Ditipu ‘rakan kongsi’
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang penyelia binaan menjadi mangsa penipuan ke-12 seorang lelaki yang menggunakan laman sembang untuk mencari rakan kongsi bagi memulakan satu perniagaan membabitkan kerugian dianggarkan RM200,000.
Menurut sumber, mangsa berusia 35 tahun, berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Ismail melalui laman sembang pada 12 Disember tahun lalu yang kononnya pemilik syarikat dari Johor Bahru.
“Dua hari kemudian, suspek datang ke Kuala Lumpur menemui mangsa di Hentian Bas Bukit Jalil bagi membincangkan peluang perniagaan.
“Jam 11 pagi keesokannya, suspek meminta mangsa membawanya membeli-belah sebagai permulaan proses perbincangan.
“Segala perbelanjaan suspek termasuk baju berjenama, barangan kemas berupa cincin dan jongkong emas serta perhiasan diri lain ditanggung mangsa menggunakan kad kreditnya” katanya.
Menurutnya, suspek berjanji membayar hutang kad kredit itu selepas memperoleh elaun hiburan daripada syarikatnya.
Click Here
“Namun pelbagai alasan diberikan apabila mangsa meminta wangnya termasuk cek belum ditandatangani pemilik bersama syarikat suspek berstatus VIP.
“Lebih setahun menunggu, mangsa merasakan ditipu apabila semakan terhadap syarikat suspek mendedahkan dia pemilik tunggal dan berhak menandatangani sebarang cek,” katanya.
Mangsa yang bimbang diambil tindakan oleh pihak bank berikutan hutang kad kreditnya yang melambung membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun H. S. Lee.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan laporan itu dan mengklasifikasikan kes sebagai jenayah sivil.
Friday, November 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment