Saturday, June 18, 2011

Sama Suka dituduh rogol

Remaja ditahan rogol gadis bawah umur

SUNGAI SIPUT 17 Jun – Dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 15 tahun di Taman Lintang Makmur, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, kedua-dua remaja berkenaan ditangkap ketika sedang menonton video bersama mangsa dan dua rakannya di ruang tamu rumah suspek.

Ketika ditahan, salah seorang suspek yang merupakan bekas pelajar kolej komuniti disahkan positif mengambil dadah jenis syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ernest John berkata, kumpulan remaja itu dicekup selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa bersama dua rakan lain.

“Mangsa telah keluar dari rumahnya di Kuala Sepetang sejak Selasa dan lokasi mangsa berada diberitahu oleh salah seorang suspek yang juga teman lelaki mangsa.

“Semasa ditahan, mangsa mengaku yang dia telah beberapa kali melakukan hubungan seks bersama kedua-dua suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini hari ini.

Ernest memberitahu, kes itu dirujuk ke IPD Taiping kerana remaja itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya di Taiping tahun lalu.

“Walaupun remaja lelaki dan perempuan ini adalah pasangan kekasih dan mereka melakukan hubungan seks secara sukarela tetapi kedua-dua suspek itu tetap dituduh merogol kerana pelajar tersebut di bawah umur,” katanya.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment