Penyamun sempat 'lepas hajat'
Tarikh : November 28, 2011
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, empat penjenayah dipercayai warga asing berjaya melarikan wang tunai lebih RM2,000 melibatkan duit gaji bulanan, selain dua rantai emas, satu gelang tangan emas, satu gelang kaki emas, empat jam tangan berjenama, kamera dan tujuh telefon bimbit.
Menurut Mahadzir, ketika kejadian dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing dan langsung tidak terdengar bunyi bising seolah-olah dipukau,
sedangkan tombol pintu bilik anak lelakinya yang berusia 28 dan 21 tahun dipecahkan menggunakan tong gas.
“Sebaik tersedar, saya terkejut apabila parang berada betul-betul di leher saya dan ketika itu saya tidak berani melawan kerana bimbang keselamatan kami sekeluarga.
“Ketika itu, dua penyamun berada di sisi katil dan menyuruh saya dan isteri diam. Bahkan, penyamun terbabit mengarahkan kami menunjukkan tempat menyimpan duit dan barang
kemas,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Katanya, selepas penyamun berkenaan menyelongkar untuk mengambil barang berharga, mereka terus mengikat kaki dan tangannya serta isteri menggunakan tuala isteri yang dipotong dua menggunakan parang.
Menurutnya, penjenayah terbabit dipercayai masuk ke rumah selepas mengumpil tingkap di bahagian bilik jahit isterinya. Keempat-empat penyamun dipercayai berada dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri mengikut pintu belakang.
“Sebaik sahaja penyamun itu melarikan diri, saya terus membuka ikatan dan menghubungi pihak polis,” katanya.
No comments:
Post a Comment