TERKINI: Mangsa bebas selepas 5 jam jadi tebusan
AHMAD ISMADI ISMAIL
January 23, 2012
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru di sini, yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan.
Mangsa diselamatkan kira-kira jam 4.05 petang tadi.
Terdahulu, bapa mangsa dengan bantuan pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memujuk lelaki berkenaan agar membebaskan anak perempuannya yang dijadikan tebusan sejak jam 10.30 pagi tadi.
Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi kejadian melaporkan, kanak-kanak perempuan itu dijadikan tebusan oleh lelaki berkenaan yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika dia bersama sekeluarganya sedang menonton televisyen.
Pasukan keselamatan mendapatkan bantuan beberapa pakar dari HKL untuk memujuk lelaki berkenaan.
Malah, pemerhatian mendapati pasukan keselamatan turut membawa teman wanita lelaki berkenaan ke lokasi kejadian untuk memujuk dan membebaskan mangsa.
Menurut anggota keluarga, mangsa anak sulung dilarikan suspek dan kini berada dalam salah sebuah bilik di rumah mereka. Rumah itu mempunyai tiga bilik.
Lain-lain anggota keluarga mangsa kini berada di luar rumah mereka yang terletak di Jalan Raja Muda Musa 6.
Menurut bapa mangsa, Syafrudin, 47, yang juga seorang OKU, ketika kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, dia berada di dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu.
Katanya, dia terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya.
"Ahli keluarga lain iaitu isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar.
"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.
Dia bagaimanapun dibawa keluar oleh anggota polis dan suspek ketika itu sudah membawa mangsa ke dalam bilik.
Monday, January 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment