Saturday, February 25, 2012

diserang

Penganggur parah diserang tujuh lelaki

KOTA BHARU 24 Feb. - Seorang penganggur parah selepas diserang tujuh lelaki dengan senjata tajam dalam pergaduhan di tepi jalan berhadapan kedai cuci kereta di Kampung Pasir Pekan, Tumpat semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa, Azmi Mustapha @ Che Hassan, 36, mengalami kecederaan di bahagian mata kanan, kedua-dua pergelangan tangan dan betis kanan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap berkata, mangsa diserang tujuh lelaki termasuk tiga warga Thailand.

"Motif kejadian tidak dapat dikenal pasti kerana mangsa diberi ubat tidur selepas bertindak agresif semasa pemeriksaan doktor.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihak kami menemui peralatan seperti topi keledar, sarung pedang, hulu pedang, kayu serta kasut kulit berwarna coklat," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan selanjutnya.

Sehubungan itu, katanya, polis Tumpat sedang memburu suspek terlibat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Wan Zainab Wan Ismail, 63, memberitahu, anaknya pergi ke tempat cuci kereta terbabit untuk bertemu seseorang tetapi tidak tahu punca dia diserang.

"Tiga warga Thailand yang menyerang anak saya, merupakan pekerja di tempat basuh kereta itu yang terletak berdekatan rumah saya. Setahu saya, anak saya tidak ada musuh dengan sesiapa," katanya.

No comments:

Post a Comment