Tuesday, August 23, 2011

kalau dah perompak


Suami isteri bekas banduan ditangkap lagi

Zamri Shamsudin menunjukkan komputer riba curi dan barangan lain bernilai RM30,000 yang dirampas daripada suspek kes pecah kereta pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Walaupun pernah dipenjarakan selama setahun kerana terlibat dalam jenayah pecah kenderaan pada tahun 2008, sepasang suami isteri tidak serik-serik malah terus mengulangi jenayah itu.

Akibatnya, mereka sekali lagi ditangkap pada 13 Ogos lalu dan membawa kepada penemuan barangan yang diambil dari kenderaan yang dipecahkan bernilai RM30,000.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin berkata, pasangan berusia 27 dan 29 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 1 pagi di sebuah hotel di Jalan Tok Lam di sini.

Katanya, tangkapan itu dibuat hasil maklumat orang ramai dalam 'Ops Lejang Cermin' yang dilancarkan pada 9 Ogos lalu.

Zamri berkata, hasil siasatan lanjut ke atas pasangan yang mempunyai tiga orang anak itu turut membawa kepada penemuan beberapa barang berharga yang dicuri suspek.

"Antaranya, 11 unit komputer riba, 18 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 16 unit pendrive, 22 keping kad sim, lima utas jam pelbagai jenama, empat unit 'hard disk', dua unit kamera, dua unit pemain MP3 dan MP4 serta empat beg komputer riba.

"Kita percaya, jenayah ini dilakukan pada waktu malam di sekitar masjid, pasar raya dan sekitar tempat letak kereta di bandar ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zamri, dengan penangkapan pasangan ini, polis yakin dapat menyelesaikan kira-kira 50 kes kecurian komputer riba, jam dan sebagainya akibat kegiatan pecah kereta yang dilaporkan setakat ini.

No comments:

Post a Comment