Wednesday, December 28, 2011

janda kena tipu da...


Harapkan pagar, pagar makan padi. Gara-gara menaruh kepercayaan penuh terhadap seorang lelaki yang dijadikan adik angkat, janda anak tiga akhirnya kerugian RM3,000 apabila komputer riba yang baru dibeli bagi tujuan perniagaan dilarikan lelaki itu seminggu lalu.

Peniaga butik kecantikan, Sharminoris Saidin, 31, berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an yang dipanggil Mamat itu dikenalinya menerusi laman sosial Facebook sejak setahun lalu.

Hubungan mereka makin rapat selepas Hari Raya Puasa tahun ini apabila lelaki itu sering bertandang ke rumahnya setiap dua minggu sekali.

Menurutnya, sikap Mamat yang menyayangi anak-anaknya dan disenangi keluarga sebelum ini menyebabkan dia tidak menyangka lelaki itu tergamak mengkhianatinya.

“Minggu lalu, saya meminjamkan komputer riba berjenama NEC kepada Mamat untuk dia mengemas kini data-data dalamnya setelah saya mendapati komputer riba itu mengalami sedikit masalah.

“Bagaimanapun, lelaki itu menghilangkan diri setelah komputer riba itu diserahkan kepadanya dan saya gagal menghubunginya sehingga kini,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Beseri, di sini.

Sharminoris berkata, sepanjang Mamat berada di rumahnya, dia cuba menyiasat latar belakang sebenar lelaki itu dengan menyelongkar dompetnya, bagaimanapun gagal setelah segala dokumen pengenalan diri dan lesen memandu tidak diletakkan di situ.

“Saya berasa agak hairan dengan sikap ganjilnya yang cuba menyembunyikan identiti asal," katanya.

Sharmonis berkata, laporan polis dibuat bagi mengelakkan lebih ramai wanita lain ditipu oleh lelaki itu.

No comments:

Post a Comment