Saturday, March 17, 2012

jangan berani2 bawa banyak duit

Empat penyamun larikan RM30,000
Wartawan Sinar Harian
16 Mac 2012

SUNGAI BULOH – Seorang wa­nita berputih mata selepas wang RM30,000 yang baru dikeluarkan dari bank dilarikan empat suspek bersenjatakan parang dalam kejadian di Bukit Rahman Putra, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa diekori sebelum suspek menghimpit mangsa hingga kereta yang dipandu terbabas ke bahu jalan dan melanggar pokok.

Menurut sumber, tiga suspek kemudiannya turun dari kereta dan memecahkan tingkap duduk belakang dengan menggunakan parang dan mengambil beg berisi wang terbabit.

“Ketika kejadian wanita berusia 50-an itu bersama pembantu rumahnya dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Akibat pelanggaran itu, pembantu rumah itu cedera ringan selepas kepalanya terhantuk di cermin manakala wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian dan kes sedang disiasat.

No comments:

Post a Comment