Friday, March 4, 2011

Simbah Cecair

8 pelajar cederadisimbah cecair

KUALA LUMPUR 3 Mac - Malang buat lapan murid Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya di sini apabila mereka disimbah dengan sejenis pencair oleh seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali semalam.

Kejadian pukul 4.45 petang yang menimpa kesemua pelajar tahun lima dan enam itu berlaku ketika mereka sedang menunggu kenderaan di luar kawasan sekolah.

Suspek yang dikatakan berpakaian hitam dan memakai topi keledar penutup muka penuh, tiba-tiba telah menyimbah cecair berkenaan sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Kesemua mangsa yang mengalami kesan terbakar pada muka, lengan dan tubuh dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, setakat ini pihak polis belum membuat sebarang tangkapan.

"Polis masih menyiasat kes ini mengikut mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment