Thursday, September 8, 2011

bergelut dengan penyamun


Peneroka cedera bergelut dengan penyamun

ISMAIL Mat Jelani menunjukkan tingkap cermin yang dipercayai dimasuki lelaki yang menyamun wang hasil jualan kelapa sawit di rumahnya di Felda Jengka 10, Maran, kelmarin.

MARAN 7 Sept. - Seorang peneroka Felda berusia 71 tahun cedera di kepala, leher dan tangannya selepas ditetak dengan parang ketika bergelut dengan seorang penyamun di rumahnya di Felda Jengka 10, di sini semalam.

Mangsa, Ismail Jelani berkata, kejadian berlaku pukul 6.30 pagi ketika dia sedang mengira wang hasil jualan kelapa sawit yang dianggarkan RM6,000 selepas menunaikan solat subuh.

"Selepas mengira sebahagiannya, saya tergerak hati untuk naik ke atas rumah namun terkejut apabila suspek muncul lalu cuba merampas wang itu.

"Suspek dipercayai memasuki rumah melalui tingkap cermin di tingkat bawah rumah dan bersembunyi di situ," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Felda Jengka 10 di sini.

Menurutnya, dia yang cuba menghalang daripada dilibas oleh suspek dengan parang panjang yang mengenai kepala, leher dan tangannya menyebab wang dipegang bertaburan di atas lantai.

Katanya, semasa suspek mengambil wang itu, dia bertindak mengambil sebatang besi lalu memukul leher dan kaki suspek.

"Suspek berjaya melarikan diri dengan membawa wang kira-kira RM3,000 melalui pintu dapur dalam keadaan cedera," ujarnya.

Katanya, dia kemudian mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Jengka sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Razak , Jengka dekat sini.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment