Saturday, January 7, 2012

penyamun ditangkap

Barang tak dapat, dibelasah pula

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Tiga penyamun kempunan apabila hasrat menyamun sebuah rumah gagal selepas salah seorang daripada mereka ditangkap dan dibelasah dalam kejadian di Jalan Maarof, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, tiga lelaki terbabit yang berusia 20-an memecah masuk sebuah rumah dihuni lima sekeluarga melalui pintu depan.


Mangsa, A Nathan, 35, berkata, ketika sedang berbaring di biliknya dia mendengar bunyi bising dari ruang tamu.

Katanya, sebaik keluar, dia mendapati tiga lelaki sedang mengangkat barang berharga sebelum menjerit meminta pertolongan ahli keluarga lain.


“Adik-beradik lain keluar dan cuba membantu menangkap penyamun itu, namun mereka cuba melarikan diri. “Saya menangkap seorang daripada mereka selepas berlaku pergelutan manakala dua lagi penyamun sempat melarikan diri.


“Kami menyerahkan penyamun itu kepada polis dan membuat laporan di Balai Polis Travers, sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment