CEKUP...seorang suspek dibawa anggota polis.
BUKTI...Ahmad menunjukkan gari dan wang tebusan dirampas.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 50 tahun itu ditahan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur arah utara, jam 2 pagi kelmarin selepas keluarga mangsa menyerahkan wang tebusan RM40,000.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, mangsa, seorang lelaki berusia 23 tahun dari Sedaka, Yan, dekat sini, diculik ketika mahu memasuki keretanya, Proton Gen2 di depan hotel berkenaan oleh tiga lelaki menaiki Honda Civic disyaki dicuri beberapa minggu sebelum itu.
Selepas menculik mangsa dan mencuri keretanya, suspek membawa lelaki itu ke ibu negara sebelum menghubungi keluarganya bagi meminta wang tebusan RM60,000. Bagaimanapun, hasil rundingan, kumpulan penculik itu bersetuju menerima RM40,000.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis yang menerima laporan daripada keluarga mangsa merancang membayar wang tebusan itu di satu lokasi di ibu negara.
No comments:
Post a Comment