ZAHIDA...pemandu gagal dihubungi
Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.
Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.
“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.
Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.
“Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. “Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya.
No comments:
Post a Comment