KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu percayakan rakan baik untuk menjadi
rakan kongsi perniagaan komputer, seorang peniaga mengalami kerugian
RM150,000 selepas ditipu rakannya itu dalam kejadian di Taman Cheras, di
sini.
Mangsa membuat laporan laporan di Balai Polis Pandan Indah,
kelmarin selepas untung yang dijanjikan rakannya tidak diterima sejak
lima bulan lalu, malah modalnya turut dilarikan.
Mangsa yang
hanya mahu dikenali sebagai Wong, 30, berkata, dia memberi modal kepada
rakannya pada Oktober 2010 dan dijanjikan untung RM20,000 setiap bulan.
Katanya, dia menerima untung lima kali sehingga Oktober tahun lalu
dan hingga sekarang tidak menerima keuntungan tunggakan yang dijanjikan
sebanyak RM100,000.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani
mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.
Thursday, April 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment