam.

Jurucakap polis berkata, suspek yang terkenal dengan nama jolokan 'toyol' itu ditahan selepas cuba mencuri sebuah beg milik pelancong warga Indonesia di sebuah restoran di pusat beli belah di Bukit Bintang di sini.

"Ketika pelancong berkenaan sedang menunggu makanan yang dipesan di restoran itu, mangsa berusia 42 tahun terkejut apabila beg pakaian miliknya diletakkan di bawah meja tiba-tiba hilang.

"Mangsa turut panik kerana beg itu mengandungi wang tunai dolar Amerika Syarikat berjumlah AS$3,000 (RM9,300) serta lima pasport milik keluarganya.

"Ketika mangsa bangun dan memeriksa keadaan sekelilingnya, dia ternampak suspek yang turut berada di meja makan berhampiran memegang beg miliknya," katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu menambah, mangsa kemudian mendapatkan bantuan pengawal keselamatan untuk memeriksa beg yang dipegang suspek.

Jelasnya, seorang pekerja restoran turut mendakwa pernah melihat suspek tersebut menarik beg mangsa dengan menggunakan kakinya sebelum itu.

"Suspek kemudian ditahan oleh sekumpulan pengawal keselamatan selepas dia kelihatan cuba melarikan diri setelah menyedari mangsa mula mengesyaki dirinya.

"Dengan bantuan anggota polis peronda, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Suspek kemudian mengaku terlibat dengan berpuluh-puluh kecurian," ujarnya.

Suspek kini ditahan reman selama 14 hari bagi siasatan lanjut mengenai jenayah yang dilakukannya.

Difahamkan suspek sebelum ini pernah menggunakan kakinya untuk menarik dan melarikan sebuah beg tangan seorang pelancong wanita warga Britain berusia 46 tahun yang diletakkan di bawah meja di sebuah kafe siber di Jalan Imbi.

Berikutan itu wanita tersebut kehilangan wang tunai sebanyak RM6,000.

Seorang pelancong dari Belanda berusia 29 tahun pula menjadi mangsa apabila beg miliknya dilarikan ketika sedang membeli belah di Bukit Bintang.

Monday, October 4, 2010

HatiHati Dengan Penghantar Surat (Mat Despath)

Pengantar surat dalang kes ragut, samun


2010/10/04

KUALA LUMPUR: Penahanan seorang penghantar surat kerana disyaki mengedar dadah, turut membongkar pembabitannya dalam mendalangi ragut dan samun jalanan sekitar Ampang selepas polis menemui 23 surat pajak gadai pelbagai barangan kemas hasil kegiatan jenayah yang dilakukannya.

Surat pajak gadai yang mencatatkan transaksi pelbagai jenis barangan kemas dari beberapa kedai pajak gadai konvensional sekitar Ampang itu ditemui polis di rumah lelaki berusia 33 tahun itu hasil siasatan lanjut polis selepas dia ditahan kerana memiliki 57 gram heroin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata suspek ditahan dalam satu operasi di Kampung Berembang, Ampang, jam 6.30 petang Jumaat lalu, hasil maklumat orang awam menerusi program Komuniti Polis di kampung berkenaan.
“Dalam operasi itu, suspek ditahan kerana memiliki 25 paket plastik mengandungi 57 gram heroin bernilai RM2,500 sebelum siasatan di rumahnya pula di Desa Lembah Permai menemui 23 surat pajak gadai membabitkan transaksi barang kemas berjumlah RM24,560,” katanya.

Sunday, October 3, 2010

Cara Negro Pasang Perangkap Gadis Melayu Bodoh

Informasi Elektif: Jerat ‘Awang Hitam’
Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
rnorain@hmetro.com.my
2010/10/02

DENGAN kepakaran ‘mengalun’ ayat cinta menerusi e-mel dan laman sosial, sebahagian warga Afrika yang kononnya berkunjung ke negara ini sebagai pelancong atau pelajar dikesan memerangkap golongan wanita pertengahan usia bermodal tebal untuk mendapatkan wang mudah.


Kebiasaannya mereka menggunakan gambar lelaki berkulit putih untuk menjerat mangsa, di samping menggoda dengan menggunakan kata-kata cinta dan rayuan.

Selepas pasti mangsa berada dalam genggamannya, mereka mula bertindak dengan memberitahu mangsa kononnya mahu mengirim bungkusan bernilai ribuan ringgit kepada mangsa.


Dalam tempoh beberapa hari kemudian, mangsa akan menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai kastam dan memaklumkan barangan yang dikirim itu dikenakan cukai.

Lebih licik, warga Afrika terbabit bersekongkol dengan wanita tempatan yang menyamar sebagai pegawai kastam dan bertutur dalam bahasa Melayu bagi meyakinkan mangsa.

Tidak cukup dengan itu, mangsa juga akan menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa mereka dari pejabat kedutaan dan pihak kurier serta menyatakan kiriman perlu dikenakan caj tertentu.

Individu yang membuat panggilan itu akan memaklumkan bahawa mangsa perlu membayar sejumlah wang sebelum kiriman berkenaan sampai di tangan mangsa.

Mangsa yang terpedaya akan memasukkan jumlah dikehendaki ke dalam beberapa akaun berbeza milik warga tempatan sehingga dalam tidak sedar mereka ditipu sehingga ribuan ringgit.

Mangsa hanya akan menyedari ditipu apabila barang dikirim tidak sampai ke tangan mereka walaupun sudah menjelaskan bayaran berkenaan.

Modus operasi penipuan bungkusan paling popular membabitkan ‘Awang Hitam’ itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa dalam temubual eksklusif bersama Metro Ahad di pejabatnya, baru-baru ini.

Penipuan seumpama itu adalah sebahagian besar daripada 385 kes penipuan yang direkodkan JSJK Bukit Aman dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan kerugian RM7.45 juta.

Jumlah kes itu membimbangkan kerana ia meningkat hampir sekali ganda berbanding 265 kes dan kerugian berjumlah RM7.02 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Rohaimi berkata, Kuala Lumpur mencatat jumlah kerugian paling banyak dalam tempoh enam bulan tahun ini iaitu sebanyak RM2.5 juta yang membabitkan 75 kes.

Katanya, mereka menjalankan kegiatan penipuan dengan menggunakan pelbagai cara, terutama melalui bungkusan dan black money.

“Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sejumlah 89 individu yang terbabit dalam kedua-dua penipuan ini ditangkap.

“Malah, penipuan melalui bungkusan juga dilihat semakin berleluasa sejak tiga tahun kebelakangan ini berdasarkan jumlah tangkapan yang direkod dalam tempoh itu apabila ia semakin menghampiri jumlah keseluruhan 120 tangkapan kes sepanjang tahun lalu,” katanya.

Berdasarkan siasatan, warga Nigeria didapati aktif menjalankan kegiatan penipuan menerusi bungkusan ini dengan jumlah tangkapan sebanyak 68 kes sepanjang tahun lalu diikuti dengan warga Afrika Selatan, 37 tangkapan.

Bagaimanapun, jika dulu penipuan black money sering dikaitkan dengan warga Afrika, trend berkenaan dilihat semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berdasarkan statistik yang direkod, jumlah tangkapan individu yang terbabit dalam kegiatan itu adalah 24 orang pada tahun lalu dan hanya enam tangkapan dilakukan sehingga Jun tahun ini.

Walaupun jumlah tangkapan dilihat semakin menurun, kegiatan itu dipercayai masih aktif apabila sindiket black money mensasarkan ahli perniagaan yang inginkan keuntungan berlipat kali ganda sebagai mangsanya.

Mangsa yang kelabu mata mudah terpedaya dengan kegiatan ini yang kononnya dapat ‘mencuci’ sehelai kertas dan bertukar menjadi wang dolar Amerika Syarikat.

Dakwa mereka, teknik itu digunakan oleh Amerika Syarikat untuk membantu negara miskin di benua Afrika bagi meningkatkan nilai mata wang negara itu.

Mangsa akan ditunjukkan teknik ‘mencuci’ wang berkenaan bagi meyakinkan mangsa untuk membuat pelaburan.

Selain penipuan bungkusan dan black money, ada beberapa penipuan yang membabitkan golongan ini, antaranya menggunakan wasiat pusaka, tawaran kerja dan loteri.

Seiring dengan peredaran masa dan ledakan teknologi, penjenayah lebih selesa melakukan penipuan ini menerusi Internet, termasuk menggunakan laman sosial seperti facebook, twitter dan tagged.

Banyak faktor dikenal pasti mendorong golongan berkenaan melakukan kegiatan jenayah sedemikian di negara ini antaranya pemberian kemudahan Visa Sewaktu Ketibaan (VOA) kepada pelancong.

Visa yang diperkenalkan bagi menggalakkan kedatangan pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 itu disalahgunakan oleh segelintir pelancong untuk melakukan kegiatan berkenaan.

Rohaimi berkata, langkah kerajaan memansuhkan visa berkenaan yang berkuat kuasa 16 Ogos lalu dilihat sebagai satu langkah positif untuk mengekang penularan jenayah itu.

Katanya, pemberian visa berkenaan mendorong pelancong masuk ke negara ini untuk melakukan pelbagai jenayah dan tinggal melebihi masa ditetapkan.

“Sebelum ini, jenayah ini tidak pernah wujud di Malaysia tetapi dibawa masuk oleh pelancong sehingga menjadi trend membimbangkan di negara ini.

“Golongan ini biasa melakukan kegiatan jenayah terbabit di negara mereka dan bertindak ‘memperluaskan’ aktiviti mereka ke negara luar,” katanya.

Dengan pemansuhan visa itu, beliau menjangkakan jumlah kes jenayah membabitkan pelancong asing akan menunjukkan penurunan.

Bagaimanapun, sukar untuk membanteras kegiatan ini secara keseluruhan kerana negara tidak mengamalkan penggunaan sistem biometrik yang dapat merekod dan mengawal kemasukan pelancong asing secara meluas.

“Pelancong asing yang didapati terbabit dalam kegiatan jenayah akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini, namun ada di antara mereka bijak dengan memasuki negara ini semula menggunakan pasport orang lain.

“Kita sukar mengesan golongan ini kerana tiada sistem dapat mengesan pergerakan keluar masuk mereka secara sistematik,” katanya.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 22 Ogos lalu memaklumkan sistem berkenaan akan diperluaskan penggunaannya menjelang bulan depan.

Inisiatif itu dilihat sebagai satu daripada langkah untuk mempertingkatkan sistem kawalan keselamatan sedia ada di Jabatan Imigresen, sekali gus dapat memantau kemasukan dan pergerakan warga asing.

Menerusi sistem itu, status warga asing boleh diketahui apabila mereka memohon visa pelancong, visa pelajar serta permit kerja.

Warga asing yang didapati pernah melakukan jenayah akan dihalang daripada memasuki negara ini, sekali gus dapat membendung penularan kegiatan jenayah.

Namun, usaha kerajaan dan pihak berkuasa tidak mencukupi jika orang ramai di luar sana membuka ‘ruang’ kepada penjenayah itu untuk menjadikan mereka sebagai mangsa.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mempercayai apa juga tawaran mencurigakan menerusi panggilan telefon, e-mel, laman sosial mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, mereka sepatutnya menyiasat terlebih dulu individu yang menawarkan pelbagai bentuk pelaburan dan hadiah sebelum menyatakan persetujuan.

Sikap individu yang tamak, mudah mempercayai orang luar dan tidak sensitif dengan keadaan sekeliling menjadikan mereka sasaran dan mangsa sindiket penipuan ini.

Malah ada mangsa memberitahu,, mereka tidak pernah mengetahui mengenai sindiket penipuan ini walaupun ia dipaparkan di dalam media.

Friday, October 1, 2010

Hati-Hati Bekas Kekasih

Tetak bekas buah hati ada lelaki lain


2010/10/01

SUBANG JAYA: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup membelasah dan menetak bekas teman wanitanya berusia 18 tahun dengan parang hingga parah hanya kerana cemburu, semalam.

Difahamkan, suspek berang apabila mengetahui bekas kekasihnya itu mula menjalinkan hubungan percintaan dengan lelaki lain walaupun baru beberapa hari menamatkan hubungan mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi di sebuah asrama sebuah kolej swasta, di sini, suspek pergi ke kawasan berkenaan kononnya mahu menunjukkan seorang wanita yang baru menjadi pasangannya dipercayai bertujuan membuatkan mangsa cemburu.


Menurut sumber, sebaik tiba di asrama itu, suspek dengan bersahaja meminta keizinan daripada pengawal keselamatan untuk bertemu mangsa.


“Pengawal keselamatan yang tidak curiga dengan kehadiran suspek memanggil mangsa yang tidur di biliknya,” katanya.


Sumber berkata, sebaik mangsa bertemu bekas teman lelakinya itu, suspek mula mempersoalkan perbuatan mangsa meninggalkannya kerana lelaki lain.


“Suspek mula memarahi mangsa dengan kata-kata kesat menyebabkan berlaku pertengkaran. “Keadaan mula menjadi tegang apabila suspek mula bertindak agresif dengan memukul mangsa menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya.


Difahamkan, wanita berusia 20-an yang dibawa suspek untuk ditunjukkan kepada mangsa pula hanya mendiamkan diri.


Katanya, akibat tidak berpuas hati kerana mangsa melawannya, suspek pergi ke keretanya mengambil sebilah parang.


“Tersentak dengan itu, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal menyebabkan dia cedera di bahagian belakang dan kepala.


“Mangsa bernasib baik apabila kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang kemudian menenangkan suspek sebelum merampas parang dipegangnya,” katanya.


Suspek yang bimbang dicekup melarikan diri.


Sumber berkata, mangsa yang mengalami pendarahan teruk akibat tetakan itu dihantar ke sebuah hospital swasta berhampiran dan keadaannya kini dilaporkan masih kritikal.


“Doktor merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya, di sini, mengenai kejadian itu untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.


Difahamkan, sehingga jam 4 petang semalam, suspek yang menyerang mangsa belum ditangkap polis dan usaha memburunya giat dijalankan.


Sementara itu, Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Jangan Pegang Buah Dada Gurl

Dua pelajar tidur lokap
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/10/01

AMPANG: Dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini, terpaksa meringkuk dalam lokap selama dua hari selepas ditahan di rumah masing-masing di Ampang, di sini kerana mencabul dua pelajar perempuan, Selasa lalu.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu di dalam kawasan sekolah ketika kedua-dua dua mangsa menuruni tangga sebelum terserempak sekumpulan pelajar lelaki yang berada di situ.

“Dua pelajar perempuan berkenaan pada mulanya berniat ponteng kelas, bagaimanapun nasib mereka malang apabila dikepung sekumpulan pelajar lelaki yang ketika itu melepak di tangga.


“Seorang daripada pelajar lelaki terbabit meraba buah dada mangsa,” katanya.


Sumber terbabit berkata, berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan dua pelajar lelaki terbabit ditahan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas dua hari berada dalam lokap.


“Kami sudah memanggil pelajar yang menjadi mangsa untuk membuat pengecaman. Bagaimanapun, dia mendakwa dua pelajar terbabit hanya berada di situ dan tidak meraba mereka.


“Hanya seorang pelajar yang melakukan perbuatan terkutuk itu, tetapi dia sudah dibuang sekolah dan kami mungkin akan menahannya dalam tempoh terdekat untuk siasatan lanjut,” katanya.


Selain itu, polis memburu beberapa pelajar di sekolah sama selepas seorang lagi mangsa membuat aduan berhubung kes cabul membabitkan dirinya yang berlaku Julai lalu.


“Mangsa takut untuk membuat laporan polis kerana pelajar lelaki terbabit mengambil gambarnya ketika dicabul dan mengugut akan memasukkan foto itu dalam laman facebook.


“Malah, mangsa turut diminta membayar wang kepada pelajar terbabit jika mahu rahsianya tidak didedahkan. Bagaimanapun, dia yang sudah tidak tahan pelbagai ugutan membuat laporan,” katanya.