Monday, November 7, 2011

hati2 kiriman bungkusan

Jerat penipuan kiriman bungkusan


SEBAHAGIAN besar anggota sindiket adalah warga Afrika yang menggunakan alasan sebagai pelajar untuk menetap di negara ini.


JENAYAH penipuan dilakukan sindiket tertentu khususnya melibatkan warga Afrika bukan sesuatu yang baru, malah telah banyak kali didedahkan di media massa. Jika dahulu pihak berkuasa berusaha keras membanteras penipuan black money yang dilakukan warga itu, kini wujud taktik baru memperdaya mangsa melalui Internet pula.
Ia terbukti apabila ramai menjadi mangsa sehingga kerugian ratusan ribu ringgit melalui bentuk penipuan itu yang dikenali sebagai penipuan kiriman bungkusan atau parcel scam.
Ia satu taktik licik yang bijak menjerat mangsa sama ada lelaki atau wanita di dalam percintaan Internet sebelum memperdaya mereka untuk memasukkan wang ke dalam akaun sindiket.
Sehingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) begitu bimbang dengan peningkatan kes penipuan itu dengan dianggarkan tiga orang akan menjadi mangsa setiap hari.
Ikuti laporan wartawan ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED mengenai aktiviti tersebut.
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Polis kini bimbang dengan pengguna Internet di negara ini, apabila semakin ramai yang mudah ‘diperbodohkan’ oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan dengan menjerat mangsa melalui cinta siber.
Kegiatan penipuan itu didapati semakin serius apabila statistik terbaru dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat kira-kira 86 kes dilaporkan sebulan atau tiga kes setiap hari.
Sejak Januari hingga September lalu sahaja, terdapat 774 orang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan kiriman bungkusan membabitkan kerugian berjumlah RM15,514,118.
Lebih membimbangkan, sindiket tidak lagi hanya menyasarkan golongan wanita sebagai mangsa apabila polis turut menerima banyak laporan daripada pengadu lelaki yang mendakwa diperdayakan melalui modus operandi sama sejak kebelakangan ini.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

No comments:

Post a Comment