Tuesday, August 23, 2011

projek tipu


Syarikat lari, duit melabur lesap

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


SHAIFUL AZMAN (tiga dari kiri) bersama lima lagi mangsa syarikat ternakan lembu menunjukkan laporan polis pada sidang media di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Enam individu yang ingin menjadi usahawan ternakan lembu di bawah kendalian sebuah syarikat yang menawarkan skim tersebut kira-kira empat tahun lalu terpaksa berputih mata apabila syarikat terbabit menyepi tanpa sebarang berita.

Bukan itu saja, nasib malang mereka bertimpa apabila wang komitmen sebanyak RM85,000 yang telah diserahkan kepada sebuah syarikat yang menawarkan khidmat latihan usahawan perladangan turut hangus.

Menurut seorang mangsa, Shaiful Azman Ismail, 27, syarikat berkenaan enggan memulangkan wang komitmennya sebanyak RM15,000 yang dibayar pada 2007 untuk menyertai skim fid lot yang ditawarkan.

Jelasnya, skim berkenaan menawarkan kursus latihan dua bulan di samping menyediakan ternakan 100 ekor lembu, 10 ekar tanah yang memuatkan kandang dan rumah kepada peserta.

“Dua bulan selepas membayarnya, saya tidak dapat sebarang berita mengenai program itu serta langsung tidak dipanggil untuk mengikuti kursus,” dakwanya ketika ditemui di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment