Diserang lelaki Afrika
Yusmawati Mhd Yusof
yusmawtai@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Seorang pelajar lelaki warga Nigeria cedera di kepala dan retak tulang tengkuk akibat terlanggar tembok batu ketika cuba melarikan diri daripada diberkas pegawai imigresen di Kota Laksamana, di sini, kelmarin.
Dalam Ops Gagak Hitam bermula jam 1.30 tengah hari dan berakhir 8.30 malam kelmarin itu, lelaki berusia 30-an yang sedang minum bersama rakannnya di sebuah kedai makan di cuba melarikan diri selepas didatangi anggota penguat kuasa imigresen.
Dia yang tiada dokumen pengenalan diri dan mengaku pelajar pada awalnya berjaya meloloskan diri selepas dikejar lima penguat kuasa.
Bagaimanapun, lelaki itu ditangkap selepas cedera akibat melanggar tembok tidak jauh dari situ sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Yusuf Hasim dengan 16 anggota itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.
Katanya, dalam operasi itu, pihaknya menahan kereta Proton Saga milik seorang suspek berusia 20-an untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, operasi tujuh jam itu berjaya menahan tujuh lelaki iaitu enam warga Nigeria dan seorang warga Afrika Selatan berusia 21 hingga 51 tahun masing-masing lima di sekitar Kota Laksamana dan dua di Jalan Tun Ali.
Katanya, operasi itu turut menyebabkan seorang anggotanya cedera akibat disiku dan dibaling kerusi oleh suspek yang bertindak agresif dan 15 yang lain cedera ringan.
“Kejadian berlaku di lokasi pertama iaitu di sebuah kedai makan di Pangsapuri Kota Laksamana yang mana kedua-dua suspek bertindak agresif selepas anggota kami memperkenalkan diri.
“Berlaku pergelutan sehingga anggota kami, R Kunalan, 29, cedera rusuk kiri akibat disiku, cedera di lengan kerana ditumbuk dan dibaling kerusi serta cedera lutut akibat terjatuh ketika cuba menangkap suspek,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan melakukan kesalahan memiliki dokumen palsu, tiada dokumen pengenalan diri dan menghalang tugas penjawat awam.
Katanya, pihaknya juga akan menjalankan siasatan terperinci sama ada empat yang ditahan dan memiliki pas pelajar itu masih pelajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur seperti dinyatakan dalam pas berkenaan atau sebaliknya.
Saturday, December 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment