Terpedaya kerana wang RM1
KOTA DAMANSARA – Tabur puluhan duit RM1 di belakang kereta sebelum kebas duit mangsa.
Begitulah taktik terbaru penjenayah yang berjaya melarikan RM100,000 milik seorang usahawan di Seksyen 9 di sini, Rabu lalu.
Menurut sumber, penjenayah terbabit dipercayai mengekori mangsa dari Taman Tun Dr Ismail sehingga ke rumahnya selepas gagal menyamun mangsa sebelum itu.
Usahawan berusia 60 tahun itu dikatakan membuat pengeluaran wang tersebut dari sebuah bank dan bercadang memasukkan semula wang terbabit ke akaun bank lain di kawasan sama, namun tidak sempat berbuat demikian selepas tayar keretanya pancit.
“Dia sempat menukar tayarnya di sebuah bengkel, namun ketika itu penjenayah terbabit tidak dapat mengambil kesempatan kerana wang tersebut diletakkan di dalam beg yang disandangnya setiap masa,” katanya.
Jelas sumber itu lagi, usahawan itu mengambil keputusan untuk pulang, namun sebaik tiba di rumah dia didatangi oleh dua wanita bertudung berusia awal 20-an yang mengatakan duitnya bertaburan di belakang kereta.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya keluar memeriksa dan ketika itu kedua-dua wanita terbabit bertindak melarikan beg sandang yang diletakkannya di dalam kereta.
“Kejadian itu disedari oleh seorang pembantu rumah jirannya yang bertindak menjerit kepada mangsa, namun kedua-dua suspek sempat melarikan diri,” katanya kepada Sinar Harian.
Usahawan itu kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian di Balai Polis Kota Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan dan kes itu kini sedang disiasat.
Monday, September 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment