Diperdaya dua wanita muda
Tarikh : November 19, 2011
Menurut Boi Ing Sooi @ Ooi Geok Eng, 60, dia bersama anak perempuannya didatangi dua wanita berusia lingkungan 20-an di kawasan parkir pasar raya itu sebelum dipelawa untuk menggores kad yang dihulurkan.
“Tanpa berasa curiga, anak saya mengambil kad berkenaan dan menggoresnya seperti yang diarahkan selepas itu dua wanita itu mendakwa kami berdua telah memenangi hadiah bernilai RM150,000.
“Untuk memudahkan urusan mengambil hadiah yang dimenangi, kami dibawa ke pejabat syarikat berkenaan di Taman Mount Austin, Selain itu, kami turut diarahkan membayar sejumlah sebelum layak membuat tuntutan.
“Kami diminta membayar sebanyak RM6,300 sebagai bayaran ‘cukai’, disebabkan tidak cukup wang, mereka menyuruh saya menggadaikan rantai emas yang dipakai di sebuah kedai pajak gadai di Pandan dengan ditemani dua wanita itu,” katanya pada sidang media di Kelab Media Cina, di sini, semalam.
Selepas menerima RM2,000 hasil menggadai rantai emasnya, namun jumlah itu masih lagi tidak mencukupi, lantas dua wanita itu menyuruh Ing Sooi dan anaknya membuat pinjaman peribadi di sebuah bank.
“Kami hanya menuruti apa yang mereka cadangkan tanpa banyak soal, ketika di bank mereka turut meminta supaya kami berdua membuat pinjaman sebanyak RM6,000 untuk menjelaskan bayaran bagi menuntut hadiah yang kami menang.
“Disebabkan pinjaman peribadi masih belum diluluskan, wakil syarikat gores dan menang itu meminta Ing Sooi menyerahkan wang sebanyak RM2,000 dan dia diberikan sebuah ketuhar jenama tidak terkenal,” katanya yang tinggal di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
Jika Ing Sooi menyerahkan baki wang, dua wanita itu berjanji akan menyerahkan Batu Jed Korea bernilai RM12,000 dan akan membantu untuk menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi.
Katanya, wanita itu masih lagi menghubungi pada keesokannya untuk mengetahui status pinjaman peribadinya, berdasarkan perlakuan itu, dia dan anaknya berasa curiga dan mengesyaki telah ditipu sindiket berkenaan.
“Anak kami menceritakan kejadian itu kepada kenalannya dan kami dinasihatkan untuk membuat laporan polis kelmarin di Balai Polis Taman Johor Jaya dan akan memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” katanya.
No comments:
Post a Comment