Sunday, August 15, 2010

Bila Ayah Mengamuk


ELUK INTAN 14 Ogos – Ketika umat Islam menikmati juadah sahur awal pagi ini, seorang lelaki dari sini yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, telah mengamuk lalu menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.

Dalam kejadian pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat sini, lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.

Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.

Lebih memilukan, kejadian berlaku di depan mata kedua-dua anak perempuan pasangan tersebut.

Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya mati ditembak oleh pasukan polis pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas dia enggan menyerah diri sebaliknya menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, isteri lelaki itu, Khairul Bariah Mohd. Ariffin, 36, seorang pekerja kilang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Salah seorang anak mereka, Najihah, 13, cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan.

“Seorang lagi anak mereka, Nazuwa, 10, terselamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment