Thursday, August 18, 2011

guru wanita disamun

Guru wanita rugi RM6,000 disamun di rumah sendiri

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BESUT: Seorang guru wanita kerugian kira-kira RM6,000 selepas menjadi mangsa samun dua lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong daging di rumahnya di Kampung Pengkalan Sentol dekat Jerteh.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam itu, guru berumur 39 tahun itu didatangi dua pemuda tidak dikenali yang bertanyakan tentang suaminya yang ketika itu tiada di rumah.

Katanya, apabila mangsa memberitahu yang suaminya keluar, kedua-dua pemuda berkenaan tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah sambil menghunuskan sebilah pisau pemotong daging ke arah wanita itu.

Suspek kemudiannya meragut rantai leher dan gelang tangan emas dan mengambil beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai RM2,000, sebuah telefon bimbit, kad ATM dan kad kredit serta dokmen pengenalan diri termasuk lesen memandu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan di Balai Polis Jerteh.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai terutamanya kaum wanita yang tinggal berseorangan di rumah supaya berwaspada apabila didatangi orang tidak dikenali.

Katanya berdasarkan beberapa kes yang dilaporkan kepada polis, didapati penjenayah menjadikan penghuni rumah di kampung-kampung terpencil sebagai sasaran. - Bernama

No comments:

Post a Comment