Thursday, August 4, 2011

mayat bersepah


Mayat dikerat ditemui dalam mangkuk tandas

ANGGOTA polis mengangkat beberapa bahagian badan mangsa bunuh yang ditemui di Apartmen Astaria Taman Kosas, Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Seorang pengurus bangunan di Apartmen Astaria di Taman Kosas, Ampang dekat sini terkejut setelah menemui sebelah kaki kiri manusia yang mulanya disangka anak patung, dalam mangkuk tandas di sebuah unit tidak berpenghuni di perumahan itu petang ini.

Terkejut dengan penemuan itu, pengurus berusia 45 tahun itu kemudian membuat laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang.

Hasil pemeriksaan polis, akhirnya menemui beberapa lagi bahagian anggota badan mangsa yang dibungkus dalam plastik di merata tempat termasuk di bahagian siling rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca pembunuhannya.

“Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh seminggu sebelum ditemui pengurus wanita terbabit.

“Polis tidak menemui senjata tajam yang diguna untuk mengerat mayat mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam ini.

Tambah beliau, anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang penduduk di apartmen itu, Mohd. Sharil Abdul Rahman, 30, berkata, rumah itu telah kosong sejak lima tahun lalu namun ia sering dikunjungi warga Bangladesh yang datang melepak dan minum arak di situ.

“Bagaimanapun, selepas kali terakhir kami nampak mereka melepak di rumah itu pada hari Jumaat lalu, mereka tidak lagi berkumpul di rumah itu,” katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment