Wednesday, March 21, 2012

mangsa culik trauma

Polis kawal ketat mangsa culik yang ditemui di Bangkok
20/03/2012 5:25pm

KUALA LUMPUR 20 Mac — Remaja yang dilaporkan hilang di Shah Alam dan ditemui semula pada 11 Mac lalu di Bangkok kini menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dengan dikawal ketat anggota polis berpakaian preman.

Dalam tinjauan ke PPUM, pemberita diberitahu bahawa remaja tersebut telah dimasukkan ke wad kecemasan dan trauma.

Menurut sumber hospital, pihaknya terpaksa merahsiakan keadaan mangsa atas faktor keselamatan dan pihak media tidak dibenarkan membuat sebarang liputan mengenai mangsa.

Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan itu yang berumur 15 tahun ditemui dalam kepenatan di Stesen Kereta Api Hua Lampong setelah berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran antarabangsa yang menculiknya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment