Padah curi kambing tepi jalan
5 Februari 2012
Haiwan berkenaan juga dikatakan hampir mati lemas kerana diletakkan dalam bonet kereta terbabit.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, suspek berusia 30-an ditahan anggota polis yang ketika itu membuat rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit.
“Setelah diperiksa, kita menemui seekor kambing yang diikat. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri kambing terbabit di tepi jalan dekat Pasir Ambor, Kuala Pilah.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, kelmarin.
Dalam perkembangan kes sama, seorang lelaki berjaya dicekup setelah ‘terkantoi’ mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) kira-kira jam 4 pagi dekat Rompin pada 28 Januari lalu.
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS), Rompin, yang membuat rondaan setelah menerima laporan kecurian kabel terbabit.
Mohd Sabri berkata, ketika kejadian, suspek sedang menggulung wayar kabel berkenaan di tepi jalan.
“Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu bersama tiga rakannya lain, namun sempat melarikan diri bersama sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.
"Pada rondaan itu, kita turut menjumpai sebahagian kabel yang dicuri sepanjang 59 meter dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya.
Katanya, suspek yang ditahan bagaimanapun tidak mengaku bersalah ketika dibicarakan dekat Mahkamah Majistret, Bahau. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment