Thursday, December 8, 2011

periksa tapak besi buruk

Periksa lokasi besi buruk
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 6, 2011
Periksa lokasi besi buruk
ALOR GAJAH - Dua kompaun ­dikeluarkan oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dalam satu operasi dan ­pemeriksaan ke atas pembuangan besi buruk yang dijalankan di ­sebuah tapak di daerah ini, baru-baru ini.

Operasi pemeriksaan di tapak membuang besi buruk itu turut mendapat kerjasama 13 anggota ­terdiri daripada anggota polis daerah Alor Gajah, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Indah Water serta anggota Bomba dan Penyelamat.

Ketua Operasi MPAG, Mohd Yusuf berkata, operasi terbabit ­dilakukan selepas menerima banyak aduan daripada beberapa jabatan yang mendakwa berlaku kehilangan peralatan seperti penutup lubang ­najis, kabel dan saluran paip.

Menurutnya, terdapat tujuh ­tapak longgokan barangan besi buruk yang diperiksa di sekitar Alor Gajah antaranya Pulau Sebang dan Gadek serta setiap jabatan menjalankan ­pemeriksaan mengikut skop bidang masing-masing dengan telus.

“Difahamkan, peralatan terbabit yang dicuri akan dijual kepada ­syarikat besi buruk dan pemeriksaan ini dijalankan secara rambang ke atas ­beberapa syarikat dalam usaha ­mengenal pasti syarikat yang ­menerima barangan itu.

“Pemilik tapak pengumpulan ­besi buruk memberikan ­kerjasama baik sepanjang operasi ­dijalankan dan ini memudahkan ­pemeriksaan dijalankan meskipun ­tidak menemui ­sebarang barangan yang diadukan ­hilang,” katanya.

Mohd Yusuf berkata, mereka ­tidak pasti sama ada barangan yang dinyatakan itu mungkin dijual di ­tempat lain oleh individu yang ­mencurinya, namun pemeriksaan ­tetap dijalankan secara rawak ke ­beberapa tapak penyimpanan besi buruk.

“Dalam operasi yang dijalankan selama dua jam ini, dua kompaun ­dikeluarkan kepada tapak terbabit atas kesalahan memelihara anjing tanpa memiliki lesen di premis dan satu lagi atas kesalahan premis yang dijalankan itu kotor.

“Masing-masing kelihatan terkejut dengan pemeriksaan yang ­dijalankan secara mengejut ini, namun mereka memberikan ­kerjasama begitu baik sehingga selesai pemeriksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment