Thursday, March 29, 2012

liwat kena sebat

Liwat: Bekas pelajar IPT dipenjara 21 tahun, 11 sebatan

PULAU PINANG 26 Mac — Seorang bekas pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dihukum penjara 21 tahun dan sebatan 11 kali selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan melakukan seks luar tabii dengan dua budak lelaki antara Oktober 2010 dengan Mac 2011.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Sitarun Nisa Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh Muhammad Mustakim Mohamad menukar pengakuan kepada mengaku bersalah ketika pendakwaan dilakukan terhadapnya.

Bagi tuduhan pertama, Muhammad Mustakim telah memaksa budak lelaki berusia 14 tahun supaya meletakkan zakarnya ke dalam mulut tertuduh pada 30 Mac 2010, pukul 5.30 petang, tuduhan kedua, tertuduh memaksa budak lelaki itu melakukan perkara yang sama pada 7.15 petang, 13 Mac 2011.

Tuduhan ketiga pula tertuduh telah memaksa budak lelaki itu meletakkan zakarnya ke dalam dubur tertuduh pada 9.15 pagi, 19 Mac 2011, tuduhan keempat dan kelima tertuduh didakwa merangsang budak lelaki berusia sembilan tahun melakukan perbuatan tidak senonoh pada 11 malam, 15 Oktober 2010 dan 3 petang, 16 Mac 2011.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Gambir, Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini.

Bagi tuduhan pertama hingga tuduhan ketiga, Muhammad Mustakim didakwa di bawah Seksyen 337(B) Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, manakala bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377e Kanun Keseksaan kerana cubaan mencabul mangsa yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sitarun kemudiannya memutuskan supaya tertuduh dihukum penjara lima tahun dan sebatan tiga kali bagi setiap kesalahan untuk pertuduhan pertama hingga ketiga, manakala penjara tiga tahun dan sebatan satu kali untuk setiap kesalahan bagi pertuduhan keempat dan kelima.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak bermula hari ini.

Tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment