Barang kemas RM40,000 lesap
14 Februari 2012
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kejadian pecah rumah pasangan terbabit dipercayai berlaku sewaktu mereka menghantar anak mereka ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menurutnya, kehilangan barang kemas itu disedari kira-kira jam 7.30 petang apabila tiga utas rantai, empat bentuk cincin dan empat utas gelang tiada di tempatnya.
“Pasangan suami isteri itu telah keluar rumah kira-kira jam 9.00 pagi untuk menghantar anak mereka di UPSI dan pulang semula ke rumahnya sekitar 7.30 petang.
“Namun, mangsa tidak mengesyaki rumahnya dipecah masuk kerana tiada sebarang tanda sehinggalah mereka mendapati barang kemas yang berada dalam simpanannya lesap,” katanya.
Tambah Azman, pihak polis menerima laporan kes berkenaan dan susulan itu seorang lelaki berusia 36 tahun direman untuk membantu siasatan.
“Suspek ditangkap di rumahnya, di Jalan Lintang dan ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya.
Dalam kejadian berasingan, seorang warga emas, Cheong Yu, kehilangan duit angpau sebanyak RM500 dan beberapa barangan berharga apabila rumahnya di Kampung Baru Simpang, di sini, dimasuki pencuri.
Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam, kelmarin selepas tiga hari tidak pulang ke rumah.
“Saya sampai ke rumah kira-kira jam 8.00 malam dan terus menonton televisyen. Tidak lama kemudian saya ke tandas dan terkejut apabila mendapati ruang sembahyang basah.
“Saya yakin ruang itu basah kerana dimasuki air hujan berpunca daripada bahagian bumbung yang sudah dipecah pencuri untuk menyelinap masuk ke dalam rumah.
Tambah Cheong Yu, dia sekeluarga jarang pulang ke situ kerana mempunyai sebuah rumah lagi di Ipoh.
Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment