Penyamun menyamar polis diberkas
KOTA KINABALU 18 Nov. – Seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan menyamun 12 individu melibatkan kerugian hampir RM10,000 sejak Mac lalu berjaya diberkas baru-baru ini.Hanya berbekalkan kad polis palsu, suspek yang berusia 32 tahun akan menghampiri dan mengugut mangsa sebelum membawanya memasuki kereta dan dibawa ke kawasan sunyi sebelum disamun.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Peter Umbuas berkata, kali terakhir suspek melakukan jenayah itu adalah pada 10 November lalu melibatkan seorang mangsa lelaki tempatan berusia 37 tahun.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa berada dalam sebuah bank di pusat bandar. Mangsa kemudian dihampiri suspek yang memperkenalkan diri sebagai polis sambil menunjukkan kad polis palsu.
“Suspek kemudian mengugut mangsa kononnya ingin membuat pemeriksaan ujian air kencing lalu memaksa lelaki itu memasuki keretanya sebelum membawanya ke satu kawasan untuk menyamun mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu hari ini.
Tambah Peter, berdasarkan laporan yang diterima selepas kejadian itu, sepasukan polis segera menyiasat dan berjaya mengesan suspek berdekatan Plaza Central di Kepayan Ridge dekat sini kira-kira 30 minit kemudian.
“Setelah ditahan, polis menemui sekeping kad tertera logo polis palsu dan empat keping nombor pendaftaran kenderaan yang berbeza.
No comments:
Post a Comment