Sunday, December 25, 2011

curi pewangi jel 1 bulan

Curi pewangi kereta, penganggur dipenjara
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 23, 2011

KOTA BHARU – Tindakan pendek akal seorang penganggur mencuri beberapa paket wangian kereta di sebuah pasar raya di sini, Jumaat lalu mengundang padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
 
Awang Ismail, 43, diarah menjalani hukuman penjara tersebut berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 16 Disember lalu. Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri tujuh paket pewangi kereta Glade bernilai RM114.50 milik Pasar Raya Pacific, KB Mall.
 
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bangunan tempat menyimpan harta, pasar raya berkenaan pada jam 4 petang, 16 Disember lalu. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 
Mengikut fakta kes, kejadian disedari pengawal keselamatan, Andri Aidham Abdul, 33, melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang melihat tertuduh mengambil wangian tersebut dan menyorokkan ke dalam seluarnya sebelum keluar tanpa membuat bayaran.

No comments:

Post a Comment