Friday, September 2, 2011

2 kali kena tipu

‘Kami terkena kali kedua’
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEREMBAN: Kira-kira 150 bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, yang kerugian lebih RM20 juta apabila terbabit dalam skim cepat kaya pada 1998 meminta Bank Negara Malaysia (BNM) masuk campur dalam kes menuntut kembali wang mereka yang diuruskan seorang peguam sejak tujuh tahun lalu.

Nasib mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila ditipu buat kali kedua oleh pihak yang mengambil kesempatan terhadap masalah dihadapi mereka.

Ahmad Majid, 75, yang kerugian kira-kira RM100,000 dalam skim terbabit berkata, peguam berkenaan sering berjanji setiap kali menjelang Aidilfitri bahawa peneroka bakal menerima kembali wang mereka, tetapi sehingga kini janji hanya tinggal janji.

Dia berkata, kali terakhir mereka ke ibu kota untuk berjumpa peguam itu, dia enggan bersemuka sebaliknya berjanji peneroka akan menerima wang mereka pada Aidilfitri tahun berkenaan.


Katanya, tahun lalu peguam itu mengatakan peneroka tidak perlu bimbang kerana cek sudah siap dan mereka bakal menerima kembali semua wang yang sudah ditipu dan 28 peneroka akan menerima bayaran awal namun sehingga kini mereka tidak memperoleh apa-apa.

No comments:

Post a Comment