Thursday, February 16, 2012

orang awam prihatin penjenayah dicekup

Cubaan samun rumah gagal
Wartawan Sinar Harian
16 Februari 2012
parang-yang-ditemui-dibawah-kerusi-penumpang
LUNAS - Dua lelaki berusia 20 hingga 25 tahun berjaya ditahan Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) berikutan cuba melakukan samun di Taman Makmur kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Cubaaan samun terbabit gagal atas kerjasama penduduk dan operasi diketuai Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir bersama Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim bersama tiga ahlinya.

Mohd Azlan berkata, dia menerima panggilan dari penduduk perumahan itu dimana sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna putih beberapa kali membuat pusingan di taman berkenaan.

Menurutnya, kereta yang dipandu kelihatan mencurigakan dan pihaknya cuba mendekati dua suspek terbabit tetapi mereka kemudiannya melarikan diri.

“Kira-kira pada jam 12 tengah hari, kereta suspek sekali lagi dilihat berkeliaran dan dipandu secara perlahan.

“Kami terpaksa menukar kenderaan lain bagi tujuan mengelirukan mereka. Kira-kira jam 12.30 petang mereka dilihat berada di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat di taman itu,” katanya.

Beliau berkata, polis kemudiannya memecutkan kenderaan dan mengepung suspek.

“Mereka cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Lunas untuk disoal siasat.

Dari pemeriksaan dijalankan terhadap kereta itu, PPKM menemui dua bilah parang di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

“Kedua-dua suspek didapati mereka terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal, samun dan pengedaran dadah di sekitar Kulim,” katanya.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment