Saturday, July 26, 2014

perempuan mudah ditipu

Lesap bersama modal perniagaan RM50,000

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Nadzirah Che Mud
Kuala Lumpur: Seorang suri rumah kerugian kira-kira RM50,000 selepas mendakwa ditipu seorang lelaki yang kononnya mahu menggunakan wang berkenaan untuk melabur dalam perniagaan buah-buahan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Choe, 34, berkata, dia menyerahkan wang berkenaan kepada suspek yang juga teman lelaki kakaknya.
Bagaimanapun, selepas memperoleh wang berkenaan, suspek menghilangkan diri menyebabkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee kelmarin untuk tindakan selanjutnya.
Menceritakan semula kejadian itu, Choe berkata, dia mengenali lelaki terbabit pada 2011 melalui kakaknya sebelum mereka berbincang mengenai perkongsian perniagaan buah-buahan.
“Lelaki terbabit pada mulanya memberitahu dia tidak mempunyai modal dan ingin menjadikan saya sebagai rakan kongsi.
“Malah, dia memberitahu akan membahagi keuntungan sama rata apabila perniagaan itu berjaya nanti.
“Saya yang tertarik dengan tawaran itu bersetuju selepas dia turut berjanji akan membayar semula wang dipinjam,” katanya.
Menurutnya, dia pada mulanya memberi RM10,000 sebagai modal untuk membuka perniagaan pada 10 Mac 2011 sebelum memasukkan lagi RM20,000 ke dalam akaun bank lelaki itu pada 16 Mac 2011.
“Selepas tujuh bulan dia sekali lagi menghubungi saya dan memaklumkan jumlah wang masih belum mencukupi dan meminta saya memasukkan lagi wang pelaburan.
“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa memberikan RM20,000 lagi kepadanya.

Sejak itu setiap kali saya bertanya mengenai perniagaan kami, bermacam-macam alasan diberikan kononnya dia sedang berusaha memajukan perniagaan kami,” katanya.
Katanya, merasakan dirinya ditipu, dia menemui lelaki terbabit di Pasar Borong Selangor April lalu, namun gagal apabila hanya dapat berjumpa dengan pekerjanya saja selepas lelaki itu tidak muncul.
“Sehingga kini, setiap kali saya menghubunginya dia tetap berdalih dan enggan memulangkan wang dipinjam.
“Buntu dan percaya ditipu akhirnya saya tampil membuat laporan polis,” katanya.
Artikel ini disiarkan

No comments:

Post a Comment