Tuesday, March 8, 2011

Pak

Pak andam penipu dicekup


GOMBAK: Perunding perkahwinan `walimatul tak urus' yang penipuannya didedahkan Harian Metro pada 2 Mac lalu, dicekup polis dalam tempoh hanya tiga hari selepas kisahnya disiarkan.

Lelaki berperwatakan wanita atau mak nyah berusia 37 tahun itu dipercayai sudah memperdaya lebih 20 pelanggannya sejak enam tahun lalu selain dikatakan mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit.


Menurut sumber, lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Selayang di sini, kira-kira jam 3 petang Sabtu lalu Difahamkan, kes penipuan itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis kini menunggu arahan mahkamah untuk mendakwa suspek kerana menipu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan memberitahu, pak andam terbabit kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.


Harian Metro pada 2 Mac lalu melaporkan pendedahan tiga mangsa yang terpedaya dengan pakej ditawarkan pak andam terbabit menyebabkan mereka kerugian puluhan ribu ringgit.


Seorang daripada mangsa hanya mampu menghidangkan minuman dan makanan ringan kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya gara-gara suspek gagal menguruskan perkahwinan sebagaimana dijanjikan biarpun sudah menerima bayaran RM37,000.

No comments:

Post a Comment