Tuesday, October 11, 2011

korek dinding

Gerudi dinding larikan emas


Dua penjenayah dipercayai bersembunyi di butik (kanan) sebelum menggerudi dinding untuk memasuki kedai emas (kiri) dalam kes curi di sebuah pasar raya di Puncak Alam, Kuala Selangor, kelmarin.


KUALA SELANGOR 10 Okt. - Dua penjenayah melarikan barangan kemas bernilai RM500,000 selepas menggerudi peti besi di sebuah kedai emas yang terletak dalam sebuah pasar raya besar di Kompleks Perniagaan Alam Jaya, Puncak Alam di sini semalam.
Kedua-dua suspek sebelum itu memecah masuk pasar raya tersebut melalui bumbung selepas premis itu ditutup malam Sabtu lalu sebelum menyelinap ke dalam sebuah butik pakaian dan menggerudi lubang di dinding butik untuk masuk ke dalam kedai emas.
Difahamkan, dua lelaki itu menggunakan sambungan elektrik dari butik pakaian untuk menggerudi dinding masuk ke kedai emas dan terus menggerudi peti besi bagi mengeluarkan barangan kemas yang disimpan di dalamnya sehingga awal pagi semalam.
Selepas berjaya mengeluarkan semua barangan kemas di dalam peti besi, mereka melarikan diri dengan meninggalkan gerudi serta peralatan lain yang digunakan untuk memecah masuk pasar raya tersebut.
Pemilik kedai emas hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja membuka perniagaannya awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan sedang dijalankan.
Beliau berkata, pihaknya telah menemui semua peralatan yang ditinggalkan oleh kedua-dua suspek di tempat kejadian.
"Kita juga telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta bukti-bukti lain yang dapat membantu siasatan," kata beliau sambil memberitahu pihaknya sedang melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek.
Tambahnya, berdasarkan kenyataan yang diperolehi daripada pemilik kedai, kerugian kehilangan barang kemas dianggarkan berjumlah RM500,000.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment