Friday, December 23, 2011

akibat jual benda lucah

Didenda RM2,000 pamer poster DVD lucah
Oleh : GOKINA MORGANAN
Tarikh : December 22, 2011
Didenda RM2,000 pamer poster DVD lucah
GEORGETOWN - Akibat mempamerkan 61 keping poster cakera padat digital (DVD) lucah di sebuah premis dalam kompleks peniagaan Prangin Mall, seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Lim Hup Wooi, 32,  mengaku bersalah melakukan kesalahan itu, di sebuah premis menjual DVD dalam kompleks peniagaan itu kira-kira jam 4.35 petang, 24 November lalu.

Majistret Noor Aini Yusof, memerintah hukuman penjara dua bulan sekiranya lelaki itu gagal  menjelaskan denda.

Hup Wooi dari Lebuh Aceh disabit kesalahan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tiga tahun atau denda atau keduanya sekali.

Terdahulu, Hup Woi merayu satu hukuman denda dengan alasan mempunyai tiga anak dan juga tanggungan keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim  memohon mahkamah menjatuhkan hukuman bersifat pengajaran dengan mengambil kira jumlah poster lucah yang dirampas walaupun dia tiada rekod lampu.

No comments:

Post a Comment