Tuesday, December 20, 2011

parti goyang da

26 peserta parti goyang didakwa


SEBAHAGIAN daripada 26 orang yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka semalam atas lima pertuduhan berkaitan dadah.


MELAKA – Kandang pesalah di Mahkamah Majistret di sini semalam sesak apabila 26 peserta parti goyang Tekno Batam dituduh serentak bagi lima pertuduhan berkaitan dengan dadah di sebuah kelab malam di sini minggu lalu.
Lima daripada 26 tertuduh itu merupakan pesalah juvana.
Bagi pertuduhan pertama, kesemua 26 tertuduh didakwa memiliki lima paket plastik disyaki mengandungi dadah ketamin seberat 1.10 gram.
Kesemua tertuduh juga menghadapi pertuduhan kedua dan ketiga iaitu masing-masing memiliki dua biji pil ekstasi disyaki mengandungi dadah methaphetamine seberat 0.75 gram dan memiliki empat biji eramin 5 disyaki mengandungi dadah nimetazepan seberat 1.2 gram.
Bagi pertuduhan keempat dan terakhir, kesemua tertuduh didakwa memiliki 11 kapsul disyaki mengandungi dadah amphetamine seberat 3.3 gram dan memiliki tiga paket plastik disyaki mengandungi dadah methaphetamine seberat 0.3 gram.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di pusat hiburan Aloha Pub dan Bistro KTV, Jalan Syed Abd. Aziz Banda Hilir pada pukul 2.40 pagi 13 Disember lalu.
Hanya seorang tertuduh, Mohd. Arifin Dollah, 24, mengaku salah terhadap kelima-lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi manakala 25 orang lagi mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.

No comments:

Post a Comment