Wednesday, March 23, 2011

Jangan Tinggal Duit Dalam Kereta

RM36,400 dalam kereta lesap

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 22 Mac - Seorang peniaga berputih mata apabila wang RM36,400 yang diletakkan di dalam keretanya, lesap dilarikan pencuri semalam.

Ketika kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa yang berusia 46 tahun baru sahaja mengeluarkan wang tersebut dari sebuah bank di Jalan Tun Ismail di sini.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, selepas mengeluarkan wang berkenaan, mangsa berhenti minum bersama seorang anaknya di sebuah kopitiam.

"Mangsa meninggalkan bungkusan duit itu di dalam kereta yang diletakkan berhampiran kopitiam tersebut. Beberapa minit kemudian mangsa perasan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an berlegar-legar berhampiran keretanya.

"Mangsa terkejut apabila ternampak suspek memegang bungkusan dipercayai berisi duitnya sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Kata Noor Asyikin, mangsa kemudian pergi ke keretanya dan mendapati cermin kenderaannya itu telah dipecahkan dan wangnya lesap lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Tambahnya, mangsa percaya dia diekori dua suspek terbabit sejak mengeluarkan duit dari bank.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment